SAMPAI BILA AZMIN MAHU BERDIAM DIRI?


Alamak…satu lagi kejutan berlaku!!!

Belum pun Azmin Ali sempat menafikan sama ada lelaki dalam video seks sumbang yang didakwa menyerupainya itu adalah dirinya atau tidak, pasangan dalam video terbabit telah pun lebih dulu muncul membuat pengakuan.

Haziq Aziz, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Perusahaan Utama dalam pengakuan yang dibuat melalui FBbya lewat malam tadi mengakui bahawa beliau adalah lelaki yang di atas katil bersama menteri itu.
Kata, video itu dirakam tanpa pengetahuannya di sebuah hotel di Sandakan ketika kempen PRK kawasan itu, Mei lalu.
Kenapa Haziq begitu bangga dan tiada rasa malu mengakui beliau adalah lelaki dalam video itu?

Sedarkah beliau, sebagai seorang Islam dan jawatan dalam kementerian yang disandangnya, beliau sebenarnya sedang memalukan dirinya sendiri?

Tetapi, apa jadi kepada Azmin selepas ini?
Bagaimana lagi beliau mahu menafikan dirinya tidak terlibat berikutan Haziq sudah pun lebih awal membuat pengakuan?
Apakah Azmin akan cuba juga menafikannya atau sekadar berdiam diri berhubung isu ini?

Atau apakah, berikutan skandal yang terdedah ini, Azmin akan meletak jawatan dan berundur terus daripada politik? (Shahbudindotcom 12/06/2019)


SIAPA PUNYA ANGKARA SEMUA INI?


Sekali lagi kita dikejutkan dengan penyebaran video dan gambar-gambar aksi seks songsang melibatkan dua lelaki di mana salah seorangnya adalah mirip seorang menteri kabinet.
Video dan gambar berkenaan ketika ini sudah pun bersepah-sepah dan bertebaran di media sosial.
Benarkah menteri kabinet terbabit terlibat dalam aksi seks songsang?
Bilakah kejadian ini berlaku?
Mengapa ia disebarkan sekarang?
Siapakah punya angkara semua ini?
Tun Mahathir Mohamad ketika ditanya berkata, beliau sendiri tidak tahu apa-apa mengenainya serta belum melihat lagi video terbabit.
Apakah penyebaran video dan gambar ini ada kaitan dengan usaha untuk menghalang menteri kabinet terbabit melonjak lebih tinggi dalam karier politiknya?
Apa agaknya reaksi Tun Mahathir selepas beliau sendiri menonton video dan melihat gambar aksi seks tersebut? (Shahbudindotcom 11/06/2018)

SEKALI LAGI, ANWAR BERTEMU TUN MAHATHIR


Luang masa selama 30 minit bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini di Putrajaya.
Saya menjelaskan konteks persoalan mengenai pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pecegahan Rasuah (SPRM).
Saya juga memaklumkan kepada Tun Dr Mahathir, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengutuskan surat untuk bertemunya.
Kami berdua turut bersetuju kegiatan membanteras rasuah sama ada di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) perlu lebih berkesan dilakukan Latheefa dan SPRM.
Isu-isu lain termasuk berkaitan hal ehwal antarabangsa juga dibincangkan dalam pertemuan ini.
ANWAR IBRAHIM
11 Jun 2019

PENGARAH SRC LETAK JAWATAN KERANA AKAUN TIDAK DIAUDIT

NAJIB SOKONG PELABURAN SRC DI LUAR NEGARA

(function() { var d = document, w = window; w

PROPAGANDA KAUM DAN AGAMA

Saya telah kupaskan dan debunk beberapa propaganda mengarut mengenai ekonomi. Hari ini izinkan saya debunk propaganda politik agama dan bang...