INILAH SEBABNYA DR SAM HARUS JADI PM11!!
23 April 2026
Kerajaan Terengganu mendedahkan sebanyak RM2.25 bilion bayaran royalti petroleum tidak disalurkan ke akaun kerajaan negeri secara kumulatif sejak 2023.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi tahun 2025 sahaja, kira-kira 52 peratus daripada jumlah royalti yang direkodkan gagal diterima kerajaan negeri.
Menurut beliau, daripada keseluruhan RM1.37 bilion royalti petroleum bagi tahun berkenaan, hanya RM659 juta disalurkan secara terus, manakala baki RM713 juta tidak dimasukkan ke akaun kerajaan negeri.
"Situasi ini turut berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Pada 2024, hanya RM733 juta disalurkan daripada RM1.55 bilion, manakala pada 2023 pula sebanyak RM802 juta diterima daripada RM1.52 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman di sini pada Khamis.
Ahmad Samsuri yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, jumlah keseluruhan hasil negeri bagi 2025 adalah RM1.92 bilion yang merangkumi hasil cukai (RM104.9 juta), hasil bukan cukai (RM282.3 juta) dan terimaan bukan hasil (RM1.54 bilion).
Katanya, daripada jumlah terimaan bukan hasil itu, sebanyak RM1.37 bilion merupakan komponen bayaran royalti petroleum.
Bagaimanapun, di sebalik isu penyaluran royalti tersebut, beliau menegaskan kerajaan negeri tetap menunjukkan prestasi membanggakan apabila berjaya meningkatkan hasil janaan sendiri.
"Walaupun kerajaan negeri berhadapan dengan pelbagai tekanan yang bolehlah kita katakan sebagai 'paksa rela' dan kaedah pembayaran yang ajaib, kita berjaya meningkatkan hasil janaan kerajaan negeri kepada RM454.69 juta pada 2025 berbanding RM267.77 juta tahun sebelumnya.
Angka ini merupakan satu sejarah baharu di Terengganu kerana sebelum ini capaian hasil negeri tidak pernah mencecah angka RM300 juta," katanya.
Kesian rakyat Terengganu, sukar membayangkan keadaan sebegini masih berlaku sekarang ini.
Bukankah kerajaan pusat selalu bercakap tentang keadilan dan ketelusan?
Apa salah rakyat Terengganu sehingga hak yang sepatutnya mereka perolehi, tetapi tidak diberikan?
Bagaimanakah caranya agar Terengganu dapat menikmati hasil petroleum dengan betul dan wajar?
Jawapannya tidak lain melainkan PN mesti dimenangkqn pada PRU16 akan datang dan anak Terengganu iaitu Dr Ahmad Samsuri sendiri yang kebetulan merupakan Pengerusi PN wajar diangkat sebagai Perdana Menteri.
Amacam? - ShahbudinHusin 23April2026.
No comments:
Post a Comment