PART 1- Pembangkang Malaysia yang berantakan dan gabungan Anwar yang rapuh .

 



Pembangkang Malaysia yang berantakan dan gabungan Anwar yang rapuh,










Kerajaan ‘Madani’ pimpinan Anwar bertahan bukan atas kelebihannya, tetapi kerana PN terus gagal




The Gabungan Bertindak Malaysia–Aliran Rant and Rave 2.0 forum in Penang

Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Awal tahun ini, sebuah tinjauan seluruh negara oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa) menunjukkan tahap sokongan Anwar Ibrahim pada suku keempat 2025 berada di bawah 50%.

Majoriti mereka yang ditinjau berasa tidak berpuas hati dengan apa yang telah dicapai oleh perdana menteri dalam tempoh tiga tahun beliau memegang jawatan, atau tidak mempunyai pendapat mengenainya.

Ini berbeza dengan tinjauan seluruh negara lain oleh Merdeka Center pada Mei 2025 – yang diterbitkan pada Jun – yang meletakkan penarafan sokongan perdana menteri pada 55%.

Kebimbangan utama para responden dalam kedua-dua tinjauan adalah prospek ekonomi yang suram, termasuk peningkatan kos sara hidup, gaji yang rendah, dan peluang pekerjaan yang terhad. Dengan segala yang telah berlaku di dunia, kebimbangan orang ramai dapat difahami.

Ekonomi Malaysia yang didorong oleh eksport telah menanggung beban akibat dasar tarif Presiden AS Donald Trump yang tidak menentu – yang kebanyakannya baru-baru ini dibatalkan oleh Mahkamah Agung AS dengan keputusan 6–3.

Kesan turut dirasakan akibat perang berlarutan di Ukraine, genosid di Gaza, pengeboman tanpa belas kasihan AS ke atas Iran, pogrom anti-imigresen yang kejam di AS, pembunuhan beramai-ramai di Sudan Selatan dan banyak lagi.

Sebagai sebuah kuasa sederhana yang berpengaruh, Malaysia harus cekap mengharungi cabaran global ini dan meminimumkan kesan buruknya terhadap rakyatnya.

Walaupun kebanyakan perkara yang berlaku adalah di luar kawalan Malaysia, banyak rasa tidak puas hati orang ramai timbul akibat cara kerajaan mengendalikan ekonomi, seperti yang ditunjukkan oleh tinjauan-tinjauan tersebut.

Ramai yang menjangkakan kerajaan akan melakukan lebih banyak dasar untuk membantu rakyat biasa menyerap tekanan inflasi yang terjadi dek krisis global ini.


Kegagalan PN mengambil peluang

Nasib baik bagi kerajaan “Madani” yang Perikatan Nasional, sebagai pembangkang di peringkat parlimen, masih lemah dan tidak dapat memanfaatkan penarafan sokongan Anwar yang kurang cemerlang.

Sejak tewas dalam pilihan raya umum 2022, PN tidak memainkan peranan sebagai pembangkang parlimen yang berkesan dalam menawarkan agenda ekonomi alternatif.

Sebaliknya, ia hanya menumpukan usaha mengeksploitasi isu-isu yang didorong oleh sentimen bagi mendorong perpecahan ke dalam masyarakat yang sudah cukup berpecah-belah.

Kita dapat melihat betapa aktifnya PN – terutamanya parti komponen utamanya, Pas – dalam menyuntik sentimen kaum dan agama ke dalam isu-isu seperti mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan, undang-undang pembaharuan bandar, kuil Hindu “haram” dan insiden memandu dalam keadaan mabuk.

Namun, PN tidak pula dapat ditemui dalam perbincangan mengenai krisis penjagaan kesihatan negara, rasionalisasi subsidi bahan api dan perdebatan gaji minimum – walaupun empat negeri yang ditadbirnya kini berada di antara yang termiskin di negara ini dan boleh mendapat manfaat yang besar daripada gaji minimum yang lebih tinggi dan subsidi yang disasarkan.

Ambil contoh soal pilihan raya kerajaan tempatan. Pas percaya bahawa jika rakyat diberi hak untuk memilih ahli majlis tempatan mereka sendiri, semua kawasan bandar di Malaysia akan didominasi oleh pengundi Cina (baca: DAP). Memelikkan, hujah sama ini turut terpakai di Kota Bharu, Kelantan, di mana orang etnik Melayu membentuk kira-kira 93% daripada populasi.

Di Kuala Lumpur, kebanyakan kawasan kejiranan terdiri daripada campuran etnik dan bilangan Melayu melebihi sedikit penduduk etnik Cina. Bayangan “tsunami Cina” akan melanda semua pusat bandar jika pilihan raya kerajaan tempatan dikembalikan adalah sesuatu yang hanya dimomokkan. Seperti lingo orang muda sekarang: “The math is not mathing.”


No comments: