ASYRAF JEFFY
Inilah yang berlaku sekarang, lambakan graduan sedangkan dari
segi nisbah,peluang pekerjaan yang berkait dengannya adalah tersangat sedikit.
Yang ada,semua di luar pembelajaran.
.
Bagi saya,anak muda sekarang tidak boleh high demand sangat.
Mungkin enam bulan pertama lepas habis belajar,boleh-lah cuba cari kerja-kerja
yang berkait dengan bidang yang dipelajari tetapi selepas enam bulan,hentam
sajalah. Ayat seperti bayar atau hutang RM50k untuk belajar sudah jadi ayat
cliche.
.
Dalam Samurai Yakiniku,
kami ada HR yang sangat bagus tetapi degree dalam perhutanan. Accountant dan
admin yang bagus, background Hotel Management. General Manager dari bidang
kulineri.
.
Sudah tentu ilmu-ilmu ini tidak datang dengan sendiri. Saya dan
partner yang groom sedikit demi sedikit. Kesalahan dan kesilapan? Memang
banyak,memang sakit hati tetapi sebagai majikan, kita kena bagi ruang dan
peluang untuk mereka. Alhamdulillah,sekarang mereka perform dengan sangat baik.
Bimbang mereka lari? Ingat konsep rezeki.
.
Tapi point saya adalah; Kalau anak muda sekarang terlalu memilih
kerja, percayalah yang hal ini akan membantut perkembangan kerjaya anda kerana
anda lambat mula. Lebih baik anda memilih syarikat dari memilih kerja. Syarikat
yang bagus, dia akan sedia platform yang baik untuk anda bina portfolio diri.
.
Apa guna belajar Engineering, masuk syarikat Engineering tetapi
hanya jadi dispatch? Lebih baik jadi Barista Starbuck. Ada Career Path. Ini
sebagai contoh sahaja,bukan saya pandang rendah kerja seorang Engineer. Fahami
konteks.
.
Jangan bazirkan masa anda,menganggur sebab tidak jumpa kerja
yang berkait dengan bidang anda. Buatlah apa-apa kerja lain sambil cari kerja
yang anda nak. Saya ingat lagi yang di Monaliza Mastura
dahulu ada seorang graduan dari US, kerja sebagai jurujual Laptop di Monaliza
Kb Mall. Lepas enam bulan kalau tidak silap, dia pun dapat tawaran kerja di
Kuala Lumpur dalam bidang dia sendiri.
.
Berusaha lah, Insya Allah akan berjaya.
.
Selamat pagi.