Nazri Hamdan
Nak cerita pasal pertumbuhan ekonomi Malaysia. Bolehkah kita grow lebih 5% untuk tahun ni?
Ekonomi Malaysia berkembang 5.4% pada suku pertama dan 6.0% pada suku kedua 2026, dan ni terus jadikan pertumbuhan separuh pertama sekitar 5.7%.
Prestasi ni disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, eksport elektrik dan elektronik serta semikonduktor berkaitan AI, pelaksanaan projek pelaburan dan pemulihan sektor perlombongan.
Masa suku kedua je, sektor pembuatan berkembang 7.3%, perkhidmatan 5.9% dan perlombongan 9.2%.
Inflasi pun masih sederhana pada 1.9% pada Jun, manakala OPR kekal 2.75%.
Kombinasi pertumbuhan pendapatan, kos pinjaman yang stabil dan kenaikan harga yang terkawal ni telah tolong pengguna terus berbelanja dan syarikat meneruskan pelaburan.
Jom kita buat satu kiraan mudah:
Untuk Malaysia catat pertumbuhan 5% bagi keseluruhan 2026, ekonomi tidak perlu nak kekalkan kadar 6% sepanjang separuh kedua tahun ni.
Dengan pertumbuhan separuh pertama sekitar 5.7%, pertumbuhan suku ketiga dan keempat secara purata hanya perlu berada sekitar 4.3% hingga 4.4%.
Ni bergantung pada saiz asas setiap suku tahun lalu. Kalau separuh kedua berkembang 4.5%, pertumbuhan setahun boleh berada sekitar 5.1%.
Kalaulah momentum kekal 5%, angka tahunan boleh menghampiri 5.4%.
Sebab itu unjuran lebih 5% bukan terlalu optimistik.
Kalau kita tengok; RHB telah menaikkan ramalan kepada 5.4%, OCBC kepada 5.2%, manakala Shan Saeed mengunjurkan antara 5.5% hingga 6.3%.
Ni walaupun Bank Negara masih mengekalkan julat rasmi yang lebih berhati-hati antara 4% hingga 5%.
Aaaaaakan tetapi!!! pertumbuhan melebihi 5% hanya boleh dicapai jika tiga enjin utama tidak merosot secara mendadak, iaitu perbelanjaan isi rumah, pelaburan swasta dan eksport teknologi.
Peluangnya memang ada sebab projek pusat data, semikonduktor, pembinaan serta pelaburan yang telah diluluskan masih bergerak, manakala pasaran pekerjaan dan kenaikan gaji menyokong penggunaan domestik.
Risiko utamanya ialah kelembapan perdagangan dunia, gangguan rantaian bekalan, harga tenaga dan konflik geopolitik.
Jadi dalam model senario saya, 5.0% hingga 5.4% ialah julat yang munasabah, manakala pertumbuhan hampir 6% memerlukan eksport AI dan elektronik kekal luar biasa kuat sehingga hujung tahun.
Kesimpulannya, lebih 5% memang boleh berlaku, tetapi belum boleh dianggap pasti hanya berdasarkan prestasi dua suku pertama.
No comments:
Post a Comment