YANG MEMAKI TAK TENTU HALA NI MESTI JENIS TAK SEKOLAH

 


Hanya kerana seorang guru terpaksa menunggu murid yang belum dijemput sehingga lewat, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pula menjadi sasaran kemarahan.






Dalam responsnya, Fadhlina mengingatkan bahawa guru juga manusia. Mereka tentu risau untuk meninggalkan murid sendirian, tetapi ibu bapa juga perlu berusaha mengambil anak tepat pada waktunya serta menghormati masa guru.


Kenyataan yang cukup asas itu tetap mengundang kecaman. Ada yang mempersoalkan mengapa guru perlu menunggu murid sehingga malam dan mendesak Kementerian Pendidikan menyediakan penyelesaian.


Namun, ramai pengguna media sosial tampil mempertahankan Fadhlina. Menurut mereka, tanggungjawab utama mengambil anak selepas waktu persekolahan tetap terletak pada ibu bapa atau penjaga.


“Mak bapak yang lambat ambil anak tapi menteri yang dimaki,” tulis seorang pengguna.


Seorang guru turut mengakui tugas menunggu memang membebankan, namun keselamatan murid tidak boleh diabaikan. Pada masa sama, pihak sekolah boleh menghubungi ibu bapa bagi mengetahui sebab kelewatan dan mencari penyelesaian sekiranya perkara itu kerap berlaku.


Kementerian boleh memperkemas garis panduan bagi melindungi guru dalam kes murid lewat dijemput. Tetapi tidak semua kecuaian ibu bapa perlu dicampakkan ke bahu guru, sekolah dan akhirnya Menteri Pendidikan.


Kalau lambat sekali kerana kecemasan, orang masih boleh memahami. Tetapi jika sudah menjadi kebiasaan, ibu bapa perlu mencari jalan seperti menggunakan van sekolah, meminta bantuan keluarga atau jiran.


Jangan sampai mak bapak gagal mengurus tanggungjawab sendiri, menteri pula dijadikan tempat melepaskan marah.




No comments: