((PANAS)) MENDEDAH KEJAHATAN WALAUN PAS SEMPENA SETAHUN TEBUK ATAP - PART 1 DOKTRIN JAHAT WALAUN

((PANAS)) MENDEDAH KEJAHATAN WALAUN PAS SEMPENA SETAHUN TEBUK ATAP - PART 2 HAKIKAT SEBENAR PERANGAI WALAUN

TERKINI! MASALAH DALAMAN PAS LEPAS BERKUASA BERSAMA PN TERDEDAH!


Ramai rakyat Malaysia mula mengeluh. Situasi politik dan keadaan ekonomi semakin teruk. Umum sedia maklum politik yang stabil memacu ekonomi yang baik. Tetapi perebutan kuasa di negara kita semakin menjadi jadi dan tidak lagi selindung-selindung. Masing-masing menyalahkan satu sama lain. Di pihak pembangkang mereka tidak boleh bersatu dan di pihak kerajaan sentiasa bergaduh-gaduh. Kita risau kerana pelabur asing tidak mahu melabur di Malaysia. Negara jiran Indonesia telah membuat lebih baik dari Malaysia dalam menarik pelabur asing kerana mereka bersatu hati. Pemerintah dan pembangkang di sana mahu bekerjasama tidak seperti di Malaysia. Semakin hari semakin teruk ekonomi negara kita. Dengan rakyat yang sudah tiga suku juta tiada kerja, masa depan Malaysia agak malap. Persoalannya sekarang, adakah kita akan dapat melihat, situasi politik kita menjadi stabil semula dan kucar kacir kembali tenang? Rakyat sentiasa memerhati. Namun ianya bergantung kepada ahli-ahli dan pemimpin politik. Jangan nanti menjadi terlalu lewat untuk negara kita bila nasi sudah jadi bubur. Kurangkanlah berpolitik atau cari jalan keluar. Apa pendapat anda? Apa pendapat anda?



DULU BAWAH PH PEDULI RAKYAT...LA PEKENA RAKYAT

 

Datin Paduka Che Asmah.

Macam tak percaya apa yang saya lihat. Bukan terpegun dengan kecantikan YB Menteri tetapi terkedu bila Pejabat Menteri dijadikan studio pengambaran fesyen dan YB Menteri pula sudah menjadi model. 


Satu ketika dahulu pejabat di tingkat 38 yang indah ini sibuk dengan segala urusan rakyat. YB  Menteri terlibat dalam perbincangan pembentukan pelbagai polisi dan undang- undang bagi menjaga nasib wanita Malaysia, keluarga, kanak- kanak dan masyarakat. 


Satu lepas satu mesyuarat dan perbincangan dibuat oleh YB DS Wan Azizah. Beratur kami diluar menunggu giliran dipanggil untuk memberi maklumbalas hal ehwal rakyat. 

Tidak ku sangka Pejabat yang sama telah menjadi studio model meraga pakaian raya  2021 mungkin. 


Sebagaimana sabda Nabi Muhammad (SAW): "Jika amanah telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi." Ada seorang sahabat bertanya: 'Bagaimana maksud amanah disia-siakan?' Nabi menjawab: "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu." (HR Al-Bukhari)




((TERBARU DATO ZAHARIN)) PARTI GERAKAN "PUNCA" BERLAKU 13 MEI !? || DISE...

Muhyiddin Tipu YDP Agong? Ini Dakwaan Serius...

Sugarbaby: Rakyat kesal kegiatan ‘jual diri’ di kalangan mahasiswa IPT berlaku dalam kerajaan PN

 


Sugarbaby: Rakyat kesal kegiatan ‘jual diri’ di kalangan mahasiswa IPT berlaku dalam kerajaan PN


APLIKASI Sugarbook menimbulkan tanda tanya akan kebenaran dakwaan pengasasnya Darren Chan mengenai aplikasi tersebut hanya digunakan untuk mencari pasangan seperti yang dilaporkan Sinar Harian pada 18 Disember 2019. Namun apa yang berlaku ramai yang menggunakannya untuk mencari sugar daddy.

Seperti statistik yang dikeluarkan oleh Malay Mail pada 10 februari baru-baru ini berdasarkan aplikasi tersebut, bilangan sugar daddy di Malaysia sebanyak 180 ribu orang dengan pendapatan 150 ribu sebulan dan bilangan sugar babies sebanyak 220 ribu orang dengan pendapatan 2500 sebulan bagai menjelaskan niat sebenar pembinaan aplikasi tersebut.

Berdasarkan laporan dalam website teknologi lain, purata umur sugar babies adalah 23 tahun dan purata umur sugar daddies adalah 35 tahun agak menimbulkan syak wasangka kerana rata-rata gadis tentulah lebih memilih lelaki yang tidak jauh umur daripada mereka.

Selain itu, berdasarkan statistik tersebut juga, golongan pelajar institut pengajian tinggi swasta merupakan pengguna tertinggi aplikasi tersebut.

Ternyata aplikasi ini yang dikatakan aplikasi pencari jodoh kelihatan seperti sebuah aplikasi penggalak pelacuran kelas tinggi yang dikaitkan dengan langganan sugar daddies kepada sugar babbies.

Perkara ini amatlah dikesali kerana melibatkan pelajar intitusi pengajian tinggi apatahlagi jika melibatkan pelajar melayu Islam.

Orang Islam sudah tentu harus faham hukum zina yang disebutkan Allah dalam surah An-Nur iaitu surah yang diturunkan untuk membincangkan hukum berkaitan seperti disebutkan dalam ayat pertama;

“Ini ialah satu surah yang kami turunkan dan kami wajibkan hukum-hukumnya serta kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat”.

Dewan Muslimat PAS mengharapkan semua orang Islam yang terlibat dalam kegiatan haram ini bertaubat dan meninggalkan perkara tersebut biarpun berhadapan krisis kewangan.

Dewan Muslimat PAS juga dengan ini mendesak aplikasi tersebut diharamkan bagi mengelakkan kegiatan pelacuran seperti itu berleluasa dan disalahgunakan untuk perkara yang melanggar norma sosial negara ini. –

DR NAJIHATUSSALEHAH AHMAD,

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) 




VIDEO BUAL BICARA SASTERA Melayu Pulau Pinang: Di permatang zaman dan perubahan BICARA PROFF MOHAMMAD HAJI SALLEH

 



Fisheries under threat in Penang - ANIL NETTO

Peluncuran buku Melaya Pulau Pinang ini dianjurkan oleh Penang Institute.

Pembicara:

  • Prof Muhammad Salleh, Sasterawan Negara
  • Izzuddin Ramli, penyelidik, program kajian sejarah dan serantau, Penang Institute
  • Perantara: Beh May Ting, penyelidik, program kajian sejarah dan serantau, Penang Institute
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

DEMONSTRASI DI MYANMAR BERTERUSAN SEMINGGU BERTURUT TURUT


TERBELAKAH RAKYAT TITIWANGSA?

 

NIZAM AKA


Terbelakah nasib rakyat Titiwangsa yang sedang sengsara,derita dan merana akibat pandemik covid19 bila ada seorg Ahli Parlimen yang cantik seumpama ratu? Mereka undi kamu dgn harapan kamu blh membawa perubahan ke arah kebaikan untuk mereka,bukan membawa perubahan ke arah kecantikan utk diri kamu..Dlm keadaan rakyat terbeban dan tertekan utk sara hidup akibat covid19,tp kamu dgn selamba bodoh menghabiskan wang berpuloh-puloh  ribu ringgit semata2 utk kecantikan kamu?Adakah kamu ni Ahli Parlimen Titiwangsa atau Ahli Solek Titiwangsa?Kamu ingat pejabat kamu yang dibina dgn kos beratus juta ringgit,mnggunakan wang rakyat semata-semata  untuk jadi tempat photoshoot? Punah Ranah Hancur Lebur bila Kerajaan PN tebuk pintu jamban memerintah negara?Slogan nak membela rakyat dah berkubur di dasar laut cina selatan..


May be an image of 2 people, people standing, headscarf and text that says "Rina Harun menang kerusi Parlimen Titiwangsa mkk KUALA LUMPUR: Calon PKR, Rina Harun memenangi kerusi Parlimen P119 Titiwangsa mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan calon PAS Mohamad Noor Mohamad. NEGARA MERDEKA negaramerdeka. Panas!!! Salahguna pejabat untuk sesi photoshoot, netizen sarankan Rina Harun jadi model sepenuh masa Rakyat Titiwangsa Undi Kamu Utk Membawa Perubahan Kpd Rakyat, Bkn Perubahan Diri Kamu! rproduc @saidatulnisaaminuddin"








KUNGKANG - HAIWAN SI LEMBAB.

 

JAMZURI ARDANI


May be an image of nature


Kungkang atau kukang adalah sejenis haiwan yang biasanya di dapati di benua Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil 'sloth'. Oleh kerana kungkang adalah binatang yang sangat perlahan dan kurang bergerak, perkataan 'sloth' juga digunakan dalam Bahasa Inggeris bagi menunjukkan sifat malas atau lembab.

Kungkang adalah haiwan yang paling perlahan pergerakannya di dunia. Secara purata, haiwan ini bergerak tidak sampai 40 meter dalam sehari. Kebanyakan masanya dihabiskan di ranting pokok. Kungkang jarang turun ke tanah kecuali untuk mengawan dan membuang najis. Kungkang betina akan menjerit dengan sekuat hati bagi menarik perhatian kungkang jantan. Jika ia bernasib baik, akan adalah kungkang jantan yang akan bergerak turun dari pokok untuk melayaninya.

Kungkang adalah antara spesis haiwan yang wujud sejak puluhan juta tahun yang lampau dan masih tidak pupus. Padahal banyak spesis haiwan sezaman dengannya yang lebih gagah, pantas, dan besar yang telah pupus akibat faktor perubahan iklim, kekurangan makanan, dan seumpamanya. Tetapi kungkang tetap mampu bertahan dan terus wujud dengan segala sifat lembab dan malas yang ada pada haiwan tersebut.

Rahsia haiwan ini ialah kepada kadar metabolisma yang sangat rendah. Oleh kerana haiwan ini sangat malas dan lembab, ia tidak memerlukan banyak tenaga untuk hidup. Daun-daun yang dimakan oleh seekor kungkang boleh bertahan di dalam perutnya sebagai bekalan tenaga untuk tempoh melebihi sebulan. Maka itu haiwan ini mampu untuk terus hidup walaupun dengan sumber makanan yang sangat terhad. Oleh kerana haiwan ini tinggal dihutan, sumber makanan tidak pernah menjadi masalah. Maka, kungkang adalah sejenis haiwan yang tidak pernah bimbang untuk mencari makanan berbanding spesis haiwan-haiwan lain.

Oleh kerana kungkang kurang bergerak dan selalu berada dalam keadaan statik, ia juga selamat dari haiwan pemangsa lain. Helang tidak dapat mengesan kedudukan mereka dari udara kerana keadaannya yang statik. Begitu juga dengan pemangsa-pemangsa lain yang sering menganggap haiwan ini adalah sebahagian dari struktur dahan pokok.

Tugas paling berat bagi seekor kungkang ialah membuang najis. Mereka terpaksa turun dari pokok untuk membuang najis dan ianya suatu yang sukar kerana mereka memerlukan banyak tenaga untuk mengeluarkan najis. Najis disimpan dalam perut kungkang untuk tempoh yang lama sehingga berat najis itu mencapai sepertiga dari jumlah berat badan kungkang itu sendiri. Jadi, apabila tiba masa mereka perlu membuang najis dari perut, ianya memerlukan tenaga yang sangat banyak bagi seekor kungkang. Ada kungkang yang mati akibat keletihan semasa membuang najis. Tetapi, kebanyakan kungkang mati akibat jatuh dari pokok kerana tersilap menganggap anggota badan mereka sendiri sebagai dahan pokok lalu menjadikannya tempat berpaut dan kemudian jatuh. Kungkang yang terjatuh dan cedera ini biasanya akan menjadi mangsa kepada haiwan pemangsa lain.

Begitulah hebatnya kuasa Allah SWT menjadikan makhluk yang pelbagai agar diambil iktibar oleh manusia.

 

INI ADALAH ANTARA YANG AKAN MEMBUSUKKAN NAMA PARA LEBAI..

 May be an image of text that says "UM Utusan Online DIGITAL 3h Kehilangan tabung derma mengandungi wang tunai RM250 yang diletakkan di kaunter bayaran di kedai itu disedari oleh seorang pekerja sebelum memaklumkan kepada majikannya. htt:/ubb// -berjubah-arikan-tabung-derma/ i UTUSAN.COM.MY Lelaki berjubah larikan tabung derma"

Annuar Musa bakal didakwa kerana langgar SOP PKP?

 

Annuar Musa bakal didakwa kerana langgar SOP PKP?


Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa digesa untuk memohon maaf dan menerima hukuman atas tindakannya yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan pandemik COVID-19.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata tindakan terhadap Annuar akan membuktikan bahawa tiada penguatkuasaan “dua darjat” melibatkan rakyat biasa dan juga ahli politik.

“Mengapa Annuar Musa, yang melanggar SOP secara terang-terangan tidak dikenakan tindakan? Apakah alasan beliau tidak dikenakan undang-undang?

“Adakah para menteri individu berstatus maksum sehingga apa sahaja yang mereka lakukan dibiarkan terlepas begitu sahaja?” soal Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Gesaan itu dibuat selepas gambar Annuar bersama enam yang lain duduk di dua meja jamuan tersebar dalam talian.

Foto itu memaparkan sepanduk menyambut Annuar ke majlis program Pertanian Bandar bertarikh 13 Februari yang digantung di belakang menteri itu



KALAU BUNCIT BELAJAR LAH DARI RINA HARUN..KAN DIA DAH JADI MODEL..

 


Mira Filzah kata dia buncit

Mira Filzah kata dia buncit

SEJAK pelakon kesayangan ramai, Mira Filzah mendirikan rumah tangga tahun lalu, ramai yang ternanti-nanti berita kehamilannya.

Terbaharu, foto yang yang dimuat naik Mira dalam Instagramnya mencuri perhatian ramai.

Dalam foto yang memaparkan dia memakai baju berwarna biru itu, kelihatan bahagian perutnya sedikit menonjol. Tidak dapat disahihkan sama ada Mira hamil atau kerana baju yang dipakainya agak besar.

Susulan foto berkenaan, ruangan komen Instagramnya dihujani ucapan tahniah daripada netizen.

“Eh, macam ada baby bump lah! Tahniah,” tulis seorang netizen.

Tidak kurang juga apabila ada yang melahirkan perasaan teruja kerana menyangka pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu sudah berbadan dua!

Disebabkan ramai sangat yang bertanyakan hal tersebut, Mira tampil membalas komen seorang pengikut Instagramnya.

“Ahhh, buncitlah,” balasnya ringkas.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berpendapat isteri kepada Wan Emir Astar itu kelihatan semakin kurus kerana wajahnya yang sedikit cengkung.

Tidak perasan pula pada mata Diva wajah pelakon cantik itu semakin kurus. Tajam betul penglihatan peminat ya!

Tak mengapalah jika Mira belum ada rezeki untuk berbadan dua. Nanti-nanti mesti ada. Doa-doa sahaja.


Penyokong Mahathir mahu bertanding 98 kerusi, cadang PH ambil 124 kerusi parlimen

 


Mula-mula para penyokong saka ni nak bekerjasama..aku tak tahu la secara paksa ka atau dah berunding. Awat yang nak kerjasama macam secara paksa? Kalau dah terasaa kuat sangat eloklah bertanding lah berapa kerusi sekali pun . Mana ada siapa yang akan larang.

Kemudian, setelah nak paksa PH terima mereka....boleh pulak aturkan parti ni sekian sekian banyak kerusi yang bertanding dan dia  parti apa ntah la yang akan mewakili OT 95 tadi akan bertanding dengan 98. Makna kata dia nak jadi "Abang Besar"  la kononnya. Makna kata boleh lah tentukan siapa akan jadi PM?

Owhh banyak hangpa punya cerdik..Tak bekerjasama lagi dah nampak hangpa punya cengkadak nak menipu..kalau menang la..kalau...dulu pun menang berapa kerat kerusi saja....jangan nak mengarut lah...

PH tak akan bekerjasama dengan OT 95 pun sebab dah tahu hangpa punya perangai nak kencing...buat busuk nama saja...PKR akan bertanding semua kerusi kecuali Kerusi DAP.....amacam?


POSTED BY AMIR WRLR


Penyokong Mahathir mahu bertanding 98 kerusi, cadang PH ambil 124 kerusi parlimen


Buat pertama kalinya kumpulan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan formula kerjasama mereka dengan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang.

Kumpulan penyokong Dr Mahathir yang memperkenalkan mereka sebagai ‘The Third Force bloc’ atau Pasukan Ketiga mahu bertanding 98 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang dan mencadangkan Pakatan Harapan bertanding 124 kerusi.

Dalam satu tulisan yang dibuat oleh penyokong kuat mereka, Raggie Jessy Rithaudeen, The Third Force dianggotai oleh Pejuang akan bertanding 50 kerusi, Warisan (23) dan lain-lain (25).

Kerusi-kerusi itu adalah kerusi yang telah dimenangi oleh Pejuang dan Warisan sekarang serta sejumlah kerusi yang lain.

Tulisan itu mencadangkan, PKR bertanding 50 kerusi, DAP (42) dan AMANAH (32).

Cadangan ini bertujuan untuk mengelakkan pertandingan lebih dari dua penjuru, kata tulisan itu lagi.

“Semua pihak akan bertemu selepas pilihan raya umum untuk menentukan siapakah yang patut menjadi perdana menteri,” cadang tulisan itu.

Tulisan ini mengandaikan, Bersatu, Umno dan Pas serta rakan-rakan mereka akan bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang dan tidak akan bertembung antara satu sama lain.

Ini adalah cadangan yang pertama datang dari kumpulan Tun Dr Mahathir untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru atau lebih dalam pilihan raya umum akan datang selepas berpecah dengan Pakatan Harapan.

Dr Mahathir masih menjadi faktor dalam pilihan raya di Malaysia.

Yang menjadi isu juga adalah apakah Umno akan bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya nanti kerana kedua-duanya merebut kerusi yang sama.

Dalam mesyuarat bahagian-bahagian Umno awal Januari lepas, 147 dari 222 bahagian Umno menolak kerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum ke 15 nanti.

Namun begitu, Umno sedang dipujuk oleh Pas terutamanya bahawa tanpa kerjasama dengan Bersatu dan Pas, mereka akan kalah.

Jika Umno bertegas dengan keputusannya tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu, akan terbentuk tiga blok utama dalam pilihan raya umum akan datang.

Perikatan Nasional (PN) di mana Bersatu akan bersama dengan Pas dan rakan-rakannya termasuk Gerakan yang baru menyertai mereka.

Barisan Nasional yang terdiri dari Umno, MIC dan MCA.

Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan AMANAH yang bekerjasama dengan kumpulan The Third Force pimpinan Dr Mahathir. 



Panas! Saarani bagi amaran pada Bersatu, jangan kacau tempat UMNO

 


Panas! Saarani bagi amaran pada Bersatu, jangan kacau tempat UMNO


UMNO Perak memberi kata dua kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) supaya tidak bertanding di kerusi yang dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertegas supaya semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu kekal ditandingi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Kalau ada keikhlasan untuk menyokong dan mendokong penyatuan di negeri Perak, jangan ganggu tempat UMNO dan Pas.

“Terdapat dua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Bersatu di Perak sekarang iaitu di Sungai Manik dan Tualang Sekah. Kerusi itu sebenarnya hak UMNO. Jadi, UMNO akan letak calon bertanding di kawasan ini.

“Bersatu juga digesa tidak bertanding di Parlimen Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang. Itu juga asalnya kawasan UMNO.

“Kami menang dulu (PRU14) atas tiket BN (Barisan Nasional). Kita tidak akan bagi kepada Bersatu. Tiada sebarang kompromi,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Ahad di sini baru-baru ini.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, jika Bersatu benar-benar mahu menyelamatkan ummah dan Melayu, maka mereka disarankan bertanding di kerusi-kerusi yang disandang oleh Pakatan Harapan (PH).

“Bersatu janganlah mengganggu tempat UMNO dan Pas. Cuba cari pasaran baru, itu yang kita minta.

“Kalau tidak, seperti yang dijangkakan, akan berlaku pertandingan tiga penjuru ataupun empat penjuru. Jika itu berlaku, sudah tentu orang lain akan mengambil kesempatan dan parti-parti Melayu akan jatuh,” ujar beliau.

Menurut ADUN Kota Tampan itu, UMNO memiliki kekuatan sendiri menerusi Muafakat Nasional (MN) dan persefahaman itu perlu diteruskan.

“UMNO sudah ada kekuatan bersama dengan MN. Jadi teruskan, tetapi Bersatu datang kemudian.

“Kalau datang Bersatu untuk sama-sama menguatkan Pas dengan UMNO, maka jangan ganggu tempat Pas dan UMNO,” tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut berjanji untuk mengarahkan semua ahli UMNO supaya membantu Bersatu sekiranya parti itu tidak bertanding di kawasan UMNO.

“Saya janji, kalau Bersatu sanggup bertanding di Simpang Pulai, ahli UMNO di kawasan ini saya akan kerah untuk sokong Bersatu sehingga menang,” katanya.

Kerusi DUN Simpang Pulai disandang Tan Kar Hing daripada PKR yang dimenanginya dengan majoriti lebih 20,000 undi pada PRU 2018.

Ketika ditanya mengenai masa depan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang, Saarani berkata, tidak mustahil PN akan berkubur pada PRU15.

“Ini mungkin boleh berlaku kerana di tempat-tempat Melayu akan berlaku pertembungan tiga penjuru. Kita ambil contoh apa yang berlaku di DUN Titi Serong.

“Ada tiga calon Melayu bertanding iaitu Pas, UMNO dan parti Amanah. Orang Melayu di situ ada lebih kurang 60 peratus, selebihnya bukan Melayu.

“Jadi orang Melayu berpecah kepada tiga. Barangkali 20 peratus sokong Pas, 30 peratus sokong UMNO dan 10 peratus lagi sokong Amanah. Tetapi orang bukan Melayu menyokong PH yang diwakili Amanah.

“Maka, Amanah yang menang. Pas dan UMNO kalah. Amanah menang atas nama PH, didokong oleh DAP,” katanya.

Sehubungan itu, Saarani menggesa Bersatu mengotakan kata-kata mereka yang mahukan penyatuan dan perpaduan dalam kalangan parti-parti Melayu.

“Kalau Bersatu begitu hebat menyeru kepada perpaduan dan penyatuan, saya tiada masalah tetapi perpaduan dan penyatuan jangan datang daripada mulut sahaja, perlu ada tindakan,” kata beliau. 


Langgar SOP: Puad tempelak Annuar Musa jangan tambah koyak imej PN yang dah rabak

 


Langgar SOP: Puad tempelak Annuar Musa jangan tambah koyak imej PN yang dah rabak


Ahli Majli Tertinggi Umno Puad Zarkashi menggesa Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa supaya “jangan tambah koyak imej PN yang semakin terkoyak.”

In susulan Annuar dituduh ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP kerana makan semeja bersama enam yang lain.

“Sedangkan SOP hanya benarkan dua orang sahaja.

“Sekali lagi Annuar bagi alasan dia cuma duduk sebentar sebelum bergegas pergi kerana penganjur tidak kut SOP.

“Kalau sudah tahu tidak ikut SOP kenapa duduk juga di situ walau sebentar. Mana logiknya,” soal Puad pada hantaran di media sosial.

Jelas Puad, kelakuan menteri itu menunjukkan budaya orang yang tidak mahu mengaku salah.

“Ada sahaja alasan yang diberi untuk tidak mahu mengaku salah,” kata Puad.

Malaysiakini telah menghubungi Annuar untuk mendapatkan maklum balasnya.

 

Puad juga mendakwa sebelum ini, Annuar dituduh ingkar SOP yang melarang berjoging lebih dua orang dari rumah yang sama.

Ini selepas tersebar gambarnya berjalan dalam kumpulan secara bertiga ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Annuar kemudian mendakwa bahawa ketiga-tiganya telah berjalan di jalan yang berbeza, dan saling bertembung secara kebetulan.

Menteri itu menafikan dirinya melanggar SOP ketika bersenam.

“Terkial kial Annuar mencari alasan kononnya mereka bertiga datang dari arah berbeza tetapi bertembung secara tidak sengaja.

“Pandai cari alasan. Soalnya kenapa terus jalan bersama? Tiga tiga pakai tongkat tetapi tidak pakai face mask. Ada-ada sahaja alasan,” kata Puad lagi



MODEL BARU UNTUK DIPERKENALKAN- NAK JADI MENTERI KA MODEL

 



Semakin cerca merba. Ada Menteri sibuk update motor honda Ex5, ada yang sibuk tayang baju dan jubah merah time cina raya. Ada menteri yang sibuk ikat usus perut nak jadi kurus dan cantik, dalam.keadaan rakyat terpaksa kurus kerana ikat perut, lapar duit takde, tiada kerja, harga barang mahal..

Sudah semakin teruk...semoga Istana tahu apa yang terjadi dan tidak akan biarkan kerajaan tanpa mandat rakyat, tanpa majoriti ini terus memerintah menyiksa rakyat...

Ada wanita kena gangguan seksual dia tak peduli, ada anak sekolah kena dera dia tak peduli,ada keluarga susah payah nak besarkan anak-anak dia x ambil tahu...


Menteri yang jaga hal ehwal wanita, keluarga dan masyarakat sibuk photoshoot baju baru rekaan designer dekat pejabat.


Elok la berhenti jadi Menteri, pergi jadi pengacara Nona.Kecik-kecik x nak mampos dah jadi menteri menyusahkan orang..


W Faudzin 

Mohd.Nasir


#DSAIPM9

#StaySafe

#BerkatBerjasa

#iklasdemirakyat

#PeduliRakyatPrihatin

#KekalBermaruah

#KekalBerprinsip

#kitajagakita

#akukeadilan

#MuhyiddinOut




MANA 'PENJAWAT'-PENJAWAT JAWATAN POLITIK?

 

NORMAN RADZUAN


PRU15 mungkin selepas berakhir darurat...Yg saya bimbang ahli2 yg berjawatan dlm parti ramai yg berdiam diri. Yg siang malam lwn PN dan BN ni NGO, Reformis, mereka yg tidak berparti atau ahli AJK kecil parti sahaja. Yg lain kata org Perak 'lebuh'.

Bila menang nanti tiba2 muncullah muka mereka sebagai Setiausaha YB, Exco, Menteri, MB, TPN dan PM atau paling kurang sebagai Ahli Majlis. YB ini pun satu suka layan pengampu2 daripada mereka yg sanggup berkorban utk kejayaan PH. Sebab itu dulu PH punah segera sebab dikelilingi pengampu2 politik.

Ingat PRU15 ini yg menjadi penentu kemenangan PH adalah media sosial. Ia kerana isu pandemik akn dimanipulasi yg dilihat memberi kelebihan kpd PN. Please...5 juta pengundi PH setiap org mesti memainkan peranan menyedarkan rakyat dari terus dibohong.

Saya lihat yg menulis siang malam melawan kleptokrasi ini mereka yg tak bergaji dan berjawatan dan akn dilupakan dari YB hingga ke pengampu2 (pegawai ) YB.

Jadilah org muda di zaman Anwar... agresif, tegas dan berani. Bila nanti tak ada jawatan mulalah bising suruh org2 tua bagi laluan dkt anak2 muda. Mulalah bising anak muda tidak diberi peluang dlm politik dan sebagainya. Bila hari2 lawan org2 tua ni lah yg hadap.

Kata Anwar...'yg kita lihat mereka mahu jawatan, mahu gelaran Dato dan akhirnya perjuangan entah ke mana..'

Please jgnlah bila saat akhir muncullah wajah mereka yg kononnya sdg berteriak 'Reformasi.' Kerja kuat dari skg samada tua, muda, yg ada jawatan dan tidak berjawatan jika mahu menang.

Kredit :

Norman Radzuan

 

 

ANNUAR MUSA PERDANA MENTERI MASA DEPAN MALAYSIA

 

Kalau rakyat biasa langgar SOP dua kali, sudah pasti RM2000 melayang daripada poket sendiri.

Tetapi, Annuar Musa dua kali langgar SOP tetap masih bebas lagi.

Kali pertama beliau didapati beriadah bertiga dan semalam, duduk di meja makan yang dipenuhi enam orang.

Ketika beriadah bertiga sebelum ini, dia kata hanya kebetulan terjumpa, berjalan bersama dan bergambar dengan dua jiran serta kenalannya itu.

Selepas itu, katanya, mereka berpisah ikut haluan yang berbeza.

Kali kedua ini pula, Annuar memberi alasan hanya seketika saja duduk di meja makan sebelum beredar pergi kerana beliau kononnya sedar ada SOP tidak dipatuhi.

Meneliti semula gambarnya di meja makan, ternampak seperti beliau khusyuk membelek telefonnya, manakala yang lain-lain sedang menikmati makanan yang dihidangkan.

Tak tahulah berapa lama seketikanya beliau duduk di meja itu, mungkin sempat membaca beberapa mesej atau mungkin juga sehingga habis sepinggan nasi.

Pokoknya, setidak-tidaknya setakat ini, Annuar semacam terlepas dan tidak disentuh oleh undang-undang.

Selain pandai mencipta alasan, jika terlepas lagi kerana kes melanggar SOP ini, bermakna Annuar seorang yang kebal orangnya.

Kalau kita tidak lupa, ada satu kes kena kompaun sebelum ini hanya kerana seseorang itu meletakkan pelitup muka di dagunya.

Makna kata, dia hanya seketika juga tidak menutup mulut dan hidungnya dengan pelitup muka.

Tetapi, oleh kerana orang itu tidak kebal macam Annuar, dia tetap kena saman juga.

Susah nak cari orang hebat dan kebal macam Annuar ini, dua kali langgar SOP, kedua-dua kalinya pihak berkuasa takut nak berbunyi.

Menteri kanan yang jaga keselamatan sewaktu PKP, Ismail Sabri Yaakob pun tak berani nak kata apa-apa, walaupun dengan rakyat biasa, setiap hari ada saja amaran diberinya.

Oleh kerana hebatnya itu, tak mustahil selepas ini Annuar akan langgar SOP lagi dan terus bebas lagi.

Hebat beb…ini bukan saja undang-undang takut dengannya, silap-silap virus Covid19 pun takut sama dengannya.

Kalau menteri lain yang balik daripada luar negara perlu kena kuarantin tiga hari, Annuar mungkin tak perlu semua itu.

Barangkali kuarantin baginya cukup dengan hanya duduk bersendirian sambil menikmati kopi di lounge KLIA saja.

Hebat, hebat, hebat…

Dengan kehebatan tak terbanding dan tak tertanding itu, sebenarnya hanya jawatan Perdana Menteri saja yang sesuai buatnya selepas ini.

Jawatan Menteri Wilayah Persekutuan sekarang ternampak sangat kecil dengan kewibawaan dan kecekapannya mencipta alasan melanggar dua SOP setakat ini.

Bayangkan jika melanggar SOP kali ketiga nanti, pasti alasannya lebih canggih serta luar biasa lagi.

Rugi besar negara dan kita semua jika orang hebat seperti beliau tidak dijadikan peneraju negara.

Hamzah Zainuddin dan Takiyuddin Hassan pasti setuju benar dan tiada halangan memberi sokongan. 


(Shahbudindotcom 14/02/2021)



DR DZULKIFLY JANGAN CEMARKAN BODY ANDA

 

SUDAH-SUDAHLAH PERCAYAKAN OT95. JANGAN BUKA RUANG UTK DIKHIANATI LAGI...MOVE FORWARD..!!

**************************

DR DZULKIFLY JANGAN CEMARKAN BODY ANDA

 

Saya rasa tidak perlu untuk sesiapa pun dari PH membuka cerita memberi harapan dan peluang kepada OT95 walaupun untuk dia mainkan peranan apa sekali pun. Kenyatan berupa padangan ikhlas daripada Dr Dzulkifly Ahmad yang memberi tahu OT95 boleh berperanan dalam PH rasanya tidak perlu disebut kenang lagi. Cukuplah, riawayat politiknya perlu dihabisi.

Dzulkify menarik perhatian itu dalam satu temuramah dengan sebuah portal.

Walaupun dia boleh memainkan peranan penting, tetapi dengan melibatkannya menyebabkan luka lama akan berdarah kembali. Jadi usahlah Dr Dzulkifly cuba pipihkan lada kepada burung yang memang pelahap. Jangan lada tersambar jari pula yang terluka.

Dzulkifly kata OT95 tidak lagi calon PM dalam pilihanraya ke 15 tetapi tidak menolak dia boleh dilantik jadi menteri mentor, tak payahlah, PH tidak perlu kepada mentor mante cukup berdiri dengan sendiri. Bagi saya lebih baik ajak Najib Razak untuk bersama berbanding dengan OT95.

Dia manusia yang tidak boleh dipercayai dan diharapkan lagi. Dia seperti anjing terjepit yang akan menangis ketika sakit dan akan menyalak dan mengigit apabila terlepas.

Maaflah, biarpun PH menang kalau dengan pertolongannya, tetapi bagi saya kemenangan itu tetap tidak halal, lebih baik seribu kalah daripada menang dengan pertolongannya. Walaupun daging babi banyak lemah tetapi ia haram. Cukuplah untuk jadi bodoh dua kali jangan sampai berkali kali.

Minta kepada mana mana pihak dalam PH usah bercakap dan mahu bergantung harap kepada OT95 lagi. Percaya dan yakinlah, peluang dan nasib baik kepada seseorang itu tidak akan berulang sampai tiga kali. Sebaik baik tindakan kuburkan sahaja pengharapan dan rasa penyanjungan tinggi kepada orang seperti itu. Jangan kerana dia lantik kita jadi menteri kita terus bersujud sawi kepadanya. Hormat dan sanjung ada batas mentaranya.

Dzulkifly pula jangan anda cuba menjadikan diri anda seperti Lid Lid Gun ataupun macam Salahuddin Ayub atau pun Mat bin Sabu. Lebih baik percaya kepada diri sendiri daripada percaya kepada orang lain terutamanya seperti OT95. Trims.

- MSO

 

HIPOKRITNYA PAS..

 

BETAPA HIPOKRITNYA PAS

Takder apa yang nak diperkatakan lagi melainkan sekadar mendedahkan betapa hipokritnya PAS... dah lama PAS memang macam nih... Ianya bukan benda baru...

Adoilah...

 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎PAS Bandar Universiti 16 Jan 2020 PAS Bandar Universiti 4h.® Sebiji pun jangan beli!! LLB Selamat Tahun Baru Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 8h.â 2020 i Selamat Tahun Baharu Cina 2021 Saya mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada masyarakat Cina khususnya kaum Tionghua yang hidup bersama kita di M... See more SR CEMPEDAKCHEESE.COM Promosi pun tiada orang beli, netizen serius boikot limau mandarin? جينا بهارو تاهون SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2021 恭喜發財 SONG CHAI‎"‎‎

RAKYAT TERUS DISAMAN, MENTERI KAYANGAN BANGGA LANGGAR SOP



Ketika Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan SOP baru dengan membenarkan orang ramai boleh makan di restoran tetapi terhad kepada dua orang, hari ini tersebar satu foto Menteri Wilayah Persekutuan makan lebih daripada enam orang.

Gambar berlatar belakangkan banner yang tertera Program Pertanian Bandar (Urban Farming) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertarikh 13 Februari 2021 itu mula tersebar, memperlihatkan tujuh orang sedang menjamu selera termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bertempat di Kebun Komuniti Bandar Urban Persatuan Penduduk PPR Seri Malaysia Desa Petaling Kuala Lumpur.

Tersebarnya foto berkenaan, warganet mula mempertikaikan perbuatan mereka yang dikatakan telah melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan pada PKP2.0 ini.

“Level kayangan”, kata Nor Azizuddin Abdul Manan.

“SOP… 1 meja untuk 2 orang tu hanya TERPAKAI untuk rakyat biasa sahaja. TIDAK pada VIP@Menteri,” tulis Suhaizy Shamsudin.

“Prasangka yg baik baik… Mungkin gambo nie diambil tahun 2011 kot eakk,” sindir RN RN Mohamed.

“Takkan bro tak tau SOP dibuat khas untuk rakyat. Covid-19 hanya boleh detect rakyat biasa. Menteri, VVIP dan tokey-tokey virus tak berani nak masuk sebab takut kena saman,” kata Mohd Shafique Effendie.

Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.