Kenyataan Tan Sri Annuar Musa apa kesan dari serang beliau terhadap Zahid Hamidi....


Hamdan Taha


1. Kenyataan annuar musa hari ini membuktikan dengan jelas kerajaan PN telah hilang mejoriti MP apabila beliau menyebut zahid dan beberapa mp umno telah tanda tangan SD menyokong Anwar Ibrahim.

2. Terbukti apa yang di nyatakan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim ketika berjumpa Agung bahawa beliau cukup sokongan sebenarnya adalah benar. Semasa itu Annuar Musa berkata Anwar Ibrahim berbohong dan tidak bercakap benar

3. Kenyataan Annuar Musa atau Adam panggilan di Jakarta dengan menyerang presiden umno membuktikan ahli politik tidak ada setia kawan. Semasa di lantik jadi SU umno nadanya lain apabila jadi SU BN nada dan tariannya lain. Bila tak ada jawatan tarian tukar jadi lain juga...

4. Keyataan Annuar Musa membuktikan beliau sebenarnya tidak pernah pun ada rasa hormat terhadap Zahid Hamidi bukan kisah baru tetapi dari tahun 1996 apabila mereka bersaing jawatan ketua pemuda umno malaysia. Ketika itu Annuar musa menteri penuh dan Zahid pengerusi BSN tapi lawan tetap Annuar kalah. Setakat ini beliau belum pernah berjaya mengalahkan Zahid.

5. Keyataan Annuar Musa hari ini membuktikan semua MP umno termasuk Annuar Musa adalah orang yang menjaga kepentingan peribadi mengatasi agama dan negara. Berperang secara terbuka dan dedah mendedah apabila sudah tidak berkawan...


GiLa



No comments: