KALAU BUNCIT BELAJAR LAH DARI RINA HARUN..KAN DIA DAH JADI MODEL..

 


Mira Filzah kata dia buncit

Mira Filzah kata dia buncit

SEJAK pelakon kesayangan ramai, Mira Filzah mendirikan rumah tangga tahun lalu, ramai yang ternanti-nanti berita kehamilannya.

Terbaharu, foto yang yang dimuat naik Mira dalam Instagramnya mencuri perhatian ramai.

Dalam foto yang memaparkan dia memakai baju berwarna biru itu, kelihatan bahagian perutnya sedikit menonjol. Tidak dapat disahihkan sama ada Mira hamil atau kerana baju yang dipakainya agak besar.

Susulan foto berkenaan, ruangan komen Instagramnya dihujani ucapan tahniah daripada netizen.

“Eh, macam ada baby bump lah! Tahniah,” tulis seorang netizen.

Tidak kurang juga apabila ada yang melahirkan perasaan teruja kerana menyangka pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu sudah berbadan dua!

Disebabkan ramai sangat yang bertanyakan hal tersebut, Mira tampil membalas komen seorang pengikut Instagramnya.

“Ahhh, buncitlah,” balasnya ringkas.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berpendapat isteri kepada Wan Emir Astar itu kelihatan semakin kurus kerana wajahnya yang sedikit cengkung.

Tidak perasan pula pada mata Diva wajah pelakon cantik itu semakin kurus. Tajam betul penglihatan peminat ya!

Tak mengapalah jika Mira belum ada rezeki untuk berbadan dua. Nanti-nanti mesti ada. Doa-doa sahaja.


No comments: