KAH..KAH...MACAM GINI TOK MAT BERKEMPEN SOH TERBALIKKAN MEJA



Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan menyeru Pemuda BN 'jangan bagi muka dengan pembangkang' di Majlis Pelancaran Briged Gempur 2314 Pemuda BN Rembau pada 18 Mac 2018.


Dulu saya hormat Tok Mat. Datang dari dunia korporat. Kita ingat dia lain dari acuan UMNO. Bukan the typical Ketua Bahagian yang kosong.

Dia profesional dan teknokrat. Ada harapan dia boleh bawa sinar baru untuk UMNO.

Namun, bila tengok pelbagai tindakan dan aksi beliau, saya tepuk dahi. Bagaimana seorang profesional boleh berkelakuan begini.

Dia suruh nya pemuda UMNO rempuh gerai yang hentam Kerajaan. Terbalikkan meja. Kalau polis tahan, dia jamin katanya Description: 🤦🏻‍♀️Description: 🤦🏻‍♀️Description: 🤦🏻‍♀️Hanya kerana fahaman politik berbeza, ramai perlu jadi mangsa.

Terus potong stim kita melihatnya. Ini bukanlah Hang Jebat yang kita tunggu. Nak membawa UMNO ke paksi yang betul.

Dalam teori SAFT, Tabligh (deliver) juga elemen penting. Pemimpin kena selalu sampaikan benda yang baik. Pimpin orang muda ke arah kebaikan. Bukan jadi gengster jalanan.

Nampaknya Tok Mat gagal dalam aspek ni. Dia bukan pemimpin SAFT yang saya cari.

Saya masih berdoa ada pemimpin UMNO yang kita boleh harapkan. Merubah UMNO dari dalam. The Renaissance man. Saya harap tiba masa dia akan muncul jua.

Cuma, nyata bukanlah Tok Mat orangnya. Habis dia terjebak sama.

Salam hormat,

Liyana Marzuki