DALAM KOTAK PEMIKIRAN WALAUN DAN LEBAI




Dalam kotak pemikiran walaun dan lebai...


SPRM dah jalankan siasatan, periksa dokumen dan akaun bank, soal siasat calon tertuduh dan saksi sebelum dakwaan dibuat. Ini dikatakan fitnah dan nak jatuhkan parti lawan.

Tapi Razman tuduh DS Anwar akan benarkan LGBT, tapi akhirnya minta maaf di mahkamah, anaknya pula kata dia minta maaf sebab tak mahu lebih banyak aib DS Najib dibuka, kemudian tarik balik postingnya, itu pula bukan fitnah.

Mahiaddin tuduh DS Anwar ambil ganjaran hingga RM15 juta masa jadi Penasihat Ekonomi Selangor sedangkan sudah tertulis dalam hansard sidang DUN waktu TS Khalid jadi MB lagi yang DS Anwar cuma ambil RM1 itu pun secara simbolik

Bila nak kena heret ke mahkamah, Mahiaddin tukar cerita konon cuma bertanya. Yang ini pun bukan fitnah juga kata walaun.

Nak senaraikan fitnah yang PN talakan kepada DS Anwar memang banyak. Tapi point yang aku nak tekankan di sini, pola pemikiran lebai dan walaun memang lari dari norma manusia.

Pertuduhan yang dibuat selepas siasatan oleh agensi berkaitan, dikatakan fitnah. Tapi tuduhan liar tanpa bukti, yang mana kemudiannya orang yang menuduh tu sampai minta maaf, tak pula dianggap fitnah. Tunggang terbalik otak mereka.

Kalau nak pilih pemimpin, carilah pemimpin yang banyak panah fitnah menuju kepadanya. Maka DS Anwar adalah orangnya. Bukan dari PN kerana panah panah fitnah itu datangnya dari pemimpin mereka. Guane boh?

Raja Gelap