Penang NETIZEN
Hari ini aku nak share, kisah aku kene perangkap dengan Sarjan dari IPD Sepang.
Aku tak pernah cerita sgt benda ni, now aku nak cerita.
3 years of my life, almost wasted, going up and down to court.
Chronology -
March 2023 - aku beli kereta Merc A35 amg dari seorang perempuan, nama dah ditukar kepada saya, saya owner baru, geran nama saya.
Hujung April 2023 - Tiba tiba Penjual kereta (Pengadu) buat report cakap tak terima bayaran kereta.
May 2023 - Saya ditangkap oleh Sarjan dari Sepang, phone dirampas, kereta merc saya dirampas, saya dituduh di Mahkamah Sepang di bawah seksyen 420KK Penipuan (hukuman penjara DAN sebatan).
Saya masa itu mmg dah nak give up, saya dah taktahu nak buat apa. Sarjan ni cakap, aku akan masuk penjara, dan bukti bukti Whatsapp, gambar dalam phone aku tu, dia cakap akan hantar ke "Forensik" , tetapi mungkin semua data akan hilang.
Dari situ aku dah tahu, dia nak perangkap aku.
Jadi apa dia suruh aku buat? Dia suruh aku thumbprint balik kereta tu , sedangkan aku dah beli dan bayar kereta tu RM250k.
Aku masa tu, mmg down teruk, yela, kau berdepan hukuman penjara, and bukti dalam phone kau, semua dia ckp akan hilang. 8 bulan aku tak pergi kerja, business aku semua hancur, dkt almost 150k hilang bayar gaji staff sahaja tapi job takda sebab aku stress.
Akhirnya, aku pilih untuk MELAWAN HABIS HABIS.
Aku dpt tahu, rupanya, PEREMPUAN tu SCANDAL dengan SARJAN sepang ni.
Dan akhirnya, mereka DITANGKAP KHALWAT oleh JAIS di sebuah condo di CYBERJAYA DAN TERPAKSA BERKAHWIN.
Oleh kerana TIDAK BERPUAS HATI DITANGKAP KHALWAT, sarjan ini telah buat Laporan Polis PALSU, mengatakan aku selalu UGUT dia, EKORI dia, dan polis polis dari IPD SEPANG datang cari aku dkt rumah FAMILY AKU tapi tak jumpa. Dia buat report itu untuk takutkan aku dan gertak aku kerana tidak puas hati ditangkap khalwat oleh JAIS.
Aku telah Viralkan apa yang terjadi dekat TT aku, dan buat laporan ke JIPS bukit aman.
Kemudian, Bicara di mahkamah.
- Pengadu telah Mengaku BERBOHONG di dalam mahkamah semasa soal balas dengan lawyer aku.
- Pengadu telah mengaku bekerja dengan DATUK PAIMAN seorang scammer yang WANTED polis dan sudah lari keluar negara.
- LAPORAN FORENSIK PHONE SAYA tidak di bawa ke MAHKAMAH, sarjan ini telah sorok laporan forensik saya.
- Phone PENGADU (Scandal Sarjan) TIDAK PERNAH DIRAMPAS utk forensik.
- Saksi RUNNER JPJ yang dtg THUMBPRINT nama kereta tu semasa jual beli, sendiri mengaku yang memang dia datang untuk tukar kereta nama mercedes dari Penjual ke Pembeli (Saya)
Dan AKHIRNYA, selepas 3 TAHUN, AKU MENANG KES INI pada 30APRIL2026 (LEPAS DAN BEBAS).
Satu je, aku takkan menang kalau bukan sebab Lawyer aku Adi Zulkarnain. Lawyer aku tu byk gila tolong aku, dan lawyer aku dapat tanya soalan perangkap dekat Pengadu sampai dia mengaku berbohong dalam mahkamah.
Aku memang tak menyesal appoint satu lawyer yang sangat power.
Now , kereta Merc aku, dah 3 tahun di Stor Ipd Sepang. Masih tak boleh bawak keluar lagi kerana lepas aku menang kes, Pendakwa raya Sepang buat rayuan pulak. So sampai sekarang kereta aku masih di sana.
Dan, Sarjan yang sama juga, tinggal di dalam IPD Sepang , di mana kereta aku berada, dan tak pernah dipindah keluar ke tempat lain.
Aku akan post video dekat tiktok tak lama lagi. Just perlukan masa untuk relax sekejap.
Kredit to thread owner:hamzah.rashid
Semoga tuan empunya badan bertabah dan diberikan pengadilan seadilnya
#StoriesThatStay #LikeFollowShare #CreditToTheOwner

No comments:
Post a Comment