CUBA HADAM


ISWARDY Morni


 Cari perbezaan.


Satu aktif

Satu Pasif.


BULI MRSM - buang terus. Nak saman? Bring it on! 

BULI KPM - tolong ye jangan rahsiakan. Nanti bagitau kalau ada buli. 


Nampak bagaimana perkara ini akan jadi mainan dan hentaman rakyat.


Apa tindakan wajar menteri pendidikan


1. Satu jawatan kuasa bebas telah di tubuh kan dan Siasatan dalam sedang dilakukan dan dari pengurusan sehingga pembuli tidak akan terlepas. (kenyataan akhbar)


2. Seminggu kemudian. Siasatan dalaman telah selesai dan mendapati ada unsur cuai. Pengetua dan murid telah diambil tindakan dimana pengetua di turunkan pangkat dan dipindahkan sekolah dan beberapa murid (suspek) tersebut telah di bawa ke pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.


Kematian 16/7. Ni dah masuk 10hb ogos.


Takkan benda tu pun nak kena ajar





JOM DENGAR TN IBRAHIM TN MAN MALU DALAM SIDANG DEWAN

 


INI TIADA MAAF...BAKAL DIDAKWA?

 



OMG MINTA MAAF

 


KENA PANGGE AGEN CIA BUKTIKAN

Che Ibrahim


 Memang qunut nazilah dibaca di seluruh dunia, tapi dalam solat fardhu, bukan dalam perhimpunan/demontrasi atas padang atau di jalanraya. 


Hanya Pas yang baca qunut nazilah di luar solat.




LAUNGAN TAKBIR JENAZAH BERBAU HARUM

 


Kes Zara Qairina: Laungan 'Allahuakbar', penduduk dakwa hidu bau harum


Takbir 'Allahuakbar' berulang kali dilaung penduduk kampung ketika mengiringi trak polis yang membawa jenazah Zara Qairina Mahathir, 13, yang digali semula di tanah perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, pada malam Sabtu.


Baca berita lanjut di ruangan komen.










HIKAYAT KERAJAAN 33 BULAN

 


Dalam banyak² PM, PM. 8 laa  yang ana paling kesian. Kesian sungguh. Lepas aje angkat sumpah, dia pun kurung laa rakyat termasuklah dirinya sendiri. Dah tu? Nikmat bertemu rakyat diiringi bodyguard Abang Misai, tak de. Nikmat bersalam & dikerumuni rakyat untuk berselfie, tak de. Nikmat bertemu Presiden & PM negara lain di luar negara, tak de. Yang ada hanyalah membuat pengumuman di tv. Bergaya di parlimen sebagai PM pun tak de. Lepas 17 bulan, habis. Nak tulis resume untuk apply jawatan PM lagi sekali pun tak cantik sebab jadi PM tak macam PM.






Dalam banyak² Duta pula, Duta Khas Timur Tengah laa yang ana paling kesian. Mau tak kesian, orang lain jadi duta tak lekat kat rumah lebih² lagi duta ke Timur Tengah. Terbang ke Qatar, touch down di Iran, persidangan di Mesir, makan malam di Baghdad. Habis negara² Timur Tengah tu sepatutnya dia terbang. Orang Pahang kata "Dubai tu tempat berak koi aje" yang membawa maksud betapa hebat & pentingnya seseorang tu sehingga begitu kerap ke luar masuk negara. 


Tapi itulah, kesian tengok 2 mantan ni semasa mereka dalam jawatan kerajaan masing². Bagi PM8, itulah harga sebuah pengkhianatan. Nak jadi PM lagi sekali pun rakyat dah serik sebab pernah rasa duduk bawah beliau. Cuba dulu tak khianat, skrg ni dah jadi TPM.


Bagi Duta Khas Timur Tengah pulak, inilah harga sebuah amarah yang tak terkawal. Islam cakap sabar itu sebahagian daripada iman.  Kata otai mancing.  Berjaya naikkan Tenggiri 10kilo. Tenggiri tu tau bukan mancing ikan Patin mati. 


 Memancing melatih kita jadi penyabar. Kalau tak sabar, tuba atau karankan aje.  Apabila tak belajar sabar dari hobi sendiri iaitu memancing, maka akibatnya masa jadi Duta Khas bertaraf menteri pun tak merasa nikmat seperti mana menteri lain rasa. Kalau sabar & terus istiqamah bersama Pakatan Rakyat, sekarang ni dah jadi menteri dah. Tersandar aje dalam Vellfire penuh gaya.


Ariff Kadir Al-Katami

Mantan Pengerusi Lajnah Kesian Sedunia Yg Tak Sambung Kontrak




PULAK

 


Pengusaha syarikat tembakau pasti akan berterima kasih kepada Menteri Kesihatan kerana usaha berani untuk 𝘣𝘰𝘰𝘴𝘵 yang terjejas teruk disebabkan 𝘷𝘢𝘱𝘦.





Terima kasih Menteri kerana ikhlas menyelamatkan industri tembakau. Kalau tak memang mati industri ni.


Sebab tu menteri sibuk nak haramkan 𝘷𝘢𝘱𝘦 tapi rokok kekal berleluasa. Memang terbaik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



MANA LAK SAMA WALAUN..PENANG PALING MURAH DAN TAK NAIK. KIOK

 


Kalau tak tipu bukanlah lebai namanya. Mungkin bagi lebai menipu 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗵𝗮𝗹𝗮. Sebab tu lebai suka tipu. Sehari tak menipu, tak sah hidup.





Dah pemimpin negerinya 𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂, tak pandai uruskan air sampai terpaksa naikkan harga, dia salahkan pula kerajaan pusat. Ini bukan setakat menipu bahkan dah masuk 𝗺𝗲𝗺𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗻𝗶.


Air adalah 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶. Tarif nak naik ke, nak turun ke, kerajaan negeri yang tentukan. Cuma kerajaan negeri perlu 𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗹𝘂𝘀𝗮𝗻. Bila dah lulus, kerajaan laksanakan. Kalau kerajaan negeri tak mohon, 𝗦𝗣𝗔𝗡 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗻𝗮𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 tarif air.


Sebab tu ada negeri yang naik, ada yang tak. Ada naik banyak, ada naik sikit. Tarif 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗮. Sebab kerajaan negeri tentukan kadar kenaikan 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗿 keperluan mereka sendiri.


Tak pelik pun tarif air naik ni. Kita pun takde la serang sangat sebab kita faham. Tapi bila lebai 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 begini, takkan nak dibiarkan. Kena la jelaskan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



TERUK NAK KENA JAGA..BUKAN SIKIT ANAK ANAK KITA YANG BERSEKOLAH DAN BEKERJA GURU.

Fairul Al Qasas.


 Ramai bandingkan bagaimana Datuk Dr Ashraf Wajdi urus sekolah Mara dan YBM Fadhlina urus sekolah KPM.







Mereka mahu macam Datuk Dr Ashraf. Terjah, marah, nasihat, tamatkan terus pengusaha kantin. Buang terus pelajar buli.


Berapa MRSM yang ada? 57 buah sahaja.


Bila Ashraf buang pelajar, automatik pelajar tu akan cari sekolah KPM untuk teruskan belajar.


Selesai kerja Mara. Bersambung kerja orang lain.


YBM Fadhlina pula mengetuai 10220 buah sekolah. Disini terdapat 4987401 pelajar. Guru pula ada 416743.


Jurang beban kerja dan masalah antara KPM dan Mara sangat jauh.


Fadhlina juga tak boleh suka-suka buang pelajar buli. Kesan buang sekolah menyebabkan pelajar itu tidak bersekolah, melainkan pelajar tu terpaksa ke sekolah swasta atau masuk pusat tahfiz. Timbul masalah pula disana.


Selain pelajar yang hampir 5 juta  orang, Fadhlina juga perlu jaga staf sendiri yang lebih dari 500 ribu orang. Maksudnya Menteri Pendidikan menjaga lebih 5.5 juta orang. Satu juta masalah. 


Pendekatan KPM dan Mara tidak boleh sama. Siapa pun Menteri Pendidikan tak boleh melangkaui kementerian lain. Jika ada kes polis, jika ada pendakwaan di mahkamah, jika ada siasatan SPRM..itu semua kena biarkan pihak sana jalankan. Tak boleh campur tangan.


Menteri/KPM tak boleh juga, jaga pelajar sahaja dan tak boleh jaga guru sahaja. Kalau pelajar 5 juta orang, ibu bapa yang terlibat dah jadi 15 juta orang.


Pelbagai emosi. Pelbagai persepsi. Bukan semua akan berpuas hati, tapi yang pasti Menteri tak boleh lepas diri dan tak boleh mengharap simpati.


Menteri kena kuat berdepan realiti. Walau setiap hari dimaki.


Cakap akan siasat dengan telus..kena maki


Cakap jangan fitnah..kena maki..


Cakap KPM buat laporan polis atas makkumat palsu..kena maki..


Pertahankan sekolah dan jamin keselamatan kena maki..


Jika Menteri dah laksanakan amanah tugas yang diberi..Alhamdulillah. 


Tapi rakyat masih lagi memerli dan membenci. Terserah.


Serahkan sahaja pada Ilahi..agar akhir nanti terserlah kebenaran dan mereka mengerti.


Bila? Wallahuaklam. 


Begitulah amanah dan tanggungjawab Menteri yang netizen iri hati..katanya kerja hanya lima tahun tapi pencen seumur hidup.


Bak kata pepatah kita tak berada dalam kasut yang sama. Sebab itu tak mengerti. 


Terima kasih. 


Fairul al Qasas




ATOK DAN BIDIN KINI PUJAAN HATI WALAUN


 

TAKDIR VS TAKBIR


 

JOM KITA DENGAR SUMPAH JANJI IKRAR RUU355 DAN JUGA ALASAN KETIKA DI PARLIMEN. KIOK..WALAUN KENA HARI HARI

 


ANWAR TAK PERNAH KATA KE PAS. TAPI WALAUN SOKONG ORANG YANG HINA PARTI MEREKA.


 

MASA CERAMAH DAN BERHIMPUN HEBAT..BAGI JADI KERAJAAN..HAQAM TAK BUAT


 

KITA KENA KAWIN DENGAN BANGSA LAIN..SUPAYA WALAUN TERSEBAR LUAS


 

MB KITA BAGUS..DIA BAGI NAIK SEMUA BANGSA

 


JUMPA PM JUGA...FADLI APA KA HEBAT SANGAT...KATA JUMPA DIA OK..

 


Sebelum pulang, saya sempat ketemu saudara Mohammad Amirullah Azmi atau Amir Raja Lawak di restorannya yang terletak tidak jauh dari Stadium Sultan Muhammad IV.





Saya zahir simpati pada saudara Amir yang berdepan ujian apabila bapanya menghidap masalah kesihatan yang serius. Saya titipkan pesan supaya saudara Amir terus tabah berdepan dugaan ini, dan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban ujian yang dihadapi.


Mendoakan saudara Amir dimurahkan rezeki dan dipermudah urusan. Semoga Allah SWT mengurniakan afiah dan kesembuhan pada bapanya, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja 

#RancakkanMADANI



DUA ANAK MUSA AMAN BAKAL CALON GRS PRN17 NANTI?






Mawar Cannel


MC dapat khabar Angin yang cukup kuat mengatakan Hafeez Yamani Musa, anak kepada TYT Musa Aman bakal bertanding di DUN Sindumin atas tiket GRS mengantikan Dr Yusof Yacob yang kini sedang berhadapan dengan kes Rasuah di Mahkamah.


Selain daripada Hafeez, bekas Ahli Parlimen Sipitang (2018 - 2022) merangkap Timbalan Menteri Kewangan Persekutuan, adiknya, Hazem Mubarak Musa Aman, Ketua Bahagian PGRS Sungai Manila juga dikatakan hampir pasti akan dicalonkan oleh GRS untuk DUN Sg Manila.


Untuk rekod, sebahagian besar pemimpin GRS dalam Kerajaan pada hari ini merupakan kaum kerabat dan anak murid Musa seperti berikut :


1. Ketua Menteri - Hajiji Noor (Anak Murid) 

2. Timb KM III - Shahelmy Yahya (Anak Murid)

3. Menteri Kewangan - Masidi Manjun (Anak Murid)

4. Menteri Sains dan Inovasi - Arifin Arif (Menantu)

5. Pembantu Menteri Kepada KM - Nizam AB Titingan (Bekas Ketua SuPol Musa)

6. Pengarah Yayasan Sabah - Ghulam Khaidar Khan (Besan)

7. Pengerusi Sabah Softwood - Annuar Ayub Aman (Anak Buah)

8. Pengerusi Perbadanan Labuan - Senator Anifah Aman (Adik)

9. Menteri KPDN - Armizan Ali (Anak Buah Melalui Ghulam) 


Mengikut posting FB Page Upahan GRS, nenek Timbalan KM I, Jeffrey Kitingan merupakan adik kepada ibu Musa. Jadi Musa adalah pangkat uncle kepada Jeffrey dan Huguan Siou, Joseph Pairin Kitingan. 


https://www.facebook.com/share/1CawMq2G3f/


Senator Labuan, Anifah Aman yang merupakan Presiden Parti Cinta Sabah turut dikatakan cuba merampas semula DUN Bongawan juga atas tiket GRS. 


MC ucapkan syabas kepada TYT kerana telah berjaya melahirkan barisan pemimpin dari kalangan keluarga beliau dan anak murid yang sering berada dalam Kerajaan sejak dari zaman BN lagi. 


Cuma jangan nanti, kesemua kaum keluarga Musa menguasai Kabinet Kerajaan Negeri kerana ini akan memberi persepsi yang negatif bukan sahaja dikalangan orang Sabah malah di mata orang luar Sabah.


#SelamatkanSabah 

#KitaLawanRasuah 

#SabahBangkit 

#GRSKerajaanGAGAL




SAH TENGIN..WOII WALAUN..2 TAHUN TAK MAU TUNGGU DAH PILIHANRAYA?

 Che Ibrahim.


Ingat ke bini dua alik Siam jah pakat buat secara sulit, dalam Parlimen nak sulit juga.... Hehehehe




Jasa Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kelantan: Mana Bukti Zalimnya?

Sokongan YB Tuan Ibrahim kpd Yb Jasin adalah sokongan yg tidak berpijak ...

PUAD MALUKAN TUAN IBRAHIM ! BOHONG KENA KANTOI !

Penyokong PAS : Zaman Anwar Ibrahim Lebih Teruk Dari Zaman Ismail Sabri ...

RM1.03 Juta Kepada Pondok Sertai UMRAN 2025

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perasmian Ijtima’ MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan di Dewan Profesional, Kampus Universiti Teknologi MARA, Kampus Machang pada 9 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

MACHANG, 9 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan sebanyak RM1.03 juta kepada institusi pondok melalui program Sumbangan Kepada Pondok-Pondok Yang Menghadiri Muzakarah Umara’ dan Ulama’ Pondok Kebangsaan 2025 (UMRAN 2025).

Ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Ijtimak MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Machang, di sini, Perdana Menteri menegaskan bahawa institusi pondok perlu diperkasa semula sebagai benteng menghadapi pengaruh sekular, kerosakan moral dan cabaran teknologi masa kini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perasmian Ijtima’ MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan di Dewan Profesional, Kampus Universiti Teknologi MARA, Kampus Machang pada 9 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Katanya, sekolah pondok menjadi tunjang mempertahankan Islam sejak zaman penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) malah pernah menjadi benteng menentang penjajah suatu ketika dahulu.

“Kita pilih pondok-pondok itu dan jadikan ia benteng semula. Baru mencerminkan MADANI dalam erti kata sebenar. Dahulu benteng lawan penjajah, sekarang kita perlu benteng lawan pengaruh sekular yang merosakkan anak-anak,” ujarnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perasmian Ijtima’ MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan di Dewan Profesional, Kampus Universiti Teknologi MARA, Kampus Machang pada 9 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Untuk itu, katanya, guru-guru pondok disarankan untuk menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan institusi yang menjadi benteng akidah umat Islam itu tidak kalah dengan serangan sekular melalui dunia teknologi.

“Kita tidak ganggu dan amalan itu masih dikekalkan. Sebaliknya kita tambah dengan tuntutan baharu iaitu bidang AI. Tanpa penguasaan AI, kita akan kalah dan bidang itu akan hanya menjadi versi berasaskan barat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perasmian Ijtima’ MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan di Dewan Profesional, Kampus Universiti Teknologi MARA, Kampus Machang pada 9 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Walaupun tahu mengenai AI, kita perlu menguasai al-Quran. Oleh itu, anak-anak pondok perlu dilatih untuk menyertai teknologi dan mengisi keperluan semasa,” katanya.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perasmian Ijtima’ MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan di Dewan Profesional, Kampus Universiti Teknologi MARA, Kampus Machang pada 9 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Majlis itu juga dihadiri ribuan para pelajar sekolah pondok yang menyertai UMRAN 2025 baru-baru ini sebagai medan penyatuan dan perpaduan institusi itu yang diabaikan sejak sekin lama.




Kerajaan MADANI Pastikan Suara, Hak, Peluang Orang Asal Terjamin – PM Anwar

 


Hari Orang Asal Sedunia yang diraikan hari ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar sesebuah negara, khususnya Malaysia, terletak pada kepelbagaian dan warisan yang kita pelihara bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan MADANI teguh dengan iltizam memastikan suara, hak dan peluang untuk orang asal terus terjamin.

Menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Orang Asal Sedunia hari ini, Perdana Menteri berkata ia bagi memastikan komuniti itu kekal menjadi tunjang budaya, penjaga khazanah alam, serta rakan kongsi dalam kemajuan negara.

“Hari Orang Asal Sedunia yang diraikan hari ini mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar sesebuah negara, khususnya Malaysia, terletak pada kepelbagaian dan warisan yang kita pelihara bersama”, katanya.

Hari Orang Asal Sedunia disambut pada 9 Ogos setiap tahun sebagai pengiktirafan terhadap hak, budaya dan sumbangan komuniti orang asal di seluruh dunia.

Malaysia antara negara yang mempunyai komuniti Orang Asal yang menetap di seluruh negara dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengurus kebajikan dan isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat itu.




HRC LIVE!! - HASIL KERJA RAFIZI 2022- TUAN IBRAHIM BAKAL DIDAKWA? | Rasu...


Sudah tersebar gissip dimedia sosial bahawa, SPRM sudah menyempurnakan kertas siasatan, dan pertuduhan terhadap Tuan Ibrahim dijangka akan difailkan dalam waktu terdekat, menjadikannya pemimpin kanan PAS pertama yang didakwa atas tuduhan berkait salah guna kuasa dan rasuah semasa memegang jawatan menteri. Masih ingat Pendedahan oleh Rafizi Ramli pada awal November 2022? Yang mana projek tebatan banjir bernilai lebih RM500 juta yang dianugerahkan kepada syarikat Mangkubumi Sdn Bhd, ketika pentadbiran bekas Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. BETUL KE BERITA INI. KITA TUNGGU!

HRC LIVE!! - KENAPA KELNATAN MASIH TAK HARGAI? - PMX TAK LINDUNGI SESIAP...

APA DIFIKIRKAN MB KELANTAN YA? BERPRASANGKAH BAIK SAJA LAH KITA!

Anwar tinjau baruh padi alami di Kota Bharu, yakin masa depan pertanian negara


 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meninjau baruh padi di Desa Gemalai, Kota Bharu, Kelantan ketika melawat sahabatnya.

Berdasarkan tinjauannya itu, beliau yakin dengan ekonomi desa dan masa depan pertanian negara.

“Beliau kini mengusahakan sawah padi bebas racun dan baja kimia bersama komuniti Kampung Lubok Jambu, yang sejak dua tahun lalu berjaya menanam padi lima musim, menghasilkan beras putih, wangi dan perang alami berkualiti tinggi.

“Melihat kegigihan mereka mengusahakan tanah hingga membuahkan hasil memberi saya keyakinan bahawa ekonomi desa mampu diangkat jika semangat, ilmu dan sokongan bergabung,” kata Anwar dalam satu hantaran media sosial.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada KADA, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Kelantan dan semua pihak yang turut menyumbang demi masa depan pertanian.

“Usaha ini bukan sekadar menuai padi, tetapi menanam masa depan keterjaminan makanan negara.”






TAK IIKLAS BAIK TAK PAYAH PASANG


 

Jalur Gemilang: Cuai, silap tidak boleh lagi terus jadi kebiasaan

Alasan sama ada sengaja atau tidak, kecuaian, kelalaian, ketidakpekaan atau kesilapan tidak boleh lagi terus-menerus menjadi kebiasaan dalam masyarakat apabila membabitkan Jalur Gemilang.

Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan, Syaheera Ghafar berkata, beberapa kejadian
membabitkan Jalur Gemilang yang dilaporkan sebenarnya tidak mengira kaum atau agama si pesalah tersebut.

“Hakikatnya kecuaian, kelalaian, ketidakpekaan dan kesilapan ini tidak mengenal siapa.

“Namun ayuhlah jadi individu yang lebih sensitif, lebih peka dalam memaparkan atau memasang Jalur Gemilang!” tegasnya menurut kenyataan.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan tindakan dua lelaki di sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang dilihat memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

Menerusi rakaman video berdurasi 21 saat itu, seorang lelaki didapati mengibarkan Jalur Gemilang yang dipasang pada sebatang besi secara terbalik sebelum seorang lagi merakam aksi berkenaan.


Ekoran kecaman rakyat Malaysia, pemilik kedai terbabit tampil memberi alasan sedang mengukur panjang batang besi untuk memasang bendera terbabit di luar kedai pagi semalam.Pang Chin Tian, 59 berkata, dia tidak perasan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik oleh pekerjanya sebelum dia menaikkan batang besi tersebut.

Bahkan, kata Chin Tian, pekerjanya turut diarahkan mengambil gambar untuk melihat ukuran panjang besi yang perlu digunakan.

Mengambil kesempatan

Mengulas lanjut, Syaheera berkata, akibat zaman tular kini, setiap orang mahu melaporkan apa yang dilihat secara terus dari akaun masing-masing tanpa mengesahkan terlebih dahulu perkara sebenar.

“Yang penting, viral dahulu dan pendapat sendiri perlu diutarakan!

“Ada juga dalam kalangan masyarakat tidak bertanggungjawab, sengaja mensensasikan isu ini dengan memuat naik video atau laporan lama,” ujarnya.


“Akhirnya, tanpa kita sedar inilah punca sesetengah ahli politik mengambil kesempatan membuat kenyataan rasis yang meretakkan perpaduan antara masyarakat.

“Inilah juga punca Jalur Gemilang terpalit dengan bermacam-macam insiden perpecahan, balas-membalas kenyataan sehingga hilang matlamat asal. Hal ini amat tidak patut berlaku,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak agar lebih sensitif dan peka dengan pemaparan atau pemasangan Jalur Gemilang yang merupakan lambang kemegahan tanah air ini.



“Jalur Gemilang nama bendera tanah air kita. Ia sepatutnya dijadikan lambang kehormatan, perpaduan dan keharmonian negara ini, bukannya terpalit dengan perbalahan, apalagi perpecahan dalam kalangan masyarakat,” tambahnya lagi.