[[LIVE]]4.3.23 Muhyidin sasaran sebenar dakwaan?
[[LIVE]]4.3.23 ANALISA PAJAKAN PULAU PINANG DARI SUDUT SEJARAH
MENTEGA TERBANG: PN JARINGKAN “OWN GOAL”
Kononnyalah nak dakwa Kerajaan Perpaduan ini promosi pluralisme dsb. Kononnya lah… 🤷
Hakikatnya Mentega Terbang…
1. Mula ditayang sejak April 2021 😱
2. Masuk radio BFM pada pada Nov 2021 😱
3. Masuk Universiti Malaya pada Dis 2021 😱
Kenapa semua ini boleh berlaku pd ketika itu?
Siapa berkuasa pd ketika itu?
Siapa Mentega ter-Perdana pd ketika itu?
Siapa Mentega Agama pd ketika itu?
Siapa Mentega Dalam Negeri pd ketika itu?
Siapa Mentega Pendidikan Kanan pd ketika itu?
Baik. PH ambil alih pada penghujung Nov 2022, iaitu lebih setahun setengah selepas Mentega Terbang ditayangkan.
Lalu ianya dimuatnaik ke laman web Viu, iaitu sebuah penstriman dalam talian seperti Netflix, iFlix, HBO Go dan sebagainya. Kene bayar utk tengok.
Baru-baru ini filem ini dijadikan modal politik oleh PN dan mendapat perhatian Kerajaan Perpaduan.
JAKIM dan Menteri Agama telah keluarkan kenyataan tegas.
Viu telah turunkan filem tersebut.
Baik. Boleh dikira Kerajaan Perpaduan sekarang tegas dan ambil tindakan lah kan?
Yang menjadi persoalan ialah…… sebab apa Mentega Terbang boleh ditayang, boleh ditemuramah, boleh berjelajah ke Universiti ketika PN berkuasa?
Mentega-mentega PN buat apa?
Ish! Kan PN dah jaring “own goal” ⚽️🥅😂 dengan isu ini.
PM arah projek tebatan banjir RM600 juta ke atas disegerakan
Anwar tinjau keadaan banjir di Johor
DALAM KOTAK PEMIKIRAN WALAUN DAN LEBAI
Dalam kotak pemikiran walaun dan lebai...
SPRM dah jalankan siasatan, periksa dokumen dan akaun bank, soal
siasat calon tertuduh dan saksi sebelum dakwaan dibuat. Ini dikatakan fitnah
dan nak jatuhkan parti lawan.
Tapi Razman tuduh DS Anwar akan benarkan LGBT, tapi akhirnya
minta maaf di mahkamah, anaknya pula kata dia minta maaf sebab tak mahu lebih
banyak aib DS Najib dibuka, kemudian tarik balik postingnya, itu pula bukan
fitnah.
Mahiaddin tuduh DS Anwar ambil ganjaran hingga RM15 juta masa
jadi Penasihat Ekonomi Selangor sedangkan sudah tertulis dalam hansard sidang
DUN waktu TS Khalid jadi MB lagi yang DS Anwar cuma ambil RM1 itu pun secara
simbolik
Bila nak kena heret ke mahkamah, Mahiaddin tukar cerita konon
cuma bertanya. Yang ini pun bukan fitnah juga kata walaun.
Nak senaraikan fitnah yang PN talakan kepada DS Anwar memang
banyak. Tapi point yang aku nak tekankan di sini, pola pemikiran lebai dan
walaun memang lari dari norma manusia.
Pertuduhan yang dibuat selepas siasatan oleh agensi berkaitan,
dikatakan fitnah. Tapi tuduhan liar tanpa bukti, yang mana kemudiannya orang
yang menuduh tu sampai minta maaf, tak pula dianggap fitnah. Tunggang terbalik
otak mereka.
Kalau nak pilih pemimpin, carilah pemimpin yang banyak panah
fitnah menuju kepadanya. Maka DS Anwar adalah orangnya. Bukan dari PN kerana
panah panah fitnah itu datangnya dari pemimpin mereka. Guane boh?
HARGAILAH ADIK BERADIK SENDIRI
Hargailah adik beradik kita, keluarga kita, darah daging kita..
Yakinlah, wang ringgit dan harta dunia takkan dapat membeli nilai kasih sayang
dan kesenangan berkeluarga.
.
Yang muda hormati yang tua, dan yang tua kasihi yang muda.
inilah prinsip dlm bersaudara.
.
Tanda menghargai hidup berkeluarga adalah dengan berlapang dada.
Saling nasihat menasihati. Memberi hak kepada yang berhak. Suka memberi dan
menggembirakan. Jagalah hati adik beradik kita. Jaga hati mereka samalah
ertinya menjaga hati kita sendiri.
.
Bersyukurlah, kehadiran adik beradik kita memberi warna yang
sangat indah pada takdir yang kita lalui. Setinggi mana pun kita berada tanpa
nikmat kasih sayang adik beradik ianya jadi tawar dan terlalu sepi. Menjaga
hubungan adik beradik adalah sunnah anak-anak yang soleh.
Yang paling terluka melihat adik beradik berpecah ialah ibu bapa
kita! Jadi, sayangi semua adik beradik kita.
.
Alhamdulillah, nikmat kasih sayang ini ya ALLAH.
Kredit to owner
LAMBAKKAN GRADUAN
ASYRAF JEFFY
Inilah yang berlaku sekarang, lambakan graduan sedangkan dari
segi nisbah,peluang pekerjaan yang berkait dengannya adalah tersangat sedikit.
Yang ada,semua di luar pembelajaran.
.
Bagi saya,anak muda sekarang tidak boleh high demand sangat.
Mungkin enam bulan pertama lepas habis belajar,boleh-lah cuba cari kerja-kerja
yang berkait dengan bidang yang dipelajari tetapi selepas enam bulan,hentam
sajalah. Ayat seperti bayar atau hutang RM50k untuk belajar sudah jadi ayat
cliche.
.
Dalam Samurai Yakiniku,
kami ada HR yang sangat bagus tetapi degree dalam perhutanan. Accountant dan
admin yang bagus, background Hotel Management. General Manager dari bidang
kulineri.
.
Sudah tentu ilmu-ilmu ini tidak datang dengan sendiri. Saya dan
partner yang groom sedikit demi sedikit. Kesalahan dan kesilapan? Memang
banyak,memang sakit hati tetapi sebagai majikan, kita kena bagi ruang dan
peluang untuk mereka. Alhamdulillah,sekarang mereka perform dengan sangat baik.
Bimbang mereka lari? Ingat konsep rezeki.
.
Tapi point saya adalah; Kalau anak muda sekarang terlalu memilih
kerja, percayalah yang hal ini akan membantut perkembangan kerjaya anda kerana
anda lambat mula. Lebih baik anda memilih syarikat dari memilih kerja. Syarikat
yang bagus, dia akan sedia platform yang baik untuk anda bina portfolio diri.
.
Apa guna belajar Engineering, masuk syarikat Engineering tetapi
hanya jadi dispatch? Lebih baik jadi Barista Starbuck. Ada Career Path. Ini
sebagai contoh sahaja,bukan saya pandang rendah kerja seorang Engineer. Fahami
konteks.
.
Jangan bazirkan masa anda,menganggur sebab tidak jumpa kerja
yang berkait dengan bidang anda. Buatlah apa-apa kerja lain sambil cari kerja
yang anda nak. Saya ingat lagi yang di Monaliza Mastura
dahulu ada seorang graduan dari US, kerja sebagai jurujual Laptop di Monaliza
Kb Mall. Lepas enam bulan kalau tidak silap, dia pun dapat tawaran kerja di
Kuala Lumpur dalam bidang dia sendiri.
.
Berusaha lah, Insya Allah akan berjaya.
.
Selamat pagi.
KPDN SANTUNI MANGSA BANJIR DI JOHOR DAN PAHANG
·
Keadaan
banjir di Johor dan Pahang kali ini amatlah di luar jangkaan.
Dari hari
pertama berlakunya banjir, KPDN telah mengambil langkah segera untuk menghantar
bantuan kepada semua mangsa yang terlibat di Johor, Pahang, Melaka, dan
lain-lain.
Lebih
daripada 2,000 mangsa telah pun kami santuni dan bantu. Di Johor sahaja, lebih
5,000 bantuan Bakul RAHMAH dan foodbank dalam bentuk makanan kering,
pembersihan diri, dan alas tidur telah pun diedarkan.
SSM salah
satu agensi di bawah KPDN akan memberikan wakalah zakat kepada para peniaga
yang terkesan. Selain daripada itu, SSM jugak akan memberikan sijil perniagaan
ganti secara percuma buat peniaga yang terkesan dengan banjir kali ini.
Lain-lain
bantuan KPDN masih lagi digerakkan.
Namun
saya dihubungi oleh beberapa rakan strategik yang ingin turut sama menyumbang.
Jadi jika ada rakan strategik KPDN yang berminat untuk berkongsi rahmah
bersama-sama membantu mangsa banjir, antara barangan penting yang diperlukan
lagi oleh para mangsa ialah alas tidur dan selimut.
Terima
kasih saya ucapkan buat semua yang turut menyumbang tenaga membantu mangsa
banjir kali ini.
Mari kita
sama-sama doakan mereka yang terjejas.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
·
Keadaan
banjir di Johor dan Pahang kali ini amatlah di luar jangkaan.
Dari hari
pertama berlakunya banjir, KPDN telah mengambil langkah segera untuk menghantar
bantuan kepada semua mangsa yang terlibat di Johor, Pahang, Melaka, dan
lain-lain.
Lebih
daripada 2,000 mangsa telah pun kami santuni dan bantu. Di Johor sahaja, lebih
5,000 bantuan Bakul RAHMAH dan foodbank dalam bentuk makanan kering,
pembersihan diri, dan alas tidur telah pun diedarkan.
SSM salah
satu agensi di bawah KPDN akan memberikan wakalah zakat kepada para peniaga
yang terkesan. Selain daripada itu, SSM jugak akan memberikan sijil perniagaan
ganti secara percuma buat peniaga yang terkesan dengan banjir kali ini.
Lain-lain
bantuan KPDN masih lagi digerakkan.
Namun
saya dihubungi oleh beberapa rakan strategik yang ingin turut sama menyumbang.
Jadi jika ada rakan strategik KPDN yang berminat untuk berkongsi rahmah
bersama-sama membantu mangsa banjir, antara barangan penting yang diperlukan
lagi oleh para mangsa ialah alas tidur dan selimut.
Terima
kasih saya ucapkan buat semua yang turut menyumbang tenaga membantu mangsa
banjir kali ini.
Mari kita
sama-sama doakan mereka yang terjejas.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
·
Keadaan
banjir di Johor dan Pahang kali ini amatlah di luar jangkaan.
Dari hari
pertama berlakunya banjir, KPDN telah mengambil langkah segera untuk menghantar
bantuan kepada semua mangsa yang terlibat di Johor, Pahang, Melaka, dan
lain-lain.
Lebih
daripada 2,000 mangsa telah pun kami santuni dan bantu. Di Johor sahaja, lebih
5,000 bantuan Bakul RAHMAH dan foodbank dalam bentuk makanan kering,
pembersihan diri, dan alas tidur telah pun diedarkan.
SSM salah
satu agensi di bawah KPDN akan memberikan wakalah zakat kepada para peniaga
yang terkesan. Selain daripada itu, SSM jugak akan memberikan sijil perniagaan
ganti secara percuma buat peniaga yang terkesan dengan banjir kali ini.
Lain-lain
bantuan KPDN masih lagi digerakkan.
Namun
saya dihubungi oleh beberapa rakan strategik yang ingin turut sama menyumbang.
Jadi jika ada rakan strategik KPDN yang berminat untuk berkongsi rahmah
bersama-sama membantu mangsa banjir, antara barangan penting yang diperlukan
lagi oleh para mangsa ialah alas tidur dan selimut.
Terima
kasih saya ucapkan buat semua yang turut menyumbang tenaga membantu mangsa
banjir kali ini.
Mari kita
sama-sama doakan mereka yang terjejas.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
BILA TIDAK MAHU PRAKTIKAL DALAM BIDANG YANG DICEBURI
ASRAF JEFFY
Apa yang saya perasan, pelajar-pelajar sekarang hanya nak
praktikal dalam bidangnya sahaja. Ini tidak salah. Saya ulang, MINDSET INI
TIDAK SALAH. Tapi, ini adalah mindset orang biasa sahaja, sangat susah untuk
survive selepas habis belajar.
.
Katakan satu fakulti anda 100 orang termasuk anda. Maka secara
tidak lansung anda akan ada 99 orang pesaing,sedangkan ada 10 sahaja jawatan
kosong. Itu kalau satu University, kalau satu Malaysia? Mungkin ada beribu
graduan yang sama dengan anda.Bila bakal majikan tanya apa yang anda lebih
berbanding orang lain, pasti anda tiada jawapan.
.
“Saya dulu belajar Mechanical Engineering.”
.
Ini adalah skema jawapan untuk semua orang termasuk anda. Tetapi
bayangkan kalau ada dua orang yang jawab;
.
“Saya dulu belajar Mechanical Engineering tapi saya pernah
intern buat Sales di Monaliza dan bila cuti sem, saya buat part time di Samurai Yakiniku.”
.
Insya Allah keberangkalian anda lulus temuduga dan dapat kerja
adalah tinggi sebab anda ada sesuatu yang lebih berbanding orang lain. Mungkin
bakal majikan anda tidak ingin skill sales tetapi dari info yang anda bagi,
bakal majikan anda tahu yang anda adalah seorang yang berdisiplin dan multi
tasking.
.
Zaman sekarang adalah bukan untuk zaman orang biasa seperti
zaman saya dahulu. Dulu, kalau kita kata background Mechanical Engineering,
semua orang akan pandang tinggi. Tapi sekarang, orang tengok dengan biasa
sahaja.
’
“Apa? Mechanical Engineering? Oh,kawan saya pun grad Mechanical
Engineering. Tapi tu lah, takda kerja sangat.”
.
Nasihat saya kepada adik-adik. Anda boleh berkeras untuk
praktikal dalam bidang anda sahaja tetapi ingat, mahir dalam bidang kita sahaja
tidak cukup untuk survive dalam dunia sekarang. Kita kena ada sesuatu yang
orang lain tiada, baru kita boleh menang.
.
*Saya terpaksa tambah sebab berlaku kekeliruan,silap saya.
Sebenarnya post ini tuju kepada ‘mereka’ yang berkait dalam bidang IT, boleh
praktikal di Monaliza tetapi tolak sebab senior-senior bagitahu yang di
Monaliza kena menjual.
.
Keempat-empat syarikat saya, Monaliza Mastura,
Samurai Yakiniku Bangi,
Konoha.Buffet
dan Hattoricoffee
tawarkan tempat praktikal. Dari salesman,waiter,account,HR sampailah Youtuber.
Kalau berminat,anda boleh PM saya.
FILEM YANG MENGARUT
IBRAHIM MAT ISA
Oleh kerana aku mengaji bidang komunikasi dan filem, bila ada
kontroversi terkaitan filem terbaharu aku kena view dan dapatkan info.
Tajuknya agak pelik - Mentega Terbang.
Mulanya aku ingat slanga, ataupun broken language. Aku cari
istilah Melayu berkenaan terbang sikit pun tak menyambung dengan mentega.
Point pertama aku mark dah, director filem tu kepala sewel tak
faham bahasa.
Huh! Sepanjang menonton memang aku maki sumpah seranah segala
bagai. Sengsorang je aku maki, tak tuju kat sapa². Sebenarnya aku kesal sangat
kenapalah ada pemahaman yang pelik dalam pengetahuan ilmu agama pembawa watak
filem ni? Dengan director pun boleh pi setuju nak direct, seolah-olah depa dah
berjaya la kununnya menerbitkan sebuah karya buat orang puas hati? Porah pi
mampoih...
Bagi aku, tetap berpegang kepada falsafah filem iaitu refleksi
kepada dunia nyata. Kalau ada sebilangan kecil yang menyeleweng atau di luar
nalar dan norma hidup setempat, itu tidak wajar diangkat untuk dijadikan tema.
Apa ke benda yang pengarah filem ni nak bawa? Konsep
Reincarnation? Perlambangan suatu badan berkaitan agama dengan binatang yang
diharamkan? Persoalkan hal agama dengan teori kepala hotak director yang
separuh masak hal agama? Orang Melayu mudah terpengaruh dengan kitab Bible? No
way!
Aduh, banyak persoalan. Aku rasa macam nak buat video saja
menjawab apa yang teruk pasai filem mentega basi tu.
Mujur filem itu tidak ditayangkan di pawagam. Jadi tak perlu
urusan LPF. Tapi walaupun begitu, ia sudah berlegar di internet dan katanya
sudah masuk list Netflix ke apa... Entah, aku jarang buka Netflix - tak tahu.
Cuma satu sahaja yang aku perasan, selain cuba mengheret orang
Islam supaya sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta mengabaikan perihal
agama, soal hukum, soal iman dan tauhid, medium filem seumpama ini terlalu
direct untuk mengumban umat Islam ke lubang biawak. Jadi mudah kita perasan dan
mudah counter balik.
Saran aku, lebih baik hangpa tonton filem aksi sains fiksyen dan
rekagrafik berteraskan AI yang tulen hangpa tak bosan sebab dah tau itu cuma
hiburan.
Bagi yang memahami agamanya yang benar berdasarkan Al-Quran dan
As-Sunnah, soal ini gampang untuk mempertahan hujah bahawa kehidupan umat Islam
di Malaysia tidak seperti yang cuba digambarkan dalam mentega terbang.
Aku bagi Mentega Terbang lima bintang sebagai filem berserabut
dan teruk level jamban di Malaysia!