[[LIVE]] 21.2.2021 TPM kalau Milik umno, Umno Akan Tumbang?

Anwar Ibrahim: You Can Go To Restaurant Now, But You Can't Convene Parli...

LIVES DARI TAMAN BROWN PENANG TNI1 | 210512 | "Momentum Bulan Rejab & Bayi Disentuh Syaitan" - Ustaz S...



REMASTERED Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 1 yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Gelugor, Pulau Pinang pada 21hb Mei 2012.


URUS COVID: KEDEGILAN MUHYIDDIN BAWA PADAH



Terkini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sedia untuk berjumpa Tan Sri Muhyiddin di mahkamah ekoran dakwaan beliau memfitnah Perdana Menteri itu. Beliau juga mengesahkan menerima surat tuntutan atau LOD berjumlah RM10 juta daripada peguam Perdana Menteri, berhubung hantarannya di Facebook pada 9 Februari lalu mengenai kuarantin yang ditetapkan kerajaan.



DENGAN SATU BANGSA DAN AGAMA PUN PAK LEBAI MENIPU...INIKAN KAMU YANG DIPINGGIRAN LEBAI NAK DENGAR KE ????

 


Panas! Pemimpin DHPP letak semua jawatan, dakwa PAS ‘tak lagi mesra’ dengan bukan Islam

Panas! Pemimpin DHPP letak semua jawatan, dakwa PAS ‘tak lagi mesra’ dengan bukan Islam

Setiausaha kebangsaan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) S Barathidasan mengumumkan meninggalkan parti dan melepaskan semua jawatan yang disandang dalam dewan berkenaan.

Ini selepas dia mendakwa menghadapi kesulitan membawa suara bukan Muslim melalui platform itu.

“Dengan rasa rendah diri saya memohon melepaskan semua jawatan yang disandang dalam DHPP.

“Tujuan peletakan jawatan ini adalah disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan dalam DHPP dan isu-isu yang berterusan berlaku sehingga saya tidak dapat membawa suara rakyat bukan Muslim khususnya masyarakat kaum India,” katanya kepada Malaysiakini.

Tambahnya, dia telah menghantar surat letak jawatan bertarikh 22 Disember 2020 yang diserah pada 30hb Disember 2020 kepada Setiausaha Agung PAS Pusat.

“Memandangkan pandemik Covid-19 yang makin berterusan sehingga banyak mesyuarakat DHPP pusat terpaksa ditunda.

“Maka DHPP PAS Pusat mengadakan mesyuarat dewan hariannya pada 21hb Februari 2021 dan menerima keputusan saya untuk melepaskan semua jawatan,” katanya.

Selain setiausaha, Barathidasan turut menyandang Urusetia DHPP Pusat, Ketua DHPP Wilayah Persekutuan, Pengarah Pilihan Raya DHPP Pusat, AJK Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Pusat dan AJK BAKIP.

Dia menyertai DHPP pada tahun 2016.

Mengulas lanjut, Barathidasan mendakwa bahawa PAS tidak lagi mesra dalam isu-isu bukan Muslim.

“Walaupun parti itu kata ‘PAS untuk semua’, namun, secara realiti sejak akhir-akhir ini parti itu jarang menyentuh isu-isu bukan Muslim.

“Malah, pusat pimpinannya tidak cuba menyelesaikan beberapa isu yang mengecewakan masyarakat bukan Melayu khususnya di Kedah,” katanya.

Kerajaan Kedah yang dipimpin oleh PAS menjadi tumpuan kontroversi setelah dikatakan merobohkan kuil Hindu tanpa berunding dengan kerajaan persekutuan, selain membatalkan Thaipusam sebagai cuti peristiwa.

Susulan itu, meskipun merupakan sekutu, MIC mengkritik PAS.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, yang juga pengarah pilihan raya PAS Pusat kemudian membidas MIC dan berkata pihaknya tidak memerlukan sokongan MIC.

Sementara itu, Barathidasan berkata bahawa perjuangannya demi rakyat dan negara akan diteruskan.

“Saya akan menentukan hala tuju masa depan karier politik saya dalam masa yang terdekat.

“Perjuangan saya demi rakyat dan negara belum selesai lagi, saya akan terus berkhidmat dan menyuarakan rintihan rakyat,” katanya. 



Beli nombor ekor, minum arak dalam premis boleh, hadir Parlimen je tak boleh sebab bahaya Covid

 


Beli nombor ekor, minum arak dalam premis boleh, hadir Parlimen je tak boleh sebab bahaya Covid


Bekas perdana menteri Najib Razak, menempelak peraturan sekatan pergerakan Covid-19 kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang disifatkannya “lain daripada yang lain”.

Dalam catatan di Facebook, Najib mengulas penjelasan polis Kuala Lumpur yang alkohol boleh disajikan di premis berlesen.

Sebelum ini, pemilik restoran dan bar di kawasan Telawi yang terkenal di Bangsar mengadu peraturan membingungkan mengenai penjualan alkohol selepas serbuan polis dijalanakan.

Najib berkata, berdasarkan peraturan itu, kerajaan sebenarnya tidak melarang penjualan alkohol dan hanya pub dan kelab malam daripada beroperasi.

“Namun, kebanyakan pub dan kelab malam ada kedua-dua lesen alkohol dan restoran. Ini bermakna premis-premis tersebut dibenarkan beroperasi untuk menjual alkohol.

“Cuma pub dan kelab malam tidak boleh membuka kaunter bar mereka,” katanya.

Najib berkata, hanya pelayan restoran dibenarkan untuk menghidang alkohol kepada pelanggan untuk minum dalam premis.

“’Lockdown’ Covid di Malaysia agak lain daripada yang lain, boleh beli 4D, boleh pergi pasar malam, boleh minum alkohol dalam premis, boleh memancing, boleh gunting rambut, boleh kunjung taman awam, boleh ke ‘beauty salon’, murid-murid boleh hadir ke sekolah, boleh berjudi dalam kasino.

“Tetapi Ahli Parlimen tidak boleh hadir Parlimen sebab bahaya Covid.”

Beberapa sekatan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilonggarkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, namun Parlimen masih digantung bawah keadaan darurat.



Beri kelonggaran murid berpakaian bebas di sekolah - Ahli Parlimen Pembangkang

 


Firdaus Azil
Beri kelonggaran murid berpakaian bebas di sekolah - Ahli Parlimen Pembangkang
Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan yang dipengerusikan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, kelonggaran itu wajar bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang terkesan akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen blok pembangkang memohon agar golongan pelajar sekolah rendah dan menengah, yang bakal memulakan kembali persekolahan secara berperingkat bermula 1 Mac ini, diberi kelonggaran untuk berpakaian bebas.
Dalam satu kenyataan hari ini, Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan yang dipengerusikan bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, kelonggaran itu wajar bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Kumpulan berkenaan berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia boleh mempertimbangkan kelonggaran berkenaan, sekurang-kurangnya untuk tahun ini.
“Pihak KPM juga hendaklah memberikan kelonggaran terhadap isu pakaian rasmi sekolah. Ramai ibu bapa yang telah terbeban dengan pandemik dan telah berbelanja besar untuk pendidikan anak-anak.
“Kelonggaran untuk berpakaian bebas harus diberikan sekurang-kurangnya untuk tahun ini memandangkan adanya kebarangkalian sekolah akan ditutup kembali jika PKP dilaksanakan semula,” menurut kenyataan itu lagi.
Pada 19 Februari lepas, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin kesemua sekolah di bawah KPM akan dibuka secara berperingkat, bermula 1 Mac ini.
Bagaimanapun keputusan itu menimbulkan perasaan berbelah bahagi kepada beberapa pihak, memandangkan ibu bapa dan guru telah melakukan persiapan bagi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), termasuk penyediaan modul dan pembelian tablet.

KEPUTUSAN KABINET DAN MAHKAMAH SEPATUTNYA ADA RUANG DISEMAK PARLIMEN


 1. Pertama saya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Kes Malaysiakini berkenaan isu penghinaan mahkamah.

2. Walaupun saya menghormati keputusan itu tetapi saya tidak bersetuju dengan keputusan itu kerana tidak sesuai dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara dan menyatakan fikiran.

3.Bagaimanapun kebebasan Mahkamah untuk mentafsir undang-undang dan akhirnya membuat keputusan perlulah dihormati dan kebebasan mahkamah itu dilindungi serta dipertahankan, betapa buruk sekalipun keputusan mahkamah itu.

4.Negara kita Malaysia mengamalkan prinsip pengasingan kuasa antara tiga cabang: Eksekutif, Kehakiman dan Perundangan (Parlimen).

5.Walaupun Penghakiman Mahkamah atau keputusan mahkamah berkuatkuasa sebagai undang-undang tetapi kuasa terakhir untuk menggubal undang-undang terletak secara eksklusif pada Parlimen.Ahli-ahli Parlimen adalah penggubal undang-undang sebenarnya.

6.Justeru itu, keputusan-keputusan mahkamah yang tidak baik yang jika dibiarkan akan memberi kesan undang-undang yang buruk seperti dalam Kes Malaysiakini ini hendaklah dibetulkan di Parlimen.

7.Tugas ahli-ahli Parlimen ialah menggubal undang-undang baru atau meminda undang-undang sedia ada supaya Mahkamah dapat mentafsir undang-undang itu dengan jelas seperti yang diniatkan ( intention) oleh Parlimen.

8.Kesimpulannya, Penggantungan Parlimen sekarang perlu ditamatkan.Darurat juga mustahak ditamatkan segera.Parlimen mesti berfungsi semula.Keputusan-keputusan pihak Eksekutif atau Kabinet Kerajaan dan keputusan-keputusan pihak Mahkamah hendaklah disemak oleh Parlimen.Itulah yang dimaksudkan sistem pengasingan kuasa dalam sebuah negara demokrasi.

Sekian.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

21 Februari 2021.



KENAPA PILIH PKR?/ DATO HANS ISAAC/KAMI BUDAK AMPANG

#SentuhanKasih Dato Hans Isaac melawat kawasan Ampang . INI TAHUN 2020



Ikuti perjalanan Dato Hans Isaac & #KitaBudakAmpang dalam misi menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Ampang pada 16 September 2020, Hari Malaysia yang lepas! #SentuhanKasih #KitaBudakAmpang

HANS ISAAC AKAN TENGGELAMKAN ZURAIDA DI AMPANG .JENTERA PKR JUGA TELAH BERGERAK DI AMPANG MEMBANTU BELIAU

 


PRU-15: Hans Isaac akan rampas kerusi Ampang daripada Zuraida

PRU-15: Hans Isaac akan rampas kerusi Ampang daripada Zuraida

Penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac memberi bayangan untuk mencabar Datuk Dr Zuraida Kamaruddin bagi merebut kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ini susulan dakwaan Hans berjaya menawan kembali lebih 120 ranting PKR dan hampir 2,000 ahli baharu parti itu sejak setahun lalu setelah bergerak aktif di kawasan Parlimen tersebut.

“Saya nak berterima kasih kepada kawasan Ampang ini sebab kami telah berjaya mendapat lebih 120 ranting di Ampang yang membantu kami.

“Manakala ahli baharu yang masuk ke dalam parti (PKR) lebih 1,896 ahli baharu, jadi terima kasih.

“Ada ramai lagi yang datang kepada kami untuk menjadi ahli dan kami akan membantu mereka sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita di Pasar Ampang, pagi ini.

Sebelum ini, Hans menafikan dakwaan nama beliau disebut-sebut sebagai pengganti Zuraida selepas bekas Naib Presiden PKR itu dipecat pada tahun lalu..


INDIA DAH MERAJUK DAH...TU LA LAIN KALI KALAU JADI PEMERINTAH KENA GUNA AKAI...AKAI ADA?

 


Terkini! Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS letak semua jawatan dalam parti

Terkini! Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS letak semua jawatan dalam parti

Setiausaha Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat, S Barathidasan melepaskan semua jawatan disandangnya dalam sayap penyokong parti Islam itu.

Katanya, keputusan untuk mengundurkan diri disebabkan beliau tidak merasakan dapat membawa suara rakyat bukan Islam.

“Tujuan peletakan jawatan ini adalah disebabkan masalah dan kesulitan yang tidak dapat dielakkan dalam DHPP dan isu berterusan berlaku sehingga saya tidak dapat membawa suara rakyat (bukan Islam), khususnya masyarakat India.

“Maka sia-sia jika saya tidak dapat menjalankan tugas dan amanat berkhidmat untuk masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Antara jawatan lain dilepaskannya termasuk urusetia DHPP Pusat, ketua DHPP Wilayah Persekutuan, pengarah pilihan raya DHPP Pusat, serta ahli jawatankuasa Badan Kebajikan Kakitangan PAS.

“Malahan saya juga melepas keahlian biasa dalam DHPP,” kata Barathidasan.

Beliau berkata, surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Ketua DHPP Pusat Senator N Balasubramaniam pada 30 Dis tahun lalu.

Namun, disebabkan penundaan banyak mesyuarat DHPP Pusat akibat Covid-19, Dewan Harian DHPP PAS Pusat hanya dapat menerima keputusannya dalam mesyuarat hari ini.

DHPP adalah sayap penyokong PAS dianggotai oleh ahli bukan Islam.



MANA UMNO TERENGGANU NDAK...PAS DAH TARIK DUIT PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI UNTUK ADUN UMNO...KERUSI NAK PULUN....MARAH LA MAT SAID

 Panas! Tajuddin dedah rundingan kerusi antara UMNO dan PAS di Terengganu temui jalan buntu

Panas! Tajuddin dedah rundingan kerusi antara UMNO dan PAS di Terengganu temui jalan buntu

Hubungan erat antara PAS dan PPBM mungkin menyebabkan parti Islam itu semakin tegas dengan Umno mengenai pengagihan kerusi, menurut seorang penganalisis politik.

Ini susulan komen pengarah pilihan raya Umno Tajuddin Abdul Rahman bahawa perbincangan antara Umno dan PAS di Terengganu mungkin sudah menemui jalan buntu setelah PAS menolak cadangan Umno mengenai pengagihan kerusi.

Kata Tajuddin , beliau bertemu dengan beberapa pemimpin Umno negeri kira-kira dua bulan lalu dan pemimpin Umno Terengganu bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS, tetapi dengan syarat.

“Mereka mahukan 16 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen,” kata beliau, sambil menambah, terdapat lapan kerusi Parlimen di Terengganu.

Itu syarat yang ditetapkan oleh Umno negeri untuk bekerjasama dengan PAS.

“Pemahaman saya adalah bahawa syarat itu mungkin tidak dilayan oleh PAS,” tambah beliau.

Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said dipetik minggu ini sebagai berkata, parti itu akan bertanding di semua kerusi, baik DUN mahupun Parlimen, dan buat masa sekarang, tiada kerjasama dengan bahagian PAS.

Tajuddin berkata, PAS tidak seharusnya memiliki “mentaliti sapu bersih” di kubu kuatnya di Kelantan.

“Mereka harus bersikap budiman untuk menjadi rakan kongsi (dengan Umno) dan memberikan bahagian kerusi yang adil,” kata beliau.

Kata beliau, Umno Johor pada awalnya bersedia memberi peluang kepada presiden PPBM Muhyiddin Yassin untuk bertanding di kerusi Parlimen Pagoh yangg diwakilinya, sebagai anak tempatan yang berjaya.

Namun, ketua-ketua bahagian tidak mahu menyerahkan kerusi Pagoh kepada PPBM.

Di Perak, Selangor dan Kedah, Tajuddin berkata tidak ada masalah antara Umno dan PAS kerana kedua-dua parti mencari pendirian yang sama di semua negeri.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional tetapi di negeri tertentu, mereka mungkin mempunyai alasan tersendiri untuk tidak bekerjasama,” tambah beliau.

Bagaimanapun, penganalisis politik Azmi Hassan berkata, hubungan erat antara PAS dan PPBM mempengaruhi hubungannya dengan Umno.

“Kita mungkin melihat parti itu semakin bersikap tegas dengan Umno dalam hal pengagihan kerusi,” kata Azmi.

Kerjasama antara Umno dan PAS mungkin menjadi lemah sekiranya PAS bersedia bekerjasama di satu negeri, tetapi menolaknya di negeri-negeri lain.

Azmi percaya Umno dan PAS mungkin masih berusaha memperbaiki hubungan, tetapi ia bergantung kepada parti mana yang sanggup lebih berkorban dalam Muafakat Nasional, sebuah gabungan yang dirasmikan pada Sept 2019 untuk menentang gabungan Pakatan Harapan yang memerintah ketika itu

Why Jakarta is sinking.Awas Kelantan boleh tenggelam...



MOHD MUKHLIS

Jakarta kini makin tenggelam; punca utamanya adalah majoriti rakyat yang pam air bawah tanah kerana tiada bekalan air bersih.
Jadi perkara yang sama boleh berlaku di Kelantan jika tiada usaha yang segera dilakukan untuk membekalkan sistem bekalan air bersih yang lebih efisyen untuk mengelakkan rakyat pam air bor.




3297 KES BAHARU DAN 5 KEMATIAN . SEBAGAI IBUBAPA DAN SAYA SENDIRI, ADAKAH ANDA PERLU RISAU MELEPASKAN ANAK ANDA KE SEKOLAH ?

 

COVID-19: Kes baharu 3,297, lima kematian dan 4,456 sembuh

Hilmi Malik
COVID-19: Kes baharu 3,297, lima kematian dan 4,456 sembuh
Negeri Perak merekodkan kes harian tertinggi COVID-19 iaitu sebanyak 1,215 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Sebanyak 3,297 kes baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan enam daripadanya merupakan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.
Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 283,569.
Dalam masa sama, jumlah pesakit yang sembuh daripada pandemik berkenaan juga terus menunjukkan peningkatan dengan 4,456 kes dilaporkan sekali gus menjadikan angka kumulatif kes sembuh kini sebanyak 249,209.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, dalam tempoh 24 jam lalu juga, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang direkodkan Kementerian Kesihatan ialah sebanyak 33,304 kes.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan, pertambahan sebanyak lima kes kematian baharu turut direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,056 kes.
Sementara itu, bagi penularan mengikut negeri, Perak merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,215 kes diikuti Selangor (868) dan Johor (431).
Setakat ini, sebanyak 209 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.

PAS sepatutnya bersyukur RUU355 di tangguhkan



Cuba bagi saya faham sikit Ustaz Ahmad Husam  Dato Baderudin, hang kata time 2019 dulu hang kena larang berceramah sebab lawan DAP tapi dalam surat dah terang-terang tulis hang takdak tauliah. Jadi selama 12 tahun hang mengajar secara haram.


Hang patutnya bersyukur RUU355 tak di laksanakan lagi. Sebab kalau RUU355 di gazetkan, ikut undang-undang syariah dalam Penang sekarang maksimum denda 5 ribu ringgit / penjara 3 tahun. 


Hang bayangkan kalau dah gazet RUU355, kesalahan macam hang ni boleh kena maksimum denda RM100,000 ringgit dan 30 tahun penjara. 30 tahun penjara hang boleh kena, padahal Bosshang yang duk cium tangan tu pun kena 12 tahun penjara aja tipu duit SRC. 


Sudah tentu, yang banyak mengajar tanpa tauliah ini geng-geng lebai, tapi syok juga kalau lebai penjual agama berkumpul bersama di Sungai Buluh sebelah sel penjual bangsa. Lagi syadu kalau Tuan Guru yang dapat baca khutbah kat dalam tu kan? Mungkin persediaan untuk dihimpunkan bersama di hari kemudian. 


Tapi bila Wakedah, tarik balik tauliah hang, pasal apa hang tak kata salah DAP? Ka sebab lebai yang perintah?


Hidup ini senang, kalau tak boleh nak ambil tauliah tak payah gatal-gatal mengajar. Macam doktor tak lepas periksa, dia tak boleh praktis; benda itu biasa tapi dia tak ada la buat palatao buka klinik sendiri dan salahkan DAP.


Mohd Sharif Mohd Mukhlis




AKIBAT NAK BELAT SUNGAI, KERAJAAN KEDAH MINTA BANTUAN PUSAT...TAKUT QIMAU TURUN MAI BATAIH...KAH...


Tuuuuu...dia... yang tebuk atap pun risau jugak dengan qimau qupanya...tu dia aihhhh  tediaaaa...aihhhhh no...elok elok ayaq ada...nak pi gagah belat sungai patah balik...tu dia aihhhh no....


 May be an image of 1 person and text that says "UTARAĐaily UTARA મಡ "Kerajaan tolonglah Kedah, kemarau macam ni harimau pun turun gunung" MB February 18, 2021 1:22 pm UTARADail aily"

24 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL LEWAT PETANG





SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL. LAGI

 BERITA AKAN MENYUSUL


ULANG TAHUN RUU 355 YANG SANGKUT SAMPAI KE HARI

 INI. PAS TIPU PENGUNDINYA


 May be an image of 1 person, standing, outdoors and crowdMay be an image of one or more people, people standing, crowd and outdoorsMay be an image of bicycle, road and text that says "Ramli Ramli 16 Feb 2017 Tumpat. Dari Kedah kayuh basikal ke KL demi ruu355 tak tercabar kah anda dgn pakcik ini 13 Like Comment Share"May be an image of bus and outdoorsMay be an image of 3 people, people standing, people sitting and text


BOB KELANANG

Mereka mereka yang terpengaruh dengan bisikan syaiton....








KEPUTUSAN UMNO BERSAMA PN BAGUS UNTUK PH



Image result for pn umno




NORMAN RADZUAN


Keputusan UMNO tetap bersama PN tapi tidak akan bersama PN dalam PRU15 sangat melucukan. Ia seperti dalam peperangan ingin menyerang kubu musuh dimaklumkan kepada musuh lebih awal. Pertama kali saya dengar tektik serangan 'perang' begitu... sekarang bersama tapi nanti kita akn jadi musuh.

Berbeza dengan Anwar Ibrahim yang melakukan serang hendap. Tiba-tiba sahaja cukup majoriti. Tektik peperangan ini juga digunakan oleh Jepun ketika menyerang Pearl Harbor di awal pagi hingga melumpuhkan US Navy Base. Sejarah serangan hendap (sejarah yang tidak pasti ketulenannya ) yang berjaya dan popular, kisah bagaimana tentera Yunani menembusi kota Troy melalui Trojan Horse.

Keputusan UMNO bagus untuk PH. UMNO mesti ingat ketika ini yang berkuasa PN bukan BN. PN akan gunakan tempoh yang ada diberikan musuh politiknya untuk melemahkan UMNO. Tak mungkin Muhyiddin dan Azmin mahu biarkan begitu sahaja.

Mungkinkah Trojan Horse tektik peperangan serang hendap yang menjadi sejarah dikenang sepanjang zaman kebanggaan bangsa Yunani ini akan digunakan? Biar mereka PN dan BN bercakaran. PH tak perlu buat banyak kerja. Mereka akan tuduh menuduh antara satu sama lain..

PH fokus perkuatkan jentera, solidkan perjuangan dari sekarang dan jauhi anasir-anasir yang merosakkan. Moral dari kejadian... pemimpin-pemimpin PH jika menang jangan makan rasuah. Jika tidak anda akna diikat oleh musuh politik dengan kes-kes tersebut. Jadilah manusia bermaruah yang tidak boleh diugut dan dijual beli.

 

SAKA TUA ADALAH PARASIT.

 

Apabila Zahid Hamidi suruh AtukSAKATua cari "PERUMAH" lain utk bertenggek ini mengesahkan pandangan ramai pihak bhw SETAN Tua itu adalah PARASIT yg akan merasuki PERUMAHnya dan menyebabkan perumah itu jd umpama Zombie.

Kalau tak percaya, cuba perhatikan puak2 #K3 Oren Masam PAN dan DAP yg telah dirasuki SAKA Tua itu. Cakap depa dah merapu, fakta kelaut dan berpaling dari kebenaran. Asyik nak melambung SAKA Tua tapi menyanggah keputusan DSAI dan MP PH.

Lagi memualkan, "perumah-perumah" ni tak reti bahasa dan masih mahu mengheret SAKA Tua itu bagi menghampiri PH sekaligus sailang DSAI. Mereka terus berusaha melakukan ini seolah2 tiada KEMALUAN.

Saya pernah mencadangkan DHM dan DrMYR menyeret "perumah-perumah" yang dirasuki, terutama 3 ekoq yg berserabut, yg jenis blurr dan yg berjambang tu ke mana-mana pusat perubatan Syifa'. 3 ekoq tu perlu dirukyah.

Apapun....Zahid Hamidi telah mengesahkan SAKA Tua itu sdg cuba cari "PERUMAH" yg baru. Nampaknya UMNO tak sudi perasap kemiyan dan jamu teloq kemurok kat SAKA tu. Bagi pisang je lah biaq dia jadi "nyet' bukan "det".

Wallahualam.

- Zus Din

21 Februari 2021




AMANAH persoal kerajaan PN benarkan kasino dan pusat judi beroperasi ketika PKP

 AMANAH persoal kerajaan PN benarkan kasino dan pusat judi beroperasi ketika PKP


Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoal tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membenarkan kasino dan pusat perjudian kembali beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihaknya membantah keputusan itu yang disifatkan tidak kena pada masanya dan tiada keperluan untuk dibenarkan beroperasi.

Malah, katanya, judi membawa kepada implikasi negatif terhadap masyarakat, selain bukan tergolong dalam perkhidmatan perlu.

“Sukar difahami mengapa dalam tempoh kritikal ini kerajaan boleh benarkan kasino dan syarikat perjudian beroperasi semula. Walaupun terhad kepada golongan tertentu, namun ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada negara,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Selasa, beberapa syarikat nombor ramalan dan pengendali kasino mengumumkan kembali beroperasi selepas mendapat kebenaran daripada kerajaan.

Syarikat terbabit turut menegaskan bahawa operasi perniagaan akan dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, beliau turut meninjau operasi kedai ramalan ekor di bandaraya Alor Setar dan mendapati ia dibuka seperti biasa, manakala premis lain yang lebih perlu tidak beroperasi.

“Sesuatu yang mengejutkan masyarakat apabila Jemaah Menteri yang didokong oleh beberapa ulama dari Pas turut bersetuju dan tidak pernah membantah apabila kedai terbabit dibenarkan beroperasi.

“Di mana tahap kematangan pemimpin Islam ini. Adakah ia keperluan dalam tempoh beberapa negeri masih berdepan PKP dan PKP Bersasar,” soalnya.

Beliau secara sinis mengucapkan ‘tahniah’ kepada kerajaan atas kejayaan itu apabila membuka ruang kepada amalan tidak bermoral berleluasa dalam kalangan umat Islam. 



Warkah buat Cikgu Rafidah

 



POSTED BY AMIR WRLR



Oleh: Syed Ibrahim Syed Noh

Untuk Cikgu Rafidah, salam hormat dan salam ilmu saya ungkapkan buat cikgu. Semoga cikgu dalam keadaan sihat walafiat pada jiwa dan raga.

Saya mulakan warkah ini dengan mengutuskan tutur kekaguman buat cikgu atas tekad dan usaha cikgu dalam memandaikan masyarakat. Saya percaya, butir-butir lafaz yang cikgu ungkapkan dalam sesi pengajaran menjadi saham amal kebaikan di hadapan Tuhan nanti.

Tidak mampu berjaya tanpa guru'

Saya memohon untuk berkongsi rasa dan belas kasih atas tindakbalas sesetengah pihak yang menyanggah ikhtiar cikgu dalam sesi DidikTv baru-baru ini. Selaku individu yang banyak terhutang budi dan bakti kepada guru, saya memohon maaf atas apa yang berlaku.

Sejujurnya, keikhlasan dalam mendidik yang terpancar dari gerak laku dan lafaz kata cikgu membawa saya ke memori sewaktu belajar dahulu.

Saya terkenang pada guru-guru yang pernah mendidik saya sehingga menjadi seperti hari ini.

Malah, kegigihan cikgu untuk mengumpulkan keyakinan dan kekuatan untuk menyempurnakan sesi tersebut mengingatkan saya pada kegigihan isteri saya sendiri selaku pensyarah di universiti. Cikgu, ada mutiara kata yang menyebut, dalam seribu manusia, tiada seorang pun yang mampu berjaya tanpa guru.

Begitu tinggi letak duduk guru dalam masyarakat.

Dalam ribut ada kebaikkan

Saya yakin, ribut hari ini pastinya membawa lebih banyak kebaikan kepada cikgu berbanding keburukan kepada orang lain. Saya doakan agar dalam waktu sukar ini, cikgu dipermudahkan dalam mengolah ruang dan peluang untuk menjadi guru yang ulung. Kerana seperti murid, guru itu sendiri tidak akan pernah berhenti belajar.

Salam hormat dan salam ilmu buat Cikgu Rafidah Rahmat.

“Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredhaan-Mu yang agung, di tempat yang disenangi di sisi-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di antara penyayang.”

__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Ledang dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor