UGUT KERAJAAN:TANGKAP PEMIMPIN PAGE KERANA UGUT

Kamu tahukah betapa anak-anak penduduk luar bandar juga mahukan kelebihan bahasa Inggeris.Namun tidak punya kuasa dan kemampuan.

Kerajaan telah melantik pakar bahasa inggeris dari luar negara dengan bayaran gaji belasan ribu ringgit bagi membantu guru-guru bahasa inggeris tempatan.guru-guru import ini pula diberi sebuah kereta,dan elauns yang tidak munasabah melalui agensi atau syarikat yang mengimport mereka..macam dapat permit AP.

Dasar kerajaan adalah bagi menyeragamkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.Takat laungan hidup melayu Umno tak boleh buat apa pun.Melayu Umno ja dok banggang lagi.

Tahukah kamu bahawa negara-negara maju korea,jepun ,jerman,itali,Perancis,china tidak menggunakan bahasa Inggeris untuk menjadi maju.

Nak pandai bahasa Inggeris sendiri pergi belajar atau sendiri cakap dengan anak...atau hantar ke sekolah swasta..banyak tadika kat sana....

Dulu sokong kerajaan ...sekarang tak mau sokong dengan alasan kepentingan diri dan peribadi...


PPSMI: Hadapi risiko PRU jika terus nafi kami, PAGE beri Najib amaran

October 30, 2011

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, demikian menurut pertubuhan bukan kerajaan PAGE hari ini.

PAGE menegaskan pihaknya mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berusia 10 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan dijadikan opsyen di sekolah rendah dan menengah.

“Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan.

“Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang,” kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) dalam satu kenyataan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Noor Azimah berkata PAGE akan menghantar surat rayuan kepada Najib esok.

“Kami tidak mahu pentadbiran Najib diperingati atas keputusan memansuhkan PPSMI, kerana tidak mendapatkan semula undi majoriti dua pertiga (di Parlimen) dan menjadikan kanak-kanak kita satu lagi generasi yang ketinggalan,” kata beliau dengan tegas.

Noor Azimah menekankan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan PPSMI sebelum ini bukannya menyebabkan kecacatan, sebaliknya ia akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk bersaing dengan negara-negara lain sekiranya dasar itu dipertahankan.

Beliau juga mengkritik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang semalam berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Muhyiddin berkata keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak.

Katanya, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.

“Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan Bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan Bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya.

“Pada hari ini kita tahu sesetengah guru Bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap ... jadi kalau sesetengah sekolah nak Bahasa Inggeris (tetapi) sekolah itu tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan.

Sambil menyifatkannya sebagai tidak boleh diterima, Noor Azimah berkata, guru-guru seharusnya boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris memandangkan dasar PPSMI sudah pun dilaksnaakan selama sembilan tahun.

“Jika bilangan jumlah yang memilih Bahasa Inggeris adalah kecil, maka mudah untuk menyediakan guru-guru. Alasan-alasan yang diberikan seharusnya diselesaikan, bukannya diletakkan di bawah permaidani selepas kerajaan telah membelanjakan RM3 bilion.

“Kami mahukan satu penjelasan,” katanya lagi.

Noor Azimah menambah sistem pendidikan semasa hanya memecahkan kanak-kanak mengikut sekolah berasaskan kaum dan kewujudan sekolah-sekolah antarabangsa menyebabkan keadaan semakin buruk disebabkan pemilikan kekayaan.

“Kami mahukan satu penjelasan,” katanya lagi.

Noor Azimah menambah sistem pendidikan semasa hanya memecahkan kanak-kanak mengikut sekolah berasaskan kaum dan kewujudan sekolah-sekolah antarabangsa menyebabkan keadaan semakin buruk disebabkan pemilikan kekayaan.

Tegas beliau, PPSMI bukan hanya berkenaan mempelajari Bahasa Inggeris menerusi sains dan matematik, tetapi menyediakan konteks dalam penggunaan bahasa dalam amalan seharian.

Pendedahan Penting Cincin Cincin RM24.5 Juta oleh Chegubard dan SAMM !!