PH, UMNO Kedah cabar Sanusi dedah nama pihak yang punyai rancangan besar gagalkan pelaburan swasta

 


Pengerusi Pakatan Harapan Kedah Datuk Mahfuz Omar dan ketua penerangan UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin telah mencabar Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan pihak-pihak yang mempunyai rancangan besar untuk menggagalkan pelaburan swasta seperti mana yang didakwa oleh Sanusi semalam.


Menurut Mahfuz dakwaan Sanusi yang dibuat sebagai reaksi kepada tindakan Kumpulan Bin Zayed International (BZI) menarik diri dari projek Langkasuka hanya sangkaan dan cubaan untuk menutup kelemahan pentadbirannya alam menarik pelabur asing.


“Inilah masalah dengan Sanusi. Ada kecelaruan antara hujah dengan pemikirannya,” kata Mahfuz, lapor FMT.

“Sebelum ini dia kata dia tak tahu bila Bin Zayed akan mulakan (projek) dan dia hanya umumkan.

“Sekarang dia dakwa ada pihak cuba menggagalkan pelaburan swasta di negeri ini. Yang mana satu ini?

Mahfuz yang juga naib presiden AMANAH berkata tindakan BZI menarik diri daripada projek tersebut mungkin berpunca dari suasana politik Kedah yang “kecoh” dan ketidaksediaan kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat.


“Pelabur mungkin hilang keyakinan untuk meneruskan pelaburan. Mungkin itu sebab mereka keluar,” katanya.


Semalam Sanusi mendakwa ada plot besar untuk memastikan kegagalan pelaburan sector swasta di Kedah, termasuk projek Langkasuka bernilai RM40 bilion.


Keputusan Kumpulan BZI telah diumumkan untuk menarik diri daripada projek Langkasuka diumumkan pada Jumaat oleh pengarah urusannya, Sheikh Midhat Kidwai.


Anak syarikat Kumpulan BZI, BZI LLC menandatangani perjanjian engan Kumpulan Widad pada Mac 2021 untuk membentuk pada bulan 2021 untuk membangunkan Langkasuka.


Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, juga senada dengan Mahfuz dala erti aberkata pihaknya bimbang dakwaan itu hanya sebuah lagi cubaan memanipulasi persepsi dan sentimen dimainkan Muhammad Sanusi apabila mengeluarkan kenyataan terbabit.


“UMNO Kedah dengan ini mencabar Menteri Besar mendedahkan siapakah dalang disebalik ‘grand plan’ yang dimaksudkan itu.


“UMNO Kedah melihat ini adalah satu tuduhan tanpa asas semata-mata mahu mencipta persepsi dan sentimen murahan bagi mengaburi kegagalan kerajaan negeri mengekalkan pengumuman pelaburan yang sedia gagal,” katanya dalam kenyataan, lapor BH.




TAKUT MASUK JEL YA- Pas tuntut tiga jawatan menteri jika Zahid bekerjasama tubuh kerajaan baharu

 




Meskipun pembangkang menafikan usaha mereka untuk membentuk kerajaan, n
amun maklumat mengenai barisan Jemaah Menteri yang akan diketengahkan bocor juga.



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pendedahan bahawa ada usaha untuk mengeluarkan BN daripada kerajaan perpaduan.

Tawaran pembangkang adalah untuk menobatkan Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri.


Beliau bagaimanapun telah menolak tawaran tersebut. Perikatan Nasional juga telah menafikan bahawa mereka membuat tawaran tersebut.


Menurut pemerhati politik Liyana Marzuki, pembangkang mahu menamakan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman) sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ahmad Samsuri ialah naib pengerusi Pas.


Radzi Jidin (PN-Putrajaya) dari Bersatu pula akan menjadi Menteri Kewangan.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) akan kembali ke Kementerian Dalam Negeri. Hamzah ialah timbalan presiden Bersatu.


Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang juga naib presiden Bersatu akan mengambil alih Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.


Timbalan presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) pula akan dinamakan untuk portfolio agama Islam.




ZAHID UMNO TINGGALKAN KERAJAAN APA BERLAKU? PENDEDAHAN PANAS DARI BRO IS...


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama sekali tidak bimbang dengan pendedahan dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai “hasutan” supaya tinggalkan Kerajaan Perpaduan.
Anwar berkata, ia adalah perkara biasa dalam politik.
Kata beliau, apa yang melucukan adalah pembangkang menyerang beliau dan Zahid bukan kerana kes yang dihadapi, sebaliknya kerana Zahid tidak mahu bersokongkol dengan mereka. “Itu biasa politik, saya tidak risau. Tetapi menariknya Ahmad Zahid diserang hari-hari dan saya diserang kerana kekalkan dia. Orang menyerang dia bukan sebab kes dia. (Pembangkang) menyerang dia kerana dia (Ahmad Zahid) tidak mahu bersekongkol dengan mereka.
“Kalau dia memilih untuk menyertai pembangkang, maka semua kesalahan akan dipadamkan. Apabila saya melihat itu, saya nyata bahawa orang ini (pembangkang) bukannya peduli mengenai kes yang disebutkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Program Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Diaspora Malaysia di Republik Korea pada semalam.





South Korea, Malaysia agree to cooperate in defence, minerals

[LANGSUNG] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul | 26 Nov 2024

SENATOR DS SAIFUDDIN MEMANG SENTIASA TERBAIK DALAM MEMBERIKAN JAWAPAN DA...

WOIIII.. LUPAKAN LAH BAB TEBUK ATAP NI... TAK BOLEH HANGPA MAJU PUN KALAU BAGI KE ANGPA... MELINGKUP LA.


Cinta Jannah Ahmad




 Siap minta jawatan menteri kewangan tu...maklumlah lubuk duit kan 🙄





PMX BERTEMU PRESIDEN MUSLIM KOREA

 


Saya berkesempatan bertemu Presiden Persekutuan Muslim Korea Hussein Kim Dong Eok dan delegasi usai pertemuan dengan syarikat dan badan perniagaan di sini. 












Kami sentuh mengenai masyarakat Islam di Republik Korea yang dianggarkan kira-kira dua ratus ribu warga Korea dan asing yang menetap di Seoul sahaja sambil menekankan peri penting mengenai budaya wacana dan dialog antara agama bagi menyemarak sikap persefahaman yang tinggi dan mencambah toleransi. 


Pertemuan seperti ini tidak hanya memantapkan silaturrahmi tetapi membuka ruang agar kita menyemarak rasa kasih sesama insan dan prinsip kemanusiaan sejagat yang utuh antara negara.


🇲🇾🇰🇷

#MalaysiaMADANI



YB MUHONG



 Kenapa la MB tu suka sangat menipu? 

Mula-mula dia salahkan 'Perdana Menteri' terdahulu.

Pastu dia reka cerita ada 'Grand Design' nak sabotaj pelaburan Kedah.


Aman Mohammad


Astaghfirullah.

Walaupun pahit terpaksa kita telan, bahawa inilah kebenaran kata-kata Nabi, di akhir zaman ini orang yang suka berbohong akan diangkat menjadi pemimpin.


Berbohong tu satu hal, tidak pandai memerintah tu satu hal. Ini pun Nabi kata apabila urusan umat diserah kepada orang yang bodoh.


:)




ANWAR DAH BAGI 2 KALI DAH SOH UNDI TAK PERCAYA, SAMPAI LA DIAM.. NAK DENGAR LAGI KA PAPAGOMO NI? JANGAN DENGAR ORANG TAK SIUMAN CAKAP.


 

ULASAN TV KOREA. ANWAR PEJUANG SEJAK MUDA.JUGA INDUSTRI SEMIKONDUKTOR YANG MENINGKAT DARI KOREA DAN TAIWAN.


 

PECAH MENANTI BELAH.


 

LEPASKAN PENGGANTUNGAN TAJUDDIN LANGKAH PERTAMA UNTUK UMNO JADI DOMINAN

 

Mesyuarat MT UMNO semalam membuat keputusan menarik balik penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman berkuatkuasa serta-merta.

Penarikan balik penggantungan keahlian selama enam tahun itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Ahmad Zahid Hamidi.

“Majlis Kerja Tertinggi sebulat suara melepas dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin berkuat kuasa serta merta selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO,” demikian menurut kenyataan Setiausaha Agung parti itu, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Tajuddin digantung keahlian pada September 2022 iaitu sebelum berlangsungnya PRU15 selepas beliau  secara terbuka mengkritik kepimpinan Zahid Hamidi.

Sesungguhnya dengan penarikan balik penggantungan Tajuddin ini ia adalah langkah yang baik bagi masa depan UMNO.

Ia menunjukkan UMNO dibawah kepimpinan Zahid Hamidi tidak selamanya bersikap keras dan berdendam terhadap mereka yang mengkritiknya.

Apa yang diharapkan selepas penggantungan Tajuddin ini ditarik balik, beberapa pemimpin UMNO lain yang digantung sebelum ini juga diambil tindakan yang mereka.

Cukuplah menggantung keahlian beberapa pemimpin terbabit dan oleh kerana PRU16 hanya kira-kira tiga tahun saja lagi daripada sekarang, tempoh berbaki ini mesti dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengukuhkan lagi parti.

Selain mereka yang digantung harus dilepaskan, pemimpin yang dipecat pula sebaiknya dipelawa dengan tangan terbuka untuk kembali semula menyertai UMNO.

Inilah masanya untuk Zahid Hamidi menjadikan UMNO kembali bulat dan bersatu padu, sesuai dengan hasrat dan iltizamnya untuk mengimpikan BN sebagai parti dominan selepas PRU16 akan datang.

UMNO tidak mungkin mampu dominan atau memenangi lebih banyak kerusi jika ia terus berpecah dan mereka yang digantung atau dipecat tidak dibawa kembali memperkukuhkan parti.

Jadikan bidalan – carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga dan biduk lalu kiambang bertaut – sebagai kata-kata azimat untuk memperkukuhkan kembali UMNO.

Untuk UMNO menjadi dominan sebagaimana yang dicita-citakan oleh Zahid Hamidi, PRU16 adalah masa paling terbaik untuk berbuat demikian.

Ia bukan saja kerana UMNO nampaknya sudah kembali berada di hati rakyat dengan kemenangan cemerlang di PRK Nenggiri dan Mahkota, tetapi juga disebabkan PKR dan PH sedang berada cerunan yang makin menurun ketika ini.

Dengan pelbagai isu melibatkan Anwar Ibrahim seperti janji tidak ditepati dan reformasi hanya sembang kari, malah Bersih memberi markah D, UMNO harus merebut peluang terbuka yang sedang terbentang itu bagi manfaat masa depannya.

Apa pun, Zahid Hamidi harus menjadikan penarikan penggantungan keahlian Tajuddin ini sebagai langkah permulaan untuk melakukan lebih banyak keputusan bagi mengukuhkan kembali UMNO, seterusnya memenangi lebih banyak kerusi pada PRU16 akan datang. – ShahbudinHusin 26November2024.


RAMAI ANAK MUDA CERDIK PANDAI MEMAHAMI.. WALAUN DAN LEBAI PAS SAJA TAK CERDIK... LAMA LAMA ORANG TAHU JUGA PERANGAI LEBAI... MEREKA BUAT BOLEH, ORANG BUAT HARAM. TAPI AKHIRNYA MEREKA ADA KUASA, APA PUN TAK BUAT.


Dr Mazlee Malik 


Alhamdulillah 



Mungkin mana-mana badan pengkaji ataupun mana-mana IPT boleh jalankan kajian dan kongsikan dengan awam peratusan rakyat yang telah ‘memahami’ aspirasi MADANI yang dibawa oleh kerajaan di bawah teraju YAB PM DS Anwar Ibrahim.


Kita mahukan fakta dan statistik berbicara. Rasionalnya kerana rata-rata pegawai kerajaan dan rakyat bawahan yang saya temui masih lagi kabur tentang MADANI.


Harap jentera penerangan dan media berkaitan milik kerajaan ataupun menerima laba dari kerajaan dapat pertingkatkan usaha promosi MADANI.


Seperkara lagi yang lebih penting ialah perlu usaha lebih agresif oleh mereka untuk membenamkan segala fitnah, adu domba dan tularan jahat oleh Penghancur Negara lewat ruang media sosial yang mereka melata dewasa ini.



MELAYU LA SANGAT...

 

RMS


Tak ada istilah Bahasa Melayu di bumi Melayu, yang ada bahasa Jawi yang menjadi lingua franca diNusantara dari Mynmar ke Selatan Filipina.. Bahasa Melayu yang kita gunakan sekarang sebenarnya diperkenalkan oleh kaum Cina Peranakan di Betawi (Jakarta) Indonesia..  dulu dikenali sebagai bahasa rendah atau bahasa pasar, surat khabar pertama guna bahasa melayu pada 1894 untuk pasaran kaum cina peranakan.. sementara Jawi masih terus jadi bahasa rasmi dan utama di Malaysia sehinggalah tulisan Jawi dimansuhkan pada 1966 oleh Menteri Pelajaran ketika itu..



Jadi, tulisan bahasa Melayu yang kita guna sekarang sebenarnya berasal dari kalangan Cina Peranakan dah baru sekitar 130 tahun saja berbanding bahasa jawi yang digunakan oleh etnik melayu sejak 700  tahun lepas..



PUNYA LEKEH RUPANYA. ADA HATI NAK TEBUK ATAP. TAKUT KENA PERANGKAP KA TEWWWWW.....



 Nasib baik zahid tolak, ntah2 zahid kena scam dengan PN, lepas sign kerjasama tendang zahid yang angkat sumpah nanti Hadi..🤣🤣





PAYAH PAYAH PMX AMBIK LA GAJI.... KITA BAGI DUA TAK PA... BUKAN PAYAH SANGAT. LEBAI LAIN LA.. ISTIQOMAH SAPU SEMUA YANG ADA. DOK SAJA PUN NAK JUGA GAJI. HARAM TU. .


 

HYUNDAI MASUK TU SEBAB KILANG DI KULIM HIGHTEC... KULIM HIGHTEC TU BAWAH PERSEKUTUAN DAN SEDIKIT KERAJAAN NEGERI. YANG DOK DI KELANTAN TAK DAK APA PUN NAK KOMEN.. NAMPKA SANGAT KIOK.


 

KALAU BUAT CERAMAH BOLEH JA KUTIP DUIT TIN MILO PAKAT BAGI... NI USAHA PUN TAK DAK...


 

KATANYA


 

MANUSIA HATI IBLIS. DERA KUCING KENA TANGKAP

 








KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama petang semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata lelaki warga tempatan berusia 43 tahun itu ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di kediamannya pada 6.10 petang.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini diminta untuk menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial, video yang memaparkan tindakan kejam seorang individu mengheret seekor kucing menggunakan tali yang diikat pada leher haiwan itu.

Video berdurasi sembilan saat itu menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai dan turut mendapat perhatian Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika yang menawarkan ganjaran sebanyak RM3,000 kepada saksi utama.

Selain itu, Rusdi berkata suspek kes bunuh ibu kandung yang menyimpan mayat mangsa di dalam peti sejuk beku akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

“Sebanyak 13 percakapan saksi telah dirakam untuk membantu dalam siasatan kes ini. Kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara hari ini dan bersetuju untuk pertuduhan ke atas suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan perbuatan lelaki berusia 53 tahun itu terbongkar selepas kediamannya di Taman OUG di sini diperiksa pasukan polis susulan suspek menghubungi talian kecemasan kerana tidak sihat.

Pasukan yang tiba dimaklumkan mengenai mayat ibunya disimpan dalam peti sejuk beku yang disyaki dibunuh pada 2021.–AlHijrah Online


Berdegar tuduh Anwar, UMNO tak boleh kawal DAP tapi ‘Abang Long’ Gerakan selamba tibai Pas





Satu kerusi Parlimen pun tidak ada tetapi Gerakan seperti ‘Abang Long’ selamba membidas Pas berhubung isu calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional (PN).

Situasi itu dapat dilihat pada pendirian Gerakan yang menganggap Pengerusi PN, Tan Sri Mahiaddin Yassin sesuai untuk kekal menjadi ‘poster boy’.



Bapa mentua kepada individu yang berdepan pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, menurut Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau, mempunyai pengalaman, kepimpinan dan sokongan seluruh PN


Reaksi pemimpin gabungan PN itu susulan kenyataan Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin yang menegaskan Pas lebih layak memimpin PN kerana wakil rakyatnya paling ramai di Parlimen.

Mengulas lanjut, Dominic menekankan bahawa blok pembangkang itu memerlukan 112 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bukannya 43 atau 50 kerusi.


“Kalau hanya berdasarkan jumlah kerusi, DAP sudah tentu telah mencalonkan wakilnya sebagai PM dalam Kerajaan hari ini. Namun sebaliknya,” bidasnya dalam kenyataan baru-baru ini.



Sebelum ini, penyokong Pas berdegar menabur fitnah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malah UMNO yang kini sebahagian komponen Kerajaan Perpaduan, kononnya gagal mengawal DAP.

Namun, kenyataan selamba Dominic dari parti yang tidak mempunyai sebarang kerusi itu menarik perhatian orang ramai memandangkan Pas mempunyai bilangan kerusi terbanyak dalam PN.

Ia kemudian diikuti oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).






MENGEJUTKAN! AKHIRNYA TERBONGKAR SIAPA PENIPU BESAR!

Tapak-tapak IPR INTAN Seluruh Negara

PERJANJIAN GENCATAN SENJATA HIZBULLAH- ISRAEL HAMPIR DIMETERAI

 




BEIRUT: Perjanjian gencatan senjata antara Hizbullah dan Israel hampir selesai dan mungkin diumumkan dalam tempoh 36 jam jika rundingan berjalan lancar, lapor Agensi Anadolu.


“Suasana kini positif, dan perbincangan gencatan senjata telah mencapai tahap seterusnya. Hanya tinggal beberapa jam sebelum perjanjian dimuktamadkan dan diumumkan sekiranya kemajuan berterusan seperti yang diharapkan,” kata ahli parlimen Lubnan Qassem Hashem pada Isnin.

Perkembangan ini berlaku serentak dengan laporan bahawa Kabinet keselamatan Israel akan bersidang pada Selasa untuk meluluskan perjanjian gencatan senjata dengan Hizbullah.

Penyiar persendirian Lubnan, Al Jadeed melaporkan lewat Isnin bahawa Lubnan telah dimaklumkan secara rasmi mengenai perjanjian itu tetapi memilih untuk berdiam diri demi memastikan kejayaannya.

“Perincian kecil” masih dalam perbincangan, namun ia dijangka tidak menjejaskan syarat utama perjanjian.

Hashem, ahli Parlimen blok Pembangunan dan Pembebasan yang diketuai oleh Speaker Parlimen Nabih Berri, menegaskan bahawa Lubnan hanya akan mengumumkan gencatan senjata selepas pengumuman rasmi dibuat oleh Amerika Syarikat.

“Jika dilakukan dengan ikhlas, proses ini akan berjalan secara semula jadi. Dalam tempoh 36 jam, kami menjangka perjanjian dimuktamadkan,” katanya.

Walaupun menyuarakan keyakinan dengan berhati-hati, Hashem mengakui cabaran yang ditimbulkan oleh Israel, yang digambarkannya sebagai “musuh yang tidak terkawal dan melulu.”

Namun, beliau menekankan bahawa sentimen antarabangsa semasa menyokong perjanjian ini, sekali gus mewujudkan keadaan yang kondusif untuk gencatan senjata.

Hashem turut mengesahkan komitmen Lubnan untuk mematuhi syarat yang dinyatakan berkaitan cadangan yang disokong AS dan untuk melaksanakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB, yang menjadi panduan rundingan itu.

Resolusi 1701, yang diterima pakai pada 2006, menyeru penghentian permusuhan di selatan Lubnan susulan konflik 33 hari antara Hezbullah dan tentera Israel. — AlHijrah Online

HAAAAA... TAK SUDAH MELUTUT... ANWAR SAJA JA NAK TENGOK HANHPA SEMBAH KAKI DIA KALAU BOLEH.... MAKNA KATA HANGPA MEMANG KENA SWMBAH DIA LA... BARU PADAN MUKA HANGPA SELAMA NI SOMBONG... LAIN KALI JANGAN SOMBONG.. TU AJAQ DIA.


 

HAAAA.. ADA HATI LAGI NAK TEBUK ATAP... HABIH NAK LETAK MANA DIN CIRIT DAN MEZAH MINYAK PAKET...


 

JOM KITA DENGAR PENGAKUAN SANUSI SENDIRI.. DIA BUKAN PEKAK BODO DAN TULI... TAPI DIA BUAT BUAT TAK TAU...


 

Permatang Pauh dah macam tak ada wakil rakyat



OLEH NORMAN RADZUAN



YB Fawwaz Mohamad Jan tidak berasa malukah apabila penduduk Permatang Pauh terpaksa merayu simpati dari mantan Ahli Parlimen, Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam?

Anda masih ingat lagi pada tahun 2023 kejadian 15 motosikal hangus dijilat api di Flat Tuna Seberang Jaya.


Bagaimana Nurul Izzah menerima mesej memohon bantuan walaupun dirinya hanya mantan YB.

Atas keprihatinan dan rasa kasih kepada penduduk Permatang Pauh, Nurul Izzah ke sana ke sini mencari dana sebanyak RM30,000 untuk membeli 15 buah motosikal baru untuk membantu penduduk yang menjadi mangsa.

Selepas itu seorang penyokong tegar Pas yang bekerja sebagai pengawal keselamatan Hospital Bukit Mertajam mendapatkan bantuan daripada MP Steven Sim bagi membantu proses anak tunggalnya yg bakal melanjutkan pelajaran di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).


Sebelum itu dia yg merupakan pengundi Permatang Pauh telah pergi ke Pejabat Pusat Khidmat di sana untuk meminta bantuan tetapi dia hanya diberikan RM150 sahaja.


Sebab tidak mampu menghantar dengan kereta dia mahu menggunakan bas. Bila Steven dapat tahu berita tersebut dia menawarkan diri untuk menanggung tambang mereka sekeluarga pergi dan pulang.



Selain itu wang tunai sebanyak RM3,000 disumbangkan dan mengambil Hanani dalam program anak angkat Parlimen Bukit Mertajam. Anak itu ditanggung sepenuhnya sepanjang pembelajaran di Utem.


Bayangkan Steven Sim bukan wakil rakyat Permatang Pauh atas nilai kemanusian menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang keluarga, fahaman politik, bangsa dan agama.


Terbaru Van Persatuan Kebajikan Kanak Kanak Terencat Akal Seberang Prai. Van yg digunakan terlalu uzur dan selalu rosak.

Sekolah ini juga berada Parlimen Permatang Pauh. Akhirnya pihak sekolah terpaksa bertemu Steven Sim memohon bantuan.


“ Minta maaf Yb kami langgar kawasan tetapi kami banyak menerima komen cuba minta bantuan dengan Yb Steven Sim.” Maksud ‘langgar’ merujuk bahawa mereka bukan penduduk Bukit Mertajam tetapi Permatang Pauh.


Tidak berapa lama dari pertemuan itu Steven Sim menghadiahkan sebuah van baru untuk sekolah tersebut yang jauh lebih selesa dari yang sebelumnya.


Tiga kejadian ini seolah-olah Permatang Pauh tidak mempunyai wakil rakyat. Ke mana Ustaz Fawwaz yang diagung agungkan untuk mewakili mereka bila berada dlm kesusahan?


Menyesal atau tidak memilih Ustaz Fawwaz yg hanya mampu menzahirkan simpati. Betul apa yg dikatakan Tuan Ibrahim Tuan Man, “ Kita nak pilih ini bukan imam sembahyang. Kita nak pilih wakil rakyat.”




RM37.4 juta dah disalur tapi pembinaan KB Sentral tak mula lagi?

 



Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) bernilai RM64 juta yang dijanji akan disiapkan pada penghujung 2025, telah bertukar tarikh kepada 2027.

Jika dikira-kira, dalam tempoh tiga tahun sahaja kerajaan Kelantan sudah memberikan tiga tarikh berbeza mengenai jangkaan projek berkenaan siap.

Terbaru kerajaan Kelantan dilaporkan sudah menerima peruntukan terkumpul berjumlah RM37.4 juta, namun kerja-kerja pembinaan KB Sentral didakwa masih belum berjalan.


Menurut Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Mohd. Syahbuddin Hashim, sebanyak RM20 juta telah disalurkan pada 2023.

Ia disusuli RM10.4 juta pada tahun 2024 dan seterusnya RM7 juta pada belanjawan kali ini.

Beliau mempersoalkan mengapa kerja-kerja pembinaan KB Sentral masih belum berjalan walaupun peruntukan sudah disalurkan sebahagiannya.



“Isu ini penting kerana KB Sentral sudah menjadi bahan polemik apabila sehingga kini rakyat terpaksa bergantung kepada stesen bas sementara. 

“Jadi kenapa belum siap?,” katanya kepada media baru-baru ini.





ADA LAGI YANG NAK TEBUK ATAP? CUKUP KA JOMMLAH NANTI ?

 



Anwar tak risau cubaan ‘hasut’ Ahmad Zahid tinggalkan kerajaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama sekali tidak bimbang dengan pendedahan dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai “hasutan” supaya tinggalkan Kerajaan Perpaduan.


Anwar berkata, ia adalah perkara biasa dalam politik.

Kata beliau, apa yang melucukan adalah pembangkang menyerang beliau dan Zahid bukan kerana kes yang dihadapi, sebaliknya kerana Zahid tidak mahu bersokongkol dengan mereka.


“Itu biasa politik, saya tidak risau. Tetapi menariknya Ahmad Zahid diserang hari-hari dan saya diserang kerana kekalkan dia. Orang menyerang dia bukan sebab kes dia. (Pembangkang) menyerang dia kerana dia (Ahmad Zahid) tidak mahu bersekongkol dengan mereka.

“Kalau dia memilih untuk menyertai pembangkang, maka semua kesalahan akan dipadamkan. Apabila saya melihat itu, saya nyata bahawa orang ini (pembangkang) bukannya peduli mengenai kes yang disebutkan,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam Program Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Diaspora Malaysia di Republik Korea pada semalam.



SAMPAI JULING MATA MP PAS APA SUDAH JADI? DS AHMAD MASLAN DALAM SESI SOA...



AKAUN PALSU UNTUK SEBAR BERITA PALSU DAN FITNAH! HARUS DI TANGKAP SEGARA...



SAH! SALINAN SAMAN RM1 BILLION KEPADA SANUSI SUDAH DITERIMA OLEH THE TWINTV

BADUT POLITIK DARI PEMBANGKANG! MP BESUT DI BERI PELUANG BANYAK KATA SPEAKER BEKAS HAKIM TERUS MERAPU DI DALAM DEWAN RAKYAT!