RMS
Kita sekarang dalam era ketakutan yang tak masuk akal tapi ramai yang diperdaya kerana usaha pembohongan ini dilakukan setiap masa, diulang berkali kali sehingga fitnah dianggap betul, auta diangkat sebagai fakta..
Negara nak dikristian dah cukup menimbulkan ketakutan dijiwa orang melayu walaupun hanya Sarawak saja penganut kristian melebihi 50.1% , itupun TYT dan Ketua Menteri dari kaum dari kaum Melayu Melanau..
Politik toksik macam inilah yang merosakkan perpaduan masyarakat di Malaysia dan terus berkembang biak kerana tiada usaha melakukan reformasi total untu memperkasakan perpaduan dinegara ini, yang pasti mendapat bantahan dari agamawan dan penceramah pembangkang yang kini menjadi rujukan berbanding yang bersama kerajaan..