ANGGOTA ARMADA DITAHAN

SPRM cekup ahli Armada, ramai lagi dijangka ditahan
Annabelle Lee
Diterbitkan 15 minit lepas
Dikemaskini 11 minit lepas

Seorang anggota Pemuda Bersatu (Armada) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lewat malam tadi dan direman untuk siasatan lanjutan.
Sumber dalam parti mengesahkan laporan tersebut kepada Malaysiakini dan menjangka lebih ramai akan ditahan.
Menurut Ketua Penerangan Bersatu, Ulya Husamudin pada hantaran media sosial, anggota yang ditahan sebelum ini telah 'mendedahkan' rakaman audio presiden parti merangkap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mencadangkan anggota parlimen Umno 'dipikat' dengan jawatan menteri atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk bergabung dengan Bersatu.
Ulya juga menjangka lebih ramai anggota saya pemuda akan ditahan.
"Pimpinan Armada sedang ditahan satu persatu. Kononnya untuk siasatan tapi tiada jelas pun pertuduhan. Segala perbelanjaan dan sumber kewangan sebelum ini sentiasa dimaklumkan kepada Pengerusi dan Presiden. Peguam sudah siap siaga.
"Ini mereka-mereka yang telah dedahkan dan mohon SPRM siasat audio Agihan GLC oleh Tan Sri Muhyiddin. Yang dedahkan kemungkaran pula ditahan dan ditekan," katanya dalam hantaran Facebook.
Muhyiddin ialah presiden Bersatu yang pecah kepada dua kem dan kini terlibat dalam kemelut kuasa antara dirinya dengan pengerusi parti yang dipertikaikai Dr Mahathir Mohamad.
Ulya dan ketua Armada yang dipilih Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berpihak kepada Dr Mahathir.
Mahathir dan Syed Saddiq sebelum ini diumumkan gugur keahlian Bersatu. Kedua-dua pemimpin itu mencabar keputusan tersebut.
Syed Saddiq dijangka akan membuat kenyataan berhubung penahanan ini dalam masa terdekat.
Malaysiakini telah menghubungi SPRM untuk mendapatkan penjelasan