Serbu pengkritik, polis cemar imej sendiri, kata Anwar

 

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengingatkan polis bahawa ia mencemarkan imej sendiri dengan melakukan serbuan terhadap pengkritik.

Anwar menyifatkan perbuatan itu sebagai berbaur unsur autoritarian, dalam kenyataan yang menyusuli serbuan terhadap pejabat sebuah NGO dan soal siasat ke atas pengasasnya berhubung penyiaran animasi mengenai keganasan polis.

Presiden PKR itu berkata, undang-undang kontroversi tidak wajar dikuatkuasakan ketika negara sedang berdepan krisis kesihatan dan darurat.

“Sikap terlalu bergantung terhadap undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) menjadi tidak wajar apabila digunakan untuk menindas artis, wartawan, atau aktivis,” katanya.

Beliau berkata, tindakan seperti itu hanya memburukkan imej pasukan polis Malaysia yang lazimnya dikagumi.

“Dan selalunya, ia akan memakan diri, terutamanya ketika rakyat Malaysia sedang menangani kesan wabak,” katanya.

Semalam, polis menyerbu pejabat Freedom Film Network (FFN) dan rumah kartunis Amin Landak di Wangsa Maju, hanya sejam selepas Pengarah Eksekutif FFN, Anna Har, dan Amin disoal siasat Bukit Aman.

Har dan Amin sedang disiasat bawah Seksyen 500 dan 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia.

Animasi pendek berdurasi empat minit berjudul “Chilli Powder & Thinner” yang disiarkan pada 12 Jun lalu itu berdasarkan keterangan seorang remaja berusia 16 tahun bersama dua rakannya yang mendakwa dikasari polis ketika ditahan dalam lokap.

ZAHID HAMIDI SUDAH DIBERI MANDAT.LEBIH BAIK PENENTANG-PENENTANGNYA LARI MASUK BERSATU

 

Di bawah ini ialah petikan berita daripada portal UMNO Online bertarikh 28 Mac 2021 berhubung ucapan Zahid Hamidi ketika menyampaikan penggulungan dalam penutup PAU2020 di Dewan Merdeka, PWTC.

———————————————————–

Perwakilan telah bersetuju untuk memberikan mandat kepada presiden dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk menentukan tarikh penarikan diri parti dari kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, sekiranya sebarang ketetapan berkenaan penarikan diri tersebut dilakukan beliau berharap situasi itu mendapat kerjasama daripada pemimpin UMNO yang berada di kabinet dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Maka kalau dapat difahami bahawa perwakilan telah memberikan mandat kepada presiden dan MKT untuk menentukan bahawa kita boleh menarik diri dari kerajaan PN bila-bila masa.

“Kalau ini menjadi keputusan mereka, saya yakin rakan-rakan terutamanya menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC malah seluruh ahli-ahli Parlimen akan 100 peratus akur dengan keputusan parti ini.

“Ertinya kalau menarik diri dan ini merupakan keputusan parti mereka tidak akan gusar untuk meletakkan jawatan demi mematuhi keputusan yang dibuat oleh parti,” katanya.

Berdasarkan berita di atas, adalah jelas bahawa Presiden dan MT UMNO telah diberi mandat oleh perwakilan PAU2020 untuk menentukan bila waktu yang sesuai untuk UMNO keluar daripada kerajaan.

Ini bermakna, selain PAU2020 telah memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang, penentuan bila UMNO mahu keluar daripada kerajaan PN adalah terletak di tangan Presiden dan MT membuat penentuan.

Dalam bahasa yang mudah, bila waktunya untuk UMNO harus berbuat demikian adalah terserah kepada Presiden dan MT membuat pertimbangan.

Tidak timbul isu bahawa UMNO akan terus berada dalam kerajaan sehingga PRU15 diadakan kerana yang sebetulnya berdasarkan mandat itu, UMNO akan berada dalam kerajaan selagi Presiden dan MT tidak membuat keputusan meninggalkan kerajaan.

Setelah MT membuat ketetapan keluar kerajaan diambil, maka terputuslah hubungan UMNO dengan kerajaan PN dan ia akan menjadi keputusan parti yang mesti dipatuhi oleh semua pemimpin, Ahli Parlimen, Adun dan ahli-ahli di semua peringkat.

Mereka yang enggan patuh kepada keputusan parti boleh memilih sama ada keluar daripada UMNO atau sedia berdepan tindakan disiplin.

Tiada lagi keperluan untuk Zahid Hamidi dan MT mendapat persetujuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO sebelum mengambil keputusan membawa keluar parti meninggalkan kerajaan PN.

Dalam keadaan ini, adalah sia-sia saja sebarang usaha sebahagian Ahli Parlimen UMNO, terutama daripada kalangan kluster kabinet yang dilaporkan tidak setuju dengan ura-ura Zahid Hamidi sedang menggerakkan usaha mendapatkan sokongan MT untuk membawa keluar UMNO daripada kerajaan menjelang 1 Ogos depan.

Malam tadi, sebahagian mereka dilaporkan berkumpul mengadakan pertemuan di rumah seorang menteri di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Di samping pertemuan bersemuka itu boleh dianggap melanggar SOP PKP, tidakkah mereka sedar perwakilan PAU2020 telah pun memberi mandat yang sah kepada Zahid Hamidi dan juga MT?

Dengan perhimpunan agung adalah kuasa membuat keputusan yang tertinggi sekali dalam parti, tiada apa lagi sebenarnya yang boleh dilakukan oleh penentang-penentang Zahid Hamidi mengubah keadaan.

Tambahan lagi dengan Zahid Hamidi juga telah berjaya memperolehi sokongan majoriti dalam MT untuk menangguhkan pemilihan UMNO selama 18 bulan atau sehingga tahun 2023, ini bererti beliau akan terus kekal memimpin parti sehingga PRU15 diadakan.

Maknanya, watikah calon untuk PRU15 nanti masih lagi perlu ditandatangani oleh Zahid Hamidi.

Untuk itu, mereka yang terus menentang usaha UMNO keluar daripada kerajaan PN boleh dikata akan memiliki nasib yang suram untuk terus dipilih lagi sebagai calon dalam PRU15 akan datang.

Mereka itu bukan saja ingkar kepada keputusan parti, malah boleh ditafsirkan sebagai golongan yang lebih memikirkan nikmat peribadi sebagai menteri dan timbalan menteri berbanding hasrat mengangkat semula matlamat perjuangan parti.

Mereka sebaiknya lebih wajar cepat-cepat-cepat menyertai Bersatu kerana laluan di dalam UMNO untuk terus jadi penentang kepimpinan adalah jalan mati, kalau pun tidak gaung yang menunggu di depan.

Dengan demikian, tiada masalah lagi untuk mereka jika ingin terus menjadi penentang UMNO sekali pun sambil menyokong, mempertahan, membodek dan mengampu Mahiaddin serta kerajaan PN walau setinggi langit sekali pun selepas itu. 

(ShahbudinHusin 03/07/2021)



TERKINI! 25 MPs GENG HISHAMUDDIN HILANG KERUSI PARLIMEN

SEMALAM DAN HARI NI

 May be an image of 1 person and text

RAKYAT KANTOIKAN: MENTERI KEWANGAN KOYAK DAN KANTOI LAGI!!

TERKINI! GÀGÀL SERBA SERBl! KEM MÜHYlDDlN MAHU WANlTA INI DlTÀÑGKÀP?



Desas-desus, Kem Muhyiddin ingin pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap Rakyat yang telah menaikkan video (yang telah menjadi tular) mengkritik prestasi Kerajaan Perikatan Nasional. Ini adalah untuk memastikan kestabilan Kerajaan PN, yang kini sedang menyebar propaganda "Rakyat Gagal dan bukan Kerajaan", terutama dalam isu mengekang penularan wabak pandemik.



SIAPA YANG LAWAN PRESIDEN UMNO.

 

Mat Rempang sudah kasi hint pada sesiapa yang lawan Presiden. Watikah tetap Wak Jahid yang sign. Sindiri mau ingat arr....

Aku yakin H2O dah jem dan Nazri Paris dah terpaksa jilat tapak kaki Abah Kau semula..kah kah..Dah balun Presiden nak patah balik tak boleh. Harap belas ehsan PPBM je lah.

- Zus Din

03 Julai 2021

 May be an image of 1 person, headscarf and text that says "Utusan Malaysia TERKINI NASIONAL EKONOMI LUAR NEGARA GAYA BERITA PREMIUM S 'Nak jadi calon PRU-15, pandai- pandailah kamu' JBPM JBP TAJUDDIN ABDUL RAHMAN LPER PER ASLINDA NASIR 2Julai 2021 am PETALING JAYA: Pemimpin kanan UMNO yang mempunyai pendirian bertentangan dengan parti diingatkan bahawa watikah pencalonan Pilihan Raya Umum Ke- (PRU- 5) masih terletak bawah Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata,"

INI ADALAH SESUATU YANG DIJANGKA DAN BUKANLAH MENGEJUTKAN



HARUS diingat, UMNO pecah sekurang-kurangnya 3 praksi. Tentulah yang tidak menyokong Presiden akan mebantah tindakan dia. Bila "sumber parti" tidak disebut namanya, kita boleh agak sumber ini tidak menyebelahi Presiden UMNO.

Apa gila KUNUNnya taknak tarik diri sebab COVID-19 tiada kena mengena dgn Jawatan? KUNUNnya nak #KERAjaanPNGagal bagi tumpuan kepada COVID-19 dulu?

Eh....pekak ke MP-MP tu masih tak faham-faham lagi #KERAjaanPNGagal ni dah gagal segagal-gagalnya?? Buat Darurat angka tak turun. PKP sana PKPD sini angka jangkitan tak turut juga. Ditambah pula dgn Lockdown, tak turun juga angka kes COVID-19.

KeGILAbabian apakah ini jika asyik guna kaedah yang sama tapi mengharapkan keputusan berbeza. Ini INSANE..!! Oleh itu hakikatnya ialah mereka yang tidak bersetuju itu telah melanggar ketetapan AKAR UMBI dalam PAU (bukan Presiden) UMNO. PAU yang membuat keputusan tiada kerjasama dengan PPBM di PRU15 dan menyerahkan  untuk tarik diri.

Kegagalan Ahli-ahli Parlimen itu mematuhi ketetapan akar umbi melalui PAU akan melayakkan mereka diambil tindakan tatatertib. UMNO mesti berani menyingkirkan pengkhianat yang hanya mementingkan perut dan alat bawah perut mereka berbanding imej dan survival parti Melayu itu. Difahamkan sudah 25 orang MP UMNO bersetuju dengan Zahid Hamidi, tapi berita menterbalikan hakikat sebenar KUNUnnya ramai tak setuju keluar.

JANGAN bimbang, Wak Jahid dah "in control". Mat Rempang pun dah kasi kata dua kepada geng penentang Presiden. Kita nak tengok berapa ramai MP yang berani lawan cakap Presiden sedangkan dia kekal sehingga 2023 dan akan menandatangani watikah calon-calon UMNO BN nanti.

Hanya 2 Ahli MKT UMNO yg tidak sokong tindakan Zahid. Yang lain memang nak UMNO tarik sokongan dari #KERAjaanPNCirit. Hanya 2 Menteri UMNO yang dijangka mahu setia dengan Abah Kau, mengikut Lockman mereka adalah H2O dan KayJay.

Lawanlah kalau berani. Ada TULUR ke MP2 UMNO ni? Kah kah...

Wallahualam

- Zus Din

03 Julai 2021

https://www.bharian.com.my/.../ahli-parlimen-umno-tak...

 

Agong boleh titah usul undi percaya untuk tamatkan kebuntuan politik'


May be an image of 1 person and text that says "malaysiakini terkini terkuuana untuk BERITA istana Negara Facebook 'Agong boleh titah usul undi percaya untuk tamatkan kebuntuan politik' mk Hariz Mohd Diterbitkan 2021, 1:14 pm A+ A Yang di-Pertuan Agong boleh menyelesaikan apa yang disifatkan sebagai kebuntuan politik pada masa ini yang menyaksikan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diragui, menurut bekas peguam negara Tommy Thomas. Memandangkan kerajaan telah setuju untuk mengadakan sidang Parlimen sebelum Ogos, dia berkata Agong boleh menitahkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan usul undi percaya di Dewan Rakyat."



Hariz Mohd

Diterbitkan 3 Jul 2021

Yang di-Pertuan Agong boleh menyelesaikan apa yang disifatkan sebagai kebuntuan politik pada masa ini yang menyaksikan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diragui, menurut bekas peguam negara Tommy Thomas.

Memandangkan kerajaan telah setuju untuk mengadakan sidang Parlimen sebelum 1 Ogos, dia berkata Agong boleh menitahkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk melaksanakan usul undi percaya di Dewan Rakyat.

"Ada satu penyelesaian bagi kebuntuan ini.

"Sekarang kita tahu Parlimen akan bersidang sebelum 1 Ogos...Agong (boleh) memanggil perdana menteri dan beritahu 'keabsahan politik anda menjadi isu, tiada siapa yang berpuas hati dengan 112 (majoriti) anda, jadi dalam masa seminggu atau tiga hari Parlimen bersidang, anda harus lakukan usul undi percaya'," katanya.

Thomas berkata demikian dalam webinar bertajuk "Emergency, Democracy and The Rule of Law" anjuran Institut Sekhar hari ini. Palelis lain adalah bekas yang dipertua Dewan Rakyat Pandikar Amin Mula, naib presiden PKR Shamsuliskandar Mohd Akin, ketua Pemuda DAP Howard Lee serta pengarah dan pelakon Afdlin Shauki.

Kata Thomas lagi, langkah seterusnya bagi yang dipertua Dewan Rakyat adalah menerima usul tersebut untuk dibahaskan.

Dia berkata satu hari perlu diperuntukkan untuk membahaskan usul tersebut sebelum - dan ia harus disiarkan secara langsung - dan disusuli dengan undian.

"Yang di-Pertuan Agong boleh kata kepada perdana menteri 'jika anda kalah, anda harus letak jawatan dan saya akan tubuhkan kerajaan baru dengan menentukan siapa yang ada majoriti'," katanya lagi.

Semalam, kerajaan mengumumkan yang Parlimen akan kembali bersidang sebelum 1 Ogos.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu diputuskan Muhyiddin dan akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet pada 7 Julai ini.

Sidang Parlimen digantung sejak 11 Januari lalu susulan penguatkuasaan darurat.

https://www.malaysiakini.com/news/581541

 

MEMALUKAN MALAYSIA

 

THE ECONOMIST MELETAKKAN MALAYSIA DITANGGA TERAKHIR DALAM KEMAMPUAN KEMBALI KE NORMAL SELEPAS PANDEMIK COVID-19. Ini menunjukkan Malaysia sangat teruk dalam perancangannya. Shame on you #KERAjaanPNGagal #KERAjaanCIRIT



May be an image of text that says "malaysiakini news and views that matter NEWS Ainedithak/malaysiakini.com 2n00 malaysiakini 441 Shares M sia ranks last in The Economist's return to normalcy index mk Published Jul 2021 4:56 pm A" 18 Malaysia has ranked last in an index by The Economist to measure how well countries are doing in returning to normalcy after the Covid-19 pandemic. The newly launched index and tracker measure three types of activities, namely travel (road use, public transport, flights), leisure time (time spent not at home, cinema revenues, attendance at sporting events), and"

UMNO YANG BERKEPALA TUJUH


May be an image of text that says "Mohd Sayuti Omar Favourites 3h・ UMNO YANG BERKEPALA TUJUH Nak bercakap fasal Umno sikit, parti tertua di negara ini yang banyak berjasa. Seperti terkena ketulahan parti ini hilang pedoman dan kompas waktu ini. Semuanya kerana satu bahana setelah kalah dalam Piraum dan hilang kerajaan. Kenapa Umno dilihat utuh dan berepadu sebelum ini, kerana ia memiliki kuasa. Setelah kuasa hilang para pemimpin dan penyokong lari bercemperian. Umno yang ditubuh atas semangat nasional gagal untuk dipupuk. Bahawa selama ini Umno kelihatan kuat kerana materialistik, bukan solidariti atas semangat nasionalisme."


Oleh :MSO

Nak bercakap fasal Umno sikit, parti tertua di negara ini yang banyak berjasa. Seperti terkena ketulahan parti ini hilang pedoman dan kompas waktu ini. Semuanya kerana satu bahana setelah kalah dalam Piraum dan hilang kerajaan.

Kenapa Umno dilihat utuh dan berepadu sebelum ini, kerana ia memiliki kuasa. Setelah kuasa hilang para pemimpin dan penyokong lari bercemperian. Umno yang ditubuh atas semangat nasional gagal untuk dipupuk. Bahawa selama ini Umno kelihatan kuat kerana materialistik, bukan solidariti atas semangat nasionalisme.

Materialistik ini sangat merbahaya dan meracuni segala naiwatu perjuangan. Apa sedang dialami Pas waktu ini satu lagi tanda macam mana materialistik telah mengoyak parti berkenaan. Kuasa sedang mengigit parti itu. Semangat ukhuwah dan Islamik yang menyacang selama ini sudah runtuh dan membumi.

Begiu fiil nya manusia yang rapuh dengan material, boleh melupai asal usul perjuangan, boleh melupai kawan dan sobat, boleh melupa zaman sangsara. Hal ini juga turut terjadi kepada parti serpihan yang diberikan kuasa selama 22 bulan, ramai pemimpinnya jadi lupa daratan dan tersedar semula selepas hari siang bolong.

Berbalik kepada Umno kini parti itu jadi tunggang langgang, sudah tidak tahu kepa ekor lagi. Ketua tidak lagi dihormati dan boleh disekeh begitu sahaja. Tidak ketaui siapa kepala dan berkuasa dalam Umno kini. Kepalanya tyerlalu banyak menjadikan Umno seperti Naga berkapala tujuh.

Walaupun Zahid Hamidi memegang jawatan presiden, tetapi jawatan itu tidak memberi apa-apa makna buatnya dan Umno. Beliau sendiri tidak dihormati.

Individu dalam parti itu terlebih sudu daripada kueh berbanding Zahid. Nama-nama seperti Annuar Musa, Shahidan Kassim, Nazri Aziz, Tajuddin Rahman, Hishammuddin Hussein, Tengku Razaleigh Hamzah adalah individu yang bertindak dan beraksi sebagai ketua dalam Umno. Kerana terlalu banyak kepala menyebabkan Umno hilang arah dan pedoman. Trims.

 

*Kibarkan Bendera Hitam*


May be an image of one or more people, outdoors and text that says "2:00 PTG Yo 75"May be an image of tree, cloud and text that says "REDMI NOTE 9 AI QUAD CAMERA"

May be an image of text that says "03.07.2021 A1 #LAWAN"



BinBasiran | 3 Julai 2021

SIMPANG RENGGAM : Menurut Sekretariat Solidariti Rakyat, antara tujuan kempen kibarkan bendera hitam seluruh negara adalah untuk,

Menuntut TS Mahiaddin Yassin meletak jawatan

Membuka Parlimen dengan segera

Menamatkan DARURAT

Bagi menzahirkan kekecewaan rakyat terhadap kegagalan Perdana Menteri TS Mahiaddin Yassin serta barisan kabinet PN, Sekretariat Solidariti Rakyat Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia yang bersetuju dengan ketiga-tiga tuntutan untuk:

1. *Mengibarkan bendera hitam pada 3 Julai 2021 (Sabtu)*, dihadapan rumah/kedai/jalan atau tempat-tempat lain yang sesuai;

2. Ambil gambar dan hantarkan di media sosial anda secara serentak pada *jam 3 petang*;

3. Gunakan tanda pagar *#Lawan* pada setiap hantaran anda.

Tindakan ini adalah sebagai simbolik bagi mendesak agar kesemua tuntutan dilaksanakan segera.

Sekretariat Solidariti Rakyat bersedia untuk *turun ke jalanraya* sekiranya tuntutan-tuntutan ini tidak diendahkan.

*Sekretariat Solidariti Rakyat*

-PeneranganPHSR

 

WOIIII...MARAH BETUL PADA PARTI PAK LEBAI...

 No photo description available.

BIASA BILA NETIZEN GELARKAN PAS BARUA MCA : Pas senyap membisu bila MCA ucap tahniah kepada Parti Komunis China

 


Pas senyap membisu bila MCA ucap tahniah kepada Parti Komunis China

Ucapan tahniah diungkapkan MCA kepada Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China, Song Tao sempena ulang tahun ke-100 penubuhan parti itu menimbulkan tanda tanya.

Pemerhati politik, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir mempersoalkan sama ada hubungan MCA dengan kerajaan China bersifat hubungan ideologi.

“Kenapa MCA beria ucap tahniah 100 tahun penubuhan Parti Komunis China? Kita bimbang jika berkait ideologi komunis dan dijadikan dasar sekiranya MCA dapat memerintah Malaysia,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Terdahulu sambil merakamkan ucapan tahniah, Naib Presiden MCA, Datuk Tan Teik Cheng berkata, sejak MCA dan Parti Komunis China menandatangani memorandum kerjasama dan pertukaran pada 18 Julai 2014, Jawatankuasa Hal Ehwal China MCA selalu menjadi salah satu unit dukungan utama antara parti.

Bahkan Teik Cheng mengimbas kembali seratus tahun Parti Komunis China yang mana parti itu berjaya memimpin China dan warganya untuk maju, selain terus membawa pembaharuan inovasi dalam semua aspek pembinaan negara.

Selain itu, katanya, parti juga berjaya mempromosikan pemodenan China dan mewujudkan kehidupan bahagia untuk rakyat yang menjadi contoh kepada semua negara lain.

“Sejak MCA dan Parti Komunis China menandatangani memorandum kerjasama dan pertukaran pada 18 Julai 2014, Jawatankuasa Hal Ehwal China MCA selalu menjadi salah satu unit dukungan utama antara parti.

“Melalui Pusat ‘Belt and Road’ di bawah jawatankuasa itu, pelbagai kerjasama dan pertukaran rancangan telah dilancarkan dan membuahkan hasil,” katanya dalam kenyataan pada 29 Jun.

Selain itu, Teik Cheng turut berharap, kedua-dua pihak akan terus mengekalkan kerjasama erat pada masa hadapan, sambil mengukuhkan hubungan yang akan menyatukan persahabatan antara Malaysia dan China.

Bagaimanapun, Ustaz Sharipudin menegaskan MCA adalah parti politik di negara ini, justeru perjuangan politik parti berasaskan perkauman itu seharusnya di bumi Malaysia.

Susulan perkembangan itu, beliau juga mengingatkan parti-parti politik Melayu dan Islam di negara ini bertindak bijak ketika mengadakan pemuafakatan politik dengan mana-mana parti bangsa Cina.

“Pada peringkat permulaan mereka boleh bersetuju dengan apa gagasan yang kita bawa itu amat terhad. Dalam pendidikan mereka menolak sistem pendidikan kebangsaan.

“Dalam ekonomi mereka sukar untuk kongsi dengan Bumiputera. Apa yang telah mereka perolehi menjadi milik mereka.

“Apa yang kita miliki mereka menuntut untuk dikongsi bersama kononnya atas nama keadilan bersama,” katanya.

Sumber: https://ismaweb.net/2021/07/01/kenapa-mca-beria-ucap-tahniah-100-tahun-penubuhan-parti-komunis-china/

5 negeri beralih ke Fasa 2 berkuat kuasa 5 Julai

 

PETALING JAYA: Lima negeri – Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, dan Perlis akan beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 5 Julai selepas mencapai tiga indikator yang ditetapkan kerajaan pusat.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata peralihan fasa PPN mengikut nilai ambang negeri-negeri dibuat selepas penilaian terperinci oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan mengambil kira pandangan semua pihak serta keluhan rakyat yang terkesan.

Beliau berkata, tiga indikator berkenaan adalah purata tujuh hari kes harian berdasarkan 100,000 populasi; penggunaan kapasiti wad ICU dan kadar vaksinasi melebihi 10%.

“Antara sektor yang dibenarkan beroperasi dalam Fasa 2 adalah kedai buku dan alat tulis, telekomunikasi, kedai cuci kereta, gunting rambut.

“Dari segi pergerakan, daerah dan negeri masih dilarang kecuali kelonggaran diberikan kepada guru sekolah dan pelajar universiti yang perlu mengikuti kelas peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media peralihan fasa di peringkat negeri bersama Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz hari ini.

Dalam fasa berkenaan, Ismail Sabri berkata pasangan jarak jauh juga dibenarkan melakukan rentas negeri dan daerah bergantung kepada kes kecemasan dan kes khas.

“Contohnya, isteri bersalin, anak tidak sihat atau kes kecemasan lain dan sudah pasti setiap pergerakan ini memerlukan kebenaran polis,” katanya.

Dalam pada itu, pasar tani dan pasar pagi dibenarkan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 pagi di Fasa 2, bagaimanapun jualan hanya terhad kepada enam komoditi iaitu sayur, buah-buahan, barang runcit, ayam proses, makanan laut dan daging.

“Pasar minggu dan pasar tamu pula masih belum dibenarkan beroperasi di Fasa 2,” katanya.

Sementara itu, Zafrul berkata kerajaan akan terus memantau nilai ambang di setiap negeri sama ada boleh berpindah ke fasa seterusnya.

“Status nilai ambang di negeri ini yang telah pun mencapai tiga indicator, kita akan umum dari semasa ke semasa sama ada lima negeri yang sudah pun berada di Fasa 2 akan beralih ke Fasa 3 atau negeri-negeri yang masih dalam Fasa 1 boleh beralih ke Fasa 2,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan PPN yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun lalu menghasilkan perkembangan positif di kebanyakan negeri terutama dari segi penurunan kes harian.

“Secara keseluruhan, penggunaan nilai ambang di peringkat negeri memberi garis panduan jelas kepada setiap negeri dalam menangani Covid-19 untuk beralih ke fasa seterusnya,” katanya.

Di Fasa 2 juga, Ismail Sabri berkata, kapasiti pekerja bagi sektor swasta dan perkhidmatan perlu dinaikkan kepada 80%.

“Bagaimanapun, majikan perlu memastikan jarak fizikal dipatuhi,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa aktiviti sukan dan rekreasi yang tiada sentuhan fizikal dibenarkan termasuk altihan kemahiran kendiri, kecergasan, senaman, berbasikal, emmancing, memanah dan permotoran.

“Maklumat lebih terperinci boleh layari laman sesawang MKN,” katanya.


DIA INGAT DIA PEMBANGKANG..DIA DALAM KERAJAAN KOT.....


HAMZAH RIE NA


Sejak Tak jadi menteri ni.... Bekas menteri umno ni pandai dia menganjingkan kerajaan kudeta tebuk atap abahcow ni. Tapi you jangan lupa shabery umno tu dalam khemah mana sekarang? Tapi you all bersifat mcm seumpama kalian pembangkang. Hari-hari  troll kerajaan kudeta ni. Kakak pun pening dengan pemimpin-pemimpin umno ni.


 May be an image of text

TAK BOLEH BENDERA PUTIH NAK ANGKAT BENDERA PAS KE?


Ketika PN hadapi lebih tekanan, ‘pemberontak’ dalam BN tiada pilihan, kata penganalisis

 

Ahli Parlimen PN dan mereka yang BN ‘mesra’ berkemungkinan akan berdepan kritikan keras di Dewan Rakyat apabila Parlimen kembali bersidang semula berhubung penanganan Covid-19. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang “mesra” dengan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional tidak mempunyai banyak pilihan selain akur terhadap parti yang mahu menarik sokongan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata seorang penganalisis.

Felo kanan Majlis Profesor Negara Jeniri Amir berkata keputusan kerajaan untuk memanggil sidang Parlimen sebelum 1 Ogos menunjukkan tekanan besar yang dihadapi oleh gabungan kerajaan itu.

Namun, katanya, tekanan itu tidak hanya terbatas pada PN dan para pemimpinnya, yang kemungkinan akan berdepan kritikan keras di Dewan Rakyat berhubung penanganan Covid-19 oleh kerajaan dan ekonomi, tetapi pada Ahli Parlimen BN yang “mesra” PN.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Ahli Parlimen Umno diminta menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan sebelum 1 Ogos.

Jeniri Amir.

Laporan itu, yang memetik sumber, berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi merancang untuk mengemukakan usul kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan dalam waktu terdekat.

Jeniri berkata, Ahli Parlimen BN yang enggan akur dengan barisan parti, seperti Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, berisiko diketepikan oleh BN dan malah digugurkan pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Nazri, yang mengkritik Zahid, kelmarin menarik balik kenyataan tidak menyokong Muhyiddin.

“Akan sangat berisiko bagi mana-mana Ahli Parlimen BN untuk menentang parti, tetapi dengan itu, BN atau Umno khususnya perlu fikir masak-masak sebelum bertindak, terutama memandangkan situasi Covid-19.

“BN mempunyai momentum sekarang dan peluang bagus untuk memenangi pilihan raya umum berikutnya, tetapi jika mereka bertindak sekarang, banyak momentum itu akan hilang kerana orang mungkin melihat mereka lebih mementingkan kuasa daripada rakyat.”

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, MCA dan MIC perlu memutuskan sama ada mereka mahu ‘berakhir atau teruskan’ dengan Muhyiddin atau berpegang teguh dengan sekutu lama Umno.

“Sesiapa yang tidak mengikuti kepimpinan pusat mungkin tidak mendapat ‘surat watikah’ dari pengerusi BN dan bantuan jentera besar BN.

“Sentimen di lapangan sedikit sebanyak menentang bekerjasama dengan Bersatu. Mereka yang tidak memperhatikan sentimen akar umbi ini, selain tidak menjadi calon BN, mungkin akan ditolak oleh rakyat walaupun sebagai calon bebas

KEH..KEH...DUA ORANG INI GELABAH PUYUH DALAM UMNO

 

Salah jika MKT setuju tinggalkan kerajaan sebelum bubar Parlimen, kata veteran Umno



Shahidan Kassim (kiri) dan Annuar Musa berkata keputusan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen bubar telah diputuskan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) dan menjadi satu kesalahan sekiranya pihak MKT keluar daripada kerajaan pada waktu diinginkan mereka.

PETALING JAYA: Dua orang pemimpin veteran Umno, memberitahu mana-mana pihak termasuk ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) perlu kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen bubar.

Dalam kenyataan berasingan Shahidan Kassim dan Annuar Musa berkata, keputusan tersebut telah diputuskan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) dan menjadi satu kesalahan sekiranya pihak MKT keluar daripada kerajaan pada waktu diinginkan mereka.

Menurut bekas pengerusi badan perhubungan Umno Perlis, Shahidan berkata meskipun peristiwa perwakilan menyokong supaya MKT menentukan tarikh untuk Umno keluar daripada kerajaan PN ketika PAU, namun ia merupakan ucapan dan bukan keputusannya.

“Walaupun dalam ucapan Perhimpunan ada beberapa peristiwa berlaku dimana perwakilan bangun menyokong termasuklah supaya tarikh menentukan bila nak keluar (kerajaan) dibuat boleh MKT.

“Tetapi itu hanya ucapan dan bukan keputusan. Keputusan parti adalah berdasarkan usul yang dibawa oleh Saarani (Menteri Besar Perak), dan usul yang disahkan naib presiden Umno bahawa tidak ada pindaan daripada usul itu,” katanya dalam kenyataan.

Shahidan yang juga pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) berkata, jika sekiranya hendak dipinda keputusan PAU, maka hendaklah dipinda oleh PAU, bukan MKT.

Beliau turut mendakwa, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi juga secara terang melanggar keputusan parti termasuklah menulis surat kepada Agong dengan memberi pengisytiharan tidak tepat berhubung pendirian parti, namun tidak diambil tindakan oleh MKT.

“Selain itu, beliau melanggar keputusan parti berdasarkan audio percakapan dengan Anwar, dan juga ketika tandatangan SD untuk suruh sokong Anwar Ibrahim di depan Najib Razak,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa pula berkata, dari sudut peraturan parti, PAU adalah badan pembuat dasar tertinggi di mana setiap keputusan dan usul bertulis diluluskan tidak boleh diubah pihak lebih rendah termasuk MKT.

“Jangan dilanggar usul bertulis yang diluluskan tanpa pindaan..jika di buat juga akan menimbulkan kontroversi yang mengundang Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) campur tangan, bagi perkara yg tidak menyentuh keputusan PAU, bolehlah MKT membuat keputusannya sendiri,” katanya.

Resolusi PAU pada Mac lalu antara lain menuntut supaya Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan apabila tempoh darurat tamat, sama ada selepas 1 Ogos ini atau tarikh sebelumnya, jika darurat ditamatkan lebih awal.

Terdahulu, Umno berkata parti itu dijangka menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos, kata sumber parti, dalam perkembangan terbaharu yang akan menguji keabsahan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri pada sidang Parlimen bulan ini.

Menurut sumber itu, majoriti MKT memberikan persetujuan untuk Umno berbuat demikian dalam perjumpaan secara berperingkat dengan Zahid.

Isu Tentang Bendera Putih & Orang Politik.[VIDEO] Ustaz ini tempelak Dusuki guna dalil agama kutuk isu bendera putih


[VIDEO] Ustaz ini tempelak Dusuki guna dalil agama kutuk isu bendera putih


 

(function() { var d = document, w = window; w

Wiski jenama TIMAH dilancarkan, PAS tewas walau berada ditampuk kuasa

Selepas beberapa isu seperti kes Adib yang ditutup, judi yang ditambah cabutan khas kepada 22 kali, senamrobik bercampur lelaki dan wanita, ...