Pujian wanita ini buat ‘Parti Roket’ akan buat anda cair


Tulisan seorang wanita di laman sosial Facebook yang diikongsi netizen membuat hati kami rasa bersemangat.
Bukan sahaja beliau memberikan sudut pandang peribadi terhadap wakil-wakil rakyat di kawasannya, Saudari Mastura Salleh turut berkongsi pendapatnya tentang harapan menjelang PRU ke-14 yang bakal berlangsung 9 Mei nanti.
Berikut kami perturunkan tulisan beliau. Sepatah pun kami tak ubah.
Beliau adalah Dr. Ong Kian Ming, bekas ahli Parlimen kawasan saya (Parlimen Serdang). Sudah tentu dari Parti Roket.
Saya bermukim di kawasan di mana majoriti penduduk adalah kaum Cina (Dun Balakong). Jadi, adalah sesuatu yang tidak wajar utk meletakkan idealisme perkauman apetah menjadi ultra-melayu bila saya hidup dalam kelompok ini. Jiran saya ade yang namanya Ah Piu, Ah Ping, tokey kedai perabut naik merc, apek yg selalu joging malam, nenek yg selalu jalan slow pegi kedai. Saya taktau pun nama betul diorang tapi itu description saya bila berbual dgn suami.
Ok. Berbalik pada Dr. Ong Kian Ming tadi. Saya kenal mukanya sebagai ahli parlimen dalam majlis-majlis di surau taman. Saban tahun, ketika majlis berbuka puasa & sambutan raya, pasti ada muka dia & YB Eddie. Beliau juga banyak memudahkan urusan bantuan kewangan berkaitan surau taman. Tanpa banyak karenah & birokrasi, pakai whatsapp saja pun boleh jadi kick-off permohonan bantuan.
Ketika kawasan Balakong teruk dengan isu ketiadaan air suatu masa dulu, beliau dengan sabar melayan hentaman2 penduduk dalam whatsapp. Hentaman dari kaum beliau sendiri yg banyak. Selalu bagi respon & update ape hasil tindakan beliau utk atasi masalah penduduk. Pendek kata beliau adalah ahli parlimen yg ‘boleh harap’ lah.
Di acara fun-run 6km Pesta Balakong pun kami pernah berselisih. Dia beratur di belakang saya utk acara tamat larian. Nak ajak selfie tapi malu la pulak (bukan kaki selfie pun)
Jadi, untuk saya melihat dakyah-dakyah yang mengatakan DAP adalah parti anti-Islam yang perlu dibenci adalah susah utk saya terima. Ana tahu… eh, saya tau, banyak edaran kenyataan individu-individu parti itu berkenaan islam yg disebarkan. Ada yang mungkin betul, ada yang pasti salah, ada yg silap faham konteks. Namun bagi saya ia adalah hasil daripada kegagalan umat Islam sendiri yg kerap mempamerkan sisi negatif Islam kepada mereka : keras, tiada karisma, tidak berjiwa besar, suka bergaduh benda remeh2. Sepertimana sesetengah pemimpin parti yang tegas dengan dasar & prinsip perjuangan. Maka, begitu juga DAP yang mewakili kebanyakan kaum mereka teguh dengan dasar sekularisme serta mendokong hak-hak yg digariskan & dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Jadi, apekah solusi terbaik bagi pertembungan dua kaum dan dua dasar langit dan bumi ini? Dua-dua duduk di tanah yang sama ni.
Saya sebagai individu yg duduk di tengah-tengah kaum bukan muslim akan cenderung memilih pemimpin yang boleh menyatukan perbezaan ini. Saya suka pemimpin yang boleh mencabar diri mendepani realiti dakwah dan berusaha menjadikan mereka releven untuk memimpin masyarakat majmuk Malaysia. Bagi yang tidak sudi meneruskan misi ini, tidak mengapa.. tetapi jangan dikecam dan direndahkan pemimpin yang ingin mencuba meluaskan paradigma Islam.
Haluan & cara siyasah kini mungkin berbeza tetapi matlamat Islam itu tetap sama. Cara siapa yang paling tepat & mulia? Allah sahaja yang tahu. Alangkan main bola pun ada pelbagai strategi dan formasi, tujuannya utk? Gol dan MENANG. Apetah lagi berpolitik untuk memimpin negara.
Saya bersetuju dengan pandangan seorang tokoh politik (tak ingat nama-tgk video temuramah), DAP telah hilang banyak sikap ultra-chinese sejak bersama PAS ketika di dalam Pakatan Rakyat dahulu. Mereka juga banyak cuba menyempurnakan hak orang melayu islam ketika memimpin Pulau Pinang (berdasarkan fakta belanjawan negeri). Mereka berpeluang utk belajar memimpin pelbagai kaum & agama. PAS wajar mendapat kredit atas usaha ini. Terima kasih. Perjalanan dakwah masih jauh dan pemimpin Amanah kini menggalas tugas yang ditinggalkan kepada mereka.
Besar harapan saya untuk melihat perubahan kepimpinan Malaysia menerusi PRU kali ini :-
  1. Barisan Nasional pula belajar menjadi pembangkang sebagai sesi muhasabah atas puluhan tahun memerintah dengan cara yang anda semua maklum.
  2. Malaysia dipimpin oleh pemimpin yang berintegriti, berpandangan jauh dan mampu membawa Islam di dalam ruang lingkup yg harmoni dan saling menghormati. Terlalu banyak kerosakan persepsi yang berlaku sepanjang tempoh sebelum PRU kali ini dan semua ini perlu diperbaiki.
  3. Menghapuskan idea perkauman yang sentiasa membarah dlm masyarakat. Asal nak pilihanraya, idea ni disemarakkan merata-rata. Saya tidak mahu generasi muda akan datang hidup dengan ideologi yang sempit ini.
Sekian dari saya,
RAKYAT BALAKONG
(Mengundi di Kajang)

Bagaimana Bangi kini jadi kawasan Parlimen paling besar di Malaysia?


Dengan sekelip mata, kawasan Parlimen Serdang bukan sahaja ditukar nama tanpa tujuan yang jelas, ia juga diperluas sehingga menjadi kawasan paling besar di Malaysia dengan bilangan pengundi mencecah 178,790 orang.
Ia diikuti Damansara (dahulu PJ Utara) dengan 164,322 pengundi; Klang, dengan 149,348 pengundi dan Kota Raja dengan 149,021 pengundi.
Penyandang kerusi Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming; justeru mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah gagal dalam tanggungjawab untuk mematuhi prinsip satu orang satu undi yang adil dan munasabah.
Dr Ong Kian Ming
“Jumlah pengundi di P102 Bangi adalah empat kali ganda pengundi di P92 Sabak Bernam (40,863 pengundi) yang juga berada di tangga ke-10 parlimen terkecil di Semenanjung Malaysia.
“P102, di mana saya telah dinamakan sebagai calon Pakatan Harapan, telah menewaskan P109 Kapar sebagai Parlimen terbesar di Malaysia,” katanya.
Kapar merupakan kerusi parlimen terbesar pada PRU tahun 2013.
Menurut beliau lagi, 10 kerusi yang paling besar setelah persempadanan semula SPR semuanya disandang parti pembangkang.
Sebaliknya, 10 kerusi Parlimen paling kecil segi bilangan pengundi kesemuanya dimenangi oleh BN pada PRU 2013. Lapan daripadanya dimenangi UMNO.
“Kita hanya boleh mempunyai pelaksanaan persempadanan semula yang adil dan telus jika kita mempunyai badan SPR yang bebas dan ini hanya boleh dicapai melalui kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14.
“Mengikut tafsiran tanpa unsur berat sebelah mengenai prosedur dan garis panduan dalam Perlembagaan Persekutuan, jika persempadanan semula dilakukan oleh badan SPR yang bebas, ia akan mengurangkan jurang perbezaan bilangan pengundi antara kerusi dan menghasilkan sistem pilihan raya Malaysia yang lebih adil,” jelas beliau lagi.
Persempadanan Semula oleh SPR telah dibuat secara tergesa-gesa dalam sidang Dewan Rakyat terakhir Mac lalu dengan mengenepikan bantahan-bantahan oleh orang ramai.
Ia dilihat sebagai senjata UMNO-BN bagi memenangi PRU14 yang bakal berlangsung pada 9 Mei nanti. 

HIMPUNAN KATA KATA SANG PEMBODEK YANG AKHIRNYA MENAFIKAN BELIAU TIDAK TERPILIH

Image may contain: 1 person, glassesImage may contain: 1 person, standing, glasses and textImage may contain: 1 person, textImage may contain: 1 person, textImage may contain: 1 person, textImage may contain: 3 people, people smiling, textImage may contain: 1 person, textImage may contain: 1 person, textImage may contain: 1 person, glasses and textImage may contain: 2 people, textImage may contain: 1 person, text

Najib cemas, nasib UMNO terumbang-ambing


Di sebalik serangan dan dakyah jentera propaganda UMNO memburuk-burukkan Pakatan Harapan (HARAPAN), Presiden UMNO, Najib Razak sedang menunjukkan tanda-tanda cemas menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini.
Perasaan cemas itu boleh dibahagikan kepada dua sebab utama; Pertama kerana gelombang sambutan luar biasa rakyat kepada HARAPAN seluruh negara, dan sebab kedua adalah kemungkinan UMNO diharamkan.
Penangguhan pemilihan bahagian dan ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berakhir pada 19 April 2018 setelah mendapat 18 bulan lanjutan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memungkinkan UMNO bukan lagi sebuah parti yang sah.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Tengku Mansor dilapor berkata UMNO telah mendapat kelulusan ROS menangguhkan pemilihannya sehingga 19 April 2019.
Keadaan ini menunjukkan UMNO bukan sahaja menangguhkan pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi bukan sahaja untuk 18 bulan tetapi 30 bulan sedangkan perlembagaan UMNO hanya memberi kuasa untuk menangguhkan pemilihan tersebut selama 18 bulan sahaja.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, berkata, “Situasi yang melanda UMNO saat ini menyebabkan Najib tersentak kerana UMNO berkemungkinan menjadi parti yang tidak sah di sisi undang-undang,” ujarnya dalam kenyataan.
Beliau turut memetik kenyataan bekas menteri UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz yang berkata situasi ini menyebabkan Najib Razak secara automatik tidak sah sebagai Presiden UMNO, selepas 19.04.2018
Lebih menakutkan, Rafidah dalam satu kenyataan dilapor berkata “UMNO sebagai parti politik yang tidak sah selepas 19.04.2018, tidak boleh bertanding dalam PRU14 yang diadakan selepas 19.04.2018 !!!”
Situasi ini  mendorong enam belas anggota cawangan UMNO memfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membenarkan UMNO lanjutan masa untuk mengadakan pemilihan parti di semua peringkat.
Sikap ‘berlembut’ ROS untuk mengambil tindakan terhadap UMNO juga telah mengundang pelbagai kritikan mendakwa jabatan tersebut tidak berlaku adil.
Ia amat berbeza dengan tindakan keras jabatan itu terhadap parti-parti pembangkang sebagaimana dikenakan terhadap DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Persoalannya saat ini, di mana lagi talian hayat UMNO?

Cuti 10 & 11 Mei jika HARAPAN menang



Bakal Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan 10 dan 11 Mei akan diisytiharkan sebagai cuti umum sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Saya tak suka cuti tapi saya sedar orang lain suka cuti,” kata bekas perdana menteri itu dalam taklimat kepada calon HARAPAN di Petaling Jaya lapor Malaysiakini.
Beliau berkata memandangkan hari mengundi (Rabu, 9 Mei) diisytiharkan sebagai cuti umum,  rakyat Malaysia akan berehat lima hari jika HARAPAN menang termasuk pada hujung minggu. 

Usah ‘jaga tepi kain orang’, Khaled Nordin sendiri belum tentu selamat – HARAPAN Johor


Amaran Menteri Besar Khaled Nordin agar rakyat Johor tidak ‘bereksperimen’ untuk memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan baru negeri ini pasca PRU14 hanyalah menzahirkan sikap tidak yakin beliau terhadap kemampuan BN.
Meminjam istilah digunakan Khaled sendiri, kebimbangan beliau memiliki asasnya lantaran rakyat di Pulau Pinang dan Selangor telah terbukti amat berpuas hati sewaktu mereka ‘bereksperimen’ memilih Pakatan dalam PRU 2008. Bahkan, sokongan mereka meningkat lagi dalam PRU13.
Untuk rekod, Pakatan Rakyat berjaya memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang pada PRU 2008. Di Selangor pula, Pakatan Harapan menang selesa dengan 34 kerusi DUN berbanding BN 22 kerusi.
Di peringkat persekutuan pula, Pakatan telah memenangi 9 parlimen daripada keseluruhan 13 kerusi di Pulau Pinang manakala 16 parlimen daripada keseluruhan 22 kerusi di Selangor.
Selepas 5 tahun pentadbiran, kita dapat menyaksikan peningkatan sokongan rakyat kepada Pakatan. Di Pulau Pinang, Pakatan memenangi 30 kerusi DUN manakala 44 kerusi DUN di Selangor dalam PRU13.
Sebenarnya, peningkatan sokongan rakyat ini juga telah berlaku di Johor. Dari 1 kerusi parlimen, Pakatan berjaya mendapat 3 lagi kerusi tambahan manakala dari 6 kerusi DUN telah bertambah menjadi 18 kerusi pasca PRU 2013.
Justeru, sememangnya wajar bagi Khaled untuk berasa tergugat dengan kemaraan rakyat yang mahukan perubahan menjelang PRU14 ini.
Pun begitu, Pakatan Harapan Johor ingin menasihatkan Khaled agar memberikan perhatian yang lebih terhadap survival politik beliau sendiri. Usah ‘jaga tepi kain orang’, anda sendiri belum tentu selamat.
Tindakan Khaled yang mahu bertanding di dua kerusi dalam PRU14, masing-masing di kerusi Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas menimbulkan satu tanda tanya. Apakah ada gerakan tersusun oleh BN yang mahu menamatkan riwayat politik Khaled selepas sepenggal ‘bereksperimen’ mengangkat beliau sebagai Menteri Besar Johor?
Kenyataan media bersama oleh:
Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin (Pengerusi PAKATAN HARAPAN Johor)
Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Pengerusi PPBM Johor)
Aminolhuda Hassan (Pengerusi AMANAH Johor)
Hassan Karim (Pengerusi PKR Johor)
Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)