Salam.
Bergoyang semula parti UMNO nampaknya. Bila kita lihat dari dekat...kini ada 4 Team sedang bertarung. Ada team Zahid, ada team yang sokong Yiddin, ada yang sokong Ku Li dan ada yang masih mahukan penyatuan Ummah MN.
Sedangkan..ketetapan majoriti di beberapa negeri seperti Terengganu, Perlis, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor memutuskan untuk menolak persepakatan MN dan PN. Manakala di Sabah, Kuala Lumpur, Perak dan Selangor masih mengharapkan PN dan MN.
Adakah kuasa atau suara Zahid sebagai Presiden sudah berkurangan atau tidak lagi mendapat sokongan daripada ahli2nya lagi?. Sebagai contoh, pemecatan Annuar Musa sebagai S/U agung UMNO dan BN membuka tirai 2021 dengan perbalahan yang kian ketara dan ianya satu tindakan yang bijak dan berani. Siapa yang bakal menang dalam pertarungan ini?..Tentulah Tun M. Dia telah berjaya mengolah PPBM, melantik Yiddin sebagai PM, turut mencampuri urusan UMNO dengan memberi sokongan terbuka kepada Ku Li sebagai PM ke-9 dan kini berjaya mencapai sasarannya iaitu MEMECAH BELAHKAN UMNO.
Zahid dan UMNO perlu mengambil satu tindakan yang segera. Jika Zahid bijak....inilah masanya dia nekad membuat keputusan untuk bergabung dengan PKR dan PH. Pedulikan PPBM dan PAS kerana ramai ahli2 UMNO sendiri...tidak pernah sukakan geng2 Kartel Azmin berada di dalam KERAjaan. Walaupun Nazri Aziz menyatakan bahawa dia turut bersetuju untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU, tetapi dia tetap mahukan sokongan ahli2 UMNO kepada pembentukan atau penyatuan MN (PAS-UMNO). Namun, tidak banyak impak di atas suara Chief Nazri itu.
Samada akan berlakunya semula PRU (ke 15) ataupun tidak, ianya bergantung kepada ahli-ahli Parlimen UMNO itu sendiri ketika PH pula sedang menunggu sebarang keputusan dengan penuh sabar. Keretakan hubungan UMNO dan BERSATU ini, tidak menyebabkan atau mendatangkan masalah kepada PH sedikit pun. Mungkin sudah kehendak takdir...'yang asal kembali kepada yang asal'. Mungkin Tun M sudah menjangka akan memenangi pertarungan ini tetapi KECERDIKAN UMNO dan TAKDIR Allah adalah penentu segala-galanya.
"Jika mengikut arus ke hilir....UMNO akan tumbang dan hilang dari penglihatan buat selama-lamanya. Jika UMNO menongkah sedikit arus dan membawa haluan ke hulu, maka Yiddin dan teamnya akan tumbang semudah kita menyebut perkataan 'MENANG'!".
Politikus-politikus yang cuba mengheret perbalahan ini..pasti sunyi ketika kita akan melihat rebahnya gergasi cacat bernama PAS dan, BERSATU tidak mungkin berupaya untuk bernafas sekali lagi. Zahid perlu mengambil tindakan yang bijak walaupun mungkin ada sedikit penentangan dari dalam. Untuk menyelamatkan negara, Islam, UMNO dan rakyat....zahid perlu membawa UMNO kepada PKR dan bersetuju untuk bergabung dengan PH. Itu adalah solusi yang paling tepat, bijak dan menyenangkan hati rakyat. In Sha Allah.
Terima kasih.
Yang ikhlas, jujur dan benar,
Mohd Asri Bakar.