Mana cukup gaji RM1,000?

Mana cukup gaji RM1,000?

lelaki miskin

Zamari foto artikel Sinar
“DENGAN gaji bersih RM1,000 sebulan mana cukup nak tampung perbelanjaan seharian dan belanja anak-anak sekolah,” luah seorang pekerja kilang, Zamari Adam, 45.
Musim pembukaan sesi persekolahan baru-baru ini sahaja dia memperuntukkan RM1,500 untuk tiga anaknya, iaitu dua belajar di sekolah menengah dan seorang lagi di sekolah rendah.
Sebagai menjimatkan kos, dia berulang-alik ke tempat kerja dari rumahnya di Selayang ke Rawang menaiki motosikal tidak kira waktu walaupun hujan.
Dia juga perlu menyediakan kos tambang buat isteri dan anak bongsunya ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan susulan penyakit kanser tulang yang dihadapi puterinya itu.
Katanya, beberapa kali juga dia terpaksa membuat pinjaman dengan majikannya atau pendahuluan gaji sekiranya perbelanjaan pada bulan tertentu meningkat.
Zamari berkata, keadaan ekonomi yang semakin teruk bukan hanya mengakibatkan harga barang naik tetapi bisnes di kilang tempatnya bekerja juga agak perlahan.
“Pekerja seperti saya yang tersepit sebab gaji makin sikit dan ada pula ura-ura elaun pengangkutan mahu dimansuhkan, jadi makin kuranglah gaji bulanan saya serta perlu bersedia bermula sekarang.
“Kalau nak ikut gaji RM1,000 itu memang tak cukup dan selalu saya ingatkan isteri supaya tidak bermewah-mewah,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, untuk menampung pendapatan, dia dan isteri membuat sewaan tapak di Pasar Pagi Selayang setiap Sabtu dan Ahad untuk meniaga aksesori tudung (kerongsang).
“Pendapatan tambahan tidak menentu dapat dalam anggaran RM80 hingga RM100 sehari dan duit itulah digunakan untuk membantu perbelanjaan harian.
“Jika nak diikutkan kami sekeluarga dah berjimat sehabis mungkin dan tak tahu nak potong bajet apa lagi untuk pastikan pendapatan yang diperoleh mencukupi,” katanya.
Zamari berkata, tekanan tetap ada, namun tetap perlu meneruskan hidup dan dia bersyukur kerana isteri serta anak-anak faham dengan situasi mereka sekeluarga.
Malahan katanya, dia tidak pernah mengabaikan permintaan anak-anak jika ada ketikanya mahu bersiar-siar atau makan di luar.
“Saya tidak sampai hati jika anak mahu makan itu dan ini, kalau sekali dia menyebut boleh dipejamkan mata tapi kalau hari-hari disebut kita akan jadi kesian.
“Kalau pakaian pun begitu, anak-anak didahulukan. Kalau nak beli baju sendiri kena fikir banyak kali kerana bimbang bajet lari,” katanya.

Polis buru individu pertama sebar gambar Nursyafiqah di internet

Polis buru individu pertama sebar gambar Nursyafiqah di internet

Foto kredit Astro Awani

Hebahan berita Sinar FM  pagi ini mengejutkan kerana anak itu didapati hilang 4 hari lepas ketika ibu meninggalkannya dalam kereta kerana berjumpa seseorang. Apalah doa anak sekecil ini dibunuh kejam.
Sementara itu di laman media sosial Facebook dan Twitter, ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan foto kanak-kanak berkenaan. Tindakan itu menyebabkan mendapat reaksi keras beberapa pengguna laman media sosial termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Gambar atas – MRM Polis dilaporkan memburu individu sebar gambar Norsyafiqah anak mangsa ibunya di internet. Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.
KUALA LUMPUR: Pihak polis sedang memburu individu pertama yang disyaki menyebarkan gambar mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui mati di dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu semalam lapor Astroawani
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan ketika dihubungi menafikan gambar datangnya dari sumber polis dan mengutuk keras perbuatan yang dianggap tidak sensitif oleh individu terbabit.
Gambar itu turut mendapat kritikan ramai di laman sosial sejurus ia dimuat-naikkan.

“Kami tidak tahu identiti orang pertama yang menyebarkan foto itu di media sosial. Kemungkinan orang yang mengambil gambar tersebut sampai ke tempat kejadian lebih awal daripada pihak polis. Kami tidak pasti. Kami masih sedang menyiasat,” Manoharan memberitahu Astro AWANI.

Nursyafiqah Abdullah yang dilaporkan hilang  sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.
Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka.
Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.

Rabiatul Adawiyah yang membuat laporan polis kemudiannya, memberitahu pihak polis yang dia pernah mendapat ugutan bunuh sebelum ini.

Tindakan penyebaran foto kanak-kanak itu di laman media sosial dipersoalkan oleh banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan lapor Astroawani.

Musa berkata perbuatan itu menunjukkan orang yang menyebarkannya tiada perasaan dan suka dengan keganasan.