
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menikmati makan tengah hari di Gerai Juadah Hari Raya & Gerai Dayang Kitchen di Permas Jaya dan menunaikan solat Jumaat bersama warga Pasir Gudang di Masjid Bandar Permas Jaya pada 24 April 2026. Foto PMO
JOHOR BAHRU, 24 Apr – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan sedang berunding dengan Iran berhubung dua kapal Malaysia yang membawa bahan api berhadapan dengan beberapa sekatan setelah keluar menerusi Selat Hormuz.

Perdana Menteri berkata, rundingan dengan kerajaan Iran sedang dilakukan bagi membolehkan kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan berkenaan dengan selamat.

Katanya, perkara itu akan dirunding segera setelah kapal Malaysia sudah diberikan laluan oleh kerajaan Iran, khususnya oleh Presiden Masoud Pezeshkian.

“Satu kapal sudah sampai (di Pengerang, Johor), satu lagi hampir sampai dan masuk dalam perairan Malaysia, tapi dua yang dah keluar itu masih lagi berhadapan dengan beberapa sekatan. Jadi, kita sedang berunding sebab kelulusan itu telah diberikan,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan perkara itu selepas menunaikan Sembahyang Jumaat di Masjid Bandar Permas Jaya, di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim serta para pegawai kanan kerajaan negeri.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan, lima lagi masih terkandas di Selat Hormuz susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.
No comments:
Post a Comment