KENAPA GELABAH MAHUKAN JAMINAN ANWAR ?

 

SAMDOL NI GELABAH

May be an image of 1 person and text that says "Izmil Amri Twitte pandang. Aku aaorang political orchestrated. BERITA * malaysiakini.com Shares 'Apa jaminan Anwar parlimen tak diguna untuk politik peribadi?' Diterbitkan ul2021 7:26pm Dikemaskini7:38pm ing 21 Ketua pembangkang Anwar Ibrahim dicabar tidak akan pembukaan kepentingan peribadi. jaminan bahawa parlimen . Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan berkata, pembukaan semula parlimen perlu digunakan untuk membicangkan We survive his Fight. 3C "Tetapi mana jaminan dan komitmen ketua pembangkang dan anak-anak muridnya bahawa sidang parlimen yang akan diadakan itu wajib digunakan membincangkan rakyat bukan untuk mengejar impian politik peribadi dengan menggugat kestabilan"May be an image of 1 person and text

May be an image of skyscraper and textMay be an image of 2 people, people standing and text


MOHD MUKHLIS 

Kelakar pula tengok pengkhianat ketakutan sampai minta jaminan dari Anwar lagi; kata Muhyidin ada sokongan jadi hendak takut apa? Lepas setahun bermain dengan nyawa dan ekonomi rakyat, tiba-tiba yang angkuh kini kembali jadi tikus? Ini tara level think-tank pun boleh sembang macam budak tak habis sekolah. Kalau dah tahu tak ada majoriti, perlembagaan negara ada sebut kena letak jawatan. Yang tunggang darurat untuk kepentingan peribadi itu hang, bukan Anwar.

Memang perancangan awal Muhyidin hendak lambat sidang parlimen, dengan harapan kalau majoriti sudah di vaksin, mereka boleh bubar parlimen. Tapi kalau siapa perasan, mass vaccine ini hanya jadi bila dapat derma vaksin dari negara luar, time tu laju, lepas itu slow balik. Habis tu mana duit vaksin 8 billion yang di kutip dari budget dan KWAN tempoh hari?

Lagi satu, kenapa saya cakap mereka hendak bubar parlimen adalah sebab mereka sibuk nak mass vaccinekan Sarawak kerana DUN Sarawak sudah terbubar dengan sendirinya. Kerajaan Sarawak sekarang ini adalah care-taker sahaja dan bukan kerajaan yang sah. Tapi rancangan pengkhianat ini Allah tak redha.

Sebenarnya mereka rancang untuk PRU15 lepas PRN sabah, masa itu rating dia memang tinggi. Dia lupa dia orang yang di zalimi sebab ambil kuasa dengan cara istidraj. Lepas PRN, double standard dalam kuarantin terus kes naik sampai sekarang.

Adakah anda tahu, USA dulu bukan main teruk kes covid-19 zaman Trump sampai jadi jaguh banyak yang mati, sekarang ini sudah kembali pada normal? Saya baru saja hubungi Mentor saya di Bay Area, California semalam ( Bukan kawan Nuar Muso ye). Dia kata di sana ramai orang tidak pakai topeng muka kecuali mereka yang belum lagi di vaksin. Kenapa mereka boleh kembali pada normal? Sebab mereka tukar Presiden yang lebih competent.

Bila parlimen di buka nanti, kedudukan kerusi perlu di tentukan ikut block sokongan. Nanti kita boleh lihat sama ada sembang UMNO ini betul atau borak-borak kosong. Sebab dalam UMNO itu sendiri ada banyak kem. Semua sibuk nak jaga tembolok sendiri, tapi masing-masing tak mahu mengaku yang mereka sebahagian dari kabinet PN.

Paling kuat sembang si Najib dah penyokong dia macam si bukit tunggal. Sembang macam Najib bukan sebahagian dari PN, padahal masa lulus budget tahun lepas (satu-satunya masa nak tolak Muhyidin), mereka dok bangga budget lulus, tapi sekarang acah-acah jadi mangsa.

Itu belum masuk Mamat Frech celup yang tukar sokongan bila dapat keistimewaan pergi bercuti luar negara; Fuh pelik betul SSST tak komen apa-apa bab ini, mungkin Islam tak terancam.

Sebab itu kita menang satu lagi award, dapat tercorot dalam indeks kemampuan untuk kembali normal lepas Covid-19.

Dalam bersatu sendiri pun berebut kuasa, Jemin dengan Mezah pun tak habis nak power tussle; tu yang tiba2 si mezah nak tunjuk power suh buat SRJ besar-besaran.

PN ini adalah kerajaan terburuk dan terhina yang Malaysia pernah dapat. Tak pernah lagi ada kerajaan macam ini. Dari kleptokrat Najib ke autocratic Atok, kini pula Mahiadin kakistocracy. Dan Muhiyidin ini terlalu jauh dari realiti sampai hidup dalam kepompong sendiri. Sebab itu dia syok sendiri bagi perutusan dalam TV, tak pernah sekali jawap soalan media asing dan di rasa dengan bubar parlimen dia akan menang lagi? Maybe dia ingat rating dia macam Oktober tahun lepas?

I am sorry to be the bearer of the bad news, kalau dia rasa dia bubar parlimen dan akan menang, memanglah dia ini dalam euphoria dan delusion. Nak tengok indikator kerajaan itu teruk atau tidak, kita lihat pada sektor hiburan. Artis ni, mereka jarang ambil port pasal politik. Hangpa nak berebut kuasa ke, apa ke biasa mereka ini dalam buble mereka. Tapi bila mereka ini pun dah terkesan; hang ingat mereka akan undi hangpa nanti? Itu belum masuk bab followers mereka yang sudah tentu akan terkesan juga.

Saya sebenarnya sabar menunggu pengakhiran pengkhianat-pengkhianat ini. Sebab sejarah mengajar kita belajar dari kisah silam, siapa ingat pengkhianatan Berahim Katak lepas menang dengan kerusi Pakatan Rakyat dulu; lepas itu dia khianat dengan ATGNA. Sekarang ini berapa orang kenal siapa dia berahim katak tu siapa?

Balasan Allah itu pasti, cuma cepat atau lambat sahaja.

Tapi ironis, tahu tak Mutfi Serba Tahu sibuk apa?

Tahun lepas bab kematian kat seberang laut hindi pun dia cakna, hanya nak join bandwagon. Kini statistik yang bunuh diri 2 orang sehari, di bawah kerajaan yang dia jamin, dia sibuk bab hubungan kelamin dengan isteri masa haid.

Agaknya orang yang kalau depress, anak tak cukup makan, bancuh susu pakai susu pekat manis, ada masa mereka ke nak pikir pasal seks? Jenis yang terputus dari realiti. Pathetic. Whateverlah, tak dapat tuntut di dunia, di akhirat kami semua akan tuntut jaminan kamu sebagai penjamin dan enabler kerajaan al-ghadr.

 

No comments: