CABLECAR....DI PERELIS.


 

HATI HATI.. JANGAN GALAK SANGAT


 RMS


Jangan galak sangat sdr Herman Haassan,  jika aku tag MCMC tak pasal pasal kena datang bagi keterangan, denda dah naik dah dari RM50k pada RM500k.. lain lah dapat projek lagi. macam dulu.. 😇




APA PUN PKR HARUS HADAP. DIA ADA ATAU TIADA DALAM PKR


 

TAK PERLU KOT DIBANTU


 

SUPPORT RAFIZI


 

KITA TAK MAHU ELITIS BERMAHARAJALELA....


 

SIAP LA DENGAN TUGAS BERAT JAGA PARTI PKR..


 

OWHHH DALAM PAS TAK DAK NEPOTISME

 

Walaun dan Lebai PAS sebelum buka mulut atau nak ulas isu nepotisme, sila suluh dulu muka depan cermin.



NI NAK PEBODO AHLI KA APA NIH ?

 

RAMAINYA PERWAKILAN GHAIB


Pemimpin PKR dakwa 8,329 undi perwakilan ‘ghaib’, persoal ketelusan pemilihan


Mohd Faizal berkata, hanya 13,669 undi perwakilan disahkan diterima bagi jawatan Timbalan Presiden, sedangkan jumlah perwakilan yang layak mengundi adalah seramai 22,081 orang.




UPSEREYNAPETEY

 

Unity


Kita semua tahu, gelaran ulama' ni sepatutnya melambangkan keilmuan, keikhlasan, dan ketaatan kepada agama. 


Tapi malangnya, ada segelintir yang gunakan gelaran ni untuk kepentingan diri sendiri.


Inilah yang kita panggil ulama' suu – ulama' yang menyesatkan.


Bayangkan, ada yang petik ayat Quran separuh-separuh, guna hadis ikut selera, semua semata-mata nak sokong agenda politik mereka.


Yang lebih menyedihkan, mereka ni pandai buat orang percaya seolah-olah mereka lah pembela agama yang sebenar.


Cerita pasal ulama' suu ni bukan baru. Dulu pun dah ada. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah beri amaran tentang golongan ni. 


Tapi, zaman sekarang, dengan media sosial, pengaruh mereka jadi lebih besar. Mereka guna platform untuk sebarkan kebencian, fitnah, dan perpecahan. 


Contohnya, bila ada isu politik, mereka cepat-cepat keluarkan "fatwa" sokong pihak tertentu yang ia jelas melanggar disiplin ilmu, ghuluw lagi keliru.


Tapi bila rakyat susah, harga barang naik, atau ada penindasan, mereka diam seribu bahasa. Di mana suara mereka bila keadilan ditindas? 


Di Malaysia, PAS adalah parti politik yang penulis maksudkan.



TAK MUNGKIN


 

NOH....


 

PLAN KEM C BERJAYA ? APA AKAN JADI LEPAS NI ?

DATO ZAIDI RAMAL ARAH BARU PKR LEPAS KEKALAHAN RAFIZI ?

Pimpinan MPP dan AMK yang baru , sila balon Timbalan Presiden PAS...

HRC LIVE!! - PKR TANPA RAFIZI - IDEALISMA YANG DISIA-SIA | YAKINKAH RAKY...

BERTABAHLAH- Biro Politik KEADILAN Adakan Mesyuarat Khas Tumpu Program PRN Sabah

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada sesi penggulung sempena hari terakhir Kongres Nasional KEADILAN 2025 pada 24 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

JOHOR BAHRU, 24 Mei – Biro Politik KEADILAN akan mengadakan mesyuarat khas pada 29 Mei ini bagi membincangkan mengenai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mesyuarat khas itu, akan menumpukan kepada program pilihan raya tersebut.

“Mungkin dalam beberapa hari ini, sebelum ramai yang akan ke Makkah dan ada pemimpin kita ke sana, (saya) turut mendoakan mudah-mudahan (mereka) mendapat haji yang mabrur.

Suasana dalam dewan Kongres Nasional KEADILAN 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru pada 24 Mei 2025.

“…tapi sementara sebelum dia pergi, sebaik sahaja selesai ASEAN, Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China, mungkin 29 hari bulan ini kita akan adakan mesyuarat biro politik untuk rangka program PRN Sabah,” kata beliau.

Anwar berkata demikian dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional KEADILAN di sini hari ini.

Terdahulu beliau menegaskan barisan pemimpin dalam KEADILAN perlu berada dalam satu jemaah, dengan memiliki tekad untuk bersama baik dari segi pemikiran mahupun tindakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada sesi penggulung sempena hari terakhir Kongres Nasional KEADILAN 2025 pada 24 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Presiden KEADILAN itu berkata sifat kebersamaan penting meskipun wujud perbezaan dalam kalangan pemimpin yang membarisi parti termasuk mereka yang sudah lama berjuang dalam parti.

Memberi contoh bekas Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad, Anwar mengakui kedua-dua pemimpin itu sudah lama berjuang dalam parti.

Namun, katanya apabila berada dalam satu jemaah, pemimpin tidak kiralah yang sudah lama berjang perlu ada tekad untuk bersama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada sesi penggulung sempena hari terakhir Kongres Nasional KEADILAN 2025 pada 24 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Tentunya kita tahu sebagai jemaah, kita mewakili pelbagai sosok dan ragam. Namun bila dalam jemaah, perlu ada satu tekad untuk bersama.

“Perlu ada satu wadah, satu ‘wahdatul fikr’ atau satu pemikiran dan bentuk amal yang sama… boleh berbeza dalam lingkungan, namun akhirnya kita perlu bersama (dalam perjuangan),” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan jawatan Presiden KEADILAN setelah menang tanpa bertanding pada Pemilihan KEADILAN 2025 di Johor Bahru pada 23 Mei 2025. Foto Facebook Mohamad Sabu

Terdahulu, bekas Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika berucap pada sesi sama, menyeru Anwar supaya segera memujuk mana-mana pemimpin yang terluka hati dan ‘terbakar’ akibat pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) semalam.

Kongres kali ini menyaksikan beberapa perubahan dalam barisan kepimpinan utama parti termasuk kekalahan beberapa penyandang jawatan utama.

Nurul Izzah yang juga bekas Naib Presiden menewaskan Rafizi, sekali gus merampas kedudukan Timbalan Presiden, sementara Nik Nazmi satu-satunya penyandang yang tewas dalam saingan mempertahan kedudukan empat Naib Presiden.

Saifuddin Nasution hadir pada Kongres Nasional KEADILAN 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru pada 23 Mei 2025.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengakui dalam naratif dan perbincangan untuk menghadapi pemilihan MPP, ada tindakan sesetengah pemimpin parti keterlaluan dan merosakkan parti.

“Namun kita akhirnya perlu terima teguran dan ambil sikap berlapang dada.

“Saya meneliti semua cadangan, teguran dan pandangan termasuk kritikan (ketika kempen pemilihan MPP dan kongres berlangsung).

“Lazimnya saya dengar dengan tekun semuanya, jika kita mahu pimpin parti, jika ada kelemahan, perlu diatasi,” katanya.

Suasana dalam dewan Kongres Nasional KEADILAN 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru pada 24 Mei 2025.

Anwar pada masa sama mengarahkan pimpinan KEADILAN yang menang dalam pemilihan MPP semalam supaya segera bermuhasabah.

“Arahan pertama saya adalah semua MPP, Angkatan Mudah Keadilan (AMK) dan Wanita, yang menang pemilihan perlu bermuhasabah.

“Dengar teguran dan terima arahan kerana perubahan perlu bermula dari atas

“Saya beri amaran jika kita sesama pimpinan dan ahli tidak bermuhasabah dan merapatkan semula hubungan, maka kita sesama ahli akan bertempur nanti,” katanya.



NAK KONGSI, RUPANYA GAJI MEDIAN BULANAN RAKYAT 🇲🇾 DAH LEPASI RM3000



Meningkat dari RM2,700 ➡️RM3,045!


Ini pertama kali dalam sejarah negara 🤲🏻


Kerajaan lakukan pelbagai inisiatif besar untuk menaikkan gaji pekerja & reformasi pasaran kerja.


📌 1. Kenaikan Gaji Penjawat Awam

▪️ Gaji naik 16.8%–42.7%

▪️ 1.7 juta penjawat awam terkesan


📌 2. Gaji Minimum Swasta Dinaikkan

▪️ RM1,500 → RM1,700

▪️ Manfaat 4.37 juta pekerja (80% warga tempatan)


📈 3. Dasar Gaji Progresif (DGP)

▪️ Galakkan majikan naikkan gaji ikut prestasi

▪️ Gaji penengah naik 5.6% (vs purata 4.3%)

▪️ Gaji permulaan naik 12.8%

▪️ Gaji berpengalaman naik hingga 9.1%


Data DOSM:

Gaji penengah bulanan kini:

➡️ RM3,045 (vs ~RM2,700 sebelum ini)

✅ Ini kali pertama rakyat Malaysia capai gaji penengah RM3,000+ dalam sejarah!


⚖️ 4. Pemerkasaan Kesatuan Sekerja

▪️ Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan & Akta Kesatuan Sekerja

▪️ Majikan wajib rundingan CA

▪️ Lindungi hak pekerja & kukuhkan kuasa rundingan


💪 Semua ini buktikan reformasi bukan retorik.


✅ Gaji naik

✅ Perlindungan undang-undang kukuh

✅ Pasaran kerja makin adil & progresif



Posting PMX diserang teruk


Suhaili.


Mana pergi Pendekar2 Damai


Kenapa tak pertahankan Presiden anda

Dapat jawatan.....kerja tak mampu buat

Maaf..kami tak lagi dapat mempertahankn Parti dan Presiden yang telah tercemar.









TUUUU DIAAAA

 

BERITA TERGEMPAR!!




Ini berita yang sangat memalukan. Seorang mahasiswa dari Sarawak yang menuntut di UMS terpaksa menulis surat meminta pertolongan dari Premier Sarawak supaya menyelesaikan masalah air yang berpanjangan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan GRS. Ironinya macai GRS sering melaungkan sentimen 'Ikut Macam Sarawak' tetapi pada masa yang sama gagal mentadbir Sabah sebagaimana kerajaan GPS mentadbir Sarawak. Malang sekali pemimpin GRS dipenuhi dengan wakil rakyat yang kuat songlap dan kaki rasuah.


#grsgagal




SALAH KIRA KA NI.

 

Cinta Jannah


Ratusan sahaja 🤔. Ke ratusan ribu ke 👀


https://www.facebook.com/share/1FzXEEHtFv/

RAFIZI TAK AKAN BUKA PARTI BARU..PERCAYA LAH


 

NOHHH HAAAIHHH....MELINGKUP HABIH..


 

BAB INVOIS MELENYAPKAN SIKAP KERAJAAN.

Nazei Hañ


 Saya setuju langkah kerajaan untuk menilai semula pelaksanaan sistem e-Invois bagi syarikat kecil. Diharap jangan setakat nilai tapi ada tindakan. Kerana:


- Lebih 97% daripada syarikat di Malaysia adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 


- PKS tak ada kemahiran IT yang mencukupi. Masih ramai yang terpinga-pinga. Pelaksanaan e-Invois secara tergesa-gesa boleh menyebabkan kekeliruan, kesilapan pemfailan.


- Sekiranya pelaksanaan sistem ini terlalu membebankan, ia boleh memberi kesan buruk kepada aliran tunai mereka dan melambatkan pematuhan cukai, yang akhirnya menjejaskan tujuan asal e-Invois sendiri. 


- Lebih baik kerajaan menggunakan pendekatan berperingkat yang bersifat edukatif dan memberikan insentif atau bantuan digitalisasi kepada syarikat kecil.


- pengusaha kecil yang melihat sistem e-Invois sebagai satu lagi beban birokrasi. Ni boleh membunuh semangat nak berniaga kecil-kecilan.


- fokus pada sokongan menggalakkan berniaga bukan hanya penguatkuasaan pada tahap PKS ni masih tak bersedia.



KITA LAWAN.

 

Satu Mesej Harapan kepada YB Dato’ Seri @rafiziramli


1.Saya percaya bahawa ramai rakyat Malaysia, merentasi batas parti politik, masih memerlukan seorang pemimpin seperti YB — seorang yang memiliki keteguhan prinsip, kecerdasan akal, dan keberanian untuk merintis haluan baharu yang lebih baik untuk negara.


2.Keperibadian YB yang teguh pendirian, walaupun kadangkala mencetuskan perbezaan pandangan, adalah tepat apa yang membezakan YB daripada yang lain. Ia tidak dapat ditiru oleh sesiapa, dan kerana itulah kehadiran YB dalam PKR bukan sekadar bernilai — ia adalah satu keperluan.


3.Para pengundi yang pernah menyokong YB, yang ramai dalam kalangan bukan ahli mana-mana parti, tidak berminat dengan perebutan kuasa dalaman atau politik berpuak. Apa yang mereka harapkan ialah reformasi dasar yang berani dan progresif, seperti yang telah lama YB perjuangkan.


4.Tiada transformasi yang benar-benar bermakna datang tanpa tentangan. Perbezaan pendapat, malah ketegangan, adalah perkara lumrah dalam evolusi politik. Selagi ia ditangani dengan bijaksana tanpa menjejaskan kesejahteraan negara, ia wajar diterima, bukan ditekan.


5.Pengundi atas pagar kekal sebagai kuasa penentu kekuatan PKR. Bagi mereka, YB dan Nurul Izzah merupakan dua tonggak harapan masa depan parti. Harapan mereka mendalam agar kalian bersatu, bukan hanya secara semangat, tetapi dalam misi dan tujuan bersama.


6.Politik adalah sebuah maraton, bukan perlumbaan pecut. Saya tetap yakin bahawa perjalanan YB dalam kepimpinan masih jauh dari noktah, dan YB akan kembali memainkan peranan utama bukan sahaja dalam membentuk hala tuju PKR, tetapi juga masa depan Malaysia.


7.Kadangkala, kemajuan yang paling bermakna bermula dengan satu langkah ke belakang. Kisah Malaysia bersama Rafizi Ramli masih belum selesai, dan bab seterusnya mungkin menjadi yang paling menentukan.



HANTAR RAMANAN SAJA DAH CUKUP.