Anwar bertemu cedekiawan Islam, rakyat Malaysia ketika melawat Turkiye bulan lepas

 

Lawatan Presiden KEADILAN Datuk Seri Amwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ke Turkiye telah mengunjungi beberapa tokoh pemikir Islam di sana.


Datuk Seri Anwar meluangkan masa menzirahi tokoh pemikir Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) Dr Ahmad Totonji dan Dr Hisham Altalib sekeluarga di Bakirköy.


"Kami juga sempat berbincang mengenai prestasi dan halatuju IIIT.


"Kami turut mengenang persahabatan utuh lebih lima dekad yang dilalui ketika saat sukar dan senang.


"Ini juga merupakan suatu keunikan IIIT kerana keluarga para pengasasnya rapat antara satu sama lain. Semoga ukhuwah ini terus berkekalan," katanya.

 


               Bertemu dan berdialog bersama rakyat Malaysia di Tukiye


Selain itu, Anwar dan Kak Wan juga bertemu santai bersama warga Malaysia di Turkiye di Istanbul.



"Kami sempat adakan sesi dialog dan makan tengahari bersama mereka yang rata-ratanya terdiri daripada mahasiswa dan diaspora.



"Dialog kami memberi fokus kepada pelbagai perkara terkait isu dalam negara dan perkembangan pendidikan dan kerjaya mereka di Türkiye.



"Saya turut memberi nasihat kepada mereka untuk sentiasa optimis dan perkukuhkan tekad demi menjana perubahan yang baik untuk semua," katanya lagi.



Anwar dan Dr Wan Azizah melakukan lawatan ke Turkiye di atas jemputan Presiden negara itu Recep Tayyip Erdoğan.



Sebelum ini, Anwar dan isteri telah bertemu mantan Duta Besar Türkiye ke Malaysia, Dr Merve Safa Kavakcı dan Pegawai Khas Presiden, Fatima Abushanab.