Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Sungai Besar

RASIS KAH BANGSA MALAYSIA ?

 

Shamsudin Nawawi


Dalam satu laporan kajian yg dikeluarkan oleh Ideas, cara orang Malaysia mengundi masih lagi ikut Bangsa.

Bangsa Melayu akan sokong parti Melayu dan sangat minima bangsa bukan Melayu sokong parti Melayu. 

Tapi bagi bangsa Cina, mereka padu menyokong DAP dan PH yg cuba menonjolkan sifat multiracial. 


Jadinya kalau parti Melayu menang nanti, bangsa bukan Melayu tidak boleh komplen kenapa kerajaan ditadbir sepenuhnya oleh bangsa Melayu.


Begitu juga kalau parti multiracial yang menang, Melayu tidak boleh komplen kenapa bukan Melayu yang mentadbir kementerian tertentu yang terpaksa diserahkan kerana kemenangan PRU 15 ini adalah atas tiket multiracial.


Kemana-mana dalam dunia, Malaysia diiktiraf sebagai Negara Multiracial. A melting pot of all races.


Kalau kita sudah dapat terima keadaan multiracial itu, kenapa pula kalau orang Melayu bertanding atas tiket parti bukan Melayu, mereka dilabel sebagai tidak ada patriotisme Melayu?


Itu tidak cukup malang lagi. 

Kalau kita menyokong parti Melayu selain dari parti Melayu terbesar pun, kita boleh dianggap pengkhianat.


Kalau dari parti kecil Melayu kita melangkah pula menyokong parti besar Melayu, kita juga boleh dianggap pengkhianat.


Adakah Melayu di Malaysia ini sinonim dengan khianat?


Kalau diamati betul², yang khianat itu yang rasuah, merompak, menyamun duit rakyat dan negara. 


Beralih arah menyokong parti lain bukan khianat.


Boleh lah bahas sampai cerah. Esok cuti lagi.


Datuk Husam Musa bersama dua calon parlimen Pakatan Harapan Kelantan.

 Datuk Husam Musa bersama dua calon parlimen Pakatan Harapan Kelantan.



InsyaAllah Datuk Husam akan bantu all out kempen calon-calon ini.


1- Dr Hafidzah Mustakim , Calon PH Parlimen Kota Bharu P.021


2- Prof Dr Wan Ahmad Kamil, Calon PH Parlimen Kubang Kerian P.024.


Alhamdulillah. Kedua-duanya mempunyai latar belakang yang baik. 


Dr Hafidzah merupakan  lepasan Monash University, Clayton , Victoria, Australia dalam bidang perubatan. Beliau sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan sejak dahulu lagi. 


Manakala Dr Wan Ahmad Kamil merupakan bekas Profesor dalam bidang Fizik Perubatan , lepasan Phd dari University Of London , UK. Seorang ahli akademik dan merupakan cicit kepada Tok Kenali.


Ayuh, kita sama-sama usaha menangkan calon PH. 


Kita sumbang kemenangan parlimen dari Kelantan untuk kita angkat DSAI sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10. 


InsyaAllah biiznillah.


Kita Boleh!


#SaveKelantan

#UndiPakatanHarapan

#KitaBoleh


-Admin


LAGI CUBAAN NAK SAKAW WALAU NAK PILIHANRAYA...SILA BACA DAN FAHAM PROJEK MENYAKAW SEDANG BERJALAN.

 

Dua hari lepas, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) telahpun mengeluarkan Surat Hasrat (LOI) kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membina sebuah loji baru di Kapar, Selangor membabitkan pembangunan sebuah loji turbin gas kitaran gabungan (CCGT). (1)


Yang luar biasa adalah projek tersebut akan dilaksanakan melalui usaha sama antara TNB dengan Widad Business Group (WIDAD) dengan TNB memegang 60% kepentingan dan WIDAD memegang 40%. Loji tersebut dijangka siap dan mula beoperasi menjelang tahun 2031. Projek tersebut akan menelan kos sebanyak RM9.5 bilion.


TNB merupakan syarikat gergasi elektrik yang terbesar di Malaysia. Ianya mempunyai serta telah membina loji kuasa yang terbanyak, menguasai grid pengagihan kuasa, serta merupakan pembeli elektrik terbesar di negara ini. Persoalannya, mengapakah TNB tidak boleh membangunkan loji kuasa ini dengan keupayaan sendiri?


Semakan maklumat korporat mendapati bahawa WIDAD hanya sebuah syarikat yang bersaiz kecil/sederhana (RM1 bilion pada bulan September 2022) jika berbanding dengan TNB (RM48 bilion). Syarikat tersebut jelas tidak mempunyai pengalaman dalam pembinaan loji turbin gas kitaran gabungan bersaiz 2,100 MW.


Rakyat sudah tidak terasing dengan cerita-cerita sebegini. Kita tidak lupa kali terakhir projek yang mirip ini adalah pembinaan loji kuasa 2,000MW kepada sebuah syarikat yang “ternama” – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada tahun 2014. Ekorannya, rakyat sekarang terpaksa menjelaskan hutang dengan pembayaran faedah sebanyak RM3.47 bilion sebulan ekoran daripada skandal besar 1MDB dan salah pengurusan/pentadbiran kerajaan terdahulu. 


Saya mendesak Menteri peralihan KETSA daripada PAS/PN iaitu Datuk Seri Takiyuddin dan Pengerusi TNB Dato Sri Hasan Arifin daripada UMNO/BN tampil memberikan penjelasan kepada rakyat dalam kadar segera. Saya juga akan terus membongkar melalui Jelajah #AyuhMalaysia dan #Kitaboleh supaya rakyat sedar bahawa ‘muafakat’ antara UMNO/PAS boleh dijalin melalui cara sebegini. 




Lee Chean Chung

Pengarah Komunikasi KEADILAN


#KitaBoleh #PakatanHarapan #Harapan  

#Lee CheanChung


Anwar bertemu cedekiawan Islam, rakyat Malaysia ketika melawat Turkiye bulan lepas

 

Lawatan Presiden KEADILAN Datuk Seri Amwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ke Turkiye telah mengunjungi beberapa tokoh pemikir Islam di sana.


Datuk Seri Anwar meluangkan masa menzirahi tokoh pemikir Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) Dr Ahmad Totonji dan Dr Hisham Altalib sekeluarga di Bakirköy.


"Kami juga sempat berbincang mengenai prestasi dan halatuju IIIT.


"Kami turut mengenang persahabatan utuh lebih lima dekad yang dilalui ketika saat sukar dan senang.


"Ini juga merupakan suatu keunikan IIIT kerana keluarga para pengasasnya rapat antara satu sama lain. Semoga ukhuwah ini terus berkekalan," katanya.

 


               Bertemu dan berdialog bersama rakyat Malaysia di Tukiye


Selain itu, Anwar dan Kak Wan juga bertemu santai bersama warga Malaysia di Turkiye di Istanbul.



"Kami sempat adakan sesi dialog dan makan tengahari bersama mereka yang rata-ratanya terdiri daripada mahasiswa dan diaspora.



"Dialog kami memberi fokus kepada pelbagai perkara terkait isu dalam negara dan perkembangan pendidikan dan kerjaya mereka di Türkiye.



"Saya turut memberi nasihat kepada mereka untuk sentiasa optimis dan perkukuhkan tekad demi menjana perubahan yang baik untuk semua," katanya lagi.



Anwar dan Dr Wan Azizah melakukan lawatan ke Turkiye di atas jemputan Presiden negara itu Recep Tayyip Erdoğan.



Sebelum ini, Anwar dan isteri telah bertemu mantan Duta Besar Türkiye ke Malaysia, Dr Merve Safa Kavakcı dan Pegawai Khas Presiden, Fatima Abushanab.

 


MARAH SANGAT BROTHER NI PADA UMNO


 

ISMAIL SABRI TERSASUL-UMUM DIRI SENDIRI PM...


 

MCA (ketua Umno & Pas) adalah parti Komunis SIRI 2- MCA SAHABAT KITE

SEJARAH : MCA lahir dari pimpinan komunis..! MCA SAHABAT KITE SIRI 1

GEMPAR !!! RAFIZI AJAK RAKYAT KEJAR MAT SAKAU!!!!0 SEBAB MENYAKAU DUIT HARGA BARANG MAHAL.. PEKERJAAN...SEMUA TAK JAMIN KESTABILAN NEGARA

Rakyat Bawahan Nampak Bacaan Anwar Ibrahim!! For PM 10!!

KAH..KAH...MACAM GINI TOK MAT BERKEMPEN SOH TERBALIKKAN MEJA



Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan menyeru Pemuda BN 'jangan bagi muka dengan pembangkang' di Majlis Pelancaran Briged Gempur 2314 Pemuda BN Rembau pada 18 Mac 2018.


Dulu saya hormat Tok Mat. Datang dari dunia korporat. Kita ingat dia lain dari acuan UMNO. Bukan the typical Ketua Bahagian yang kosong.

Dia profesional dan teknokrat. Ada harapan dia boleh bawa sinar baru untuk UMNO.

Namun, bila tengok pelbagai tindakan dan aksi beliau, saya tepuk dahi. Bagaimana seorang profesional boleh berkelakuan begini.

Dia suruh nya pemuda UMNO rempuh gerai yang hentam Kerajaan. Terbalikkan meja. Kalau polis tahan, dia jamin katanya Description: 🤦🏻‍♀️Description: 🤦🏻‍♀️Description: 🤦🏻‍♀️Hanya kerana fahaman politik berbeza, ramai perlu jadi mangsa.

Terus potong stim kita melihatnya. Ini bukanlah Hang Jebat yang kita tunggu. Nak membawa UMNO ke paksi yang betul.

Dalam teori SAFT, Tabligh (deliver) juga elemen penting. Pemimpin kena selalu sampaikan benda yang baik. Pimpin orang muda ke arah kebaikan. Bukan jadi gengster jalanan.

Nampaknya Tok Mat gagal dalam aspek ni. Dia bukan pemimpin SAFT yang saya cari.

Saya masih berdoa ada pemimpin UMNO yang kita boleh harapkan. Merubah UMNO dari dalam. The Renaissance man. Saya harap tiba masa dia akan muncul jua.

Cuma, nyata bukanlah Tok Mat orangnya. Habis dia terjebak sama.

Salam hormat,

Liyana Marzuki


PH hanya akan menang federal jika menang kerusi Tambun, Titiwangsa

 



PH hanya akan menang federal jika menang kerusi Tambun, Titiwangsa


By BORHAN AHMAD / October 24, 2022



Pakatan Harapan hanya akan menang di peringkat persekutuan jika Datuk Seri Anwar menang kerusi Tambun, kata Setiausaha Penerangan Media Sosial DAP, Syahredzan Johan menerusi Twitter beliau.


Katanya, orang bertanya kepada beliau, kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah tetapi Pakatan Harapan menang, siapa akan menjadi perdana menteri.


PH akan menang jika menang di Tambun, kata Syahredzan.

“Pertama saya yakin DSAI akan menang di Tambun.


“Kedua, kalau PH hendak menang federal, PH kena menang kerusi macam Tambun,” kata calon Pakatan Harapan yang disebut-sebut akan bertanding di Parlimen Bangi itu.


Langkah Anwar mengumumkan akan bertanding di Tambun, Perak mengejutkan banyak pihak kerana mereka bimbang apakah Anwar boleh menang atau tidak di kerusi itu.


Selain Anwar, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad juga membuat keputusan yang sama iaitu meninggalkan kerusi yang dimenangi beliau selama tiga penggal, Shah Alam dan beralih ke Titiwangsa.


Menurut Pengarah Pilihan Raya AMANAH, Datuk Asmuni Awi, banyak lagi percaturan berisiko tetapi berstrategi tinggi akan diambil oleh Harapan untuk memastikan pengundi seluruh negara turun mengundi pada 19 November dengan keyakinan dan doa untuk membentuk sebuah kerajaan persekutuan baharu.


Katanya, pengumuman Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Tambun memang mencabar dan berisiko.


Tetapi pada masa yang sama, keputusan itu telah meletakkan Harapan untuk berjuang semaksimumnya untuk memastikan kemenangan rakyat diperoleh pada 19 November nanti, katanya.


Selain Anwar, keputusan AMANAH mencalonkan Khalid Abd Samad di Parlimen Titiwangsa juga merupakan pengorbanan yang luar biasa.


Katanya, meninggalkan Shah Alam bukan keputusan mudah. Parlimen ini telah dikuasainya selama tiga penggal dan pada PRU lalu, Khalid memperoleh majoriti 33,849 menunjukkan kepimpinannya diterima semua pihak.


“Titiwangsa bakal menjadi percaturan sengit kepada Khalid. Beliau akan mempertaruhkan rekod cemerlangnya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan untuk memastikan Titiwangsa kekal sebagai Wilayah Harapan,” katanya.



TANDING DI BAGAN DATUK, SHAMSUL ISKANDAR MAMPU JADI ‘GIANT KILLER’ SEKALI LAGI

 

Jika tiada perubahan dan semuanya berjalan seperti yang dirancang, calon PH di kerusi Parlimen Bagan Datuk dalam PRU15 pada 19 November depan ialah Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau ketika ini adalah Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Melaka dan bekas Ketua Penerangan PKR.

Lawannya ialah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang telah menjadi Ahli Parlimen Bagan Datuk sejak empat penggal lalu.

Ketika dihubungi, Shamsul Iskandar mengesahkan medan pertarungannya pada PRU15 akan datang ialah di Bagan Datuk sebagaimana yang heboh diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Bermakna, selain di Tambun di mana Presiden PKR dan Pengerusi PH, Anwar Ibrahimtelah mengesahkan bertanding di situ untuk berlawan dengan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, satu lagi pertandingan menarik bakal berlaku di Perak.

Jika Anwar daripada Port Dickson datang ke Tambun, Shamsul Iskandar pula daripada Hang Tuah Jaya, Melaka ke Bagan Datuk.

Misinya tentulah tidak lain untuk mengalahkan Presiden UMNO itu yang hanya menang pada PRU14 lalu dengan majoriti 5,073 undi saja.

Sekaligus, dengan dua nama besar setakat ini diturunkan PKR untuk bertanding di Perak, ia membuktikan janji Anwar dan PH untuk meletakkan negeri itu sebagai barisan hadapan bagi dalam perjuangan memenangi PRU15 ini bukanlah main-main.

Perak sudah pasti menjadi tumpuan besar pada PRU15 akan datang nanti.

Ramai yang bertanya, mampukah Shamsul Iskandar yang datang daripada Melaka menewaskan Zahid Hamidi?

Untuk rekod, pada PRU13, Shamsul Iskandar telah berjaya menewaskan bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil (kini Hang Tuah Jaya) dengan majoriti 5,447 undi.

Pada PRU14 lalu, beliau sekali lagi berjaya menewaskan Ali Rustam, kali dengan majoriti lebih tinggi iaitu 8,640 undi.

Kejayaannya menumbangkan Ali Rustam itu membuatkan beliau digelar sebagai “giant killer” dan selepas PRU14 lali diberikan jawatan Timbalan Menteri Industri Utama.

Rekod Zahid Hamidi pula, pada PRU14 lalu beliau hanya menang dengan majoriti 5,073 undi, meski ketika itu beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Tetapi, pada PRU15 mendatang, Zahid Hamidi bukan saja tiada lagi apa-apa jawatan dalam kerajaan, malah sedang berdepan puluhan kes mahkamah berkaitan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram.

Maka dengan itu, tidak mustahil Shamsul Iskandar mampu membuat kejutan menewaskan Zahid Hamidi di Bagan Datuk pula yang bermakna sekali lagi akan menjadi “giant killer”.

Tambahan lagi, dengan kes mahkamah yang sedang dihadapinya, Zahid Hamidi sepatutnya berehat seketika dan tidak bertanding sehingga selesai kes mahkamahnya.

Dengan tidak bertanding lagi, nama UMNO dan BN dapat dihindarkan daripada terkait dengan kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

Untuk itu, jika berjaya mengalahkan Zahid Hamidi nanti, Shamsul Iskandar boleh dikira telah berjasa besar kerana turut sama berperanan membersihkan nama baik UMNO daripada terus dikaitkan dengan kekotoran yang disengajakan oleh presidennya sendiri.

Apakah pengundi Bagan Datuk tidak mahu turut menyumbang dalam membersih dan memulihkan nama baik UMNO untuk perjuangan masa depannya? – ShahbudinHusin 24/10/2022.


SIAPA JAMIN HAJI HADI BOLEH KEKAL MENANG




 

10 PESANAN KENAPA PEJA TAK BOLEH BUAT KOJE - KENAPA KAU -TENGIN BEBENOR


 

MASLEE MALIK HARUS DIUNDI UNTUK KEMBALIKAN BELIAU SEBAGAI MENTERI PENDIIDIKAN




Usaha untuk kuburkan karier politik Dr. Maszlee. Sanggup BN pertaruhkan calon heavyweight di Simpang Renggam.

Kenapa? Sebab inilah orang yang berjaya buktikan betapa rakusnya BN menjarah duit rakyat hingga sekolah pun menjadi mangsa.

Kejayaan Dr. Maszlee sebagai Menteri Pendidikan memang tak ternafikan. Bayangkan jika Dr. Maszlee menang dan sekali lagi jadi Menteri Pendidikan. Apa lagi kejahatan BN yang bakal diselongkar.

Dr. Maszlee adalah orang paling layak memimpin Kementerian Pendidikan. Pasti agenda reformasi akan terlaksana andainya beliau kembali ke jawatan itu. Dan itulah yang BN takuti.

Pengundi Simpang Renggam dan seluruh rakyat Malaysia perlu menangkan Dr. Maszlee dan PH bagi memastikan masa depan sistem pendidikan yang lebih baik. Guane boh?

Raja Gelap

 

INDONESIA DAH ADA KERETAPI LAJU- MALAYSIA MASIH LAGI ISU PERKAUMAN

 

Pertama kali di rantau Asia tenggara kereta api laju Indonesia kelajuan sehingga

 350km/h beroperasi tahun depan.

kat sini masih main isu bangsa & kaum untuk dapat undi.

korg tak rasa malu ke dengan  negara sebelah ?




 

KEADAAN NEGARA YANG TERUK MENYEBABKAN KEDUDUKAN UMNO TIDAK LAGI BOLEH KEKAL

 


Agree with LCT. Faktor Najib ke dalam, faktor Rafizi comeback, faktor kapal LCS, ekonomi yang teruk, inflasi menggila, tukaran ringgit yang lemah belum di ambil kira.

PRU14 dulu, bubar parlimen sahaja terus penuh bendera PAS, siap ada yang sangkut atas bangunan pakai kren lagi. Bila PRU15, bubar bendera BN pun masih boleh di bilang dengan jari.

Most likely potential candidate tak nak invest kalau belum confirm mereka akan jadi calon. Apa-apapun kita tunggu hari penamaan calon. Nanti kita akan lihat backstabing dari kem yang tak berjaya.

 

Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Kuala Pilah

KITA SOKONG PENYAMUN..KITA SAPU ELAUNS , KEMUDIAN KITA KATA KITA PEJUANG ISLE


 

Umno terperangkap, gagal capai kemajuan, kata Chin Tong



Timbalan Setiausaha Agung DAP Liew Chin Tong berkata rakyat
 bimbang dengan prospek Ahmad Zahid Hamidi menjadi perdana
 menteri. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pakar strategi DAP Liew Chin Tong percaya Umno terperangkap dan tidak mencapai kemajuan politik sejak Parlimen dibubarkan awal bulan ini, dengan pergolakan dalaman dan ketakutan pengundi terhadap Ahmad Zahid Hamidi antara yang menjadi punca.

Beliau berkata, pengundi mungkin kecewa dengan keputusan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen walaupun terdapat kemungkinan berlaku banjir.

Katanya, sebab lain kegagalan Umno untuk mencapai kemajuan ialah persepsi bahawa Umno sebagai punca ketidakstabilan dan kekurangan dana parti bagi kempen pilihan raya.

Liew berkata, pengundi tidak menghargai desakan Umno untuk mengadakan pilihan raya, atas kepentingan mereka sendiri, meskipun terdapat amaran kemungkinan berlaku banjir.

Beliau berkata, pengundi juga tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa Umno mampu membentuk kerajaan yang stabil kerana ia dilihat menjadi punca ketidakstabilan dengan membantu menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Liew juga mendakwa Umno menghadapi masalah kewangan. Pada pilihan raya umum sebelum ini, jentera parti telah dibiayai oleh dana 1MDB.

“Walaupun kumpulan Ismail Sabri Yaakob mungkin mempunyai sedikit dana, mereka tidak mungkin berbelanja banyak tanpa jaminan beliau akan menjadi perdana menteri sekali lagi,” tulis Liew di Facebook.

Katanya, Umno telah berpecah antara “kluster mahkamah” dan “kluster menteri” sejak bermulanya Langkah Sheraton pada 2020.

Kluster mahkamah merujuk kepada pemimpin Umno termasuk presiden parti Zahid yang sama ada dalam perbicaraan atau telah disabitkan dengan rasuah antara lain.

Kluster menteri merujuk kepada Ahli Parlimen Umno yang merupakan sebahagian daripada Kabinet Ismail.

Liew berkata, pengisytiharan Zahid bahawa Umno akan mencalonkan 70% muka baharu pada pilihan raya kali ini boleh mengakibatkan mereka ditentang “warlord” Umno yang akan mensabotaj atau memboikot kempen jika mereka tidak dicalonkan.

Terdapat juga kebimbangan Zahid akan dilantik menjadi perdana menteri akan datang, kerana popularitinya tidak dapat menandingi bekas presiden Umno Najib Razak, walaupun berdasarkan tinjauan, sokongan Najib berpecah dalam kalangan orang Melayu.

Liew berkata: “Saya masih belum bertemu dengan rakyat Malaysia yang berpendapat Zahid akan menjadi perdana menteri yang baik.”

Ramai rakyat Malaysia yang bimbang apabila Zahid diketengahkan sebagai muka Umno, katanya.

INNALILLAH IBU WAN AZIZAH MENINGGAL DUNIA

 Assalamualaikum...

إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ, ʾ, Untuk makluman semua ibu kepada Datin Seri Wan Azizah baru sahaja meninggal dunia. Pohon sedekahkan Alfatihah buat arwah dan doakan agar semua urusannya dipermudahkan nanti

PENGAMPUNAN ANWAR TAK SAH: ISMAIL SILA SEMAK FAKTA


Cadangan 3 TPM kekal jika PH terajui kerajaan, kata Anwar

 


Anwar Ibrahim berkata, cadangan mewujudkan tiga jawatan TPM
 mungkin boleh direalisasikan jika PH berpeluang merebut kembali
 kuasa di peringkat persekutuan. (Gambar Facebook)

SANDAKAN: Pakatan Harapan (PH) akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan timbalan perdana menteri (TPM) diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.

Pengerusinya Anwar Ibrahim, berkata cadangan itu merangkumi seorang TPM masing-masing dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Cadangan ini dari dulu lagi sejak zaman Pakatan Rakyat, kita akan ada satu TPM dari Semenanjung, satu dari Sabah dan satu dari Sarawak. Tetapi kalau ada perubahan, nanti kita akan bincang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Jelajah PH Sabah, di sini, hari ini.

Pada 4 Sept tahun lepas, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata cadangan mewujudkan tiga jawatan TPM tersebut mungkin boleh direalisasikan jika PH berpeluang merebut kembali kuasa di peringkat persekutuan.

Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi PH di Sabah, Anwar yang juga presiden PKR, berkata perkara itu telah selesai dan akan diumumkan dalam beberapa hari lagi.

Sementara itu ketika ditemui pemberita di Jelajah PH Sabah di Tawau hari ini, Anwar berkata PKR yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Tawau, Ranau dan Putatan di Sabah yang dimenanginya pada PRU14 pada 2018 berdasarkan sokongan dan kesedaran rakyat serta kerja keras jentera parti di negeri itu.

“Ahli Parlimen (calon) yang diangkat adalah berani berucap tegas, memperjuangkan nasib rakyat Sabah, dan syarat lain, mesti memiliki rekod integriti bersih, tidak mengambil kepentingan (untuk diri sendiri) termasuk balak serta kontrak dari negeri Sabah,” katanya.

Anwar berkata Sabah memerlukan dasar yang boleh membantu rakyat termasuk berkaitan peluang pekerjaan, isu harga barang, mutu pendidikan, kemudahan asas, kesihatan serta penjanaan ekonomi.

Pada PRU14, PKR menang di Parlimen Tawau, Ranau serta Putatan, namun penyandang kerusi Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, bertindak keluar parti dan menyertai Bersatu.


MB NS YAKIN ANWAR MENANG DI TAMBUN, KUASAI PERAK


IKUT HATI NAK LAWAN PENGKHIANAT DI GOMBAK, AMPANG


(Terkini) UCAPAN TEREBAIK DSAI DI SABAH : Anwar Ibrahim: Ucapan Penuh Jelajah Harapan Kota Kinabalu Sabah

BIAR BETUL GUAN ENG BEBAS.


 

PANAS !! MUJAHID BAGI AMARAN JANGAN PILIH BN & PN ELAKKAN NEGARA HANCUR

KAWAN KOMENEH...MACAM KOMENEH


 Parti ana duk serang DAP sebagai komunis, tapi tak pula serang MCA…. Sedangkan ini sejarahnya…..



BOLEH MASUK NURAKA....


 Apakah hukum menjatuhkan kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat? 


Dalam Islam Rasulullah SAW melarang menjatuhkan kerajaan yang telah dipilih  oleh rakyat.  Haram hukumnya apabila kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat secara adil dan kerajaan yang berusaha menegakkan peraturan Islam lalu dijatuhkan secara paksa (rampasan kuasa).