DAP TIADA KAITAN LTTE – MUHYIDDIN

TANJUNG PIAI: CALON BN DARI MCA?

MERAPU SELEPAS GAGAL TUBUH KERAJAAN PINTU BELAKANG.

RM13.9 bilion terpaksa dibelanjakan bayar hutang 1MDB, SRC sejak 2017 – Guan Eng


Kenyataan media Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.


Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020, sejumlah RM2.7 bilion telah disediakan untuk 2020 untuk melunaskan bayaran khidmat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC). Pada tahun 2019, sebanyak RM2.4 bilion perlu dibayar untuk bayaran-bayaran tahun ini. Selain daripada menggunakan dana awam, bayaran-bayaran ini juga bergantung kepada dana pemulihan aset 1MDB sebanyak kira-kira RM1.45 bilion setakat ini yang berjaya dikembalikan, serta kutipan derma orang ramai kepada Tabung Harapan Malaysia sebanyak RM203 juta. 

Di samping itu, Kerajaan (melalui Kementerian Kewangan dan syarikat MKD lain) telah membuat pembayaran balik hutang sebanyak RM8.8 bilion bagi pihak 1MDB dan SRC untuk tahun 2017 (RM6.7 bilion) dan 2018 (RM2.1 bilion). Ini bermakna RM13.9 bilion perlu dibelanjakan sejak 2017 hingga 2020 untuk 1MDB dan SRC. 

Pembayaran balik hutang-hutang 1MDB dan SRC tersebut telah disembunyikan oleh kerajaan terdahulu dan hanya didedahkan selepas Kerajaan Persekutuan bertukar pada 9 Mei 2018. Jelas sekali, pembayaran balik Kerajaan untuk membiayai kerugian- kerugian akibat skandal 1MDB dan SRC adalah sebahagian daripada skim penyelewengan kewangan dan salahlaku “kleptokrasi” kerajaan terdahulu. 




Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata bahawa salah satu daripada cabaran terbesar selepas menumbangkan rejim kleptokratik tersebut, ialah membersihkan kerosakan yang ditinggalkan dan membina semula negara kerana ia perlukan banyak usaha, masa dan kewangan, sambil menambah “apa yang kami temui adalah jauh lebih teruk daripada apa yang kami percaya”. Skandal kewangan dan penyelewengan oleh kerajaan terdahulu samada berkaitan dengan 1MDB atau yang bukan 1MDB dianggarkan membabitkan kira-kira RM150 bilion. 

Kes 1MDB sahaja melibatkan jumlah sebanyak RM 51 bilion termasuk faedah yang hanya akan dilangsaikan sepenuhnya pada tahun 2039. Bayangkan betapa besar impak jumlah RM13.9 bilion, yang perlu dibelanjakan sejak 2017 hingga 2020 untuk membiayai kerugian skandal 1MDB dan SRC, sekiranya ia dapat digunakan untuk kebajikan rakyat. Walaubagaimanapun, Kerajaan ini akan tetap komited untuk menunaikan amanah menjalankan pembangunan dan kebajikan rakyat. 


BELUM PRU LAGI, BARU PRK TG PIAI, MEREKA DAN BEREBUT KERUSI



Puak yang sememangnya kemaruk kuasa dan jawatan, mereka peduli apa.  Mulut je cakap mereka bersatu tapi masing2 kemaruk dan tamak.




PH dikatakan berpecah, tapi PH steady je letak calon di Tg Piai.  PH dikatakan dikawal oleh Dap, tapi kita buktikan di dalam PH tiada siapa yang jadi "bos" atau "abang", kita utamakan muafakat dan akhirnya semua setuju calon Melayu Islam, seorang Imam dan terpelajar diangkat sebagai calon.

Pembangkang pula masih bercakaran.  Di sebalik kempen hebat "Buy Muslim First" (BMF) dan boikot barangan Cina, Pembangkang jadi buntu untuk letak calon di Tg Piai.  Gerakan sudah umum letak calon mereka.  MCA dah dpt restu Umno Johor untuk letakkan calon, tapi Umno Tg Piai sendiri berkeras untuk meletakkan calon mereka.  Jika tidak, Umno Tg Piai akan boikot PRK Tg Piai.  

Pas macam biasa, jadi balaci dan mahu jadi tukang pacak bendera Dacing baghdad je lah.  Janji dpt pahala jihad, kata lebai.

WFAUZDIN NS

ZURAIDA CAKAP TAK SERUPA BIKIN. SIAPA YANG HARUS "MOVE ON" SEBENARNYA?



Ketua Wanita PH, Zuraida Kamaruddin berkata, gabungan itu tidak perlu lagi menyentuh atau membincangkan mengenai isu peralihan kuasa Perdana Menteri ke-8.
Menurut Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ini kerana sudah tiba masanya pemimpin PH mula bekerja dan memberi perkhidmatan kepada rakyat.
“Kita dah tak nak sentuh isu ini. Tiada lagi isu Perdana Menteri ke-8, tak ada lagi isu pengkhianatan.
“Kita kena ‘move on’ dan mula buat kerja dan fokus kepada ekonomi dan beri perkhidmatan kepada rakyat,” kata beliau.
Zuraida berkata demikian sebagai mengulas ucapan Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengesahkan adanya cubaan menghalang beliau daripada menggantikan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Anwar ketika berucap dalam Kongres PKR di Sabah semalam mengesahkan memang ada ‘pengkhianat’ yang mahu menghalang peralihan kuasa yang sudah dipersetujui kepadanya.
Tanpa menamakan siapa, Anwar berkata pengkhianat itu banyak membuat tuduhan yang seolah-olah menunjukkan beliau tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri.
Sementara itu, mengulas tuntutannya berhubung mesyuarat rekonsiliasi, Zuraida yang juga Naib Presiden PKR berkata beliau masih menunggu.
“Saya masih menunggu. Saya menunggu,” katanya ringkas.
Anwar pada 17 September menegaskan tidak bersedia dengan tuntutan anggota Parlimen Ampang itu agar mesyuarat rekonsiliasi diadakan antara Presiden PKR itu dan pihak dalam parti itu yang tidak berpuas hati dengannya.
Sebaliknya, kata Anwar, beliau boleh berjumpa dengan mereka dalam banyak mesyuarat biasa PKR yang mereka pulaukan.
Tegas beliau, mesyuarat biro politik PKR diadakan setiap Rabu, manakala mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu pula diadakan pada setiap bulan dan mereka ada banyak ruang terbuka untuk berjumpa dengannya.
Tidaklah sukar memahami bahawa kata-kata Zuraidah berkenaan “move on” itu sebenarnya lebih ditujukan kepada Anwar berbanding sesiapa yang lain.
Selain beliau secara khusus mengulas ucapan Anwar di Konvensyen UMNO Sabah berkenaan isu peralihan kuasa, kebelakangan ini memang terlihat Presiden PKR itu sendiri yang banyak mengulas mengenainya.
Tetapi, ulasan Anwar adalah berdasarkan pertanyaan wartawan atau Ahli-Ahli Parlimen yang ingin tahu dengan lebih jelas berhubung peralihan kuasa yang masih lagi kabur sehingga ini.
Seolah-olah dengan kata-kata Zuraidah itu, Anwar sekarang tidak “move on” dan hanya menumpu kepada cita-citanya menjadi Perdana Menteri semata-mata.
Soalnya, sementara Zuraidah menegur Anwar seperti tidak “move on”, apakah beliau sendiri sudah “move on”?
Kenapa beliau tak habis-habis menunggu mesyuarat rekonsilasisi dengan Anwar, tetapi masih enggan hadir mesyuarat PKR?
Bukankah jika beliau sendiri “move on”, beliau sepatutnya terlebih dahulu menunjukkan teladan dengan hdir mesyuarat PKR, baik mesyuarat mingguan biro politik atau mesyuarat bulanan MPP?
Kenapa masih tak “move on” lagi, tapi pandai pula mahu Anwar “move on”?
Cehhh….cakap tak serupa bikin betul perempuan ni!!! (ShahbudinHusin 29/10/2019)