VITOL SYARIKAT ASING


 

JUMLAH HASIL MINYAK


 

Royalti minyak T'ganu: Kita bagi lebih banyak, zalim macam mana? - PM


 

Royalti minyak: Masa PN perintah, kenapa perjanjian itu tidak dikemaskini? - soal ahli Parlimen PH







 INILAH SEBABNYA DR SAM HARUS JADI PM11!!



23 April 2026
Kerajaan Terengganu mendedahkan sebanyak RM2.25 bilion bayaran royalti petroleum tidak disalurkan ke akaun kerajaan negeri secara kumulatif sejak 2023.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi tahun 2025 sahaja, kira-kira 52 peratus daripada jumlah royalti yang direkodkan gagal diterima kerajaan negeri.
Menurut beliau, daripada keseluruhan RM1.37 bilion royalti petroleum bagi tahun berkenaan, hanya RM659 juta disalurkan secara terus, manakala baki RM713 juta tidak dimasukkan ke akaun kerajaan negeri.
"Situasi ini turut berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Pada 2024, hanya RM733 juta disalurkan daripada RM1.55 bilion, manakala pada 2023 pula sebanyak RM802 juta diterima daripada RM1.52 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman di sini pada Khamis.
Ahmad Samsuri yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, jumlah keseluruhan hasil negeri bagi 2025 adalah RM1.92 bilion yang merangkumi hasil cukai (RM104.9 juta), hasil bukan cukai (RM282.3 juta) dan terimaan bukan hasil (RM1.54 bilion).
Katanya, daripada jumlah terimaan bukan hasil itu, sebanyak RM1.37 bilion merupakan komponen bayaran royalti petroleum.
Bagaimanapun, di sebalik isu penyaluran royalti tersebut, beliau menegaskan kerajaan negeri tetap menunjukkan prestasi membanggakan apabila berjaya meningkatkan hasil janaan sendiri.
"Walaupun kerajaan negeri berhadapan dengan pelbagai tekanan yang bolehlah kita katakan sebagai 'paksa rela' dan kaedah pembayaran yang ajaib, kita berjaya meningkatkan hasil janaan kerajaan negeri kepada RM454.69 juta pada 2025 berbanding RM267.77 juta tahun sebelumnya.
Angka ini merupakan satu sejarah baharu di Terengganu kerana sebelum ini capaian hasil negeri tidak pernah mencecah angka RM300 juta," katanya.
Kesian rakyat Terengganu, sukar membayangkan keadaan sebegini masih berlaku sekarang ini.
Bukankah kerajaan pusat selalu bercakap tentang keadilan dan ketelusan?
Apa salah rakyat Terengganu sehingga hak yang sepatutnya mereka perolehi, tetapi tidak diberikan?
Bagaimanakah caranya agar Terengganu dapat menikmati hasil petroleum dengan betul dan wajar?
Jawapannya tidak lain melainkan PN mesti dimenangkqn pada PRU16 akan datang dan anak Terengganu iaitu Dr Ahmad Samsuri sendiri yang kebetulan merupakan Pengerusi PN wajar diangkat sebagai Perdana Menteri.
Amacam? - ShahbudinHusin 23April2026.

Undang boikot DUN, gesa MB rujuk pengisytiharan pecat Tuanku Mukriz




 Para pembesar wilayah di Negeri Sembilan menggesa agar upacara pembukaan Dewan Undangan Negeri hari ini ditangguhkan sehingga seorang Yang di-Pertuan Besar baharu dilantik secara sah.

Empat Datuk Undang Yang Empat bersama Tunku Besar Tampin dalam kenyataan bersama merujuk kepada keputusan mereka minggu lalu untuk memecat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Mereka mendakwa Menteri Besar, Aminuddin Harun, perlu mematuhi kuasa yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.



‘Tol Selat Melaka’: Indonesia Terpaksa Buat ‘U-Turn’

 


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) antara pihak berkuasa yang mengawal perairan Selat Melaka dan tiada mana-mana negara berhak mengenakan ‘tol’ seperti cadangan seorang menteri Indonesia. Foto Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM

JAKARTA, 23 Apr – Ekoran kebodohan dan kegelogojohan seorang menteri, seorang lagi menteri terpaksa melakukan ‘pusingan-u’ kerana sedar mereka tidak boleh melakukan tindakan termasuk mengenakan ‘tol’ di Selat Melaka sesuka hati.

Ia setelah Menteri Luar Indonesia, Sugiono menegaskan republik itu tidak akan mengenakan sebarang tarif terhadap kapal yang melalui Selat Melaka memandangkan langkah sedemikian tidak selaras dengan Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS).

Sambil menegaskan bahawa Indonesia menghormati undang-undang antarabangsa, khususnya UNCLOS, dengan menyatakan bahawa konvensyen itu mengiktiraf Indonesia sebagai negara kepulauan dan tidak membenarkan pengenaan tarif di selat dalam wilayahnya.

Langkah Indonesia tidak selaras dengan Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS).

“Kami juga mengharapkan laluan laut yang terbuka, dan saya percaya ini adalah komitmen bersama dalam kalangan banyak negara untuk mewujudkan laluan perkapalan yang bebas, berkecuali, dan saling menyokong.

“Jadi, jawapannya tidak. Indonesia tidak berada dalam kedudukan untuk berbuat demikian (mengenakan tarif di Selat Melaka),” katanya menurut Agensi Berita Antara pada Khamis.

Sebelum ini, Menteri Kewangan republik kononha itu, Purbaya Sadewa telah membangkitkan kemungkinan untuk mengenakan tarif terhadap kapal yang melalui selat itu, dengan mengambil ‘keuntungan mudah’ mengenakan caj sedemikian demi kepentingan republik itu.

Sementara itu, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pada Rabu tiada keputusan unilateral boleh dibuat membabitkan Selat Melaka, sambil menekankan pendekatan berasaskan konsensus ASEAN dalam mengekalkan keselamatan maritim di laluan penting itu.

Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan pada hari yang sama turut menyatakan bahawa negara-negara di sepanjang Selat Melaka mempunyai kepentingan strategik untuk memastikan laluan air itu sentiasa terbuka. Beliau menegaskan Singapura tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang usaha untuk menutup, memintas, atau mengenakan duti di perairan sekitar wilayah itu.



‘Jual Minyak’ Ke Australia Sama Je Macam Filipina!

 



Lawatan rasmi Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese ke Malaysia bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim banyak memberi manfaat kepada Malaysia khususnya dalam perkongsian strategik ekonomi termasuk kemampanan tenaga susulan konflik di Asia Barat. Foto PMO

PENDAPAT, 24 Apr – Media Australia kelmarin melaporkan negara mereka akan menerima bekalan tambahan diesel berjumlah 200 juta liter yang dikatakan disumberkan dari Korea Selatan, Brunei dan Malaysia.

Kerajaan Malaysia telah menafikan bahawa diesel tersebut adalah daripada minyak mentah yang dikeluarkan di Malaysia dan juga menafikan Kerajaan mahupun PETRONAS terlibat dengan penjualan tersebut.

Sama macam 329 ribu tong diesel yang dibeli oleh Filipina daripada Vitol yang mempunyai simpanan minyak dalam tangki simpanan di Pengerang, Johor baru-baru ini.

Laporan media Australia menyatakan Perdana Menteri, Anthony Albanese berjaya memperolehi 200 juta liter diesel dari BP dan Viva Energy yang tidak ada kena-mengena dengan Malaysia.

Media Australia sendiri melaporkan bahawa syarikat British Petroleum (BP) dan Viva Energy yang berpengkalan di Australia telah mendapat jaminan pembelian bekalan 200 juta liter daripada Brunei dan Malaysia satu kargo masing-masing dan juga Korea Selatan dua kargo.

Seperti yang saya tulis minggu lepas Australia adalah pengimport besar produk petroleum petrol, diesel dan minyak jet dari Malaysia sejak sebelum perang lagi: https://www.facebook.com/share/p/18SWBNQvfN/

Setelah menyemak data eksport diesel dari Malaysia ke Australia melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia menunjukkan sebahagian besarnya adalah re-export atau eksport semula dengan nilai RM4.35 bilion tahun lepas dan RM375 juta di antara Januari hingga Mac tahun ini (2026).

Tangkap layar eksport semula diesel ke Australia daripada perangkaan perdagangan antarabangsa.

Manakala eksport domestik diesel tahun lepas hanya RM2.16 juta dan tahun ini setakat Mac hanya RM476 ribu.

Ini menunjukkan bahawa sebahagian besar diesel yang dieksport ke Australia bukanlah diesel yang berasal dari minyak mentah yang ditapis di Malaysia tetapi adalah diesel yang diimport dari luar negara kemudian dieksport semula ke Australia.

Saya juga pernah terangkan apa beza domestic export dan re-export sebelum ini: https://www.facebook.com/share/p/1B4j9zY9o6/

Tidak ada yang mengejutkan kerana Malaysia sebagai sebuah negara yang berdagang sentiasa mengimport dan mengeksport semula minyak dan produk petroleum termasuk diesel.

Sebagai contoh tahun lepas (2025) Malaysia mengimport diesel bernilai RM47.6 bilion dan mengeksport semula RM37.5 bilion ke negara-negara pengimport.

Tahun ini antara Januari hingga Mac 2026, Malaysia mengimport RM11.5 bilion diesel dan mengeksport semula RM9.5 bilion diesel yang diimport.

Bila kita cakap Malaysia tidak semestinya ia adalah PETRONAS atau mana-mana syarikat tempatan tetapi juga termasuk syarikat-syarikat asing seperti Vitol, Trafigura, Glencore dan banyak lagi syarikat-syarikat perdagangan minyak yang terlibat dalam mengimport dan mengeksport semula diesel ke luar negara.

Malaysia tidak menghalang mana-mana syarikat dalam dan luar negara untuk menjalankan kegiatan perdagangan import dan eksport semula.

PETRONAS pula menjamin bekalan bahan api sudah ditapis seperti petrol, diesel, LPG dan minyak jet dijamin sehingga hujung bulan Jun dan ini tidak ada kena mengena dengan syarikat-syarikat komersil lain yang mengimport dan mengeksport semula bahan-bahan api ke luar negara.

Kita bukannya negara komunis nak rampas apa-apa pemilikan yang sah oleh syarikat atau entiti komersil.

Bila dah dalam krisis tenaga paling buruk dalam sejarah macam ni barulah kita tahu Malaysia sebenarnya hab perdagangan minyak Asia yang besar sama macam Singapura.

Sebelum ni takde siapa pun ambil tahu.

Oleh Syahir




Fitnah: Mahkamah Kekal Perintahkan Siti Mastura Bayar RM825 Ribu Kepada Tiga Pemimpin DAP

 




Siti Mastura Muhammad gagal dalam rayuan terhadap penghakiman memihak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok, yang diputuskan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pada Disember 2024.

PUTRAJAYA, 24 Apr – Malang terus menimpa seorang ahli parlimen wanita Pas setelah Mahkamah Rayuan di sini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang memerintahkan Siti Mastura Muhammad membayar ganti rugi RM825,000 kerana memfitnah tiga pemimpin kanan DAP.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Ahmad Kamal Shahid, bersama Evrol Mariette Peters, dan Latifah Tahar, sebulat suara menolak rayuan Ahli Parlimen Kepala Batas itu.

Siti Mastura didapati memfitnah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan Teresa Kok dengan mengaitkan mereka dengan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, melalui dakwaan kononnya mereka hubungan kekeluargaan dalam satu ceramah politik di sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Terengganu, pada 4 November 2023.

Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Mohamad atau lebih dikenali dengan ‘Ustazah Onde’ susulan kenyataannya pada 4 November 2023 di Kemaman.

Ketika menyampaikan keputusan tersebut, Kamal menyatakan mahkamah mendapati tiada merit dalam rayuannya, sekali gus mengekalkan sepenuhnya penghakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pada 4 Disember 2024.

Panel itu juga menolak rayuan balas daripada ketiga-tiga pemimpin berkenaan berhubung kuantum ganti rugi, yang didakwa tidak mencukupi.

Mahkamah tidak mengeluarkan sebarang perintah mengenai kos bagi kedua-dua rayuan dan rayuan balas berkenaan.

Poster pembodohan Siti Mastura kononnya Lim Kit Siang dan ‘Lim Kuan Yew’ adalah sepupu yang tular di media sosial sejak November 2023. Foto BFM News

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memihak tiga pemimpin DAP tersebut dengan memberikan ganti rugi RM300,000 kepada Kit Siang, RM250,000 kepada Guan Eng, dan RM200,000 kepada Teresa Kok.

Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon juga telah memerintahkan Siti Mastura membayar kos RM25,000 kepada setiap plaintif, berserta faedah pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakiman.

Dengan keputusan itu, Kit Siang memperolehi RM325,000; Guan Eng RM275,000 dan Teresa sebanyak RM225,000 menjadikan jumlah keseluruhannya RM825,000 tidak termasuk faedah yang ditetapkan.

Pada 23 Januari lalu, Siti Mastura telah melunaskan sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman (termasuk faedah) kepada ketiga-tiga pemimpin itu, sehari sebelumnya.



RM230JUTA DISELEWENG? DR MAZA JAWAB. AKU PENYUMBANG


 

Tentera Melayu Mabuk!


Syam Ghaz


 Tentera Melayu Mabuk!

Kenapa pembangkang tak main isu ni? Jika kaum lain mabuk mrka desak kerajaan buat mcm2.
Hukuman mati jugalah kalini!

KENAPA KELANTAN DAN TERENGGANU TIDAK DAPAT ROYALTI MINYAK.




















 

Baru tengok snippet temubual BFM dan boss Mydin, Dato Ameer.

 


Najib Bakar





Baru tengok snippet temubual BFM dan boss Mydin, Dato Ameer.


Aku ringkaskan cerita.

1. Dato Ameer akui Kedai Rakyat 1 Malaysia yang dia uruskan, gagal.
2. Dia rugi 185 juta dari kegagalan KR1M. Ayat dia sendiri bukan verbatim, "patutnya team Madani Mart ajak saya ngopi, boleh sharing idea. Because I'm the biggest failure." (konteks KR1M).
3. Bagi dia, idea Madani Mart untuk dibuka di setiap DUN adalah keputusan politik, bukan bisnes, nampak sukar untuk berjaya.
4. Model cadangannya, sepatutnya bukan setiap DUN satu outlet, tapi terus 40 outlet di Kuantan.
5. Buat satu gudang di Kuantan yang boleh cover 40 outlet ni, untuk dapat the extra 1-2% margin untung dari supply chain line yang lebih efficient.
6. Gross margin around 10%, dia jangkakan sales Madani Mart around 5-7k sehari.
7. 200k sales sebulan, gross margin 20k, tolak gaji 4 pekerja 10k, sewa 6-8k, utiliti bill lagi, macam tak munasabah untuk sustain long term.
8. Bisnes retail ni memang mencabar untuk berlawan dengan big player.
9. Lebih mencabar kalau bisnes yang didirikan cuma tunggang isu yang sasarkan satu kaum saja, kecilkan segmen market sendiri. (Ni aku yang cakap)
10. Jadi ejen zakat atau niaga NGO kutip derma lagi masyuk. (Ni pun aku yang cakap)
11. Dato Ameer doa semoga idea Madani Mart ni berjaya and he will be proven wrong.




Menteri Agama hadiahkan tajaan 2 tiket umrah, memang rezeki Abang Minyak Hitam Jalanan


 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menghadiahi individu dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ tajaan dua tiket penerbangan umrah atas keikhlasan hati mekanik berkenaan.

Menurut Zulkifli, hadiah itu diberikan memandangkan Abang Minyak Hitam Jalanan atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor, tidak pernah lagi mengerjakan ibadah haji atau umrah.

“Saya tanya abang Yusof tadi, sudah pernah pergi umrah atau haji dan katanya belum lagi.

“Jadi, hari ini saya nak umumkan kita hadiahkan dua tiket penerbangan umrah.

“Terpulang kepada beliau nak pilih siapa nak ikutnya,” katanya pada sidang media haji bersama sebuah TV Alhijrah, di ibu negara, semalam.

Sebelum ini, Mohd Yusof sering menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan, sekali gus meraih perhatian ramai di media sosial.

Baru-baru ini, video Abang Minyak Hitam Jalanan tular sekali lagi apabila membantu individu berbangsa Cina dikenali sebagai Dicky Yau yang mengalami kerosakan motosikal tanpa meminta wang bayaran.

Malah, Yusof yang memiliki akaun TikTok atas nama Abang Minyak Hitam itu, turut menghulurkan wang infak kepadanya.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata, semua yang dilakukan itu adalah semata-mata kerana Allah SWT.

“Saya tak meminta apa-apa, ini semua rezeki. Saya pun tak tahu nak cakap apa kerana tak menjangkakan perkara ini boleh sampai ke tahap ini.

“Saya cuma jalankan amanah orang yang menginfak dan melakukan tanggungjawab sebagai pekerja.

“Saya tak mahu memegang duit infak terlalu banyak, takut tersalah pakai atau gelap mata,” kata beliau lagi.





Serang tanpa sebut nama, ini teknik memfitnah secara mantiq


 


Sindiran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung isu zakat, dikritik sebagai berbahaya dan berpotensi mencetuskan persepsi salah dalam kalangan rakyat.

Pemerhati Ahmad Hussein, berkata kenyataan Ahmad Fadhli itu merupakan satu bentuk teknik memfitnah secara mantiq iaitu menyerang tanpa menyebut nama secara jelas tetapi memberi gambaran yang boleh ditafsir kepada individu tertentu.

Terdahulu, Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menerusi hantaran di Facebook menulis, “Mereka perlekehkan lawan dengan kononnya sentiasa buka ‘tin milo’, rupanya mereka mewah dengan sakau duit zakat”.

Mengulas lanjut, Ahmad Hussein berkata, pendekatan sedemikian mampu memberi kesan negatif terhadap imej kerajaan walaupun tidak dinyatakan secara langsung.

Beliau berpendapat orang awam, khususnya penyokong tegar parti, berkemungkinan akan mengaitkan kenyataan tersebut dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berbanding tokoh lain.

Keadaan itu, tegasnya, menunjukkan bagaimana bahasa boleh digunakan untuk membentuk persepsi tanpa perlu membuat tuduhan terbuka.

“Pastinya orang awam wala’un sangka ayat dia dituju terhadap PM Anwar, tak mungkin wala’un sangka ia dituju kepada Ibrahim Ali pula,” tempelaknya.

‘Lughah mantiq’

Menurutnya, pendekatan wakil rakyat Pas itu sebagai kaedah serangan politik berasaskan ‘lughah mantiq’ iaitu penggunaan bahasa secara tersirat untuk mempengaruhi pemikiran khalayak.

Justeru, beliau menggesa agar semua pihak tidak mempolitikkan isu serius seperti dakwaan penyelewengan dana zakat yang sedang disiasat.

Dalam masa sama, Ahmad Hussein menyeru agar usaha membanteras penyelewengan dana zakat, termasuk kes yang dikaitkan dengan individu dalam sebuah NGO, disokong secara bersama tanpa mengira perbezaan politik.

“Bertaubatlah wahai rakan-rakan Pas, usahlah kita bermain politik dalam isu dana zakat RM230 juta yang diseleweng Fakhrudin ahli NGO Ikram, kita perlu bersama membanterasnya,” kata beliau.

Katanya, kerajaan di bawah pentadbiran MADANI telah menunjukkan ketegasan dalam mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat tanpa pilih kasih.

“Fakhrudin Jerung Zakat dikatakan aktif sejak era Kerajaan Pas Tebuk Atap Putrajaya lagi, tapi kenapa dulu tiada tangkapan keatas Fakhrudin?

“Apabila Anwar Ibrahim jadi PM barulah terlondeh segala kes dahsyat jerung-jerung besar, Alhamdulillah,” tambahnya lagi.