Semua projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai RM600 juta ke atas diarahkan supaya diluluskan dan disegerakan mulai Jun ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan menyegerakan projek RTB segera itu bagi mengelakkan bencana banjir berulang semula sekali gus menjejaskan rakyat.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Tengah, di Segamat pada Ahad.