[TERKINI] Sidang Media Presiden UMNO


Ikuti sidang media Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berlangsung di di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn, Kuala Lumpur



RENTASAN 799 | TOLAK KERAJAAN PN UNTUK 'BERSAMA' ANWAR, UMNO BAKAL HILAN...

MUNAFIK....HUKUM IKUT SUKA

 

Spesis Munafik yang suka jatuh hukum mengikut kesesuaian politaik mereka dengan menggunakan DALIL-DALIL jahil tertentu..

SR


Image may contain: text that says "BANJIR BALA atau UJIAN ALLAH mengikut acuan hukum walaun UJIAN Tingkat Darjat BALA Report Polis UJIAN Tingkat Darjat BALA Report Polis UJIAN Rakan PAS Allah akan tolong BALA Report ReportPolis Polis SR nisat sioa UJIAN Rakan PAS Allah akan tolong"




Annuar beli insurance untuk selamat diri

 

Annuar beli insurance untuk selamat diri

ULASAN

Sidang akhbar Annuar seperti
melempar bom ke diri sendiri.
 
HARI ini kolam politik negara berkocak dengan sidang akhbar yang diadakan oleh Ketua Umno Bahagian Ketereh Annuar Musa. Sidang media itu memberi bahan panas kepada media massa apabila beliau mendedahkan apa yang berlaku dalam kelambu rumahnya, Umno.

Sidang media itu dibuat sebagai tindakan balas Umno yang memecatnya sebagai Setiausaha Agung BN, semalam dan diganti dengan Ahmad Maslan.  

Sidang media itu itu juga seperti mahu menghantar masej kepada MKT Umno yang akan mengadakan mesyuarat bagi membincang usul daripada bahagian Umno yang menolak untuk terus berkerja sama dengan PPBM yang dianggap ular Lidi nak jadi Naga.

Apa yang didedahkan Annuar hari ini adalah beberapa perkara yang sebenarnya sudah pun diketahui umum tetapi bersifat "misteri" dan dianggap "fitnah" atau surat layang sahaja. 

Misalnya mengenai sikap diambil Zahid Hamidi dan beberapa orang ahli Parlimen Umno memberi sokongan (SD) kepada Anwar Ibrahim untuk menumbangkan kerajaan Curitokrasi sekaligus jadi perdana menteri. 

SD atau surat sokongan Zahid kepada Anwar dihantar kepada Yang diPertuan Agong sudah beredar sebelum ini. Dan pendedahan Annuar itu mengiyakan apa yang sudah diketahui umum itu. Ahli Parlimen Ketereh itu mempunyai motif tersendiri kenapa dia membuat pendedahan yang nampaknya seperti mahu damage presidennya. 

Dalam pada itu pendedahan surat Zahid kepada Agong itu, dan tidak bersetuju dengan pendirian Zahid menjelaskan bahawa kebencian politiknya kepada Anwar Ibrahim tidak pernah padam. Tidak dapat disangkal lagi antara orang bekerja keras bagi menjamin Anwar tidak akan jadi PM adalah Menteri Wilayah Persekutuan itu.  

Dari sejarahnya Annuar adalah salah seorang yang bersetuju bersama OT95 tahun 1998 yang memecat Anwar Ibrahim daripada Umno dan jawatan kerajaan. Bahkan beliau juga menjadi sub agen kepada konspirasi menjatuhkan Anwar. Saya ada cerita eksklusif mengenai hal ini bagaimana Annuar memainkan peranannya.  

Selain itu dalam sidang media tadi Annuar mendedahkan kemelut atau krisis kepimpinan berlaku dalam Umno kini. Secara umumnya beliau mengariskan beberapa perkara menyebabkan beliau tidak sedia bersekongkol dengan tindakan Zahid dan mengambil sikap yang liar dan tidak beretika itu. 

Antara dakwanya, kerana Zahid menyokong Anwar, mahu bersama DAP membuat jajaran politik baru, percubaan menggugat kestabilan kerajaan Curitokrasi, serta sikap "flip flop" pengerusi BN (Zahid) dan pertelagahan secara terbuka. Itulah sebab-sebab dikatakan Annuar menyebabkan beliau tidak sedia untuk bersekongkol. Ehwah...berintegriti nampak.

Dalam sidang akbar itu beliau selah-olah menyampaikan khutbah wida' perpisahan dengan Umno. Panjang lebar dan mendayu-dayu khutbahnya yang sudah difikir berhari-hari. Annuar cuba mempamerkan kehebatannya sebagai burung Merak yang berbulu emas, tetapi jubur bercepuah dengan tahi. Kononnya dia seorang berprinsip, berani kerana benar. 

Orang tidak mengenali kelicitan Annuar akan mengkaguminya, tetapi tidak kepada yang sudah kenal bau hampak ketiaknya dan sejauh mana pancukan hancing kencingnya. Segala apa beliau sebut itu seolah-olah disengajakan agar Umno mengambil tindakan kepadanya. Apa yang diharapkan Annuar Umno memecatnya. Annuar meyimpan strategi tertentu di sebalik tindakannya hari ini. 

Annuar memang mahu dia dipecat daripada Umno. Kenyataan beliau tadi adalah merupakan insurance untuk masa depan politiknya. Keputusan atau tindakan Umno kelak menjadi seperti orang mengantuk disorong bantal buatnya. Mungkin ia sudah diframekan demikian rupakan. Terkilas ikan di air kita sudah ketahui jantan betinanya. Sebelum ini Annuar telah membuat onar dalam Umno bertindak diluar peraturan etika penjawat jawatan parti apabila bercakap melewati presiden. Ada unsur-unsur meremehkan presidennya. 

Dia juga sebelum ini beberapa kali telah menyalah-gunakan atau obius kedudukannya sebagai Setiausaha Agung Umno, kemudian Setiausaha Agung BN. Ada kenyataan-kenyataan yang beliau mendahului presiden atau pun bercakap seolah-olah beliau telah diberi kuasa penuh. Keadaan itulah menyebabkan beliau dilihat telah menyalahkan kedudukannya. 

Kerana tindakan itulah menyebabkan beliau dipecat sebagai Setiausaha Agung Umno tetapi masih dipelihara oleh Zahid dengan melantiknya menjadi Setiausaha Agung BN. Tidak ramai memahami kenapa beliau dipecat sebagai Setiausaha Agung Umno, kerana ia telah disihirkan sebagai dinaikan pangkat oleh kuncu-kuncunya?

Dalam sidang media tadi beliau mengisahkan dirinya kononnya segala apa yang disebut, telah diputuskan dalam mesyuarat parti dan beliau hanya sekadar memaklumkan sahaja. Isengnya beliau tidak tahu kenapa tindakan diambil ke atasnya.  

Kalau benar parti (MKT) ada memutuskan, seperti didakwanya itu setengah berupakan rahsia dan taktikal parti, tidak sepatut beliau mendedahnya. Tampak sangat yang beliau seorang yang bongok dalam politik. Tidak tahu membaca apa yang tersirat daripada apa yang tersurat. 

Namun saya tidak melihat begitu naif politiknya sebaliknya beliau sengaja melakukan itu kerana motif dan tujuannya. Sebagai sebuah badan siasah ada ketetapan dan keputusan parti tidak perlu didedahkan atas maslahat, tetapi itu tidak dihiraukan olehnya. Misalnya apa disebut dalam sidang akhbar hari ini suatu tindakan melanggar peraturan apabila menghina presidennya sendiri.

Benar Zahid bersalah dan lemah tetapi cara menempelakkan begitu bukan cara tertib oleh pemain politik profesional.

Tidak hairan kalau beliau seperti berlawan dengan Zahid. Annuar yang kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Umno, sudah tahu ke mana haluan dan hujung jatuh politiknya. Kekalahan itu menjadikan dirinya kecil dan menirus, maka beliau perlu membina kekuatan dan membesarkan dirinya. Sementelahan usianya juga sudah merangkak ke senja. Dia perlu jadi "getah urat" yang dimasukkan dalam minyak gas supaya mengembang dan menjadi tebal. 

Caranya dia membuat kenyataan yang tidak sehaluan dengan presiden, malahan menentang presiden bukan secara berlindung lagi tetapi secara terbuka. Ada sisi-sisi menghina dan mengaibkan presiden. Apakah itu erti kesetiaan yang dilaungkan. Menyebut Zahid sedang berhadap dengan pertuduhan di mahkamah ia dan membandingkan dengan kesalahan Muhyiddin semasa dipecat daripada Umno kerana skandal 1MDB dengan kesalahan dilakukan Zahid jelas satu penghinaan.

Hubungan atau haluan politik beliau dengan Zahid tidak berjalan betul dan mesra bukan baru tetap sejak di era merebut jawatan Ketua Pemuda tahun 90an lagi. Annuar pernah kalah ditangan Zahid Hamidi dan tidak dapat menerima Zahid kerana berasakan dia lebih handsome daripada Zahid. Memang ada benarnya kalau dari segi wibawa dan perwatakan (leadership) dia dilihat lebih berwibawa dan pantas berbanding Zahid. Tetapi kelebihan itu bukan syarat untuk dia mengatasi Zahid. 

Bertolak dari itu maka beliau senantiasa cuba menyaingi Zahid, dan menjadikan Zahid sebagai seteru  politiknya secara diam. Hakikat ini diketahui oleh semua orang Umno. 

Apabila dia telah mendedahkan rasia dikatakan rahsia yang sudah tidak jadi rahsia itu, yakni surat sokongan Zahid kepada Anwar, menunjukkan Annuar telah mengistyharkan perang dengan Zahid. Dan dia juga mungkin menghitung nasib dan hari-hari akhir dalam Umno. 

Sekali lagi saya sebutkan kesimpulan atau apa dimahui Annuar dengan apa dilakukan itu dia mahu diambil tindakan oleh Umno. Dia membuat kenyataan itu berharap sokongan dan simpati ahli Umno. Jadi dengan apa yang berlaku itu jangan rasa pelik kalau Annuar akan mengumum menyertai Bersatu kerana itu yang dikehendakinya.

Justru sebaik-baiknya Umno kena tahan pedih jangan sesekali pecat Annuar tetapi tindakan terbaik jangan berikan watikah untuk bertanding dalam Piraum nanti.

Politik kepentingan dirinya tidak pernah berakhir. Apa yang dibimbang ialah kedudukannya di Parlimen Ketereh. Kenapa dia jadi gila untuk berta'awun dengan Pas mempertahankan MN tujuannya untuk menyelamatkan kerusi Parlimen Ketereh. Beliau berharap Pas akan menerima budinya dengan melepaskan kerusi itu kepadanya. 

Annuar tahu pengaruh dan kedudukannya di Ketereh bukan kuat sangat. Kalau Pas buat gila berdepan dengannya dalam Piraum ke-15 beliau boleh menangis tidak berlaku, kalah. Kekalahan di kerusi Ketereh merupakan kiamat buat Annuar seperti kalahnya Inche Ibrahim di Pasir Mas.

Cukup berhenti Solat dahulu. [wm.kl. 8:34 pm 06/01/2021]


MERENUNG NASIB MALAM INI.UMNO MESYUARAT DAN BERSATU PUN MESYUARAT

 Image may contain: one or more people, people dancing and people standing


Tok Mat jalan sopan je ke mesyuarat MKT UMNO malam ni. Mesti ada perbincangan mengenai suara akar umbi bahagian-bahagian UMNO seluruh negara yang lebih 2/3 menolak untuk bersama Bersatu dan bersama kerajaan PN.



Image may contain: one or more people, people standing and shoes, text that says "AEDAED"



DAH NAK TUMBANG PUN KENCING LAGI- MELAYU ISLE

 Image may contain: 2 people, text that says "PN KENCING LAGI!! MUSTAPA MOHAMED Menteri MITI Malaysia Kerajaan PN batalkan High Speed Rail (HSR) kerana keadaan ekonomi tidak mampu akibat Covid-19 Januari 2021- ONG YE KUNG Menteri Pengangkutan- Singapura Singapura tak setuju permintaan Malaysia yang tak mahu tender terbuka dan dipantau bersama dengan Singapura 4Januari 2021-"

MACAM LEBAI JUGA...OWHH...DARI NEGERI TU JUGA...

 


UMNO JANGAN BERGANJAK LAGI.ANNUAR MUSA MEMUDAHKAN MT MEMBUAT KEPUTUSAN MALAM INI.

 

Segala-galanya kini sudah terdedah secara terbuka dan bukan merupakan suatu rahsia lagi.

Menjelang mesyuarat MT UMNO malam ini di mana parti itu akan membuat keputusan penting berhubung kedudukannya dalam kerajaan PN, Annuar Musa tampil mendedahkan tentang surat sokongan Zahid Hamidi yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Kata Annuar yang semalam dipecat sebagai Setiausaha Agung BN, surat Zahid Hamidi yang ditandatanganinya bersama Najib Razak kepada Agong itu adalah tulen.

“Saya tahu semua sekali dan surat ini saya sudah semak dengan banyak pihak dan surat ini adalah tulen.

“Dalam surat ini antara perkara-perkara yang disebut ialah menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang, menukar Perdana Menteri dan menjanjikan kesetiaan kepada Anwar,” kata beliau ketika sidang medianya yang dilihat lebih berupa serangan kepada Zahid Hamidi kerana memecatnya sebagai Setiausaha Agung BN.

Dengan pendedahan Annuar ini, bersekali pula majoriti UMNO bahagian-bahagian telah meluluskan usul enggan bekerjasama dengan Bersatu dan tidak mahu berada lebih lama dalam kerajaan PN, bermakna apa yang cuba diusahakan Zahid Hamidi selama ini tidak perlu disembunyikan lagi.

MT UMNO malam ini hanya perlu mengesahkan saja keputusan UMNO bahagian-bahagian itu, sambil memutuskan tindakan susulan yang sewajarnya bagi menjadikan apa yang dirancang benar-benar menjadi kenyataan.

Sebagaimana bukan rahsia juga, bahkan sudah dibincangkan dalam perjumpaan Zahid Hamidi dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian semalam, tindakan susulan yang dinanti-nantikan ialah pengumuman penarikan sokongan terhadap Muhyiddin yang diikuti dengan arahan agar Ahli-Ahli Parlimen UMNO meletakkan semua jawatan dalam kerajaan dan GLC.

Hanya yang menjadi persoalan, bilakah tindakan itu akan dilakukan – berkuatkuasa serta-merta atau sebelum 1 Februari akan datang?

Dalam hal ini, oleh kerana semuanya tiada lagi yang rahsia, tindakan menarik sokongan dan meletakkan jawatan haruslah dilakukan dengan segera atau serta-merta tanpa perlu menunggu sehingga 1 Februari atau tarikh-tarikh lain lagi.

Lagi pun, untuk apa perlu ditunggu atau ditangguh-tangguh lagi?

Yang ditakuti, menangguhkan lagi tindakan menarik sokongan dan menjatuhkan Muhyiddin hanya akan menjejaskan nama Zahid Hamidi dan UMNO itu sendiri seolah-olah ada tawar-menawar yang masih diharapkan dengan Perdana Menteri.

Tindakan itu dengan sendirinya akan turut membuatkan akar umbi UMNO sendiri hilang percaya serta hormat kepada Zahid Hamidi dan MT lantaran apabila mereka meluluskan usul di bahagian-bahagian baru-baru ini, ia pastilah dengan tekad dan keyakinan mereka untuk sedia berdepan dengan apa saja kemungkinan.

Sama ada selepas tindakan menarik sokongan itu akan berlaku PRU15 seperti yang diharapkan UMNO ketika ini atau bakal terbentuknya kerajaan baru kerana mungkin Agong berasakan tidak sesuai mengadakan pilihanraya, UMNO harus berlapang dada dan sedia menerima apa saja kemungkinan yang datang.

Tambahan lagi, bukankah menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri melalui surat yang dihantar Zahid Hamidi dan Najib kepada Agong telah disahkan sendiri oleh Annuar sebagai tulen dan asli?

Jadi, tidakkah sama ada terbentuk kerajaan baru dengan Anwar menjadi Perdana Menteri atau berlaku PRU, kedua-duanya adalah apa yang dikehendaki oleh Zahid Hamidi, Najib dan UMNO juga?

Pengesahan Annuar bahawa surat tersebut sebagai tulen, bukan saja mengesahkan Anwar memang mempunyai cukup angka ketika mengadap Agong sebelum ini, bahkan ia juga sepatutnya memudahkan lagi kerja MT UMNO membuat keputusan malam ini.

Jalan terus dengan apa yang yang sudah ditekadkan kerana yang lebih penting, menarik sokongan dan menjatuhkan Muhyiddin dengan segera adalah satu-satunya jalan untuk menyelamatkan masa depan UMNO daripada terus dibuli, malah mungkin ditelan oleh Bersatu.

 (Shahbudindotcom 06/01/2021)



Banjir dah serata negeri ni. Hudud tak buat jugak.


Rina Hamzah


Masa jadi pembangkang berpuluh tahun ratib HUDUD.. HUDUD.. HUDUD..

Dah jadi kerajaan terus tutup mulut.

MAKA.. Terus berterusan tonggang agama.. walaun walauntit terus berterusan wala' diperbodohkan..🤭

SR



Kenyataan Tan Sri Annuar Musa apa kesan dari serang beliau terhadap Zahid Hamidi....


Hamdan Taha


1. Kenyataan annuar musa hari ini membuktikan dengan jelas kerajaan PN telah hilang mejoriti MP apabila beliau menyebut zahid dan beberapa mp umno telah tanda tangan SD menyokong Anwar Ibrahim.

2. Terbukti apa yang di nyatakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim ketika berjumpa Agung bahawa beliau cukup sokongan sebenarnya adalah benar. Semasa itu Annuar Musa berkata Anwar Ibrahim berbohong dan tidak bercakap benar

3. Kenyataan Annuar Musa atau Adam panggilan di Jakarta dengan menyerang presiden umno membuktikan ahli politik tidak ada setia kawan. Semasa di lantik jadi SU umno nadanya lain apabila jadi SU BN nada dan tariannya lain. Bila tak ada jawatan tarian tukar jadi lain juga...

4. Keyataan Annuar Musa membuktikan beliau sebenarnya tidak pernah pun ada rasa hormat terhadap Zahid Hamidi bukan kisah baru tetapi dari tahun 1996 apabila mereka bersaing jawatan ketua pemuda umno malaysia. Ketika itu Annuar musa menteri penuh dan Zahid pengerusi BSN tapi lawan tetap Annuar kalah. Setakat ini beliau belum pernah berjaya mengalahkan Zahid.

5. Keyataan Annuar Musa hari ini membuktikan semua MP umno termasuk Annuar Musa adalah orang yang menjaga kepentingan peribadi mengatasi agama dan negara. Berperang secara terbuka dan dedah mendedah apabila sudah tidak berkawan...


GiLa



ANWAR TIDAK BOHONG

 

Faezuddin Puad

1. 22 September 2020, Presiden Keadilan, Anwar Ibrahim dengan yakin mendakwa ada majoriti kukuh dan umum kerajaan PN pimpinan Muhyiddin tumbang.

2. Sokongan yang ada pada beliau menyakinkan dan kukuh. Kerajaan yang bakal ditubuhkan pula merupakan kerajaan majoriti melayu-Islam yang tidak mengabaikan hak-hak kaum lain. 

3. Selepas daripada itu ramai yang sinis. Ada yang tak yakin. Ada yang kata Anwar Ibrahim sekadar sembang kosong atau bercakap bohong. 

4. Selepas tiga bulan berlalu, hari ini Annuar Musa mendedahkan bahawa Zahid Hamidi, Presiden UMNO sememangnya ada memberikan sokongan bertulis kepada Anwar Ibrahim.

5. Kemudiannya sokongan bertulis itu benar-benar dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong.

6. Patutlah banyak kebetulan terjadi susulan pengumuman Anwar Ibrahim 3 bulan yang lalu. Kebetulan tiba-tiba ada PKPB di Selangor. Kebetulan juga tiba-tiba Muhyiddin mencadangkan kepada Yang Di-Pertuan Agong supaya melaksanakan Darurat.

7. Rasanya sekarang ini semua mulai faham akan kebetulan yang berlaku. 

8. Apa-apa pun, maknanya selama ini dakwaan Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti yang kukuh dan menyakinkan adalah benar. Kerajaan Muhyiddin sepatutnya tumbang juga benar.

9. Ternyata Anwar Ibrahim tidak berbohong kepada Rakyat Malaysia. 


Wallahualam.


GEMPAR!!! ANNUAR MUSA Sahkan SD ZAHID Sokong ANWAR Jadi PM - BETUL!!!


Tit for Tat! Selepas di pecat sebagai Setiausaha Agung BN oleh Zahid Hamidi semalam. Hari ini Annuar muncul di Sidang Media mendedahkan kesahihan Surat Sokongan Bersumpah SD kepada YDPA bagi menyokong Anwar menjadi PM9, Sekaligus menjatuhkan kerajaan PN Muhyiddin Yassin

UMNO MENCARI DAHAN BERPAUT, TERMASUK DAP




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata PPBM perlu berusaha untuk menawan kerusi milik pembangkang yang dahulunya rakan mereka di dalam Pakatan Harapan. “Kita bukan dengki atau nak bunuh siapa-siapa tetapi kau (PPBM) yang nak bunuh kita. Takkan UMNO dayus nak diam sahaja. Saya selaku timbalan presiden parti saya akan lawan untuk parti,” katanya dalam program bual bicara anjuran Studio UN9 di Facebook.



KALAU "LIWAT" KENAPA ANWAR JADI PRESIDEN PKR?PERLUKAH TUN BERADA DALAM P...

HELLO MENTERI, KES TU KECIK SAJA...BANYAK MENTERI KENA TENGOK LA ...BALAK MACAM MANA...

Tak dak sivik punya wanita..rumah dia penuh sampah pa....


Menteri harap wanita buang sampah ke sungai tampil mohon maaf


Menteri harap wanita buang sampah ke sungai tampil mohon maaf

Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man meluahkan rasa kesal ke atas sikap individu yang dirakam membuang sampah dari kereta ke sungai seperti tular di media sosial sejak semalam.

Katanya ketika kementeriannya giat melancarkan kempen menjaga kebersihan sungai, masih ada segelintir orang enggan menjayakannya.

Menurut timbalan presiden PAS itu lagi tindakan golongan terbabit sebenarnya tidak mempedulikan kebersihan sumber air yang ada.

“Saya ingin melahirkan rasa kecewa di atas sikap yang ditunjukkan.

“Dalam usaha kementerian melancarkan kempen menjaga sungai, masih ada segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan kebersihan sumber air kita,” katanya dalam hantaran di Facebook malam tadi.

Terdahulu video berdurasi 20 saat itu memaparkan tindakan dua wanita menjengar melalui tingkap sebuah kereta sebelum melemparkan bungkusan sampah ke arah sungai ketika mereka melalui laluan berkenaan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah jambatan di Kelantan dan individu berkenaan juga menaiki kereta bernombor pendaftaran negeri itu.

Sehubungan Tuan Ibrahim berharap pelaku perbuatan itu dan tampil memohon maaf atas perbuatan buruk tersebut.

“Pelaku seharusnya insaf dan diharap dapat memohon maaf atas sikap buruk yang ditunjukkan itu.

“Terima kasih juga kepada yang membuat rakaman,” katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Jika tak puas hati kena pecat pun, jangan buat fitnah – Najib

 

Jika tak puas hati kena pecat pun, jangan buat fitnah – Najib


Bekas perdana menteri Najib Razak menafikan dakwaan Annuar Musa bahawa Umno dalam proses menjalin kerjasama dengan DAP untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Najib menyelar Ahli Parlimen Ketereh itu kerana membuat tuduhan sedemikian susulan penyingkirannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional semalam.

Najib berkata kepimpinan Umno tetap tegas menolak kerjasama dengan DAP dan ini adalah sentimen yang turut dikongsi akar umbi parti.

“Jika tak puas hati sebab kena pecat atau tidak setuju dengan suara akar umbi serta hampir keseluruhan ketua bahagian Umno yang menolak PPBM, janganlah buat sidang akhbar khusus untuk tuduh macam-macam untuk mengeruhkan keadaan,” kata Ahli Parlimen Pekan itu kepada Annuar.

“Kenapa Umno nak bekerjasama dengan DAP, jika majoriti akar umbi serta ketua bahagian menolak DAP,” kata Najib.

Semalam, ketua-ketua bahagian Umno menegaskan kepada presiden parti Ahmad Zahid Hamidi bahawa mereka terus menolak kerjasama dengan DAP dan bersedia memperkukuhkan kerjasama dengan PAS, menurut Setiausaha Agung parti Ahmad Maslan.

Pagi tadi, Annuar mendakwa menerima laporan wujud gerakan daripada Umno bekerjasama dengan DAP termasuk membentuk kerajaan baharu.

“Saya dapat berita secara sahih wujud usaha perundingan melibatkan DAP dalam membentuk penjajaran baru,” kata Annuar.

Bagaimanapun Annuar tidak memberikan apa-apa bukti untuk menyokong dakwaannya itu.



Surat sokongan Zahid untuk Istana lantik Anwar jadi PM ‘tulen’, dakwa Annuar Musa

 


SURAT YANG DIDAKWA PALSU SUATU KETIKA DAHULU.



Surat Zahid sokong Anwar palsu, kata jurucakapnya - Minda RakyatSurat Zahid sokong Anwar palsu, kata jurucakapnya - Minda Rakyat



Annuar Musa.

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa hari ini mendedahkan beliau mempunyai bukti nyata bahawa presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberikan surat sokongan untuk Yang diPertuan Agong melantik Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, sekali gus menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional pimpiman Muhyiddin Yassin .

Beliau berkata surat sokongan yang ditandatangani oleh Zahid itu bertarikah 11 Oktpber lalu adalah tulen.

Annuar berkata beliau mendedahkan kesahihan surat itu kepada tidak bersetuju dengan pendirian Zahid mahupun UMNO menyokong Anwar.

“Saya tahu semua sekali dan surat ini saya sudah semak dengan banyak pihak dan surat ini adalah tulen.

“Dalam surat ini antara perkara-perkara yang disebut ialah menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang, menukar perdana menteri dan menjanjikan kesetiaan kepada Anwar Ibrahim,” katanya, merujuk kepada surat sokongan untuk Anwar ditandatangani Zahid yang tular sebelum ini.

Anwar berkata,tindakan pimpinan tertinggi Umno meyokong Anwar itu juga antara punca perbezaannya dengan Zahid.

“Ini adalah perkara yang paling utama perbezaan pendapat saya dengan (Zahid). Saya terpaksa berterus terang. Kalau tidak ahli-ahli dibawah tidak faham,” katanya.

Katanya, beliau turut memaklumkan, isu surat tersebut juga tidak dibincang dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional.Ketika ditanya mengapa sebagai SUA BN beliau sendiri tidak membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi Umno, Annuar berkata beliau bukan ahli MT yang dipilih.

“Saya bukan ahli MT, saya dilantik atas sifat turut hadir, saya bukan ahli Majlis Tertinggi. Saya bertanding timbalan presiden tak menang dan saya tak bertanding Ahli MT,”katanya.

Sebelum ini ibu pejabat Umno menafikan mengeluarkan surat sokongan untuk Anwar menjadi perdana menteri.

Setiausaha Kerja Umno,Sumali Reduan, berkata Pejabat Presiden Umno  tidak pernah mengeluarkan surat berkenaan.

Beliau merujuk kepada surat bertarikh 11 Oktober lalu yang dikatakan ditulis Zahid, kepada Yang di-Pertuan Agong.

Surat itu menyatakan sokongan Ahli Parlimen Umno kepada Anwar sebagai calon perdana menteri kesembilan.


SIDANG MEDIA ANNUAR MUSA

 

Annuar Musa dedah surat sokongan pemimpin UMNO kepada Anwar Ibrahim


Astro Awani
Annuar Musa dedah surat sokongan pemimpin UMNO kepada Anwar Ibrahim
Annuar Musa menjelaskan antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN). - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hari ini mendedahkan surat sokongan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut Annuar, ini merupakan pertama kali surat bertarikh 11 Oktober itu didedahkan kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian menyokong Presiden PKR itu.
Beliau juga menjelaskan antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN)
"Saya tahu semua sekali dan surat ini saya sudah semak dengan banyak pihak dan surat ini adalah tulen.
Dalam surat ini antara perkara-perkara yang disebut ialah menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang, menukar perdana menteri dan menjanjikan kesetiaan kepada Anwar Ibrahim," katanya pada sidang media khas berikutan pengguguran jawatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

PUTUS HUBUNGAN DENGAN BERSATU, BERERTI PUTUS JUGA DENGAN PAS

 

Sementara UMNO dalam peringkat akhir menuju keputusan muktamad sebelum memisahkan dirinya dengan Bersatu dan mahu memastikan kerajaan PN dijatuhkan, parti itu dalam masa yang sama tetap berharap hubungan dengan Pas terus berkekalan.

Setelah semalam Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua UMNO bahagian seluruh negara dan persoalan meninggalkan daripada kerajaan turut ditekankan, keputusan akhir mengenainya bakal dimuktamadkan dalam mesyuarat MT UMNO malam ini.

Beberapa pemimpin UMNO, kecuali di Kelantan dan Terengganu, berharap muafakat politik dengan Pas tidak terjejas di sebalik putusnya hubungan dengan Bersatu itu nanti.

Bahkan, Zahid Hamidi sendiri dilapor mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Hadi Awang sebaik selesai berjumpa Ketua-Ketua UMNO bahagian semalam.

Ia menandakan UMNO amat berharap mereka terus dapat bersama Pas menghadapi PRU15, bukan saja untuk mengalahkan PN, bahkan juga untuk memastikan PH tidak mampu bangkit lagi.

Tercapaikah hasrat UMNO itu?

Dua persoalan yang meragukan tentang harapan UMNO itu ialah kerana Pas sudah berada secara rasmi dalam PN dan pendirian UMNO di Kelantan dan Terengganu yang seolah-olah tidak boleh berbaik langsung dengan parti tersebut.

Meskipun Pas kerapkali bernada lunak mengatakan ingin terus memperkasakan MN dan dalam masa yang sama mahu mempertahankan PN, hakikatnya kedudukan Pas dalam PN adalah rasmi, manakala kedudukannya dalam MN tiada ikatan apa-apa.

Jika wujud pilihan untuk PRU akan datang, sudah tentu Pas lebih memilih PN berbanding MN, tambahan lagi Pas juga agak selesa dan terhutang budi kepada Muhyiddin Yassin lantaran diberi banyak nikmat jawatan dalam kerajaan sekarang ini.

Lebih daripada itu, selain PN sendiri sudah membentuk barisan kepimpinan peringkat pusatnya, gabungan itu juga turut mengumumkan perlantikan pengerusi-pengerusi negeri, baru-baru ini.

Semua ini menandakan Pas lebih mungkin bersama PN dan meninggalkan UMNO dalam PRU akan datang ini.

Tidak mungkin setelah berada sejauh itu dalam kerangka gabungan PN, Pas tiba-tiba mahu meninggalkannya untuk bersama MN dan UMNO yang tiada ikatan yang sah mengikat mereka.

Kemungkinan Pas terus bersama Bersatu dalam PN dan meninggalkan UMNO serta MN turut dipermudahkan lagi dengan pendirian UMNO di Kelantan dan Terengganu yang enggan bersama parti itu.

UMNO Kelantan memberi kata dua kepada Pas agar memilih untuk bersama MN atau PN dan mengumpamakan ibarat seorang isteri yang tidak boleh bersuami dua, UMNO Terengganu lebih keras lagi dengan enggan sama sekali bersama dengan Pas.

Realiti ini, sama ada UMNO sedar atau tidak, mereka harus bersedia dengan hakikat tiada jodoh lagi dengan Pas selepas ini.

Berharap dapat kekal bersama Pas selepas memutuskan hubungan dengan Bersatu adalah suatu pengharapan yang sia-sia saja buat UMNO.

Walaupun Pas lebih lebih dulu bertemu UMNO, tetapi hatinya nyata lebih terpaut kepada Bersatu yang jauh berkemampian serta lebih berada.

Putusnya hubungan UMNO dengan Bersatu boleh dikata putuslah juga hubungan parti itu dengan Pas.

Di depan yang menanti selepas keputusan MT UMNO malam ini tidak lain ialah pertandingan tiga penjuru atau lebih daripada itu.

(Shahbudindotcom 06/01/2021)



UMNO AKAN LENYAP JIKA TIDAK BERTINDAK SEKARANG

 Salam.


Bergoyang semula parti UMNO nampaknya. Bila kita lihat dari dekat...kini ada 4 Team sedang bertarung. Ada team Zahid, ada team yang sokong Yiddin, ada yang sokong Ku Li dan ada yang masih mahukan penyatuan Ummah MN.

Sedangkan..ketetapan majoriti di beberapa negeri seperti Terengganu, Perlis, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor memutuskan untuk menolak persepakatan MN dan PN. Manakala di Sabah, Kuala Lumpur, Perak dan Selangor masih mengharapkan PN dan MN. 

Adakah kuasa atau suara Zahid sebagai Presiden sudah berkurangan atau tidak lagi mendapat sokongan daripada ahli2nya lagi?. Sebagai contoh, pemecatan Annuar Musa sebagai S/U agung UMNO dan BN membuka tirai 2021 dengan perbalahan yang kian ketara dan ianya satu tindakan yang bijak dan berani. Siapa yang bakal menang dalam pertarungan ini?..Tentulah Tun M. Dia telah berjaya mengolah PPBM, melantik Yiddin sebagai PM, turut mencampuri urusan UMNO dengan memberi sokongan terbuka kepada Ku Li sebagai PM ke-9 dan kini berjaya mencapai sasarannya iaitu MEMECAH BELAHKAN UMNO.

Zahid dan UMNO perlu mengambil satu tindakan yang segera. Jika Zahid bijak....inilah masanya dia nekad membuat keputusan untuk bergabung dengan PKR dan PH. Pedulikan PPBM dan PAS kerana ramai ahli2 UMNO sendiri...tidak pernah sukakan geng2 Kartel Azmin berada di dalam KERAjaan. Walaupun Nazri Aziz menyatakan bahawa dia turut bersetuju untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU, tetapi dia tetap mahukan sokongan ahli2 UMNO kepada pembentukan atau penyatuan MN (PAS-UMNO). Namun, tidak banyak impak di atas suara Chief Nazri itu. 

Samada akan berlakunya semula PRU (ke 15) ataupun tidak, ianya bergantung kepada ahli-ahli Parlimen UMNO itu sendiri ketika PH pula sedang menunggu sebarang keputusan dengan penuh sabar. Keretakan hubungan UMNO dan BERSATU ini, tidak menyebabkan atau mendatangkan masalah kepada PH sedikit pun. Mungkin sudah kehendak takdir...'yang asal kembali kepada yang asal'. Mungkin Tun M sudah menjangka akan memenangi pertarungan ini tetapi KECERDIKAN UMNO dan TAKDIR Allah adalah penentu segala-galanya. 

"Jika mengikut arus ke hilir....UMNO akan tumbang dan hilang dari penglihatan buat selama-lamanya. Jika UMNO menongkah sedikit arus dan membawa haluan ke hulu, maka Yiddin dan teamnya akan tumbang semudah kita menyebut perkataan 'MENANG'!".

Politikus-politikus yang cuba mengheret perbalahan ini..pasti sunyi ketika kita akan melihat rebahnya gergasi cacat bernama PAS dan, BERSATU tidak mungkin berupaya untuk bernafas sekali lagi. Zahid perlu mengambil tindakan yang bijak walaupun mungkin ada sedikit penentangan dari dalam. Untuk menyelamatkan negara, Islam, UMNO dan rakyat....zahid perlu membawa UMNO kepada PKR dan bersetuju untuk bergabung dengan PH. Itu adalah solusi yang paling tepat, bijak dan menyenangkan hati rakyat. In Sha Allah.


Terima kasih.

Yang ikhlas, jujur dan benar,

Mohd Asri Bakar.



TAKAT SEMBANG KATA TERSEKAT...BUAT APA..ORANG LAIN TUNGKUS LUMUS BANTU MANGSA BANJIR..SEMBANG JA LEBIH MOKHTAR SENIK...P BALIK LA..

 


Mokhtar Senik mengadu di FB terperangkap dalam banjir

Mokhtar Senik mengadu di FB terperangkap dalam banjir

Dua situasi berbeza bagi dua orang berwatak agama ketika Pahang dilanda musibah banjir besar.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik tengah malam tadi mengadu dirinya masih terperangkap dalam bah.

Bekas Ketua Ulama Pas Pahang itu berkata, dia berasa cemburu melihat rakan-rakannya membantu mangsa banjir.

Berbanding dirinya, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu berkata, mengambil peluang menulis sahaja lantaran tidak dapat ke mana-mana.

Dalam masa sama, Mokhtar yang juga pemilik Pondok An- Nuur di Kampung Kuala Penor, Kuantan itu turut mendoakan agar semua mangsa banjir dan petugas dilindungi Allah.

“Cemburu juga tengok sahabat dan teman-teman turun ke kampung-kampung mangsa banjir membantu dan menolong mereka.

“Saya masih terperangkap di Bukit Keledang. Tak dapat nak ke mana-mana. Ambil peluang menulis sajalah,” tulisnya di Facebook dengan mengakhiri nama tempat Triang, Pahang dalam catatan ringkasnya itu.

Mokhtar berjubah hitam (tengah) ketika dikunjungi rakan-rakan Pas menjamu selera sup tulang lembu, kari ayam pencen dan kulat sisir goreng pada 28 November lalu.

Sementara itu, pendakwah disayangi ramai, Ustaz Ebit Lew dilihat sanggup meredah banjir di Kula Lipis sehingga ke paras pinggang.

Penceramah yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan itu semalam memberitahu sudah dua hari berada di situ bersama 10 buah kenderaan pacuan empat roda dan bot.

Ustaz Ebit turut meluahkan rasa sayu dan sedih melihat mangsa-mangsa banjir di Pahang dan bersyukur kerana Allah mempermudahkan perjalanan pasukannya.

“Ya Allah sayunya hati. Dah dua hari di Kuala Lipis bersama 10 biji 4×4 dan bot kami dari Kuala Lumpur. Sampai sini banyak jalan putus. Setiap kali sampai ada lori atau motor dah 24 jam tunggu sebab nak undur tak boleh ke depan tak boleh. Syukur Allah permudahkan perjalanan kami.

“Kami bawa 1,000 T-shirt. 1,000 telekung. Makanan dan setiap mangsa banjir saya beri sedikit duit belanja tunai. Paling sayu tengok sekolah, balai polis, surau, kuil, kereta, motor, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan rumah-rumah. Bila tengok semua tenggelam ada yang tinggal bumbung,” ujarnya.

Tambah Ebit lagi, kali ini ujian berat terpaksa ditanggung oleh rakyat di Pahang, jelasnya ada juga kawasan yang tidak pernah banjir berpuluh tahun namun kali ini banjir teruk.

“Tadi sempat juga lihat mangsa banjir ibu dan anak yang hilang. Tadi ibunya yang terkorban telah ditemui. Semoga Allah hadiahkan keampunan dan syurga Firdaus buatnya.

“Polis,Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Bomba, Tentera semua bersama-sama menyelamatkan dan membantu mangsa banjir.

“Sedih tengok ada nenek tua dah terbaring sakit tua. Baring sahaja dah tak nampak. Tiada sesiapa dah dalam hidupnya. Orang kampung khidmat untuk nenek tadi. Syukur semuanya dari Allah. Ya Allah selamatkanlah Negeri Pahang,Johor, dan semua negeri yang banjir,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook.

ANAK AKU TANYA LEBAI PAKAI KETAYAP NI SIAPA? DIA SEKOLAH MANA AYAH?

 



Time dia, bantahan secara dalaman.  Alasannya, mudah nak bantah sebab kita kerajaan.  

Laaa...dah jadi kerajaan, buat apa bantah?  Laksanakan saja yang dibantah tu.  Bukankah telah ada kuasa?  Dulu kata takde kuasa.  

Bantah secara dalaman tu maksudnya kena minta izin dari MCA la ye?


NAK PILIHANRAYA FIKIR BANYAK KALI....


Hamdan Taha

 Shafie afdal kalah PRK antara sebabnya rakyat marah ketika covid sedang berluas luasa dia bubar Dun....akhirnya dah hilang dari radar..

Hari ni masih ada parti politik yang tak ambil sabah sebagai pengajaran. Bayangkan selepas prk sabah ketua menteri dia pun kena jangkitan....

Nak terkocoh kocoh buat PRU  tu kenapa kan ke masih ada waktu lagi. Lagi pun dah betul betul ker buat kaji selidik ni....

Apakah jika BN menang calun PM ialah Dato Zahid Hamidi....dia orang hebat dan baik....tapi apakah mempetaruhkan nama dia sebagai calun PM dapat menjual semula BN kepada rakyat....

Keadaannya sama saja jika pejuang parti mukriz jika dia jual nama Tun M bakal PM hebat macam mana pun dia....kurang laku dah la...

Bersatu dan Pas akan jual Muhyuddin empat kupang lima duit sebagai calun PM mereka....ada potensi sebab dia sekarang PM tapi parti dia pula tak cukup menarik....

Akhirnya semua pun menang sikit sikit juga...tak bole bentuk kerajaan juga....perlu adanya kerajaan campuran.....jadi macam hari ini juga....kerana sibuk berkempen malaysia meningkat kes ke satu juta selepas sebulan dari pru.....apa jadi pada ahli politik.....di maki orang siang malam pagi petang jawapnya....

Dan kemungkinan rakyat tak nak keluar mengundi juga tinggi....orang nak mengundi kat kampung pun tak mahu,yang ada kat luar negara tak balik....dan macam macam lagi....