Ketika PN hadapi lebih tekanan, ‘pemberontak’ dalam BN tiada pilihan, kata penganalisis

 

Ahli Parlimen PN dan mereka yang BN ‘mesra’ berkemungkinan akan berdepan kritikan keras di Dewan Rakyat apabila Parlimen kembali bersidang semula berhubung penanganan Covid-19. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang “mesra” dengan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional tidak mempunyai banyak pilihan selain akur terhadap parti yang mahu menarik sokongan terhadap pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kata seorang penganalisis.

Felo kanan Majlis Profesor Negara Jeniri Amir berkata keputusan kerajaan untuk memanggil sidang Parlimen sebelum 1 Ogos menunjukkan tekanan besar yang dihadapi oleh gabungan kerajaan itu.

Namun, katanya, tekanan itu tidak hanya terbatas pada PN dan para pemimpinnya, yang kemungkinan akan berdepan kritikan keras di Dewan Rakyat berhubung penanganan Covid-19 oleh kerajaan dan ekonomi, tetapi pada Ahli Parlimen BN yang “mesra” PN.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Ahli Parlimen Umno diminta menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan sebelum 1 Ogos.

Jeniri Amir.

Laporan itu, yang memetik sumber, berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi merancang untuk mengemukakan usul kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan dalam waktu terdekat.

Jeniri berkata, Ahli Parlimen BN yang enggan akur dengan barisan parti, seperti Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, berisiko diketepikan oleh BN dan malah digugurkan pada pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Nazri, yang mengkritik Zahid, kelmarin menarik balik kenyataan tidak menyokong Muhyiddin.

“Akan sangat berisiko bagi mana-mana Ahli Parlimen BN untuk menentang parti, tetapi dengan itu, BN atau Umno khususnya perlu fikir masak-masak sebelum bertindak, terutama memandangkan situasi Covid-19.

“BN mempunyai momentum sekarang dan peluang bagus untuk memenangi pilihan raya umum berikutnya, tetapi jika mereka bertindak sekarang, banyak momentum itu akan hilang kerana orang mungkin melihat mereka lebih mementingkan kuasa daripada rakyat.”

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, MCA dan MIC perlu memutuskan sama ada mereka mahu ‘berakhir atau teruskan’ dengan Muhyiddin atau berpegang teguh dengan sekutu lama Umno.

“Sesiapa yang tidak mengikuti kepimpinan pusat mungkin tidak mendapat ‘surat watikah’ dari pengerusi BN dan bantuan jentera besar BN.

“Sentimen di lapangan sedikit sebanyak menentang bekerjasama dengan Bersatu. Mereka yang tidak memperhatikan sentimen akar umbi ini, selain tidak menjadi calon BN, mungkin akan ditolak oleh rakyat walaupun sebagai calon bebas

No comments: