Hina Sahabat Nabi Haram, Berdosa Besar – Zulkifli

 


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan ketika mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kudat, Sabah pada 9 Mei 2026.

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Tindakan menghina sahabat Nabi Muhammad SAW adalah haram dan berdosa besar, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Zulkifli menegaskan bahawa mencaci mereka bererti menghina insan yang tegakkan Islam bersama Nabi.

“Sahabat Baginda adalah generasi terbaik dan dipuji oleh Allah SWT serta mengingatkan semua pihak supaya menghormati dan sayangi para sahabat Rasulullah SAW selain menjauhi fitnah terhadap mereka.

Hantaran di platform X Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan pada 12 Mei 2026.

“Pelihara lidah dan penulisan daripada mencemarkan kemuliaan para sahabat Rasulullah,” katanya.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Puteh daripada Pas, Nik Muhamad Zawawi Salleh didakwa mengeluarkan kenyataan seolah-olah menghina dan mempersendakan kewibawaan beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW.

Polemik berkenaan kini menerima tumpuan rakyat yang marah dengan tindakan biadab Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu yang setakat ini enggan memohon maaf kepada umat Islam.



No comments: