FITNAH TERBARU DARI PAS!! - Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menyangkal dakwaan Dr Haim Hilman Abdullah berkaitan kemasukan pelajar ke universiti awam (UA) yang kononnya menggunakan ‘pintu belakang’ sekaligus menafikan hak anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian.
Pengerusinya, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman yang menyifatkannya sebagai fitnah berkata, dakwaan itu jelas mencerminkan sifat tidak bertanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah itu yang didakwanya hanya mahu mengelirukan masyarakat serta menimbulkan kontroversi tidak berasas.