RAKYAT TERUS DISAMAN, MENTERI KAYANGAN BANGGA LANGGAR SOP


Bob Kelanang


Ketika Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan SOP baru dengan membenarkan orang ramai boleh makan di restoran tetapi terhad kepada dua orang, hari ini tersebar satu foto Menteri Wilayah Persekutuan makan lebih daripada enam orang.


Gambar berlatar belakangkan banner yang tertera Program Pertanian Bandar (Urban Farming) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertarikh 13 Februari 2021 itu mula tersebar, memperlihatkan tujuh orang sedang menjamu selera termasuk Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bertempat di Kebun Komuniti Bandar Urban Persatuan Penduduk PPR Seri Malaysia Desa Petaling Kuala Lumpur.


Tersebarnya foto berkenaan, warganet mula mempertikaikan perbuatan mereka yang dikatakan telah melanggar SOP yang ditetapkan kerajaan pada PKP2.0 ini.


“Level kayangan”, kata Nor Azizuddin Abdul Manan.


“SOP… 1 meja untuk 2 orang tu hanya TERPAKAI untuk rakyat biasa sahaja. TIDAK pada VIP@Menteri,” tulis Suhaizy Shamsudin.


“Prasangka yg baik baik… Mungkin gambo nie diambil tahun 2011 kot eakk,” sindir RN RN Mohamed.


“Takkan bro tak tau SOP dibuat khas untuk rakyat. Covid-19 hanya boleh detect rakyat biasa. Menteri, VVIP dan tokey-tokey virus tak berani nak masuk sebab takut kena saman,” kata Mohd Shafique Effendie.


Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.



No comments: