Muhammad Hazim Muhammad, 19, telah didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Nurfisya Zulkifly, 19, 1 Mei 2026 lalu di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh, Kelantan dengan 61 kesan tikaman di badan dan muka.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dijatuhi hukuman mati.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes dan laporan pakar pada 2 Julai 2026. Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diiikat jamin.
Sumber : Sinar Harian


No comments:
Post a Comment