KAU ANNUAR MUSA BUKAN ANWAR IBRAHIM.RAKYAT TAK PEDULI PUN KAU KENA PECAT

 


Panas! Annuar Musa akan buat pendedahan eksklusif petang esok

Panas! Annuar Musa akan buat pendedahan eksklusif petang ini

Tan Sri Annuar Musa akan mengadakan sidang media pada pukul 2 petang hari ini di pejabat Kementerian Wilayah Persekutuan susulan pemecatan beliau sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Muafakat Nasional (MN).

Menteri Wilayah Persekutuan itu mengesahkan perkara tersebut dalam satu ciapan di Twitter.

Beliau juga memohon maaf kerana tidak dapat memberi reaksi kepada pihak media berhubung isu pemecatannya semalam.

“Saya harap semua bertenang dan jangan terburu-buru. Jaga perpaduan. Jaga persaudaraan. Jaga juga sentimen,” kata Annuar dalam ciapan itu.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut berkongsi gambar beliau bersama Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ciapan sama.

Sebelum itu, beliau juga memuat naik gambar tangkap layar mesej yang dihantar kepada Zahid menerusi aplikasi WhatsApp.

Kata Annuar dalam mesej itu, beliau dimaklumkan mengenai pemecatannya menerusi media.

Pada Selasa, Annuar Musa dilucut daripada jawatan Setiausaha Agung BN yang diganti oleh Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurut sumber daripada UMNO, keputusan itu dibuat oleh Zahid dalam satu mesyuarat.



No comments: