PH, UMNO Kedah cabar Sanusi dedah nama pihak yang punyai rancangan besar gagalkan pelaburan swasta

 


Pengerusi Pakatan Harapan Kedah Datuk Mahfuz Omar dan ketua penerangan UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin telah mencabar Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan pihak-pihak yang mempunyai rancangan besar untuk menggagalkan pelaburan swasta seperti mana yang didakwa oleh Sanusi semalam.


Menurut Mahfuz dakwaan Sanusi yang dibuat sebagai reaksi kepada tindakan Kumpulan Bin Zayed International (BZI) menarik diri dari projek Langkasuka hanya sangkaan dan cubaan untuk menutup kelemahan pentadbirannya alam menarik pelabur asing.


“Inilah masalah dengan Sanusi. Ada kecelaruan antara hujah dengan pemikirannya,” kata Mahfuz, lapor FMT.

“Sebelum ini dia kata dia tak tahu bila Bin Zayed akan mulakan (projek) dan dia hanya umumkan.

“Sekarang dia dakwa ada pihak cuba menggagalkan pelaburan swasta di negeri ini. Yang mana satu ini?

Mahfuz yang juga naib presiden AMANAH berkata tindakan BZI menarik diri daripada projek tersebut mungkin berpunca dari suasana politik Kedah yang “kecoh” dan ketidaksediaan kerajaan negeri untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat.


“Pelabur mungkin hilang keyakinan untuk meneruskan pelaburan. Mungkin itu sebab mereka keluar,” katanya.


Semalam Sanusi mendakwa ada plot besar untuk memastikan kegagalan pelaburan sector swasta di Kedah, termasuk projek Langkasuka bernilai RM40 bilion.


Keputusan Kumpulan BZI telah diumumkan untuk menarik diri daripada projek Langkasuka diumumkan pada Jumaat oleh pengarah urusannya, Sheikh Midhat Kidwai.


Anak syarikat Kumpulan BZI, BZI LLC menandatangani perjanjian engan Kumpulan Widad pada Mac 2021 untuk membentuk pada bulan 2021 untuk membangunkan Langkasuka.


Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, juga senada dengan Mahfuz dala erti aberkata pihaknya bimbang dakwaan itu hanya sebuah lagi cubaan memanipulasi persepsi dan sentimen dimainkan Muhammad Sanusi apabila mengeluarkan kenyataan terbabit.


“UMNO Kedah dengan ini mencabar Menteri Besar mendedahkan siapakah dalang disebalik ‘grand plan’ yang dimaksudkan itu.


“UMNO Kedah melihat ini adalah satu tuduhan tanpa asas semata-mata mahu mencipta persepsi dan sentimen murahan bagi mengaburi kegagalan kerajaan negeri mengekalkan pengumuman pelaburan yang sedia gagal,” katanya dalam kenyataan, lapor BH.