MEMAHAMI MAKNA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT MELALUI PERALIHAN KUASA



Dari masa ke semasa, topik peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim, terus menjadi bualan dan kadangkala hangat diperkatakan.
Tidak saja kepada orang awam dan wartawan yang suka bertanyakan perkara itu, di Dewan Rakyat sendiri pun topik itu kerap menjadi soalan celahan Ahli-Ahli Parlimen yang mahukan kepastian.
Semalam, ketika Anwar membahaskan Belanjawan 2020, beberapa Ahli Parlimen BN bangun bertanyakan soalan tersebut dengan sasaran utama ialah tempoh Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri dan tarikh penyerahan jawatan kepada beliau sebagai penggantinya.
Secara tersuratnya, sebagaimana yang dijelaskan oleh Anwar, perjanjian berkaitannya telah pun dimetrai pada 7 Januari 2018, empat bulan sebelum PRU14 dan ketika beliau masih di dalam penjara ketika itu.
Perjanjian itu mengatakan sekiranya PH menang PRU14, Tun Mahathir akan menjadi Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Timbalan Perdana Menteri dan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 setelah dibebaskan daripada penjara dan layak memegang jawatan tersebut.
Seiringan dengan itu, dua perkara lain yang dipersetujui dalam perjanjian itu ialah membebaskan Anwar daripada penjara seberapa segera yang boleh dan kemudian memohon pengampuan daripada Yang Dipertuan Agong bagi membolehkannya kembali aktif serta memegang jawatan dalam politik.
Meskipun tiada tempoh masa disebut, tetapi yang jelas ialah hanya Anwar dinamakan sebagai pengganti tunggal jawatan Perdana Menteri selepas Tun Mahathir.
Dalam hal ini, Anwar turut menyebut, isu peralihan kuasa itu bukan boleh diputuskan oleh dirinya seorang dan tidak boleh juga dibuat sendirian oleh Tun Mahathir.
Ia sebaliknya, tegas beliau, akan ditentukan oleh ketua-ketua parti gabungan dalam PH.
Itu adalah yang tersurat, manakala yang tersiratnya ialah sebagaimana kita sedia maklum, semua ketua-ketua parti iaitu Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP, Mohamad Sabu selaku Presiden Amanah dan Anwar sendiri selaku Presiden PKR, sentiasa berpegang teguh kepada perjanjian peralihan kuasa itu.
Kesemua mereka tetap mahukan Anwar menjadi pengganti Tun Mahathir.
Sama ada tempoh penyerahan jawatan itu dua tahun, dua tahun setengah atau kurang daripada itu, ketua-ketua parti bersama anggota lain dalam Majlis Presiden PH yang akan membuat penentuan akhirnya.
Selain itu, sebaik PH menang PRU14 lalu, Anwar segera dibebaskan dan permohonan pengampunannya juga diterima dengan senang hati oleh Yang Dipertuan Agong.
Apa yang tersirat daripada hakikat ini ialah Tun Mahathir selaku Perdana Menteri sendiri mahu kedudukan Anwar sebagai penggantinya tidak diragui atau ditangguh-tangguhkan.
Lebih daripada itu, Yang Dipertuan Agong yang sedia memberi pengampuan juga menggambarkan kesediaan baginda melancarkan lagi proses peralihan kuasa itu.
Jika Tun Mahathir mahu, beliau tentu saja boleh melengah-lengahkan proses pembebasan dan pengampunan buat Anwar.
Makna kata, secara tersiratnya Tun Mahathir memang sejak awal mahu Anwar sebagai penggantinya.
Dengan sendirinya, tindakan Tun Mahathir menyediakan laluan itu bermakna usaha sesetengah pihak yang berterusan mahu beliau menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal tiada kerelevannya.
Di sebalik pelbagai pihak masih ada keraguan terhadap peralihan kuasa itu, tetapi jika difahami apa yang tersurat dan tersirat berhubung perjanjian itu, tiada apa-apa masalah besar yang menjadi halangan untuk ia dilaksanakan sebenarnya.
Yang belum pasti hanya masanya saja, namun setakat ini Anwar nampaknya tetap sabar menunggu janji itu ditunaikan, manakala Tun Mahathir masih kekal dengan ikrar janji yang akan dikotakannya itu.
Kecuali jika  ada pihak yang sengaja cuba mencari masalah, maka bukan saja peralihan kuasa akan bermasalah, malah PH pun berdepan masalah. (ShahbudinHusin 17/10/2019)


KELANTAN PERLU KE MAHKAMAH SELESAI ISU LOKASI TELAGA MINYAK

SELALUNYA BILA MENAFIKAN, ADALAH KEBENARAN.



Apa lagi yang patut dilakukan selain membuat penafian?
Sebab, tentulah pula mustahil untuk mengiyakan?
Maka, penafian adalah lumrah dan satu-satunya jawapan yang dilihat mampu menyenangkan.
Benar atau tidak, hanya masa dan keadaan akan datang akan menentukannya.
Hishammuddin Hussein tampil menafikan dakwaan mahu membentuk kerajaan baru dengan mengenepikan DAP dan Amanah.
Tun Mahathir Mohamad yang ditanggapi banyak pihak sebagai merestui usaha dan idea Hishammuddin itu juga turut membuat penafian.
Tetapi, selalunya…daripada penafian ia menjadi sesuatu yang benar akhirnya.
Sudah banyak contoh, terutama berkaitan kejadian politik yang mengejutkan, semuanya bermula dengan penafian.
Sana nafi, sini nafi…akhirnya itulah yang terjadi.
Bak kata pepatah, kalau tiada angin, takkan pokok bergoyang.
Lantaran itu, walau sudah dinafi, PH mesti terus berhati-hati.
Untuk sementara waktu, seperti kata Anwar sendiri, penafian itu adalah berita gembira.
Tetapi, bukan untuk selama-lamanya boleh bergembira dan jangan sesekali leka dengannya.
Kerapkali penafian hanya untuk melekakan orang supaya rancangan yang sama atau dalam bentuk lain dapat diteruskan lagi.
Pokoknya, jangan sesekali berhenti berhati-hati. (ShahbudinHusin 16/10/2019)


NAJIB ARAH FELDA BELI HARTANAH UNTUK TUJUAN POLITIK?

PERALIHAN KUASA TUN M – ANWAR BERLAKU IKUT JADUAL

(function() { var d = document, w = window; w

BICARA KEDAULATAN RAKYAT: DEMOKRASI DIHANCURKAN - YB HJ MOHAMAD SABU, PR...