[LIVE] 140514 BM21 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad


Berakhirnya episod tipu dan merajuk


Jika seorang politikus bermaruah , beliau tidak akan kembali dan berprinsip sebagaimana yang terjadi sebelum ini kepada beberapa politius katak.Beliau tidak sebijak al kataki kerana ia dikenali sebagai raja katak yang sering melompat dan bermuka-muka.Mat Said harus belajar dengan Raja Katak sebelum ini yang mendapat habuan dan sanggup menggadai maruah sendiri.

Selamat tinggal juga buat Ahmad Said....bye..bye...

insan dibawah ini melakukan upacara tradisi sebagai menghargai habuan yang menanti. Ini tradisi amalan korupsi legasi sang pemerintah sebagai habuan untuk mencapai kemuncak kekayaan yang bakal warisi. Ini tidak dilakukan MatSaid...




BACA DI BAWAH NI.RAMAI DAH MULA KUTUK MAT SAID....KAN AKU DAH CAKAP.......

Ingkar janji cetus kemelut di Terengganu






Dengan Umno ni tak payah setia la....kalau bekas Timbalan Perdana Menteri dulu pun diorang puja bagai.... ni kan pula menteri besar.....mampoih kau Umno satu hari nanti sumpah dek bangsa Melayu.Yang penyokong seumur hidup sokong buta tuli banyak sekolah tak tinggi mana pun...noreh pun banyak....yang cerdik... sapu semua keliling pinggang.... nasibkau la Mat Said...masa inilah kau nakkenal sahabat handai , rakan taulan, saudara mara..... 
KUALA LUMPUR - Sikap tidak budiman Datuk Seri Ahmad Said dalam soal kesinambungan kepimpinan Terengganu dilihat menjadi pemangkin kepada kemelut politik yang melanda negeri Pantai Timur itu.
  
Pemerhati politik berpendapat Ahmad tidak mengotakan janjinya untuk melepaskan jawatan menteri besar secara tertib dan teratur, dengan tindakan yang menjurus kepada landskap politik negeri itu diselubungi banyak tanda soal setelah meletakkan jawatan semalam.
  
Beberapa jam selepas berundur daripada tampuk pemerintahan negeri, Ahmad, yang juga Adun Kijal, mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.
  
Turut mengambil tindakan sama ialah Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud.
  
Pemerhati itu menarik perhatian bahawa Ahmad sememangnya sedar beliau menjadi menteri besar untuk tempoh hanya setahun selepas PRU13, bertujuan memberi peluang kepada pemimpin lain mengambil alih untuk memperkukuh kedudukan BN di negeri itu.
  
Untuk rekod, BN memerintah Terengganu dengan kelebihan hanya dua kerusi berbanding pembangkang di Dun yang mempunyai 32 kerusi, ketika Ahmad mengepalai kepimpinan negeri selepas PRU13.
  
Ketika itu, komposisi Dun menyaksikan BN menduduki 17 kerusi, Pas 14 dan PKR, satu. Ini menjurus kepada apa yang dipanggil "a gentleman's agreement" untuk Ahmad berundur setahun selepas menjadi menteri besar.
  
Menurut pemerhati itu, ini sememangnya merupakan satu "rahsia terbuka" apabila Ahmad menjadi menteri besar bagi penggal kedua setelah memegang jawatan itu sejak Mac 2008.
  
"Pertukaran menteri besar bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sudah ada persefahaman antara Ahmad Said dan pemimpin di peringkat pusat berhubung soal peralihan kuasa," jelas pemerhati politik itu.
  
Beliau turut menegaskan bahawa soal pelantikan menteri besar terletak di bawah budi bicara perdana menteri.
  
Peletakan jawatan Ahmad sebagai menteri besar dan pelantikan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman semalam telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
  
Perkembangan politik itu menyaksikan komposisi terkini Dun Terengganu terdiri daripada 14 kerusi untuk BN, pembangkang 15 (Pas 14, PKR, satu) dan Bebas tiga.

Situasi itu dilihat memberi pengajaran kepada BN tentang keperluan memilih pemimpin yang benar-benar setia dan mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.
  
Ketua Penerangan Umno Dmenegaskan kesetiaan dan ketaatan kepada parti adalah penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah parti politik di setiap peringkat termasuk negeri.
  
"Umno memerlukan pimpinan di semua peringkat berpegang kepada prinsip 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' sebagaimana yang diungkap dalam slogan parti Umno," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  
"Pemimpin datang dan pergi, namun perjuangan untuk bangsa, agama dan tanah air kekal selamanya," katanya.

Menurutnya, menteri besar yang baharu wajar diberi peluang melaksanakan tanggungjawabnya, termasuk mencari formula penyelesaian kepada kemelut itu.
  
"Pembubaran Dun adalah pilihan terakhir jika perundingan tidak mencapai kejayaan," katanya.

Menutur perkara sama, Pengarah Pusat Pembangunan Sosioekonomi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Dr Ibrahim Mamat berkata situasi politik di Terengganu terjadi akibat rasa tidak puas hati dan lebih bersifat peribadi.
  
"Pemilihan pemimpin itu penting, kita tak mahu pemimpin yang tinggalkan parti bila permintaan mereka tak dituruti," tegasnya.
  
Bagi pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib, tindakan Ahmad Said meletakkan jawatan serta keluar parti boleh dilihat sebagai mengkhianati dan memalukan BN di negeri yang kaya dengan hasil minyak dan gas itu.
  
"Ini satu tindakan yang memalukan terutama ia berlaku hanya sehari selepas sambutan ulang tahun Umno ke-68," katanya.
  
Menurutnya, Ahmad Said wajar mencontohi bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang tetap setia berkhidmat kepada parti walaupun tidak dilantik meneruskan khidmatnya satu masa dulu.
  
Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berpandangan sikap tidak matang sesetengah wakil rakyat menyebabkan mereka sanggup "berpatah arang berkerat rotan" atau "kalah jadi abu, menang jadi arang", asalkan kekal berkuasa. - Bernama

KRISIS TERENGGANU: TIADA MAJORITI MANTAP. BUBAR DUN LANGKAH TERBAIK


  • Terengganu
1 / 1
KUALA LUMPUR - Pembangkang mencadangkan pilihan raya baru negeri diadakan bagi menyelesai kemelut politik di Terengganu sekarang.
  
Pemimpin DAP, Lim Kit Siang berkata langkah itu berikutan ketiadaan mana-mana parti politik mempunyai majoriti mantap dalam Dun.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berkongsi pandangan itu dilapor sebuah portal berita hari ini, bahawa beliau mahu rakyat Terengganu diberikan mandat penuh memilih kerajaan negeri yang baru.

"Bubar Dun adalah satu opsyen, tetapi buat masa ini kita lihat suasana dahulu," kata Ketua Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli kepada Bernama ketika dihubungi.

Seorang lagi pemimpin parti itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata Pas mengambil sikap memerhati terlebih dahulu perkembangan yang berlaku dari semua aspek, termasuk dari aspek moral dan integriti.

Pada awal hari ini, bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Taib diikuti Adun Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Keputusan itu meletakkan BN kini mempunyai 14 kerusi Dun diikuti Pas (14), PKR (satu), dan Bebas (tiga).

Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid, bagaimanapun menarik perhatian bahawa speaker Dun juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah, justeru ini menjadikan kedudukan kerusi 15:15:3.

Dengan kedudukan ini, Azhar berkata BN kekal memerintah Terengganu memandangkan BN merupakan kerajaan memerintah Terengganu selepas PRU13.

Bagaimanapun bagi mengelak sebarang kekeliruan, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Yusof mahu krisis berkenaan diselesaikan segera supaya tiada sebarang masalah timbul kepada rakyat akibat ketidakseimbangan politik.

"Jika boleh kita mahu penyelesaian mudah, kita bagi ruang kepada mereka untuk selesaikan masalah dalaman dan kita harap yang terbaik bagi rakyat," katanya. 


Timbalan Presiden Pas, Mohd Sabu berkata pimpinan Pas pusat belum membuat sebarang keputusan, namun sedang meneliti secara dekat perkembangan terkini. - Bernama





AKHIRNYA KENYATAAN AKU MENJADI JUGA.DAH ADA YANG TINGGALKAN MAT SAID

Cerdik la hang...buat bodo sepat....cepat jadi kaya...Kesian Mat Said.Keseorangan. Mana penyokong Mat Said???? Orang Kemaman di mana?Yellek poccik..kan aku dah cakap siang tadi>

Adun Bukit Besi Tarik Balik Surat Keluar Umno . Tengok drama kat bawah.Cuba tanya Hishammuddin Tun Hussein, bagaimana dia dianggkat menjadi ketua pemuda,mungkin Azmin dan Saifuddin boleh cerita......



KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.

"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi.

Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.

Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.

Mereka bertindak demikian selepas Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai menteri besar.

Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi DUN termasuk satu kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2). - sumber

DSAI DAN WAN AZIZAH KEMALANGAN

[Gambar] DS Anwar Ibrahim & Dr Wan Azizah terlibat dalam kemalangan

195ae4a47a69d62064ec6ecc7b691b63

Anwar, isteri terlibat kemalangan  
DS Anwar Ibrahim ketika mendapatkan rawatan.

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi.

Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

"Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor," menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan ringkas.

Kedua-dua, Anwar dan Azizah akan pulang ke rumah malam ini selepas mendapatkan rawatan, katanya.