BILA TIDAK MAHU PRAKTIKAL DALAM BIDANG YANG DICEBURI

 

ASRAF JEFFY



Apa yang saya perasan, pelajar-pelajar sekarang hanya nak praktikal dalam bidangnya sahaja. Ini tidak salah. Saya ulang, MINDSET INI TIDAK SALAH. Tapi, ini adalah mindset orang biasa sahaja, sangat susah untuk survive selepas habis belajar.

.

Katakan satu fakulti anda 100 orang termasuk anda. Maka secara tidak lansung anda akan ada 99 orang pesaing,sedangkan ada 10 sahaja jawatan kosong. Itu kalau satu University, kalau satu Malaysia? Mungkin ada beribu graduan yang sama dengan anda.Bila bakal majikan tanya apa yang anda lebih berbanding orang lain, pasti anda tiada jawapan.

.

“Saya dulu belajar Mechanical Engineering.”

.

Ini adalah skema jawapan untuk semua orang termasuk anda. Tetapi bayangkan kalau ada dua orang yang jawab;

.

“Saya dulu belajar Mechanical Engineering tapi saya pernah intern buat Sales di Monaliza dan bila cuti sem, saya buat part time di Samurai Yakiniku.”

.

Insya Allah keberangkalian anda lulus temuduga dan dapat kerja adalah tinggi sebab anda ada sesuatu yang lebih berbanding orang lain. Mungkin bakal majikan anda tidak ingin skill sales tetapi dari info yang anda bagi, bakal majikan anda tahu yang anda adalah seorang yang berdisiplin dan multi tasking.

.

Zaman sekarang adalah bukan untuk zaman orang biasa seperti zaman saya dahulu. Dulu, kalau kita kata background Mechanical Engineering, semua orang akan pandang tinggi. Tapi sekarang, orang tengok dengan biasa sahaja.

“Apa? Mechanical Engineering? Oh,kawan saya pun grad Mechanical Engineering. Tapi tu lah, takda kerja sangat.”

.

Nasihat saya kepada adik-adik. Anda boleh berkeras untuk praktikal dalam bidang anda sahaja tetapi ingat, mahir dalam bidang kita sahaja tidak cukup untuk survive dalam dunia sekarang. Kita kena ada sesuatu yang orang lain tiada, baru kita boleh menang.

.

*Saya terpaksa tambah sebab berlaku kekeliruan,silap saya. Sebenarnya post ini tuju kepada ‘mereka’ yang berkait dalam bidang IT, boleh praktikal di Monaliza tetapi tolak sebab senior-senior bagitahu yang di Monaliza kena menjual.

.

Keempat-empat syarikat saya, Monaliza Mastura, Samurai Yakiniku Bangi, Konoha.Buffet dan Hattoricoffee tawarkan tempat praktikal. Dari salesman,waiter,account,HR sampailah Youtuber. Kalau berminat,anda boleh PM saya.

 

No comments: