CERAMAH USTAZ TARMIZI





KEJAR DUNIA

Nukilan rasa Ahmad Ahmmar- Ustaz Tarmizi Shamsul Arif 

 

 

POLITIK WANG-KHALID TERLIBAT?

Calon ketua cabang dakwa MB bayar pangundi

Seorang calon yang bertanding jawatan ketua bahagian PKR Kuala Selangor mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh tentang politik wang di Jeram melibatkan pesaingnya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

S Manikavasagam berkata beliau akan mendedahkan perbuatan itu kepada umum tidak lama lagi.

Beliau berkata pesaingnya memberi suapan hingga RM50 bagi setiap undi dan beliau mempunyai bukti kukuh tentang perbuatan itu.

"Saya ada bukti dalam bentuk rakaman video (politik wang) dan saya akan muat naikkannya tidak lama lagi. Saya menerima aduan bahawa pemilih diberi rasuah RM30 untuk memberi undi kepada calon yang bertanding bagi jawatan kebangsaan dan RM20 bagi jawatan ketua bahagian Kuala Selangor.

"Saya harap jawatankuasa pemilih akan bertindak segera tentang perkara ini," katanya kepada pemberita di tempat pengundian di Bestari Jaya di Kuala Selangor hari ini.

Manikavasagam, yang merupakan penyelaras kawasan negeri Bukit Melawati, juga menggesa penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan segera terhadap dakwaan wujudnya amalan politik wang itu kerana ia boleh mencemarkan imej PKR.

Manikavasagam berkata beliau akan memfailkan bantahan kepada Jawatankuasa Pemilihan PKR sekiranya beliau kalah dalam pertandingan satu lawan satu dengan Abdul Khalid bagi jawatan itu.

- Bernama