CEO TH TERLIBAT

 




Menurut laporan media, CEO Tabung Haji Juga Ahli Lembaga 1MDB Ketika Tanah TRX dibeli.


Tabung Haji membeli sebidang tanah seluas kira kira 1.56 ekar di Tun Razak Exchange daripada 1MDB pada 2015 dengan harga RM188.5 juta, bersamaan sekitar RM2,774 sekaki persegi. 


Perkara yang menimbulkan persoalan ialah Ketua Pegawai Eksekutif TH ketika itu, Tan Sri Ismee Ismail, turut menjadi ahli lembaga pengarah 1MDB. 


Sebab itu Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Hasan bertanya sama ada pembelian tersebut benar benar dibuat demi kepentingan pendeposit TH ataupun untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan pihak lain. 


Untuk berlaku adil, kepimpinan TH pada 2015 pernah menjelaskan bahawa Ismee tidak menghadiri mesyuarat dan tidak terlibat dalam keputusan pembelian tersebut kerana menyedari kemungkinan konflik kepentingan. 


Tetapi TH perlu membuktikan bahawa harga tanah ditentukan melalui penilaian bebas, pelaburan itu dibandingkan dengan pilihan lain dan semua individu yang membuat keputusan benar benar bebas daripada pengaruh 1MDB.


Tanah itu kemudiannya dipindahkan kepada Urusharta Jamaah pada 2018 dengan nilai RM400 juta dan dibeli semula oleh TH pada 2026 dengan harga pasaran RM270 juta.




No comments: