YB SALEHMAN SAMPAIKAN BANTUAN KEPADA SURAU TERBIAR
PERMATANG PAUH –YB Salehman sekali lagi memberi bantuan apabila menyampaikan bantuan kepada penduduk
Inisiatif masyarakat sekitar Taman Cermai, dekat sini, untuk mengimarahkan kembali surau terbiar wajar dijadikan contoh dan harus di ikuti oleh masyarakat yang lain kerana walaupun mereka ,penduduk beragama islam adalah minority di taman Cermai ini , namun semangat gotong royong yang di usahakan oleh penduduk bagi menghidupkan semula suarau yang terbiar ini perlu di beri kredit kerana prihatin dengan keadan suarau yang terbiar ini.
Menurut Pengerusi Surau al-Syifa, Mokhtar Mohamad ,melihatkan keadaan surau yang sebelum ini terbiar hamper 7 tahun ,timbul rasa insaf bahawa keadaan sebegini adalah tidak baik untuk umat islam, lagi pula ianya boleh di manfaatkan oleh penduduk di kawasan ini untuk aktiviti keagamaan sama ada kelas fardhu ain,kelas mengaji dan juga aktiviti keagamaan yang lain.
Menurutnya, hasil perbincangan serta bantuan yang dihulurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melalui Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah (SPT) menjadikan surau yang dahulunya terbiar kembali meriah dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan surau.
Menurut beliau lagi aktiviti seperti Kelas agama, kelas Iqra', sambutan maulidur rasul dan juga aktiviti korban merupakan antara aktiviti yang dianjurkan surau dalam mengimarahkan surau ini dan saya berharap agar surau ini akan sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti untuk masyarakat setempat," katanya.
Sementara itu , ADUN Permatang Pasir,YB Mohd Salleh Man ketika meninjau surau yang baru dibaik pulih itu berharap agar masyarakat lebih bertangungjawab dan menjaga agama dengan sebaik mungkin dan percaya dengan peruntukan ini akan dapat dimanfatkan oleh umat islam khasnya penduduk Taman Cermai bagi aktiviti keagamaan dan kuliah-kuliah agama di surau tersebut.