LAMA DOH AZAMNYE... GUANE DEME.

Che Ibrahim


 Pada 8 Mac 2016, Kerajaan Kelantan pernah royat nak laksana hukuman sebat di khalayak ramai. Hari ni ada bunyi pula cerita lama. 




Adakah kerana orang Kelantan ni berjurus sehingga tidak ada kesalahan yang boleh dikenakan hukuman sebat atau kerana gapa sebenarnya menyebabkan 40 tahun lebih dah Mahkamah Syariah ada kuasa hukum sebat, tapi tak pernah berlaku sebat di khalayak ramai??



KENAPA TARIF TNB NAIK


 

MENGHARUMKAN NAMA NEGARA. KOLEJ TUNKU KURSIAH


 

TNB HARUS BELA RAKYAT BUKAN PERAH RAKYAT. JANGAN IKUT MAHAZALIM

 


Terbaca satu posting, kenapa TNB nak 𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗳𝗳 sedangkan untung TNB hampir RM1.5 bilion? Untuk info, aku pun tak pasti berapa keuntungan TNB. Aku tulis ni 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗼𝘀𝘁𝗶𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝘂 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝘁𝗮𝗱𝗶 𝗷𝗲. 


Tapi berapa keuntungan TNB tak jejaskan isi posting aku ni. Yang penting, TNB untung dan tak rugi.


Masalahnya sekarang ini, TNB kini merupakan sebuah 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁. Bila namanya syarikat, mestilah 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴. Keuntungan TNB 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻 dan pelanggan TNB pula adalah 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.


Atas sebab itu, untuk 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝗸𝗮𝗻 𝙢𝙖𝙧𝙜𝙞𝙣 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗡𝗕, kenalah naikkan tariff. Bermakna rakyat kena bayar lebih. 


Dulu lainlah. Masa tu bukan TNB tapi 𝗟𝗲𝗺𝗯𝗮𝗴𝗮 𝗟𝗲𝘁𝗿𝗶𝗸 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 (𝗟𝗟𝗡) yang merupakan agensi kerajaan. Jadi ia berorientasikan rakyat. Tapi selepas 𝗱𝗶𝘀𝘄𝗮𝘀𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻, ceritanya dah jadi lain.


Tak nak tanya siapa yang swastakan? Tak nak tanya pun aku jawab jugak. Siapa lagi kalau bukan 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿, 𝗽𝗲𝗻𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗦𝗚4 sekarang. Masa tu Mahathir merupakan 𝗣𝗠 𝗸𝗲𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 negara.


Tapi jangan salah faham. Aku menyokong sepenuhnya  usaha penswastaan ini. Cumanya, kita tak tahu apa ada dalam perjanjian penswastaan itu hingga TNB jadi sebuah syarikat yang 𝗯𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻  𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗼𝗿𝗶𝗲𝗻𝘁𝗮𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.


Mungkin ini satu 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻 (atau 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻) Mahathir yang kerajaan sekarang kena betulkan. Semua syarikat berkaitan 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 mestilah 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁, bukan keuntungan semata-mata.


Untuk apa TNB untung sampai berbilion ringgit tapi di penghujungnya, rakyat yang jadi tertekan? Memanglah kata mahakaya je yang kena. Tapi kalau dah mahakaya asyik kena 𝗽𝗼𝘄 je, 𝗯𝗲𝗻𝗴𝗸𝗼𝗸 juga jadinya. Takkanlah 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗮𝘆𝗮 𝗽𝘂𝗻 𝗺𝗲𝗿𝘂𝗽𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗱𝗼𝘀𝗮 di negara ini?


Mahathir tu dulu kita faham memang 𝗸𝗲𝗷𝗮𝗺 dan 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Tapi Madani kena lebih baik dari itu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.CC: Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli 


.



Kalah saman fitnah, ujian dan cabaran buat Siti Mastura tanpa rasa bersalah

 


Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad menyifatkan kekalahannya dalam kes fitnah terhadap pimpinan DAP sebagai ujian dan cabaran tanpa sebarang rasa bersalah.


“Apa yang telah berlaku, telah berlaku. Jangan rasa sedih, malu. Saya yakin apa yang telah berlaku ada hikmah, ada muhasabah yang akan saya ambil sebagai panduan untuk terus melakukan kerja Islam kita.


“Siapa pun kita, pasti ada ujian dan cabaran.


“Apa yang berlaku di akhir zaman globalisasi ini ialah yang baik dikatakan buruk, yang buruk dikatakan baik. Yang hak dikatakan batil. Yang batil dikatakan hak.


“Maka itulah perkara yang kita perlu sama-sama bangkit cakap benar walaupun ramai netizen di luar sana cakap perkara-perkara buruk, caci maki.”


Beliau berkata demikian dalam satu sesi hi-tea oleh Pas Kawasan Bukit Mertajam pada 25 Disember.


Untuk rekod, Siti Mastura diperintahkan membayar RM825,000 kepada veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang, pengerusi DAP kebangsaan Lim Guan Eng dan naib pengerusi DAP Teresa Kok selepas didapati memfitnah mereka bertiga.


Siti Mastura mendakwa mereka bertiga mempunyai nasab dengan pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng.


Beliau membuat dakwaan itu semasa berkempen di dalam pilihan raya kecil Kemaman.




IGP Razarudin Saman Papagomo RM3 Juta

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (kanan) memfailkan saman terhadap blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memfailkan saman terhadap blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo.

Saman berkenaan difailkan berhubung kenyataan Papagomo yang melabelkan Razarudin sebagai pelacur banduan terhormat dan penjilat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam, Raam Kumar berkata, notis tuntutan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi, di sini kelmarin dan sudah diserah kepada Papagomo yang dinamakan sebagai defendan.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi bagi fitnah lisan, ganti rugi fitnah bertulis, ganti rugi am, ganti rugi teruk atau teladan dan ganti rugi khas.

“Plaintif turut menuntut perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan, sama ada secara sendiri atau pekerja atau mana-mana pihak lain daripada mengeluarkan kenyataan dan kata-kata dianggap fitnah selain menerbitkan atau menyebabkan penerbitan semula kenyataan fitnah itu,” katanya.

Sementara itu, Razarudin ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Papagomo dalam satu klip video.

Susulan itu, Razarudin mengesahkan PDRM sudah merakam keterangan Papagomo berhubung kes itu di Balai Polis Setapak, di sini 19 Disember lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


PM Anwar Dedah Jasa Baik Bekas PM India Manmohan Ketika Beliau Di Penjara

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus mengingati jasa baik bekas Perdana Menteri India Dr Manmohan Singh yang dilaporkan meninggal dunia seraya mendedahkan ketika beliau dipenjarakan, mendiang memberikan kebaikan yang tidak perlu dia lakukan termasuk menawarkan biasiswa pendidikan kepada anak-anaknya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus mengingati jasa baik bekas Perdana Menteri India Dr Manmohan Singh yang dilaporkan meninggal dunia pada Khamis.

Perdana Menteri mendedahkan ketika beliau dipenjarakan, Manmohan memberikan kebaikan yang tidak perlu dia lakukan termasuk menawarkan biasiswa pendidikan kepada anak-anaknya.

“Tidak ramai yang tahu perkara ini, dan sudah tiba masanya saya berkongsi dengan rakyat Malaysia: selama bertahun-tahun saya dipenjarakan, mendiang memberikan kebaikan yang tidak perlu beliau lakukan, (malah) tidak memberi manfaat kepada beliau dari segi politik apatah lagi untuk dihargai oleh kerajaan Malaysia ketika itu.

Bekas Perdana Menteri India, Dr. Manmohan Singh dilapor meninggal dunia di sebuah hospital di New Delhi pada 26 Disember 2024. Foto PTI

“Namun, sesuai dengan wataknya, beliau tetap melakukannya. Beliau menawarkan biasiswa untuk anak-anak saya, terutamanya, Ihsan.

“Walaupun saya telah menolak tawaran yang baik itu, isyarat seperti itu sudah pasti menunjukkan sifat kemanusiaan dan kemurahan hatinya yang luar biasa, seorang lelaki yang penuh dengan “susuk kebaikan manusia,” kata Anwar.

Tambah Anwar, ketika beliau melalui hari-hari gelap dalam penjara, mendiang berdiri di sampingnya sebagai sahabat sejati.

“Perbuatan dan kemurahan hati Manmohan akan kekal terukir dalam hati saya selama-lamanya,” ujar beliau lagi.

Menurut Anwar, beliau mengenali Manmohan ketika kedua-dua mereka menyandang jawatan Menteri Kewangan pada tahun 1990-an.

“Kesedihan yang berat ditanggung oleh saya dengan berita pemergian sahabat saya yang dihormati dan disayangi: Dr Manmohan Singh.

Anwar mendedahkan waalaupun beliau telah menolak tawaran yang baik itu, isyarat seperti itu sudah pasti menunjukkan sifat kemanusiaan dan kemurahan hati Manmohan yang luar biasa, seorang lelaki yang penuh dengan “susu kebaikan manusia. Foto AFP

“Obituari, esei dan buku pastinya banyak tentang lelaki hebat ini, meraikannya sebagai arkitek reformasi ekonomi India.

“Sebagai Perdana Menteri, Dr Manmohan Singh adalah bidan kemunculan India sebagai salah satu gergasi ekonomi dunia,” tambah Anwar.

Manmohan meninggal dunia di Delhi pada jam 9.51 malam hari Khamis pada usia 92 tahun.



KAKI FITNAH PAPAGOMO VS KETUA POLIS NEGARA! BERDEPAN SAMAN FITNAH JUTAAN...


Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain telah memfailkan saman fitnah terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang lebih dikenali sebagai Papagomo.
Ia ekoran kenyataan Papagomo yang dimuatnaik menerusi saluran Youtube dan TikTok dan tersebar di platform media sosial lain, lapor NST.
Papagomo telah melabelkan Razarudin sebagai pelacur banduan terhormat dan penjilat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saman tersebut telah difailkan pada 26 Disember di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Salinan saman telah pun diberikan kepada Papagomo semalam.
“Plaintif menuntut ganti rugi untuk fitnah lisan, gantirugi fitnah bertulis, ganti rugi am, ganti rugi teruk atau teladan dan gantirugi khas.
“Plaintif turut memohon arahan injunksi untuk mencegah defendan membuat kenyataan fitnah, secara peribadi atau menerusi pihak lain dan menerbitkannya,” kata peguam Raam Kumar yang mewakili Razarudin.
Terdahulu Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Papagomo dalam satu klip video.
Razarudin dilapor mengesahkan pihak PDRM sudah merakam keterangan Papagomo berhubung kes itu di Balai Polis Setapak, di sini pada 19 Disember lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.





APA SEBENARNYA YANG BERLAKU KENAPA SAMAN FITNAH HANNAH DITOLAK & KENAPA ...




591 Jebat Derhaka. Melayu melantun tunjuk semangat, Hana Yeo ketawa ter...

PATUT LA!! - KENA "PECAT" OLEH UUM - MELINGKUPKAN KEDAH DENGAN SANUSI | ...


FITNAH TERBARU DARI PAS!! - Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menyangkal dakwaan Dr Haim Hilman Abdullah berkaitan kemasukan pelajar ke universiti awam (UA) yang kononnya menggunakan ‘pintu belakang’ sekaligus menafikan hak anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman yang menyifatkannya sebagai fitnah berkata, dakwaan itu jelas mencerminkan sifat tidak bertanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah itu yang didakwanya hanya mahu mengelirukan masyarakat serta menimbulkan kontroversi tidak berasas.




KERAJAAN PAJAK HELIKOPTER? BENARKAH ATAU PERMAINAN POLITIK GENG WALAUN! ...

BEZA KERAJAAN MADANI, PEDULI RAKYAT.



INI MASA 33 BULAN JADI KERAJAAN. KALUT NAK PENAIK TARIF LETRIK. NASIB KERAJAAN NI MAMPOIH SEKERAT JALAN. TIDAK LAMA DAH WALAUN UMAH TAK  BAYAQ BIL. 



INI KERAJAAN MADANI... KERAJAAN RAKYAT YANG CERDIK MENYOKONG USAHA AGAR TIADA KENAIKAN. HIDUP KERAJAAN MADANI. 


 

TU AGAMA DIA.. BIAQ DIA LA..


 

NOH BAKAQ MOTOR... BEBAI PAK CIK NI


 

MASTURA MULA BERCAKAP BAB SALAH BENAR.


Najib Bakar




 Siti Mastura ni tiada langsung rasa bersalah selepas memfitnah. Dia boleh pulak cakap gini.


"Akhir zaman ini apa yang berlaku kepada, zaman normalisasi pada hari ini. 


Yang baik dikatakan buruk. Yang buruk dikatakan baik. Yang haq dikatakan batil. Yang batil dikatakan haq."


Umak ai. Mengata diri sendiri ka tu? 


Kompimdemnya hang ni doktot. 


Ya la mentang-mentang dah ada derma jihad, takyah bawak keluaq duit atas ketidakcerdikan diri sendiri.


Taktau la apa nak jadi dengan set pemegang konci sorga melaka ni.



LARI DARI KEHENDAK ISLAM KESALAHAN FITNAH BUKAN JIHAD.

 

Zainuddin Omar


Mastura telah melakukan kesilapan dan keterlanjuran dan ahli PAS perlu bertanggungjawab dengan membayar denda dan gantirugi atas fitnah tersebut. 


Tetapi bolehkah mengatakan derma untuk bayar gantirugi saman fitnah itu sebagai derma jihad? 


***




Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata Islam mengajarkan umatnya untuk mengambil tanggungjawab atas kesilapan yang dilakukan oleh anggota sesuatu kumpulan.


Dia memberikan contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW mengambil tanggungjawab agar umat Islam pada zamannya bertanggungjawab membayar pampasan kepada keluarga tahanan perang yang telah dibunuh secara salah oleh anggota pasukannya.


"Kejadian ini bukan bermakna Islam membenarkan perjuangan jahiliah, tetapi mengaku salah kerana kesilapan melampau ahlinya. Namun, Islam tetap menolak perjuangan yang sesat.


"Janganlah didengari syaitan yang bersuara, khususnya kalangan yang berwalak kepada DAP kerana akan merosakkan wajah Islam laksana kera merosakkan bunga yang cantik.


"Begitulah PAS mengambil tanggungjawab atas ketelanjuran ahlinya yang membuat apa-apa tindakan yang salah, sehingga dihukum dengan bayaran atau denda," katanya pada satu kenyataan hari ini.


Abdul Hadi menegaskan PAS tetap beristiqamah bersama aqidah perjuangannya dan percaya kepada keampunan Allah dan pahala bertaubat.


"Inilah perkara yang tidak terdapat dalam perjuangan yang lain selain daripada perjuangan Islam.


"Percayalah bahawa sumbangan kita bersama Islam dalam semua perkara adalah jihad," katanya.


Walaupun tidak menyebut secara khusus, kenyataan Hadi itu muncul di tengah usaha kutipan derma PAS membantu Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad (gambar atas) untuk membayar RM825,000 dalam bentuk ganti rugi kepada pemimpin DAP.


Ini selepas dia kalah dalam kes saman fitnah kerana menuduh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mempunyai kaitan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (CPM) Chin Peng manakala Teresa Kok pula mempunyai kaitan dengan keluarga Lim.


Menurut satu pekeliling dalaman PAS, pemimpin Jawatankuasa Pusat PAS, ketua negeri, kawasan dan cawangan diwajibkan menderma sekurang-kurangnya RM500 setiap seorang.


PAS negeri serta sayap di peringkat pusat, negeri dan kawasan pula setiap satu diminta mengumpulkan derma sekurang-kurangnya RM20,000.


Mursyidul Am PAS Hashim Jasin (gambar atas), pada Selasa lalu dipetik Sinar Harian berkata kutipan derma tersebut memang wujud.


Mastura telah diberikan penangguhan sementara pelaksanaan pembayaran ganti rugi sementara menunggu perbicaraan mahkamah pada akhir Januari untuk mendapatkan penangguhan penuh terhadap hukuman tersebut.



WOIII.. SERIUS LA... TAK HARAM KA.. TAK JADI KAPIAQ KA WOIII..


Aman Mohamad


Apa hukum orang Islam Kelantan sambut krismas di Kelantan?


HALAL sebab PAS jadi kerajaan di sana.

Kalau negeri lain automatik jadi haram.


:)





WOIII.. PENGERUSI SG4 TAK IKTIRAF.. INNALILLAH..

Mat Mat 


Ahhh sudahhh..abis hukum sebat walaon khalwat kat #terengganu tuu sah ke tak.? Pengerusi #SG4 tak iktiraf niii..hadeii355




FATWA SIAP DAH.. NI PUKAL BUKAN SOQANG SOQANG..

 RMS


Pada yang masih ragu ragu, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dah keluarkan fatwa, tak berdosa membayar jika berjihad atas keterlanjuran ahli..


Molek dah..😇😇




WOIII.. ISLE TAK MAU KONSERT NI..

Pak Ya Siam


 Ya PAS sedaq kalau tak jadi LIBERAL tak anjur konsert tak dak sapa kelapaq nak mai hadap tengok muka Sanusi ..


Mana ularmak2 pejuang2 agama??Modai kami dah buat selawat !! Tok hang ..




NAK TUNGGANG IISU NAJIB PULAK... DULU MANUSIA NI DOK TIBAI NAJIB.


Zainuddin Omar


 Nampak tak Pas nak tunggang Najib agar penyokong Najib di sebelah mereka. 


Kotor betul permainan lebai-lebai Pas ini. 


Korang ingat lebai Pas sayang Najib ke? 


Najib didakwa zaman Dr Mahathir. Dr Mahathir pula penasihat negeri SG4 Pas. Agaknya Dr Mahathir hadir tak? 


Ahaks. 


Ini bermakna Pas tiada isu sekarang ini setelah teruk kena bayar gantirugi pada DAP. 


Ahaks.


PETALING JAYA, 28 DEC - PAS akan mengadakan himpunan ‘Solidariti Bersama Najib Razak Menuntut Keadilan’ pada 6 Januari 2025.


Menurut surat yang dikeluarkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan kepada pesuruhjaya PAS Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, dan Pahang serta setiausaha sayap-sayap parti, perhimpunan itu akan diadakan mulai 9 pagi di Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman, Putrajaya.


Beliau menyatakan bahawa himpunan itu diadakan bagi menunjukkan solidariti bersama bekas perdana menteri itu dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung titah addendum Agong.


“Sehubungan itu saudara-saudari dipinta menggerakkan ahli PAS bawah pentadbiran masing-masing supaya menghadiri himpunan tersebut,” kata Takiyuddin dalam surat tersebut.


Beliau menggesa ahli-ahli PAS menghadiri perhimpunan itu ‘demi menunjukkan suatu isyarat nyata kepada kerajaan Madani tentang keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang dituntut rakyat’.


Sumber: FMT


#BeritaKS


JAJAHAN BANYAK PENAGIH



 #Kelantan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.



Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 9 PGA ketika serbuan di sebuah pondok di kampung tersebut melalui Op Taring Wawasan Kelantan, pada kira-kira pukul 7 pagi.  



Berita penuh -- https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2377517


#BernamaNews



KISAH NAK PERTAHANKAN OLAMAK

 

Rosly Yusof


Teringat satu ceramah Pas masa pilihanraya lepas mamat ni nak sembelih orang bukan islam sambil pakai baju teguh pertahankan ulama.




WALAUN BARU NAK MAIN ISU.. SEKALI TAK NAIK... KANTOII.. KEH.. KEH.. KEH


 

KAJI KENAPA TARIF NAIK


 

KAMI TAK DIAM.


 

APA LA MINAH NI SERABUT


 

RAKYAT TENGAH SUSAH... INI BUKTINYA.

 

RMS


Tengah² rakyat susah sekarang ni idop berjimat cermat lah ya. Ikat perut.




DIA BELAJAR INGGERIS.

RMS


 Penting ke  Ahmad Fadhli Shaari terbang ke United Kingdom semata mata nak tubuhkan Kelab PAS disana..?? 


Ini menghina Islam..



KENA LAPOR POLIS.


Fahmi Reza


 Dua laporan polis dah dibuat terhadap aku kerana poster Koruptor No. 1 Sabah. 



Macam biasa aku sedia pergi balai untuk disoalsiasat bila-bila masa untuk pertahankan hak dan kebebasan aku untuk gunakan seni dan satira sebagai senjata untuk mengkritik penguasa dan melawan koruptor.


Kepada rakyat Sabah, aku bukan lawan kamu. Aku melawan koruptor dan penguasa korup di negara kita yang kuat makan rasuah dan salah gunakan kuasa yang kita rakyat berikan kepada mereka.


Kepada pihak polis, macam biasa you have my number, pape roger.



MP HREY NI MEMANG SUKA MERAVAU... MULUT PI DULU OTAK IKUT BELAKANG. KALAU BAB MATEMATIK HATI HATI. DIA GAGAL DALAM SPM.


 

JANGAN MERACAU CIK KAK OII.. TAKAT HANG PAKAI 100 SEBULAN JANGAN BIMBANG LA.


 

MP GREY


Aidil Mohamad


 Ada ahli parlimen sorang ni suka sangat nak bercakap mengenai masalah nasional (kononnya), sedangkan masalah di kawasan sendiri dia buat rilek. Bahkan tak dengar pula dia bercakap di dalam parlimen. 




Semasa banjir baru-baru ini, pun tak bertanya khabar. Selepas banjir pun tak ziarah. Tapi sibuk yang amat. 


Dari 'grey area' kepada MAHB. Jahanam ...


Dari CGPA 1.33 , kita turunkan lagi kepada 0.67 !



FITNAH UMPAMA MAKAN DAGING SAUDARA KITA SENDIRI - APAKAH KITA SANGGUP BERSUBAHAT ?



Allah SWT berfirman: 


"...dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat siksaan-Nya." 


-  2, Surah Al-Ma'idah


Contoh, jika seorang pencuri tabung masjid ditangkap dan dibicarakan, maka pencuri itu dihukum penjara dan denda, jangan sesekali kita membantu pencuri itu dengan wang derma atas nama jihad membantu sesama Islam kononnya.  Kita guna wang tabung masjid untuk membayar denda si pencuri tersebut.


Sama juga, kita guna duit para penyokong pas untuk membayar hukuman saman ke atas seorang MP Pas yang telah melakukan dosa besar iaitu menfitnah.  Usahlah tercari2 dalil untuk mengharuskan apatah lagi mewajibkan perkara haram.  


WFAUZDIN NS



TAKUT

 

RMS


Letak tanda soal sebab takut kena saman fitnah..

Jika betul dakwaan ini, buat laporan polis terhadap Hannah Yeoh  bukan gunakan media sendiri untuk menyebarkan fitnah.


Ada yang tulis ex KPN tu tokoh Islam.. hahahaha.. hahaha pukul bini, tokoh islam apa..??




POLITIK TOKSIK

RMS


 Kita sekarang dalam era ketakutan yang tak masuk akal tapi ramai yang  diperdaya kerana usaha pembohongan ini dilakukan setiap masa, diulang berkali kali sehingga fitnah dianggap betul, auta diangkat sebagai fakta..


Negara nak dikristian dah cukup menimbulkan ketakutan dijiwa orang melayu walaupun hanya Sarawak saja penganut kristian melebihi 50.1% , itupun TYT dan Ketua Menteri dari kaum dari kaum Melayu Melanau..


Politik toksik macam inilah yang merosakkan perpaduan masyarakat di Malaysia dan terus berkembang biak kerana tiada usaha melakukan reformasi total  untu memperkasakan perpaduan dinegara ini, yang pasti mendapat bantahan dari agamawan dan penceramah pembangkang yang kini menjadi rujukan berbanding yang bersama kerajaan..



RAKYAT TIDAK LUPA BENDERA PUTIH

 

Benny Chen


Malaysia tak pernah , Rakyat Kibar Bendera Putih. Hanya sekali saja, masa itu Siapa jadi PM Dan Kerajaan.

 Sejarah ini tak Akan dilupakan oleh Rakyat Malaysia. Kita sebagai Rakyat Malaysia tak nak Sejarah berulang. Kita mau seorang PM Dan Kerajaan bagus 👍 . Kita tetapi sokong PMX Dan Kerajaan Madani 💪💪💪




NASIB BAIK KERAJAAN 33 BULAN JATUH.



Man Toba


Zaman PN memerintah. Aun masa ni masing² koma ke hape?  Zaman PMX.  Pmx tak bagi naik. Nampak siapa yang jaga rakyat?




""PN DAN FITNAH BERPISAH TIADA"""


“Di Malaysia Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2022 tetapi sampai hari ini kita berantakan tak habis-habis cerita politik. Di Parlimen (pembangkang) bukan berbahas tentang idea sebaliknya tentang peribadi sepatutnya berbahas tentang macam mana nak merekayasa negara ini menjadi negara yang hebat.




“Tuduh itu dan ini bila kita lawan tak ada fakta pula. Jadi semua itu adalah menabur kaca di jalan… rakyat yang buta, tak melihat kaca itu dia akan terpijak maka berdarahlah kaki itu. Maka akan timbul kemarahan. Kenapa kerajaan menabur kaca? Sedangkan mereka tidak tengok betul-betul jalan itu sama ada bersih ataupun ada bahaya yang terlarang.


“Inilah ibaratnya pembangkang menabur kebencian. Dengan kebencian sajalah mereka boleh menang pilihan raya kalau dengan fakta mereka akan kalah tapi kalau (pembangkang) mengakui segala kebaikan, kehebatan yang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) buat ini maka mereka akan tutup kedai jadi apa nak bagi mereka sambung kedai mereka? Tabur fitnah sajalah,”

rakyat sebagai warganegara yang rasional perlu lebih matang dan bijak dalam pemikiran politik, sekali gus tidak mudah terpedaya dengan propaganda murahan pembangkang termasuk menerusi platform media sosial 

 perkara tersebut amat membimbangkan kerana dakyah yang dibawa mereka akan membawa risiko besar termasuk perpecahan dan meruntuhkan kerajaan yang kompeten sekaligus merencatkan pertumbuhan ekonomi negara.


“Apabila berita sampai, siasat dulu dan tanya… jangan terus mempercayai. Tidak ada masalah untuk menyokong parti mana pun kerana dalam amalan demokrasi kita berhak untuk memilih sesiapa sahaja.


“Tetapi kalau soal tohmahan dan fitnah kita harus waspada kerana ia meruntuhkan kesatuan bangsa, nilai-nilai kasih dan sayang sesama insan.


“Tohmahan yang kadang-kadang langsung tidak berperikemanusiaan kerana fitnah ini lebih dahsyat daripada membunuh. Melalui fitnah ini boleh runtuh negara bangsa yang kita bina selama hari ini,”








✅ Pertemuan PM Anwar, Thaksin Shinawatra bincang isu kritikal serantau, ekonomi dan teknologi baharu.


✅ Thaksin miliki kepakaran, jaringan hubungan luas untuk buka peluang Malaysia, ASEAN depani cabaran dengan berkesan.


✅ PM Anwar, Thaksin komited realisasi hasrat cipta pelbagai kejayaan untuk Malaysia-Thailand dan rantau Asia Tenggara.


✅ PM Anwar, Thaksin komited rintis usaha damai di selatan Thailand dan merungkai krisis politik dan kemanusiaan di Myanmar yang masih meruncing sehingga kini.


Foto: Facebook Anwar Ibrahim