MEMANG LAH BUBAR PARLIMEN JALAN TERBAIK



Daulat Tuanku, pertama-tamanya ingin dirakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada DYMM Sultan Johor atas amaran baginda mahu membubarkan DUN Johor bagi diadakan pilihanraya negeri jika pertelingkahan politik berterusan di negeri itu.
Melalui catatan di laman Facebooknya, DYMM Sultan Johor bertitah, baginda tidak akan membiarkan politik Johor berterusan dikucar-kacirkan.
“Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta.
“Saya akan berikan peluang kepada rakyat negeri Johor untuk memilih wakil mereka yang baharu dan saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti atau diri sendiri,” titah baginda lagi.
Sesungguhnya titah DYMM Sultan Johor ini adalah amat bijaksana dan tepat untuk menyelesaikan kemelut politik Johor daripada terus berpanjangan.
Oleh kerana kedudukan majoriti di DUN Johor sekarang adalah tipis iaitu 29-27, ini dengan sendirinya menyebabkan ketidakstabilan dan gejala lompat-melompat boleh berlaku dan berterusan pada bila-bila masa.
Dengan demikian, hanya pilihanraya negeri saja penyelesaian terbaik bagi mengembalikan kestabilan serta memastikan ahli-ahli politik, baik yang bersama kerajaan atau pembangkang benar-benar dapat menumpukan khidmat kepada rakyat dalam aktiviti seharian mereka selepas ini.
Selagi kedudukan majoriti adalah tipis, selagi itulah soal berebut kuasa, melobi dan merangsang aktiviti melompat parti tidak terhenti.
Dalam konteks yang sama, disebabkan kedudukan majoriti kerajaan PN di Pusat juga sekitar satu atau dua undi iaitu mirip dengan Johor dan aktiviti berebut kuasa tidak ternampak akan terhenti begitu saja, pilihanraya umum secara mengejut di peringkat Parlimen juga wajar diadakan.
Meskipun DYMM Yang Dipertuan Agong tidak bersuara apa-apa mengenai keadaan politik negara setakat ini, tetapi Muhyiddin Yassin boleh mengambil pedoman daripada titah DYMM Sultan Johor dalam menyelesaikan kemelut politik di peringkat Pusat yang sudah berlarutan sejak sekian lama ini.
Lagi pula, Muhyiddin tentu sedar selain usul undi tidak percaya bakal dibentangkan terhadapnya pada Sidang Parlimen Julai nanti, Tun Mahathir Mohamad turut menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti sepanjang masa daripada menjatuhkannya sebagai Perdana Menteri.
Ini memberi gambaran bahawa selain melalui usul undi tidak percaya, penolakan terhadap usul, rang undang-undang dan Belanjawan 2021 Oktober depan di Parlimen juga merupakan pilihan yang akan dilakukan.
Tidak cukup dengan itu, usaha mengumpul kekuatan dan menarik Ahli-Ahli Parlimen PN untuk berpaling tadah menumbangkan kerajaan barang sudah tentu sentiasa akan dipertingkatkan daripada semasa ke semasa.
Akhirnya, dengan semua kekalutan itu, harus disedari kerajaan tidak mungkin mampu berfungsi dengan sebaik-baiknya dalam memberi khidmat kepada rakyat.
Dalam hal ini, Muhyiddin harus sedar bahawa satu-satunya jalan penyelesaian dalam kemelut politik ini ialah dengan mengadakan pilihanraya dengan seberapa segera.
Meskipun jika kerajaan ditumbangkan atau kalah dalam usul undi tidak percaya, Muhyiddin berhak memohon kepada Agong agar Parlimen dibubarkan, beliau sebenarnya tidak patut menunggu sehingga ke peringkat itu baru mahu bertindak untuk mengadakan pilihanraya.
Adalah terpuji jika Muhyiddin dapat segera memohon kepada DYMM Yang Dipertuan Agong agar Parlimen dibubarkan secepat yang mungkin supaya pilihanraya dapat diadakan dalam waktu terdekat ini.
Lagi dilengahkan lagi kalut politik dan rakyat dibuatnya.
Selepas pilihanraya dan kerajaan baru terbentuk, ketidaktentuan, kekalutan dan pertikaian mengenai keabsahan kerajaan dengan sendirinya tidak akan berbangkit lagi.

 (Shahbudindotcom 03/06/2020)



NAK BUBAR PARLIMEN?





1. Saya dari awal telah menyatakan pandangan. Pertukaran Kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri tidak sesuai dibuat sekarang. Di ketika pandemik dan dalam kemelut ekonomi, pertukaran atau pembubaran Kerajaan tidak memberi kebaikan kepada Rakyat. Kalau tukar Kerajaan berapa lama Rakyat nak tunggu untuk Kerajaan baru berfungsi sepenuhnya. Kalau bubar Parlimen, apakah bala yang bakal menimpa Rakyat? Nak mengundi di kala pandemik, kluster apa pula yang bakal keluar?

2. Ditempik oleh wakil rakyat dan penyokong Perikatan Nasional jangan berpolitik di kala krisis. Namun demikian, mereka juga mulakan langkah politik yang jelik. Pertukaran kerajaan negeri Kedah, pertukaran speaker di Johor dan Melaka. Umpan mengumpan undi dengan jawatan GLC. Semua dihalalkan demi kuasa. Itu tidak mengapa bagi mereka.

3. Tapi bila pihak pembangkang mengorak langkah sama, habis diratib nak bubarkan Parlimen dan DUN. Haram bagi mereka, halal bagi kita. Itulah cara mereka kekalkan kuasa. Mana pergi konon laungan pentingkan Rakyat?

4. Yang pasti kita dengar yang kuat nak bubar Parlimen ni datang dari team Barisan Nasional. Semalam Presiden UMNO dan PM6 dah berjumpa. Mereka ever ready nak bertempur PRU15 katanya. Yelah saya paham. Penutup kes SRC nak dekat dan hakim akan buat keputusan. Pandangan saya dan berdasarkan sumber Jabatan Peguam Negara, kes pendakwaan sangat kuat dan besar kemungkinan akan dapat sabitan. Masa penutup kes juga, katanya pihak pembelaan banyak buat kesilapan. Makanya, ada orang dah tak sabar nak tukar Kerajaan. Boleh ingat macam mana dia kawal jentera Kerajaan dulu untuk senyapkan kes 1MDB. Tuan puan ingat, kalau dia memerintah kembali, dia tak boleh buat sekali lagi?

5. Sama juga dengan kes Yayasan Bunian, saya percaya kes solid akan dapat prima facie kelak. Tak ke menggelabah? Makanya, apa jalan yang ada untuk potong kes separuh jalan? Tentunya untuk dapatkan kembali kuasa di tangan mereka. Senang cerita.

6. PM8 pula terus bisu tak bersuara. Saya tak pikir beliau sanggup harung pilihanraya. Sekarang beliau berdiri atas kerusi Perdana Menteri kerana mandat PRU14 ke atas PH/PPBM. Walaupun PPBM paksi TSMY jadi turncoat dan beralih kem, saya percaya Muafakat Nasional hanya bagi muka sahaja untuk dia jadi PM. Kalaulah PRU15, berapa banyak seat untuk team PM8 nanti? Bolehkah UMNO dan PAS berkompromi. Dan soalan yang paling menarik, bolehkah PM8 kekal sebagai Perdana Menteri? Kena ingat UMNO akan jadi parti majoriti. Saya percaya kalau PN menang, banyak atas tiket UMNO. Bolehkah mereka terima lagi sekali? PM bukan dari parti mereka sendiri?

7. Makanya, kalau betul PM8 ini pentingkan Rakyat dan pertimbang kedudukan beliau sendiri, beliau takkan setuju untuk bubarkan Parlimen. Beliau perlu terus yakinkan Yang Dipertuan Agong yang beliau ada kuasa majoriti. Itu sebabnya dari awal saya dah cadangkan. Ikut cara PM3 Tun Hussein Onn jadi PM. Disebabkan usul percaya dalam Parlimen. Habis cerita. Tapi tidak pulak dibuat masa sesi Mei lalu. Sekarang dah tersasar jauh. Kalau tidak dibendung dengan betul, negara akan terjerumus dengan konflik perlembagaan. Tambah dengan pandemik yang belum selesai, keadaan ekonomi yang gawat, apa yang Rakyat akan dapat?

8. Di bawah Perlembagaan, hanya Tan Sri PM yang punya kuasa. Untuk tentukan nasib negara. Sama ada lepas jawatan dengan cara terhormat atau cadangkan pada YDPA untuk bubar Parlimen. YDPA sendiri pun tiada kuasa mutlak untuk tentukan pembubaran, tanpa nasihat daripada Perdana Menteri. Kita bukannya berkonsepkan Absolute Monarchy atau Monarki Mutlak. Kena paham, negara kita berpegang kepada konsep Raja Berpelembangaan. Boleh rujuk Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan. Semua dijelaskan di situ. Maaf untuk saya cakap, kita respect YDPA, tapi Baginda perlu juga respect Perlembagaan. Budi bicara Baginda bukan mutlak. Akan sentiasa ada semak dan imbang berlandaskan Perlembagaan oleh Perdana Menteri. Itu perkara asas demokrasi.

9. Di sebelah PH jua, maaf saya perlu bersuara. Sekali lagi saya berpendirian, bukan ini masa yang sesuai untuk tukar Kerajaan. Yes, we respect your constitutional rights to claim the majority. Cuma satu, kalau setakat 1-2 majoriti, tunggu la dulu. Dapatkan lah majoriti yang lebih solid, paling kurang 130, supaya Kerajaan lebih stabil. Kalau tak,  lepas ni berapa kali lagi nak tukar Kerajaan dengan ahli-ahli parti yang asyik melompat. Apa yang negara dapat?

10. Saya percaya ramai wakil rakyat terutamanya di kalangan ahli PPBM dah boleh buka mata. Janji TSMY untuk kawal ahli UMNO dengan jawatan dan mengajak mereka anggotai PPBM, tidak dikota. Makanya, PH ambil la masa yang ada. Yakinkan wakil rakyat yang genuine nak berkhidmat untuk negara. Bukan semua boleh terima bekerjasama dengan kleptokrat. Ramai saya percaya yang celik hati untuk melihat kebenaran.

11. Di sebelah PH juga, liabiliti DAP itu tak boleh disangkal. 60 tahun UMNO memerintah telah jadikan DAP sebagai “boogeyman” kepada orang Melayu. Jujur saya cakap, bukan salah UMNO 100%. Memang kerja mereka nak wujudkan persepsi. Banyak kali juga ada je ahli DAP yang contribute. Itu tak boleh nak salahkan siapa, itu salah sendiri. Tak boleh lagi jadi Bangsar Bubble atau duduk di kayangan. Selagi DAP tak boleh ubah tanggapan tersebut, masih ramai majoriti orang Melayu akan tolak PH sebab DAP. Dan amarah tersebut akan berterusan kalau PH memerintah balik Kerajaan. Dengan tahap kekuatan PH dalam media sosial yang merudum, bolehkah Kerajaan baru ini akan bertahan? Nescaya propaganda kaum dan agama akan dibangkit semula dengan dasyatnya. Adakah akan stabil Kerajaan?

12. Makanya, pandangan saya, PH perlu terus siap siaga. Dapatkan majoriti solid, rapatkan saf, perbaiki komunikasi. Nak taknak, kena paham, majoriti Rakyat nak Malay led Government. Bukan semua terbuka minda nak terima a purely clean government, strict governance, rule of law dan lantikan atas merit. Itu semua tanggapan eutopia. Yang pasti, ramai belum bersedia, walaupun kita berharap benda yang sama. Makanya, tunggu la dulu sebelum nak ubah Kerajaan. Paling kurang, lepas selesai pandemik dan rakyat sedikit lapang.

13. Yang pastinya, posting ini bercakap atas landasan saya sebagai rakyat biasa. Bukan ahli mana-mana parti. PN pun saya tak berkenan, PH pun saya tak setuju. Makanya, yang duduk di atas, tepuk dada tanya selera. Sudah lapuk pandangan yang Kerajaan atau ahli politik tahu semua benda. Dan rakyat tak perlu bersuara. Undi kami pada anda untuk mudahkan hidup Rakyat. Bukan lagi menyulitkan. Harap mereka2 yang dapat undi keramat daripada Rakyat ini, pikirkan rakyat lebih daripada kepentingan mereka untuk berkuasa. Tak kira la PN atau PH. Itu pada saya, amanah yang perlu dijaga.

Wallahu a’alam.

Salam hormat,
Liyana Marzuki



JOM KITA MEMBALAK DI KEDAH

03hb Jun 2020
17.30

Tuah Reezal YB



Hang toksah dok wayang dengan cerita-cerita kisah zaman dulu la Si (Sanusi) ooiiii...tak tarik simpati rakyat la ni bukan cara macam tu dah...zaman budak-budak hang dengan aku sama ja...kawan-kawan bangga bila hang boleh buat rumah besaq sampai RM 200K lebih...tapi bila kawan-kawan tau hang kaki mentedarah komisyen projek jalan dengan balak zaman Arwah Ustaz Azizan dulu...ramai kawan-kawan yang hilang respect dah kat hang...hamg memang di DUN Jeneri tu pun sebab rakyat dah benci kat YB Det Hamid dengan Ketua Bahagian Bersatu ja...cuba hang lawan Dato Tajuddin tengok...hang jangam mimpi la nak boleh menang...



03hb Jun 2020
17.15

Baru paham saya paham apa yang Menteri Besaq Kedah cakap ni...patut makin meriah lori balak atas jalan la ni...
Ni peandangan lori balak di Simpang 4 jalan Jeniang Gurun....sampai ada kawan-kawan kata dia pun nak joi lori 3 tan dia pasai nak beli lori balak pulak la...
😀😀😀



JOM MELEBOQ DI KELANTAN...LESEN BARU DIBUKA TAK TUTUP...ISLE...


Aims..

Negeri Serambi Mekah yang perjuangkan Islam pun sedia ditambah pengeluaran LESEN PREMIS MINUMAN ARAK..

𝗧𝗔𝗞𝗘𝗕𝗘𝗘𝗥..‼

Jika lesen premis minuman arak terus ditambah, ini bermakna....

ADAKAH MUHYIDDIN AKAN BUBAR PARLIMEN?


Zain Azman

Al Kisahnya...

Apakah pilihan yang ada pada PM8 dengan asakan bertali arus dari PH mahupun dengan MP pro PN sendiri...!??

Ramai penganalisis meramalkan PM akan mohon pembubaran Parlimen. Pendapat mereka hanyalah sebuah anekdot sahaja tanpa menganalisis akan senario semasa.

1. Bagaimana Muhyidin nk bertanding, atas nama Bersatu?.. Pengerusi PPBM @ Tun M yang akan tanda tangan surat tauliah calun.. jadi tak kan la TSMY dan sekufunya nak bertanding atas tiket bebas atau wakili Umno..??

2. PN belum berdaftar dan rakan sekutu kerajaan berbelah bagi untuk tubuh PN.. Macam mana ni?, sebab itulah sampai sekarang PN masih belum juga didaftar..

3. BN atau MFN yang diterajui Pas & Umno bekerjasama dgn Bersatu, TSMY dan Azmin hanya sementara, mereka nak kuasa mutlak pada PRU 15 nanti atau melalui PRU semula, dimana kedudukan TSMY dan sekutu MPnya, sah-sah akan kalah. Contohnya.. Hamzah Zainudin di Larut, kat sana Umno letak tunggul kayu pun, akan menang, So tak kan la UMNO nak lepaskan tempat tu kepada Hamzah, si murtad parti Umno?

4. Azmin Ali dan 9 murtad PKR, nak bertanding di mana dan atas parti mana?

5. Rakyat telah sedar, prestasi lemah PH menunaikan manifesto bukan disebabkan kegagalan PH menunaikan agenda reformasi negara, tetapi sengaja dihalang oleh pengkhianat yang dikepalai oleh Tun sendiri.
Rakyat bersedia untuk mengundi PH sekali lagi dan mengangkat DSAI sebagai PM demi untuk Malaysia baharu yang sebenar.

6. COVID19...

walau pun membubarkan Parlimen adalah hak PM tapi keputusan akhir adalah ditangan YDP Agong. Pertimbangan terperinci akan dilakukan khususnya berkaitan aspek wabak Corona yang belum reda. Juga pandangan Sarawak yang akan mengadakan PRN pada tahun depan.
Kos juga adalah faktor penentu. Dalam keadaan ekonomi negara yang tak menentu dan kian merudum, adakah dengan membelanjakan sebahagian besar wang negara untuk PRU ini satu keputusan yang bijak?

Akhir sekali, adakah TSMY sanggup dikenang sebagai pengkhianat yang dihalau dengan hina apabila kalah PRU, atau pun berundur secara terhormat apabila hilang majoriti.
# Pilihan terbaik adalah berundur secara terhormat.


Bubar Parlimen bukan pilihan untuk Muhyiddin dan Azmin

Bubar Parlimen bukan pilihan untuk Muhyiddin dan Azmin
"Untuk tahun ini saya yakin, pilihan raya tidak akan diadakan samada ianya dari perspektif Perdana Menteri ataupun Yang Dipertuan Agong," kata penganalisis politik dari Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diyakini tidak akan mencadangkan pembubaran Parlimen walaupun beliau kehilangan suara majoriti di Dewan Rakyat kerana membubarkan Parlimen bermakna membunuh kerier politik beliau.
Yang Dipertuan Agong yang mempunyai kuasa budibicara untuk menentukan Parlimen dibubarkan ataupun tidak selepas mendapat nasihat dari Perdana Menteri, juga diyakini tidak akan pro kepada pilihan raya diadakan pada tahun ini berdasarkan kedudukan negara dan dunia sekarang.
Begitu juga kumpulan 10, bekas pemimpin PKR pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Untuk tahun ini saya yakin, pilihan raya tidak akan diadakan samada ianya dari perspektif Perdana Menteri ataupun Yang Dipertuan Agong,” kata penganalisis politik dari Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia
(UTM), Dr Mazlan Ali.
Menurut Mazlan, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri memang mempunyai kuasa untuk menasihatkan Yang Dipertuan Agong agar Parlimen dibubarkan.
Tetapi membubarkan Parlimen bermakna membunuh kerier politik beliau dan juga partinya Bersatu.
“Beliau hanya bernilai ketika Umno dan Pas memerlukan beliau pada penggal ini. Jika Parlimen terbubar sebagaimana yang dikehendaki oleh Pas dan Umno, bermakna Muyiddin tidak berguna lagi kepada mereka,”
kata beliau.
Ini kerana, Muhyiddin dan Bersatu terpaksa berkongsi kerusi pilihan raya yang sama dengan Umno dan Pas iaitu kerusi Melayu luar bandar.
“Umno dan Pas belum selesai dalam pembahagian kerusi antara mereka. Takkan kedua-duanya mahu memasukkan satu lagi rakan untuk berkongsi kerusi yang sama iaitu kerusi Melayu luar bandar,” kata Mazlan yang banyak membuat kajian politik di negara ini.
Kajian Mazlan pada awal tahun ini (Januari 2020) mendapati sokongan kepada Umno dan Pas di kalangan pengundi Melayu sangat tinggi iaitu mencecah lebih 85 peratus.
Namun selepas Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan, sokongan orang Melayu kepada PH kembali meningkat manakala di kalangan bukan Melayu, sokongan kepada PH kembali tinggi.
Menurut Perlembagaan, Yang Dipertua Agong mempunyai kuasa budibicara untuk menerima nasihat PM bagi membubarkan Parlimen.
“Saya yakin, Yang Dipertuan Agong akan menggunakan sepenuhnya bidibicara Baginda untuk menentukan Parlimen perlu dibubar atau hanya melantik pengganti kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri jika
beliau hilang undi majoriti di Parlimen,” kata Mazlan.
Faktor keadaan negara yang berada di era PKP dengan keadaan ekonomi yang sangat tidak baik, kos pilihan raya dalam suasana normal baharu  (new normal) akan mempengaruhi keputusan budibicara Yang Dipertuan
Agong, kata Mazlan.
Menurut beliau, kos pilihan raya ke 14 yang lalu adalah sekitar RM500 juta.
“Jika pilihan raya nak diadakan tahun ini, dalam suasana normal baharu ini, kosnya boleh meningkat sehingga sekali ganda iaitu boleh mencecah RM1 bilion,” kata Mazlan.
Antaranya beliau menjangkakan, pilihan raya mungkin perlu diadakan sehingga dua hari kerana satu hari tidak akan mencukupi dalam suasana normal baharu ini.
“Dengan keperluan kepada penjarakkan sosial, pilihan raya tidak boleh selesai sehari sahaja. Boleh jadi dua hari baru boleh selesai. Jadi kosnya sangat tinggi dan berlipat kali ganda.
“Berdasarkan faktor-faktor di atas, saya yakin pilihan raya tidak akan berlaku tahun ini,” kata Mazlan.
KEHILANGAN MAJORITI
Cakap-cakap mengenai Muhyiddin kehilangan majoriti semakin kencang selepas sidang Dewan Rakyat hanya diadakan sehari sahaja pada 18 Mei lalu dan hanya mempunyai satu agenda sahaja iaitu Titah Diraja.
Ia semakin panas apabila timbul khabar angin sidang media yang hendak dibuat oleh dua Ahli Parlimen Bersatu iaitu seorang menteri dan seorang timbalan menteri yang dikatakan mahu menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketika menjelaskan sidang media yang tidak menjadi ini, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dalam satu kenyataannya meminta semua penyokong dan ahli Bersatu berfikir dengan jujur tentang masa depan parti dan diri beliau sendiri.
“Cuba saudara berikan jawapan yang seikhlas-ikhlasnya kepada saya. Saya sekarang adalah Ahli Parlimen Sri Gading.
“Adakah PN atau PH yang akan memberikan laluan mudah untuk calon ahli Bersatu bertanding di Parlimen Sri Gading dalam PRU-15 nanti?
“PN atau PH?
“Itu juga adalah jawapan kepada satu solan paling pokok. Lebih selamatkah Bersatu dalam PN atau dalam PH? Saudara jawab!!” tulis Timbalan Menteri Kerjaraya itu.
Bagi Dr Mazlan, pendirian Dr Shahruddin adalah sama dengan pemikiran bekas Menteri Pelajaraan, Dr Mazlee Malik yang sangat prihatin kepada masa depan partinya.
“Saya yakin inilah pendirian akar umbi Bersatu. Mereka lebih senang bersama PH dari PN. Jika bersama PN, mereka mudah dimakan oleh Umno,” kata Mazlan.
Katanya, kalau begitu sikap Dr Shahruddin yang merupakan bekas Setiausaha Agong Bersatu dan bekas Setiausaha Politik Muhyiddin itu, semua orang boleh bayangkan apakah sikap pemimpin Bersatu yang lain.
Bagi Mazlan, Bersatu akan mempunyai kedudukan yang sukar jika mereka terpaksa berunding dengan Umno dan Pas dalam menentukan kerusi dalam pilihan raya kerana mereka bertanding di kerusi yang sama.
“Paling baik, Bersatu akan mendapat 20 kerusi. Itupun kalau Umno setuju. Kalau kerusi Pas lagi payah kerana semua kenal Pas sangat keras dalam hal ini,” katanya.
Bagi beliau, Umno tidak akan yakin setakat mana kesetiaan Bersatu kepadanya selepas pilihan raya nanti “jadi kenapa mereka perlu memberikan kerusi tradisi mereka kepada Bersatu.”
“Antara pilihan yang ada kepada Muhyiddin adalah beliau menyertai Umno semula,” kata Mazlan jika Umno menerima syarat-syarat yang ditentukan oleh Muhyiddin.
KEDUDUKAN AZMIN
Kedudukan bekas timbalan presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan rakan-rakannya yang meninggalkan PKR juga sama dengan Bersatu.
“Kat mana Azmin akan bertanding jika Parlimen dibubarkan tahun ini. Saya yakin bukan Gombak kerana mereka tidak ada sokongan akar umbi.
“Oleh itu bagi saya, bubar Parlimen bukan juga pilihan untuk Azmin dan rakan-rakannya buat masa sekarang,” kata Mazlan.

PEMIMPIN PERIKATAN NASIONAL MAHU LARI KE MANA?







Hakikatnya, kedua-dua pemimpin itu sedang bermimpi ngeri di siang hari. PERIKATAN NASIONAL ibarat rumah yang sudah siap, tetapi pahat masih berbunyi. Maka sukar bagi penghuninya untuk menikmati ketenangan, apatah lagi untuk tidur dengan lena. Situasi ini diakui sendiri oleh ahli politik veteran dari PAS, bekas Setiausaha Agungnya,Dato' Mustafa Ali. Beliau mendakwa selepas lebih dua bulan mengambil alih Putrajaya, kerajaan PERIKATAN NASIONAL dilihat tidak begitu stabil dan kemampuannya bertahan sehingga pilihan raya umum akan datang menjadi tanda tanya.

ANGGOTA ARMADA DITAHAN

SPRM cekup ahli Armada, ramai lagi dijangka ditahan
Annabelle Lee
Diterbitkan 15 minit lepas
Dikemaskini 11 minit lepas

Seorang anggota Pemuda Bersatu (Armada) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lewat malam tadi dan direman untuk siasatan lanjutan.
Sumber dalam parti mengesahkan laporan tersebut kepada Malaysiakini dan menjangka lebih ramai akan ditahan.
Menurut Ketua Penerangan Bersatu, Ulya Husamudin pada hantaran media sosial, anggota yang ditahan sebelum ini telah 'mendedahkan' rakaman audio presiden parti merangkap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mencadangkan anggota parlimen Umno 'dipikat' dengan jawatan menteri atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bergabung dengan Bersatu.
Ulya juga menjangka lebih ramai anggota saya pemuda akan ditahan.
"Pimpinan Armada sedang ditahan satu persatu. Kononnya untuk siasatan tapi tiada jelas pun pertuduhan. Segala perbelanjaan dan sumber kewangan sebelum ini sentiasa dimaklumkan kepada Pengerusi dan Presiden. Peguam sudah siap siaga.
"Ini mereka-mereka yang telah dedahkan dan mohon SPRM siasat audio Agihan GLC oleh Tan Sri Muhyiddin. Yang dedahkan kemungkaran pula ditahan dan ditekan," katanya dalam hantaran Facebook.
Muhyiddin ialah presiden Bersatu yang pecah kepada dua kem dan kini terlibat dalam kemelut kuasa antara dirinya dengan pengerusi parti yang dipertikaikai Dr Mahathir Mohamad.
Ulya dan ketua Armada yang dipilih Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berpihak kepada Dr Mahathir.
Mahathir dan Syed Saddiq sebelum ini diumumkan gugur keahlian Bersatu. Kedua-dua pemimpin itu mencabar keputusan tersebut.
Syed Saddiq dijangka akan membuat kenyataan berhubung penahanan ini dalam masa terdekat.
Malaysiakini telah menghubungi SPRM untuk mendapatkan penjelasan



MASA NAK PRU 13 MCA KEMPEN BELA ARAK?

PERBALAHAN POLITIK BERTERUSAN DALAM PN PUNCA PELABUR MENJAUHKAN DIRI

KEJATUHAN MUHYIDDIN DAN KERAJAANNYA

Wednesday, June 3, 2020

Signal Kejatuhan Kerajaan PN Dari UMNO Sudah Diberi
Sudah lebih seminggu dua khabar angin bertiup kencang berkenaan kejatuhan Muhyiddin Yaasin dan kerajaannya.

Pelbagai cerita yang telah disebarkan dalam alam maya. Antaranya:

1) PAS menghantar rombongan meminang mereka berjumpa Dr. Mahathir dengan menawarkan 18 Ahli Parlimen mereka menyertai PH.

2) Jumlah bilangan Ahli Parlimen yg menghantar SD kepada Dr. Mahathir dan Anwar juga mencecah 129 dan sedang bertambah.

3) Sudah ada perkenan dari Istana untuk menghadap dan mempersembahkan kepada Tuanku untuk mendapat perkenan menubuhkan kerajaan baru.

4) bilangan ahli2 parlimen yang menyokong Muhyiddin sehingga hari ini masih belum mencecah 90 orang dan banyak lagi.

5) Juga timbul rakaman audio Muhyiddin Yaasin mengaku berniat untuk memberikan rasuah jawatan GLC bagi menarik ahli-ahli parlimen UMNO ke BERSATU dan banyak lagi audio lain.

Namun semua khabar-khabar ini tidak mempunyai kredibiliti sehinggalah timbul posting Zahid Hamidi di bawah ini:
  
 "Kami telah siap siaga untuk PRU15"

Soalnya, tarikh luput Parlimen Malaysia sessi ini adalah pada 06 May 2023. Masih berbaki 3 tahun lagi sebelum tamat sessi Parlimen ini. Mengapa Zahid Hamidi tiba-tiba menyebut berkenaan Piliharaya Umum ke 15?

                                                      Kalau tarikh tamat tempoh itu ada berbaki 1 tahun lagi mungkin masuk akal untuk Zahid Hamidi berkata sebegini tetapi kenapa sekarang.

Pada hemat Tulang Besi, ini adalah petanda jelas haayat dan nyawa kerajaan Pakatan Harapan sudah hampir menuju ke alam barzakh.

Panggilan Zahid ini juga menunjukkan UMNO sudah sedia untuk membuang rakan-rakan mereka dalam PN seperti BERSATU, Azmin+Geng dan juga PAS.

KERAJAAN MUHYIDDIN LEMAH DAN TERBUKTI LEMAH

Apabila Muhyyidin  menghalang usul undi tidak percaya yang telah diterima oleh Speaker, secara otomatik Muhyiddin telah mengaku beliau tiada majoriti dalam Parlimen. Pengakuan secara diam ini membuatkan semua yang menganggotai kerajaan beliau sedikit demi sedikit hilang kepercayaan kepada beliau.

Ertinya kalau sebelum ini kerajaan Muhyiddin hanya dikatakan lemah dan tidak dapat sokongan yang cukup, selepas 18May 2020 terbukti bahawa kerajaan Muhyiddin adalah kerajaan haram yang tidak menepati syaraat Perlembagaan yakni yg mempunyai sokongan majoriti.

Juga timbul cerita hal rumah tangga dalam Perikatan Nasional yang bergolak sebegitu kuat sekali. Misalnya:
1) Pergolakan dalaman BERSATU yang berpecah kepada group pro Mahathir dan pro Muhyiddin. Walaupun ditebarkan jawatan dan pangkat kepada ahli2 BERSATU tapi nampaknya pergolakan semakin marak dan api perpecahan semakin besar. Ia bermula dengan hilangnya MB Johor dari BERSATU diikuti tindakan UMNO menghalang ADUN BERSATU menjadi KM Melaka diikuti dengan insiden-insiden lain.
2) Azmin Ali diserang atas bawah kiri dan kanan oleh PH dan juga oleh UMNO dan BERSATU sendiri. Keadaan Azmin sekarang ini adalah seperti beruk tunggal kerana tiada siapa dalam PN yang mahu mengiktiraf kepimpinan beliau dan hayat politik dia sudah semakin habis. Masa depan pun gelap.
3) UMNO dan PAS pun bersengketa juga kerana kerusi-kerusi tradisi Melayu majoriti dipegang oleh PAS dan PAS tidak mahu lepaskannya. Kalau UMNO tidak dapt kerusi2 itu bermaksud UMNO akan pupus sebagai parti Melayu
4) UMNO sendiri pun tidak mengiktiraf Perikatan Nasional. GPS Sarawak pun tidak mengiktiraf Perikatan Nasional.

GAMBARAN DARI AKHBAR CINA

Secara mudahnya, lemahnya Perikatan Nasional itu sudah menjadi pengetahuan umum.

Maka, robohnya Perikatan Nasional ini sudah tidak dapat dielakkan lagi.

Kenyataan Zahid Hamidi di atas menandakan tidak sampai bulan Julai, Perikatan Nasional akan berkubur. Inshaalah.

Pakatan Harapan akan kembali memerintah Malaysia dalam masa terdekat.. Aamiin !!!


Tidak Salah PH Tuntut Hak Berkuasa, Asalkan Adil, Jaga Rakyat







DS Anwar Ibrahim menekankan mengenai hak rakyat untuk menentukan satu sistem kerajaan yang sah melalui institusi Parlimen. Apabila ianya dinafikan maka perjuangan menentukan keabsahan kerajaan berlaku. Bukan sahaja jumlah kerusi yang menjadi fokus Pakatan Harapan (PH) tetapi juga tekad tidak bertolak ansur kepada kecurangan, sistem kroni memperkayakan anak pinak dan menindas orang tidak bersetuju dengan kerajaan. PH perlu kembali kepada landasan perjuangan asal. Janji untuk baiki negara mesti dilakukan. Sistem politik bukan ditentukan oleh elit yang berkuasa tetapi mesti cuba fikir bagi rakyat yang tidak ada kewangan, pendidikan tinggi dan mereka harus dibela sewajarnya. Kemelut politik sekarang menyebabkan rakyat bosan. Sesiapa yang pegang kuasa rebut mahu jadi PM, menteri, timbalan dan pengerusi GLC. Layak tidak layak bukan perkiraan. Pembangkang pula kira bagaimana mahu dapatkan jumlah, tawan kuasa. Tidak ada salah tuntut hak berkuasa tetapi syarat mutlaknya ialah kembali kepada landasan perjuangan. Negara mesti demokratik, adil dan jaga kepentingan rakyat.



Isu pemandu mabuk: Kerajaan PN jangan sekadar janji pinda APJ 1987

Isu pemandu mabuk: Kerajaan PN jangan sekadar janji pinda APJ 1987

Mohammed Firdaus Johari
Kerajaan PN jangan hanya sekadar menabur janji untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), sepatutnya mengambil langkah segera bagi meminda akta tersebut melalui sidang Parlimen yang seharusnya diadakan tanpa lengah.
Demikian desakan yang dibuat oleh Ketua AMK Kedah, Mohammed Firdaus Johari.
Jelasnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan bahawa kerajaan akan memberi perhatian serius dan mengambil tindakan tegas terhadap kes kemalangan maut pengguna jalan raya melibatkan pemandu mabuk harus dilaksanakan segera tanpa kompromi.
“AMK Malaysia menyambut baik tindakan serius yang akan diambil oleh kerajaan membabitkan pemandu mabuk sepertimana yang dijanjikan kerana ia melibatkan nyawa manusia merentasi pendirian politik.
“Ianya bukan tunggangan politik dan jangan sama sekali mengheret isu perkauman dalam kes membabitkan pemandu mabuk serta perlu diselesaikan dengan tuntas dan segera.
“Kerajaan perlu sepantas yang mungkin dan bersungguh-sungguh menangani isu ini sepertimana isu wabak covid-19 ditangani kerana kes kemalangan maut pengguna jalan raya membabitkan pemandu maut adalah pandemik yang terabai dan tersisih,” tegasnya.
Malah katanya lagi, cadangan yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu hukuman terhadap pemandu mabuk dan pesalah jalan raya yang menyebabkan kematian perlu ditingkatkan kepada minima penjara lima tahun dan maksimum penjara seumur hidup mestilah direalisasikan dan bukan hanya sekadar manis mulut sahaja.
Tambah beliau, denda tidak lebih dua ratus ribu ringgit dan wang pampasan dibayar kepada keluarga waris serta lesen memandu pesalah juga harus digantung seumur hidup.
Menurut Firdaus lagi, kerajaan disarankan supaya mengambil tindakan lebih drastik serta berbincang dan bekerjasama erat dengan Majlis Peguam Malaysia agar tuntutan sivil bagi keluarga mangsa boleh dijalankan tanpa beban kewangan yang tinggi terhadap mereka.

HUKUM TIPU DALAM POLITIK PAS HARUS?

RAFIZI BEBAS BON BERKELAKUAN BAIK, KEMBALI BERPOLITIK?

KENALI ANWAR BUKAN DARI MUSUH POLITIK



LAUNGAN REFORMASI





50 tahun lamanya Anwar korbankan diri dan keluarganya

Ketokohan Anwar dicemburui...


Ramai generasi muda atau mereka yg tidak cenderung kpd dunia politik percaya apa yg ditohmah musuh politik Anwar Ibrahim. Mereka mengenali Anwar dari musuh politik yg mana tanpa mereka sedari segala 'kejahatan' dlm dunia ini ada pada diri politikus.

Ketika ayah dan ibu Ketua Armada, Syed Saddiq masih belajar lagi, Anwar Ibrahim sudah dijulang oleh Mahasiswa sebagai hero mereka dan pejuang rakyat. Peristiwa Baling itu akhirnya telah membawa Anwar ke penjara buat pertama kalinya. Sedangkan Hishamuddin Rais lari merentasi negeri dan negara.

Tun Mahathir sendiri dpt mengesan ketokohan Anwar. Tun ketika itu berhadapan dgn PAS yg memainkan isu2 agama dlm memerangi UMNO. Anwar dijemput oleh Tun utk mengimbangi tekanan musuh politiknya.

6 tahun selepas itu juga Anwar Ibrahim adalah antara tokoh yg berperanan membantu Tun melawan musuh politiknya, Tengku Razaleigh. Tapi generasi muda skg tidak mengenali bagaimana kehebatan ketokohan Anwar sehingga ada mengatakan Anwar sudah tidak relevan.

Mereka terlupa 4 tahun lalu Tun Mahathir dan juga Tan Sri Muhyiddin Yassin dtg 'mengadap' Anwar tanpa berasa malu utk memohon jasa baik Anwar merestui mereka utk bersama PH melawan BN. Jika Anwar tidak hebat dan relevan lagi... cukup Tun dan Muhyiddin melawan BN tapi mereka tahu mereka berdua tidak mampu.

Buktinya Bersatu yg paling byk bertanding di kerusi Parlimen adalah parti yg paling sedikit menang dalam PRU lalu. Membuktikan aura Tun dan Muhyiddin tiada di hati rakyat. Kedua nama ini hanya dikagumi kalangan pemimpin sahaja kerana tempoh mereka berpolitik.

Anak2 muda atau buta sejarah ketika PRU 2004 Anwar di penjara PKR hanya ada 1 kerusi Parlimen. Bila Anwar dibebaskan tak sampaikan 3 tahun beberapa negeri seperti Selangor, Perak, PP berjaya dirampas dari PP.

Ketokohan Anwar diiktiraf ke pelusuk dunia. Dlm dunia Islam sendiri Ulama Besar Dunia seperti Dr Yusuf Qardawi, Dr Ahmad Tantaji, Dr Wahbah Zuhaily dan ramai lagi sgt mengenali Anwar sebagai tokoh pemimpin Islam.

Malah pemimpin dunia menghormatinya sehingga beliau pernah disambut permaidani merah oleh kerajaan Amerika. Layanan istimewa itu dianggap musuh politik Anwar sebagai tali barut Amerika.

Perlu diingat Presiden Erdogan iaitu pemimpin ulung Islam dewasa ini sgt menghormati ketokohan Anwar Ibrahim sehingga mereka menjadi kawan yg akrab.

Begitu dunia Arab... seorang kenalan yg mengikuti rombongan Wan Azizah ke persidangan OIC sebagai TPM memberitahu, ketika bertemu dgn beberapa pemimpin negara Arab mereka bertanya khabar Anwar dan berjanji akn membantu Anwar apabila beliau menjadi PM nanti.

Secara peribadi bagi saya sb utama Tun tidak mahu Anwar menjadi PM bukan kerana prinsip Anwar yg memerangi rasuah tetapi ketokohan yg ada pada Anwar sgt dicemburui Tun. Tun rela mengambil Pak Lah yg dianggap Menteri yg lemah semata
mata utk beliau dilihat sebagai pemimpin ulung negara.

Tun tahu Anwar mampu mengembalikan era kegemilangan Malaysia era 90 an dikenali sebagai Asian Tiger di kana ketika itu Anwar Ibrahim diakui oleh dunia sebagai antara Menteri Kewangan terbaik dunia.

Tun tahu dgn hubungan baik Anwar dgn dunia luar terutama negara2 Teluk, integriti dan sgt membenci rasuah... Malaysia akn lebih gemilang di bawah pentadbiran Anwar Ibrahim. Ini terbukti negara Filipina dan Indonesia yg memerangi rasuah ekonomi negara terbabit berkembang pesat.

Negara2 dunia yg maju kerana amalan rasuah sgt minima. Singapura, Jepun, Norway, Sweden, New Zealand maju kerana mereka berjaya memerangi rasuah.

Kemusnahan negara sehingga berpuluh tahunnya kerana rasuah terbesar di Filipina membuatkan berjuta rakyatnya merempat ke negara luar di seluruh dunia. Perlu diingat di penghunjung era 80 an tiba2 kita mula ketinggalan dari Korea. Ini kerana amalan rasuah yg mula berlegar di kalangan pemimpin2 negara ketika itu.

Sebab itulah musuh politik Anwar berpuluh tahun lamanya cuba memburukkan beliau. Mahathir adalah insan yg paling membenci Anwar. Begitu juga pemimpin2 korup yg lain.

Ini kerana mereka tahu menjadi ahli politik tidak mampu membuatkan mereka jadi kaya raya jika tiada rasuah. Apa la guna menjadi pemimpin tetapi menjadi hamba kpd rakyat semata mata. Sdgkan berpuluh tahunnya tradisi menjadi pemimpin mereka disanjung, disambut bagaikan dewa dan hidup dlm kemewahan tanpa dipersoalkan.

Itulah sb org Melayu berebut rebut mahu menjadi pemimpin dan pengampu pemimpin. Tak rasa bersalah dgn rakyat apatah lagi gerun dgn Allah atas perbuatan mereka.

Saya ingin bertanya kpd mereka yg terpengaruh dgn musuh politik Anwar... ada kalian jumpa pemimpin yg sanggup dipenjarakan hampir 10 tahun dlm hidupnya di negara ini? Dia keluar penjara dia lawan... sdgkan dia ditawarkan oleh beberapa negara Teluk 'suaka politik' tetapi dia memilih lawan utk rakyat.

Baru2 ini beliau ditawarkan utk menduduki kerusi no 2. Tapi Anwar yg kita kenali dia seorang yg berintergriti. Tidak mudah disuap dgn jawatan dan kuasa dan kita tidak perlu bimbang kerana dibibir Anwar dia hanya meratib nasib rakyat terbanyak. Idealisma dia menjadi teras perjuangan PH yg sgt disenangi rakyat.

Difitnah dia lawan di mahkamah. Dipukul, dibogelkan, dipenjarakan dan paling hina diaibkan sehingga menderita ahli keluarga Anwar.

Buktik Anwar didedami musuh politik, kes beliau hingga terpaksa diadakan adakan bukti. Sdgkan yg ada pemimpin yg ada bukti yg nyata dgn video dan pengakuan perakam tidak langsung didakwa.

Sb itu jika kita tidak faham politik jgn bila disebut nama Anwar terus membenci... sama seperti bila dgr nama DAP terus membenci... itu tandanya kita mudah diperbodohkan atau diperhambakan politikus yg ketagih mencuri wang rakyat.

Walaupun Tun dan Najib cuba membunuh karakter Anwar tetapi rakyat menyambut Anwar sebagai wira. Tidak pernah berlaku seorang pemimpin disingkirkan dan diaibkan disambut 100 ribu rakyat di Dataran Merdeka.

Ratusan ribu pengkagum Anwar kini berdebar menunggu keputusan. Mereka bukan taksub membuta tuli kerana mereka tahu dgn Anwar tiada apa projek yg mereka akn perolehi tetapi memahami bahawa pada tubuh lelaki  bernama Anwar ini akn mampu membawa perubahan kpd negara.

Bukan sekadar ekonomi tetapi membawa perubahan kpd sikap org Melayu yg sudah sinonim dgn rasuah. Intergriti dan keberanian Anwar Ibrahim adalah pemimpin yg dinantikan nantikan oleh rakyat perbilang kaum yg mahu harta negara ini dipulangkan kpd rakyat dan bukan kpd beberapa pemimpin yg korup.

(function() { var d = document, w = window; w

MOPTI PAYAH NAK SEBUT KERAJAAN GAGAL

  MOHD MUKHLIS Dia nak sebut kerajaan gagal tu bukan main payah. Padahal dulu time PH, Islam terancam bukan takat fasih di bibir, malahan me...