“
KALAU PARTI HILANG PRINSIP, NYAWA PKR TAK LAMA”
HIRUK KELANTAN - 16 MEI 2025 - YB Rafizi Ramli dalam ucapannya menegaskan bahawa PKR perlu terus mempertahankan prinsip perjuangan reformasi walaupun kini berada dalam kerajaan.
Beliau menyindir budaya “kempen kunci pintu” dan penggunaan “cybertrooper berbayar” yang menyerangnya sepanjang pemilihan parti.
Beliau berkata kekuatan PKR selama ini ialah keterbukaan dan keberanian bercakap benar, bukan berselindung. Rafizi turut menolak dakwaan bahawa beliau “ditolak akar umbi” atau takut bertanding di kawasan sukar, sebaliknya menjelaskan bagaimana beliau menukar Parlimen Pandan daripada kubu kuat BN kepada kubu kuat PKR sejak 2013.
Dalam ucapan itu juga, Rafizi mendedahkan peranan beliau bersama Saifuddin Nasution dalam rundingan besar menjelang PRU14 termasuk pembentukan Pakatan Harapan, rundingan kerusi dengan Bersatu dan Tun Dr Mahathir Mohamad, serta pengorbanan beberapa pimpinan parti demi memastikan kemenangan 2018.
Beliau menegaskan tugas Timbalan Presiden bukan sekadar jawatan parti tetapi mesti mampu mengetuai strategi kemenangan pilihan raya. Rafizi turut mengingatkan bahawa prinsip perjuangan tidak boleh berubah hanya kerana parti kini memegang kuasa.
Menurut beliau, parti akan kehilangan sokongan rakyat jika mula mengamalkan budaya politik wang, hipokrasi dan melupakan sejarah perjuangan reformasi. Rafizi juga menyifatkan generasi baru dalam parti perlu memahami pengorbanan pemimpin serta akar umbi sejak era Reformasi 1998.
Di akhir ucapan, beliau menyeru anggota PKR supaya memilih kepimpinan dengan hati terbuka, berani mempertahankan prinsip dan tidak takut dengan tekanan politik kerana “manusia merancang, Allah juga merancang, dan sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah.”
Setahun telah berlalu, tengok apa yang jadi sekarang... Fikir-fikirkan lah.
✍️ Shamsurizam Norsham
Admin PRU 16 - Rakyat Bijak









