UMNO YANG BERKEPALA TUJUH


May be an image of text that says "Mohd Sayuti Omar Favourites 3h・ UMNO YANG BERKEPALA TUJUH Nak bercakap fasal Umno sikit, parti tertua di negara ini yang banyak berjasa. Seperti terkena ketulahan parti ini hilang pedoman dan kompas waktu ini. Semuanya kerana satu bahana setelah kalah dalam Piraum dan hilang kerajaan. Kenapa Umno dilihat utuh dan berepadu sebelum ini, kerana ia memiliki kuasa. Setelah kuasa hilang para pemimpin dan penyokong lari bercemperian. Umno yang ditubuh atas semangat nasional gagal untuk dipupuk. Bahawa selama ini Umno kelihatan kuat kerana materialistik, bukan solidariti atas semangat nasionalisme."


Oleh :MSO

Nak bercakap fasal Umno sikit, parti tertua di negara ini yang banyak berjasa. Seperti terkena ketulahan parti ini hilang pedoman dan kompas waktu ini. Semuanya kerana satu bahana setelah kalah dalam Piraum dan hilang kerajaan.

Kenapa Umno dilihat utuh dan berepadu sebelum ini, kerana ia memiliki kuasa. Setelah kuasa hilang para pemimpin dan penyokong lari bercemperian. Umno yang ditubuh atas semangat nasional gagal untuk dipupuk. Bahawa selama ini Umno kelihatan kuat kerana materialistik, bukan solidariti atas semangat nasionalisme.

Materialistik ini sangat merbahaya dan meracuni segala naiwatu perjuangan. Apa sedang dialami Pas waktu ini satu lagi tanda macam mana materialistik telah mengoyak parti berkenaan. Kuasa sedang mengigit parti itu. Semangat ukhuwah dan Islamik yang menyacang selama ini sudah runtuh dan membumi.

Begiu fiil nya manusia yang rapuh dengan material, boleh melupai asal usul perjuangan, boleh melupai kawan dan sobat, boleh melupa zaman sangsara. Hal ini juga turut terjadi kepada parti serpihan yang diberikan kuasa selama 22 bulan, ramai pemimpinnya jadi lupa daratan dan tersedar semula selepas hari siang bolong.

Berbalik kepada Umno kini parti itu jadi tunggang langgang, sudah tidak tahu kepa ekor lagi. Ketua tidak lagi dihormati dan boleh disekeh begitu sahaja. Tidak ketaui siapa kepala dan berkuasa dalam Umno kini. Kepalanya tyerlalu banyak menjadikan Umno seperti Naga berkapala tujuh.

Walaupun Zahid Hamidi memegang jawatan presiden, tetapi jawatan itu tidak memberi apa-apa makna buatnya dan Umno. Beliau sendiri tidak dihormati.

Individu dalam parti itu terlebih sudu daripada kueh berbanding Zahid. Nama-nama seperti Annuar Musa, Shahidan Kassim, Nazri Aziz, Tajuddin Rahman, Hishammuddin Hussein, Tengku Razaleigh Hamzah adalah individu yang bertindak dan beraksi sebagai ketua dalam Umno. Kerana terlalu banyak kepala menyebabkan Umno hilang arah dan pedoman. Trims.

 

No comments: