KONGRES NASIONAL KEADILAN 2026
Telah terlabuh tirainya tengahari tadi setelah dua hari berlangsung penuh dan padat, di Melaka International Trade Centre - MITC.
Ketika tidak berjawatan dulu pun saya hadir kongres, hanya mahu bertemu muka dengan kawan-kawan lama, bertanya khabar. Apa lagilah bila saya sememangnya perwakilan!
Sebagai Setiausaha Negeri, saya datang sedikit awal, selepas tengahari Jumaat, menguruskan pendaftaran penginapan untuk perwakilan dari Negeri Pahang.
Parti sebelum ini telah menubuhkan Biro Veteran Reformasi (Reformis) yang diketuai oleh Khairul Anuar Othman dan untuk Kongres ini, Biro Veteran telah diperuntukkan satu slot perbahasan. Terima kasih kepada Saudara Khairul kerana memberi peluang kepada saya untuk bercakap bagi pihak Biro. Amat berat tanggungjawab ini, menyempurnakan amanah bagi membawa permintaan, keluhan dan rintihan orang-orang lama Parti.
Saya harap saya telah membawanya dengan sempurna, memberi kesan, memberi rasa.
Kami berkongres selepas dua kekalahan Pilihanraya Negeri dan akan bersemuka dengan Pilihanraya Negeri Melaka pula selepas ini. Saya boleh janjikan ini sahaja, Parti Keadilan Rakyat lahir sebagai sebuah parti yang susah mati!!!
Apa pun selamat berjaya buat Saudari Nurul Izzah Anwar dan selamat hari ulangtahun kelahiran (belated) buat YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Sampai jumpa lagi!
Zukri Aksah
Setiausaha Negeri Keadilan Pahang
Timbalan Ketua Keadilan Cabang Indera Mahkota
#reformasi28tahun #keadilan27tahun #tekadmadaniharapanrakyat #MADANIBekerja #AnwarIbrahimPM10 #neoreformia #MalaysiaMadani #KongresNasionalKeadilan2026
Dr Wan Azizah Wan Ismail Pakatan Harapan Farhan Fauzi MyMadani Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia Keadilan Indera Mahkota
JUDI HANYA UNTUK ORANG BUKAN ISLAM.
BILA PARTI JALANG MENGOMEN.KIOK.
Nak menegakkan Islam bukan bermakna orang bukan Islam pun wajib patuh kepada syariat Islam. Kalau orang bukan Islam pun kena ikut syariat Islam, apa guna kita membahaskan tajuk hak hak orang bukan Islam dalam negara Islam?
Semua orang tahu lesen judi, arak, pusat jualan daging tidak sembelih atau lain lainnya disediakan untuk orang bukan Islam.
Kalau nak kira judi haram, Maka Arak pun haram, pusat jualan daging tidak sembelih pun haram, pusat jualan najis atau bangkai pun haram di sudut Islam, bank konvensional pun haram. Namun untuk kegunaan atau keperluan orang bukan Islam, maka ianya dibolehkan, bahkan kerajaan boleh mengambil hasil atau cukai ke atas arak, Judi, jual daging babi dll.
Jangan mudah menuduh menghalalkan perkara haram melalui lesen Judi dan arak kerana haram dan halal di sudut Islam tidak terkena ke atas orang bukan Islam.
Malaysia pernah ajar Sulu bukan dengan misi kecil biasa tetapi dengan "Overwhelming force"
Sampai mampus semua pengganas Sulu di Kampung Tanduo Lahad Datu Sabah 💥
Ops Daulat - bukan operasi tangkap biasa, tapi operasi gabungan terbesar Malaysia di Sabah sejak Konfrontasi.
Konteksnya Februari 2013, lebih 200 lelaki bersenjata yang menggelar diri Royal Security Forces of the Sultanate of Sulu and North Borneo, dipimpin Agbimuddin Kiram, mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Mereka tuntut Sabah sebagai wilayah Kesultanan Sulu.
Selepas sebulan rundingan gagal dan 8 anggota polis Malaysia terkorban di Tanduo dan Semporna, PM masa itu Najib Razak isytihar Ops Daulat pada 5 Mac 2013.
Apa maksud overwhelming force tu ?
1. Kekuatan digerakkan : Lebih 6,000 - 7,000 anggota ATM dan PDRM dikerah - 5 batalion infantri, komando GGK, PASKAL, PASKAU, VAT69, UTK. Bukan setakat infantri - ini gabungan 3 cabang.
2. Kuasa tembakan : TUDM guna jet F/A-18D dan Hawk 208 gugurkan bom Mk-82 di Tanduo sebelum serangan darat. Itu pertama kali serangan udara digunakan dalam negara sejak darurat. Artileri dan mortar ATM hentam kubu mereka. Bot tempur TLDM sekat laut supaya tiada bantuan masuk dan tiada yang lari ke Filipina.
3. Keputusan : Operasi dari 5 Mac hingga 24 Jun 2013. Pasukan Sulu memang dihancurkan sepenuhnya di Tanduo. Rekod rasmi :
*68 pengganas Sulu terbunuh
*173 ditangkap / menyerah diri
*Selebihnya lari dan diburu di seluruh ESSZone
Lepas itu baru kerajaan wujudkan apa yang kita ada hari ini - ESSCOM, ESSZone, 5 pos keselamatan pantai timur, dan curfew laut - untuk pastikan Tanduo tak berulang.
Memang doktrin lepas tu jelas, pencerobohan bersenjata di Sabah akan dibalas dengan kekuatan penuh, bukan operasi kecil.
Begitulah yer 😁
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG
YANG MEMAKI TAK TENTU HALA NI MESTI JENIS TAK SEKOLAH
Hanya kerana seorang guru terpaksa menunggu murid yang belum dijemput sehingga lewat, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pula menjadi sasaran kemarahan.
Dalam responsnya, Fadhlina mengingatkan bahawa guru juga manusia. Mereka tentu risau untuk meninggalkan murid sendirian, tetapi ibu bapa juga perlu berusaha mengambil anak tepat pada waktunya serta menghormati masa guru.
Kenyataan yang cukup asas itu tetap mengundang kecaman. Ada yang mempersoalkan mengapa guru perlu menunggu murid sehingga malam dan mendesak Kementerian Pendidikan menyediakan penyelesaian.
Namun, ramai pengguna media sosial tampil mempertahankan Fadhlina. Menurut mereka, tanggungjawab utama mengambil anak selepas waktu persekolahan tetap terletak pada ibu bapa atau penjaga.
“Mak bapak yang lambat ambil anak tapi menteri yang dimaki,” tulis seorang pengguna.
Seorang guru turut mengakui tugas menunggu memang membebankan, namun keselamatan murid tidak boleh diabaikan. Pada masa sama, pihak sekolah boleh menghubungi ibu bapa bagi mengetahui sebab kelewatan dan mencari penyelesaian sekiranya perkara itu kerap berlaku.
Kementerian boleh memperkemas garis panduan bagi melindungi guru dalam kes murid lewat dijemput. Tetapi tidak semua kecuaian ibu bapa perlu dicampakkan ke bahu guru, sekolah dan akhirnya Menteri Pendidikan.
Kalau lambat sekali kerana kecemasan, orang masih boleh memahami. Tetapi jika sudah menjadi kebiasaan, ibu bapa perlu mencari jalan seperti menggunakan van sekolah, meminta bantuan keluarga atau jiran.
Jangan sampai mak bapak gagal mengurus tanggungjawab sendiri, menteri pula dijadikan tempat melepaskan marah.
CEO TH TERLIBAT
Menurut laporan media, CEO Tabung Haji Juga Ahli Lembaga 1MDB Ketika Tanah TRX dibeli.
Tabung Haji membeli sebidang tanah seluas kira kira 1.56 ekar di Tun Razak Exchange daripada 1MDB pada 2015 dengan harga RM188.5 juta, bersamaan sekitar RM2,774 sekaki persegi.
Perkara yang menimbulkan persoalan ialah Ketua Pegawai Eksekutif TH ketika itu, Tan Sri Ismee Ismail, turut menjadi ahli lembaga pengarah 1MDB.
Sebab itu Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Hasan bertanya sama ada pembelian tersebut benar benar dibuat demi kepentingan pendeposit TH ataupun untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan pihak lain.
Untuk berlaku adil, kepimpinan TH pada 2015 pernah menjelaskan bahawa Ismee tidak menghadiri mesyuarat dan tidak terlibat dalam keputusan pembelian tersebut kerana menyedari kemungkinan konflik kepentingan.
Tetapi TH perlu membuktikan bahawa harga tanah ditentukan melalui penilaian bebas, pelaburan itu dibandingkan dengan pilihan lain dan semua individu yang membuat keputusan benar benar bebas daripada pengaruh 1MDB.
Tanah itu kemudiannya dipindahkan kepada Urusharta Jamaah pada 2018 dengan nilai RM400 juta dan dibeli semula oleh TH pada 2026 dengan harga pasaran RM270 juta.
QInsiden Helikopter Ka-32S terbakar di WMSA - ada yang nak kaitkan dengan Russia, KGB, betul ke ? 😅
QInsiden Helikopter Ka-32S terbakar di WMSA - ada yang nak kaitkan dengan Russia, KGB, betul ke ? 😅
Meh admin explain dari trusted resources yang ada 👉
Ada yang sikit-sikit nak kaitkan dengan KGB what so ever, dan tertanya-tanya kenapa heli Ukraine ada kat sini, ini explanation-nya
Di WMSA memang banyak Russian made aircraft. Heli-heli ni datang dari pelbagai registration, Russian, Lao, Nepal, Ukraine, Kyrgyzstan, Kazakhstan, mostly datang dari ex Soviet Union.
Heli ni storage sahaja kat WMSA, dulu ada di WMKJ sekali. Heli ni untuk firefighting mission dekat Indonesia, sebab BNPB Indonesia akan keluarkan tender untuk firefighting bila musim pembakaran kat Indonesia start. Sebab diorang tak ada asset untuk aerial firefighting. Dah bertahun-tahun dah.
Dalam masa storage, all blade akan dibuka untuk jimat space. Jadi bila tender dah keluar, diorang akan pasang balik blade tu. Bila pasang balik kena buat EGR (Engine Ground Run) dengan blade tuning, masa ni lah UR-CIT tu terbakar. Tak ada istilah terhempas pun sebab EGR heli tak take off pun. - Terima kasih penerangan asal tuan Haqim Maverick.
-----
Fakta pasal heli Ukraine kat WMSA tu 👉
WMSA memang hub untuk Russian made heli. Kat Subang ni memang banyak Mi-8 / Mi-17 / Mi-171. Registration dia campur, ada Russia, Ukraine (UR-CIT tu Ukraine reg), Kyrgyzstan, Kazakhstan, Laos, Nepal. Semua ni mostly ex-Soviet Union punya operator.
Bukan based sini untuk operasi Malaysia. Semua ni status STORAGE je. Dulu ada parking kat WMKJ (Senai) sekali. Diorang parking sini sementara tunggu musim kebakaran hutan kat Indonesia.
Untuk tender BNPB Indonesia. Indonesia tak ada asset yang cukup untuk aerial firefighting. So setiap tahun bila musim pembakaran start, BNPB (Badan Nasional Penanggulangan Bencana) akan buka tender water bombing. Heli-helI Russian ni memang proven untuk kerja ni, pernah hantar Mi-8AMT ke Borneo untuk firefighting dengan operator local macam National Utility Helicopters (NUH). BNPB memang akan standby heli untuk surveillance dan water bombing di Riau, Jambi, Kalimantan.
Kenapa blade buka ? Sebab nak jimat space masa storage. Bila tender dah confirm menang, baru team akan pasang balik blade. Standard procedure.
Pasal UR-CIT terbakar tu bukan terhempas. Masa pasang blade balik, wajib buat EGR - Engine Ground Run + blade tuning / tracking. Heli langsung tak take-off, tak taxi pun. Masa EGR tu lah dia terbakar. So tak ada istilah crash / terhempas dalam kes ni. EGR fail on ground.
Senang cerita, ni heli sewa untuk padam api, parking lama kat sini, bukan heli spy.
Begitulah yer... 😁
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG
AKIBAT GELOJOH
Jamzuri Ardani
Kegelojohan Sanusi menyebabkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes larangan judi mengikat semua negeri di Malaysia.
Kelantan sebelum ini pernah mengenakan dasar larangan judi secara total. Tetapi, populasi bukan Islam di Kelantan cuma tak sampai 5%. Jadi kesan polisi tersebut tidaklah ketara sangat.
Tapi Kedah mempunyai populasi bukan Islam melebihi 20%. Tentulah kesannya tidak sama. Jadi bila mahkamah buat keputusan sebegitu, keputusan tersebut mengikat semua kerajaan negeri termasuk kerajaan negeri Kelantan.
Malah Kerajaan Persekutuan pun terikat sama dengan keputusan tersebut. Jika ditakdirkan PAS memerintah Malaysia nanti, ia juga akan terikat dengan keputusan ini. Pengharaman judi secara menyeluruh adalah bercanggah dengan perlembagaan.
Semua ini angkara kegelojohan Sanusi.
JUDI KEMBALI HALAL". SLOGAN POLITIK ATAU KEKELIRUAN HUKUM ?
Keputusan Mahkamah Persekutuan bukan keputusan yang menghalalkan judi, tetapi keputusan berkaitan had dan bidang kuasa kerajaan negeri terhadap operasi premis perjudian berlesen.
Dari sudut hukum Islam, judi tetap haram dan ketetapan tersebut tidak berubah. Orang Islam yang berjudi masih tertakluk kepada penguatkuasaan undang-undang Syariah yang berkuat kuasa.
Oleh itu, ungkapan “judi kembali halal di Kedah” adalah gambaran yang mengelirukan kerana mencampurkan antara hukum syarak, undang-undang dan bidang kuasa pemerintahan.
Dalam membincangkan isu agama, rakyat sepatutnya diberikan penjelasan yang berasaskan ilmu dan kerangka Perlembagaan, bukan dipengaruhi oleh slogan politik yang membangkitkan ketakutan seolah-olah hukum Allah telah berubah.
Kesimpulan
1. Mengelirukan hukum Islam, seolah-olah hukum judi berubah kerana keputusan mahkamah. Hakikatnya, judi tetap haram.
2. Mencampuradukkan hukum dan undang-undang. Keputusan mahkamah berkaitan bidang kuasa, bukan menentukan halal atau haram.
3. Memburukkan persepsi terhadap mahkamah, Seolah-olah mahkamah menentang Islam atau “menghalalkan judi”.
4. Mengapi-apikan sentimen agama. Frasa “judi kembali halal” mudah menimbulkan ketakutan dan kemarahan tanpa memahami isu sebenar.
5. Menjadikan isu perundangan sebagai modal politik. Isu bidang kuasa diubah menjadi naratif “siapa membela Islam dan siapa menghalalkan judi”.
6. Melemahkan budaya ilmu. Masyarakat perlu diajar membezakan hukum syarak, undang-undang, bidang kuasa dan keputusan mahkamah, bukan diberikan slogan yang mengelirukan.
IBNU ALI
MANSUHKAN AUKU.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menyambut positif pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
Beliau berkata, pernah terlibat secara langsung bersama Kementerian Pendidikan meneroka penggubalan akta baharu bagi pendidikan tinggi ketika Dr Maszlee Malik menjadi menteri.
Pada masa sama, Zulkifli turut menghasilkan buku bertajuk Student Union: Generasi Baharu Gerakan Mahasiswa bersama tiga pemimpin pelajar, Muhammad Amin Mubarak, Wan Harith Iskandar Wan Roslan dan Idayu Mumtaz Iskandar.
Buku itu merekodkan pengalaman menubuhkan Kesatuan Pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas gerakan tersebut lama terkubur susulan pengenalan AUKU.
Menurutnya, buku berkenaan turut menganalisis beberapa kritikan terhadap AUKU serta mengemukakan saranan yang boleh dipertimbangkan dalam membentuk naratif baharu gerakan mahasiswa.
Menariknya, buku itu tidak dilancarkan oleh menteri atau naib canselor, sebaliknya oleh Presiden Kesatuan Pelajar UIAM sendiri.
Zulkifli menyifatkan pengumuman pemansuhan AUKU sebagai berita gembira bukan sahaja kepada mahasiswa, malah seluruh warga universiti.
ORANG LAIN LAGI BANYAK BAYAR CUKAI..MENYUSAHKAN PENGGUNA JALANRAYA JA
"Acara maraton penuh boleh menutup jalan negeri dan persekutuan selama 12 jam, tidak mengapa. Kenapa kami tidak boleh? Kami pembayar cukai jalan. Pelari bayar cukai jalan juga ke?" - Founder RXZ members
Baca artikel penuh: https://beautifulnara.com/kenapa-kami-tak-boleh-kami-pun-bayar-roadtax-penganjur-rxz-members-perjelas-isu-tutup-lpt/
AGUSTA DALAM PERKHIDMATAN ANGKATAN TENTERA DAN MARITIM.
MMR
Hampir 60 unit helikopter AgustaWestland dengan pelbagai jenis daripada syarikat Leonardo Itali yang sedang dan akan berkhimat dalam inventori agensi-agensi kerajaan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia
kemungkinan ramai follower dah tahu tentang sewa beli sebanyak 28 unit helikopter daripada syarikat Leonardo Itali selama 15 tahun dan akan jual kepada Kerajaan dengan kos RM seringgit selepas kontrak sewa tersebut tamat tempoh 15 tahun
Bukan kesemua helikopter AgustaWestland yang sedang berkhimat dalam inventori agensi-agensi kerajaan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia adalah Helikopter sewa tetapi 30 unit helikopter AgustaWestland yang dibeli oleh Kerajaan dalam berapa kontrak perolehan yang dahulu
Iran tukar doktrin kepada menyerang
N. Hasyudin.
Di kebelakangan ini ada beberapa laporan yang menggambarkan Iran memilih untuk menetapkan tempo Perang Iran. Ia sudah merumuskan Amerika ni bukannya boleh dibuat berunding.
Di samping itu, Iran mungkin sedar tentera Amerika sedang menghadapi masalah kekurangan bom dan misil serta moral anggota yang rendah. Malah, Iran sendiri yang menyebarkan berita masalah di atas kapal induk USS Abraham Lincoln yang nampaknya memang benar.
Imam muda Khamenei menyusung semula kepimpinan keselamatan dan tentera Iran dengan melantik pegawai-pegawai yang lebih berpengalaman dan komited kepada Revolusi Iran. Di antarnya ialah perlantikan Mohsen Rezaei ke Majlis Keselamatan Tertinggi Kebangsaan. Ini mengurangkan pengaruh Presiden Pezeshkian.
Beberapa media Israel pula melaporkan bahawa Israel terkejut dengan kadar pemulihan tentera Iran yang dibom lebih 26,000 kali di dalam perang yang lalu. Iran dianggarkan sudah mempunyai keupayaan untuk mencerobohi pertahanan udara Israel.
Di antara contoh perubahan doktrin ketenteraan ini ialah serangan ke atas 2 kapal minyak UAE pada 13 Ogos yang lalu. Ianya adalah amaran Iran bahawa Selat Hormuz adalah di bawah kawalan Iran sepenuhnya.
Ini penting kerana mesejnya akan memberi kesan ke atas harga minyak walaupun Amerika cuba memanipulasi harga di pasaran terbuka. Harga minyak yang tinggi akan mempengaruhi pengundi-pengundi yang akan mengundi di dalam pilihanraya separuh penggal Amerika bulan November ini.
Sebenarnya, pengundian awal akan bermula kebanyakannya di dalam bulan Oktober lagi walaupun ada negeri yang memulakan pengundian di dalam bulan September. Ini bermakna Trump sudah tersempit di dalam kitaran pilihanraya di Amerika.
Terdapat juga laporan berkenaan Iran dalam beberapa hari lepas menyerang sebuah hotel yang dikatakan menempatkan tentera Amerika di Irbil, Iraq. Ini menunjukkan Iran tidak lagi menunggu Amerika menyerang untuk bertindak balas.
Macam di dalam cerita kanak-kanak “The boy who cried wolf”, Trump sudah terlalu banyak mendakwa Amerika menang di dalam Perang Iran sedangkan keadaan di lapangan amat berbeza. Bekalan minyak, gas dan petrokimia dunia pun memang terjejas. Jadi lama-lama, pasaran akan mendengar Iran lebih dari Trump.
Mungkin itulah sebabnya Iran mahu bertindak mengikut kepentingan strategiknya, bukan lagi sekadar membalas serangan Amerika.
Kita tunggu apa yang Iran akan serang selepas ini.
#belajardariperang
#mindastrategik
#jalanbinaminda
MALAYSIA MAMPU CATAT PERTUMBUHAN EKONOMI LEBIH 5% PADA 2026?
Nazri Hamdan
Nak cerita pasal pertumbuhan ekonomi Malaysia. Bolehkah kita grow lebih 5% untuk tahun ni?
Ekonomi Malaysia berkembang 5.4% pada suku pertama dan 6.0% pada suku kedua 2026, dan ni terus jadikan pertumbuhan separuh pertama sekitar 5.7%.
Prestasi ni disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, eksport elektrik dan elektronik serta semikonduktor berkaitan AI, pelaksanaan projek pelaburan dan pemulihan sektor perlombongan.
Masa suku kedua je, sektor pembuatan berkembang 7.3%, perkhidmatan 5.9% dan perlombongan 9.2%.
Inflasi pun masih sederhana pada 1.9% pada Jun, manakala OPR kekal 2.75%.
Kombinasi pertumbuhan pendapatan, kos pinjaman yang stabil dan kenaikan harga yang terkawal ni telah tolong pengguna terus berbelanja dan syarikat meneruskan pelaburan.
Jom kita buat satu kiraan mudah:
Untuk Malaysia catat pertumbuhan 5% bagi keseluruhan 2026, ekonomi tidak perlu nak kekalkan kadar 6% sepanjang separuh kedua tahun ni.
Dengan pertumbuhan separuh pertama sekitar 5.7%, pertumbuhan suku ketiga dan keempat secara purata hanya perlu berada sekitar 4.3% hingga 4.4%.
Ni bergantung pada saiz asas setiap suku tahun lalu. Kalau separuh kedua berkembang 4.5%, pertumbuhan setahun boleh berada sekitar 5.1%.
Kalaulah momentum kekal 5%, angka tahunan boleh menghampiri 5.4%.
Sebab itu unjuran lebih 5% bukan terlalu optimistik.
Kalau kita tengok; RHB telah menaikkan ramalan kepada 5.4%, OCBC kepada 5.2%, manakala Shan Saeed mengunjurkan antara 5.5% hingga 6.3%.
Ni walaupun Bank Negara masih mengekalkan julat rasmi yang lebih berhati-hati antara 4% hingga 5%.
Aaaaaakan tetapi!!! pertumbuhan melebihi 5% hanya boleh dicapai jika tiga enjin utama tidak merosot secara mendadak, iaitu perbelanjaan isi rumah, pelaburan swasta dan eksport teknologi.
Peluangnya memang ada sebab projek pusat data, semikonduktor, pembinaan serta pelaburan yang telah diluluskan masih bergerak, manakala pasaran pekerjaan dan kenaikan gaji menyokong penggunaan domestik.
Risiko utamanya ialah kelembapan perdagangan dunia, gangguan rantaian bekalan, harga tenaga dan konflik geopolitik.
Jadi dalam model senario saya, 5.0% hingga 5.4% ialah julat yang munasabah, manakala pertumbuhan hampir 6% memerlukan eksport AI dan elektronik kekal luar biasa kuat sehingga hujung tahun.
Kesimpulannya, lebih 5% memang boleh berlaku, tetapi belum boleh dianggap pasti hanya berdasarkan prestasi dua suku pertama.
Penjelasan dari YB Muar
Baru dapat jawapan bertulis dari Menteri berkenaan 7 Pelaburan Tabung Haji yang rugi 100%.
Paling teruk pelaburan Al Rawda.
Kalau baca, memang naik darah.
Lebih RM1.5 bilion dibayar secara upfront kepada Al-Rawda sebagai orang tengah.
Tiada jaminan bank. Due diligence hancur.
Perlindungan TH cuma nota janji yang dijamin secara peribadi.
Manfaat penginapan untuk jemaah pula tidak diterima seperti dirancang. Kutipan sewa terhenti bertahun tahun.
Billions paid yet nothing to show for it
Projek kecil pun gagal ini nak tadbir negara?
👇
Projek Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) tidak dilaksanakan secara tergesa-gesa semata-mata untuk mengejar tarikh siap, sebaliknya memilih pendekatan lebih berhati-hati bagi memastikan hab pengangkutan itu tidak berdepan risiko terbengkalai atau menjadi projek ‘gajah putih’.
Menurut exco bertanggungjawab, kelewatan pelaksanaan projek itu berpunca daripada penelitian kerajaan Kelantan dalam memilih kontraktor yang benar-benar berkemampuan dari segi kewangan dan kepakaran.
Lambat tidak apa, asal jadi molek, ujar beliau.
Projek KB Sentral dilaksanakan menerusi dua fasa iaitu kerja-kerja tanah dan pembinaan terminal. Kerja penambakan dan penstabilan tanah yang melibatkan kos RM14 juta dijadual siap pada Mei 2027 dengan kemajuan semasa mencapai 40.7 peratus. Pembinaan terminal pula dimulakan seawal Jun 2027.
Kerajaan Kelantan jugak sedang mengumpulkan cadangan dan reka bentuk daripada syarikat yang berminat bagi menentukan model pembangunan terbaik untuk projek berkenaan.
SYED SADDIQ MARAH.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan jawapan bertulis menteri berhubung tujuh pelaburan bermasalah Tabung Haji yang mengalami kerugian sepenuhnya.
Menurut jawapan tersebut, tujuh pelaburan berkenaan telah dibuat rosot nilai 100 peratus dengan jumlah kerugian mencecah RM2.581 bilion.
Pelaburan Al-Rawda Real Estates merekodkan kerugian terbesar, iaitu RM1.864 bilion, diikuti Trurich Resources Sdn Bhd sebanyak RM364.31 juta dan Putrajaya Perdana Berhad sebanyak RM193.49 juta.
Empat lagi pelaburan ialah Al-Fareeda Residential Fund dengan kerugian RM82 juta, Abraj Sdn Bhd RM40.23 juta, Emrail Sdn Bhd RM19.3 juta dan Wellspring Worldwide Ltd RM18 juta.
Syed Saddiq berkata, lebih RM1.5 bilion dibayar terlebih dahulu kepada Al-Rawda yang bertindak sebagai orang tengah tanpa jaminan bank yang mencukupi.
Menurutnya, perlindungan Tabung Haji hanya bergantung kepada nota janji yang dijamin secara peribadi, manakala manfaat penginapan untuk jemaah tidak diterima seperti dirancang dan kutipan sewa pula terhenti selama bertahun-tahun.
“Kalau baca, memang naik darah. Berbilion dibayar tetapi tiada hasil,” katanya.
Inilah antara persoalan besar yang sepatutnya dibahaskan oleh semua Ahli Parlimen, bukan ditinggalkan hanya kerana Perdana Menteri tidak hadir.
AKMAL BAKAL DICA AR ABANG KANDUNG .
Abang kepada Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh bakal bertanding menentang parti yang dipimpin adiknya pada PRN Melaka akan datang.
Dr Solehin Saleh diumumkan sebagai calon Parti Bersama bagi DUN Bemban, satu daripada 15 kerusi yang bakal ditandingi parti berkenaan.
Pencalonan itu mencuri perhatian kerana Akmal bukan sahaja Ketua Pemuda UMNO, malah merupakan ADUN Merlimau dan pemimpin berpengaruh UMNO Melaka.
Kini dua beradik tersebut membawa haluan politik berbeza. Akmal kekal bersama UMNO, manakala Solehin memilih Bersama yang diterajui Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Nik Nazmi berkata calon diumumkan lebih awal supaya mereka mempunyai masa mencukupi untuk memperkenalkan diri dan mendekati pengundi.
Sementara itu, Rafizi berkata Bersama hanya perlu memenangi semua 15 kerusi yang ditandingi untuk memperoleh majoriti mudah dan membentuk kerajaan negeri.
Namun, Bersama berdepan tugas berat selepas kesemua 15 calonnya pada PRN Johor lalu tewas serta kehilangan deposit.
























